Sabtu, 29 Ogos 2009

Ops Sayangi Remaja.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan... Mungkin tajuk kali ini agak lain dari tajuk-tajuk yang sebelumnya,tapi itu lah hakikat sebenar apa yang hendak saya sampaikan kepada semua anak-anak Gayong dan para pelawat yang dikasihi sekalian..

Pengumuman ini dibuat atas keperihatinan bersama PSSPGM tentang permasalahan remaja hari ini dengan pelbagai ragam serta konflik sama ada dengan masyarakat mahu pun keluarga mereka seterusnya mengundang permasalahan ini.

Antara Apa Yang Akan Kita Lalui & Lihat

Sesungguhnya,pengaruh kawan dan kurangnya pengetahuan serta kawalan dari ibu-bapa tentang kebebasan dalam membuat sesuatu dengan mengikut 100% darah remaja memang membawa kepada risiko yang tinggi. Tidak semua pilihan remaja itu buruk,jadi sebagai ibu-bapa,guru,jiran serta ahli keluarga bersama memerhati gerak geri dan sentiasa bersama serta menasihati mereka dan menerangkan secara ikhlas baik buruknya sesuatu jalan yang dipilih itu nanti.


Program: Ops Sayangi Remaja!
(Anjuran Persatuan Ulama' Malaysia Caw. P.Pinang)

Aturcara Program:
Solat Isya & Tarawikh di Lapangan.
Sesi Penerangan Pembahagian Kumpulan.
Ops Bermula.

Tarikh : 30 Ogos 2009

Tempat : Seberang Perai,Pulau Pinnag.
Maklumat Lengkap Akan diberitahu kemudian
(hanya untuk mereka yang benar-benar berminat sahaja)



*Sebarang pertanyaan sila hubungi admin melalui email
seri_pelangi_cula_sakti@yahoo.com atau terus menelefon 012-5633904 (Cikgu Helmi)

Jumaat, 21 Ogos 2009

Ujian Kenaikkan Bengkong Peringkat IPTB

Pada tanggal 14 Ogos 2009 bertempat di Gimnazium Intitut Perguruan Tuanku Bainun (IPTB),satu majlis ringkas ujian kenaikkan bengkong telah diadakan bagi menguji dan mengukur tahap kemampuan anak-anak gayong yang terdiri daripada pelatih-pelatih IPTB. Seramai 26 peserta putra dan putri telah mengambil bahagian dalam ujian di peringkat Pra Putih, Awan Putih serta Pelangi Hijau yang dijalankan pada sebelah malam. Para pelatih telah diuji mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Majlis Guru-Guru PSSPGM Pulau Pinang yang mana ianya dinilai berpandukan silibus matapelajaran Pusaka Gayong dan diadili oleh gurulatih-gurulatih tertinggi Pusaka Gayong Pulau Pinang yang ditauliahkan dari gelangang pusat PSSPGM.
Disiplin: Pengawasan Diberikan Dalam Membentuk Dan Melahirkan Generasi Pelapis Yang Berkualiti

'Acara dimulakan pada pukul 9.30 malam dengan pembukaan gelanggang dan adat isiadat Gayong oleh guru penasihat Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong IPTB Cikgu Ismail yang juga salah seorang gurulatih tertinggi dan ketua adat PSSPGM. Selepas selesai majlis pembukaan gelanggang,seperti latihan biasa senaman pemanasan badan dijalankan bagi merengangkan otot-otot agar lebih bersedia untuk melakukan segala aktiviti lasak dalam ujian nanti. Seterusnya sesi penerangan,taklimat ringkas dan tip-tip bagi menghadapi ujian oleh jurulatih gelanggang Cikgu Helmi dan diakhiri dengan bacaan doa.

Sebelum ujian dijalankan,penerangan dan pesanan serta adap dan aturcara ujian dijelaskan dengan lebih terpeinci oleh Cikgu Aidi dan Cikgu Meor yang ditugaskan sebagai juri pada malam itu. Para peserta dibahagi mengikut bengkong dan dimulakan dengan asas serta gerakkan mengikut kumpulan masing-masing. Alhamdulillah,dengan berbekalkan semangat serta kecekalan yang tinggi kesemua peserta telah lulus dan layak menerima bengkong mengikut kategori masing-masing.

Kemahiran: Tahap Kemahiran & Kekuatan Mental Menjadi Tunjang Utama Kepada Anak Gayong

Senarai penuh keputusan ujian bengkong peringkat IPTB 2009;

Pra Putih
  • Nur Afiqah Bt. Khairazmy
  • Habiba Nabihah Bt. Mustafa
  • Nurfatin Azlina Bt. Hamzah
  • Nurul Hidayah Bt. Ahmad Shahbudin
Awan Putih
  • Muhammad Khairuddin Bin Abdul Aziz - Cula Tiga (3)
  • Muhammad Atif Bin Mohamad Arshad - Cula Tiga (3)
  • Shikh Muhammad Nur Hashim Bin Shikh Hassan - Cula Tiga (3)
  • Mohd Asyraq Bin Mohd Yusoff - Cula Tiga (3)
  • Mohammad Azlan Bin Azilani - Cula Dua (2)
  • Mohd Hanafie Bin Mohd Junaidi - Cula Dua (2)
  • Nursyakira Bt. Akmal - Cula Dua (2)
  • Noor Syamimi Bt. Roslan - Cula Dua (2)
  • Nurul Afiqah Bt. Muhamad - Cula Dua (2)
  • Nor Aqilah Bt. Kamarudin - Cula Dua (2)
Pelangi Hijau
  • Muhammad Noh Hilmi Bin Che Hussin - Cula Tiga (3)
  • Mohamad Faizuldin Bin Md. Lasim - Cula Tiga (3)
  • Muhammad Syahmi Bin Shaffei - Cula Tiga (3)
  • Mahzan Bin Abd. Mutalib - Cula Tiga (3)
  • Norizan Bt. Zakaria - Cula Dua (2)
  • Siti Jamilah Bt. Mat Isa - Cula Dua (2)
  • Nor Atikah Bt. Zulkifli - Cula Dua (2)
  • Nur Farhana Bt. ismail - Cula Dua (2)
  • Intan Zarith Diana Bt. Yahya - Cula Satu (1)
  • Siti Nazirah Bt. Jaafar - Cula Satu (1)
  • Anis Bt. Abd. Rahim - Cula Satu (1)
  • Aqilah Najwa Bt. Mohd Khalid - Cula Satu (1)

* Antara Gambar-Gambar Kenangan Yang Sempat Kami Rakamkan Untuk Tatapan Semua

Jumaat, 14 Ogos 2009

Anak Gayong Gempurkan Penaga!

Salam kembali,salam ukhwah..Berssyukur kehadrat Ilahi,dengan limpah kurnia-Nya kami anak-anak Gayong masih dapat meneruskan perjuangan bagi menjaga,mewarisi,mempertahan serta mewarisi seni warisan bangsa melayu tua ini. Pada 8 Ogos 2009 satu lagi jemputan bagi meraikan pasangan mempelai dengan permainan pencak silat yang bertempat di dewan orang ramai Bakar Kapor,Penaga.

Simbolik: Umpama Tidak Lengkap Silat Melayu Jika Tiada Gerak Tari Yang Dipamerkan

Satu kumpulan kecil dari gelanggang dewan itu sendiri telah dibentuk untuk membuat persediaan serta perancangan bagi persembahan pencak silat pada majlis itu. Kumpulan yang terdiri daripada jurulatih,pembantu jurulatih dan beberapa pesilat berjaya mempamerkan aksi serta kebolehan masing-masing bagi permainan seni gerak tari,seni tempur,seni simbat,seni keris,seni parang dan seni cindai..
Gaya Pendekar Melayu: Permainan Parang Yang Memerlukan Tahap Penguasaan Serta Keberanian Yang Tinggi

Cukup memberansangkan dengan tahap kemantapan yang semakin hari semakin matang diikuti dengan gerak tari yang penuh dengan displin serta kehalusannya berjaya menghibur dan membuat pasangan pengantin juga para hadiri terpesona serta sesekali ada yang menjerit semasa berlansungnya persembahan pencak silat pada petang itu.


Displin & Kesopanan Bangsa Melayu: Antara Elemen Yang Diterapkan Kepada Anak-Anak Gayong

Sesuatu yang diwarisi ditunjukkan untuk sama-sama kita berfikir permainan serta seni budaya kita yang satu ketika dulu cukup gah dengan sejarah penetangan penjajah oleh panglima-panglima,laksaman-laksamana serta para pendekar juga serikandi kita yang mana lahirnya keberanian serta ketangkasan bertempur dengan menggunakan ilmu seni silat melayu.


Tunjang Kekuatan: Barisan Anak Gayong Yang Membuat Persembahan

Mungkin tak semua bangsa melayu yang tahu cerita serta kisah bagaimana para pendekar kita memaplikasikan apa yang dipelajari serta diwariskan kepada mereka bukan hanya sekadar untuk mempertahankan diri,bertempur,menyatupadukan bangsa melayu malahan sampai ke tahap berdakwah. Ini yang kita cuba buat pada hari ini yang kian dipandang serong oleh bangsa kita sendiri,dimana perginya sopan santun yang sering kita ucapkan? dimana perginya malu serta rasa hormatnya kita pada ilmu warisan kita sendiri..? tepuk dada tanyalah hati.............

Gambar-Gambar Kenangan Untuk Tatapan Bersama

Rabu, 5 Ogos 2009

Himpunan Anak Gayong Di Denai Dato'Hashim 2 Ogos 2009

Alhamdulillah dan syukur kehadrat Ilahi,dengan berkat syafaat-Nya serta kesabaran akhirnya program yang dirancangkan pada 2 Ogos 2009 bertempat di Denai Dato' Hashim Titi Hayun,Yan Kecil Kedah Darul Aman berjalan dengan baik dalam keadaan yang damai walau pun dengan cuaca yang agak panas,anak-anak Gayong bersama-sama tetamu-tetamu jemputan dapat hadir bagi memeriahkan majlis Penerangan Ringkas dan Ramah Mesra bersama Ketua Imam Khalifah Besar Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Majlis yang bermula pada sekitar jam 3 petang selepas sedikit majlis penerangan dan solat zohor berjemaah. Para hadirin dan tetamu disajikan dengan jamuan nasi dengan masakan ala kampung yang di sangat sedap disajikan khas oleh Dato' Hashim selaku tuan rumah dan orang yang bertanggungjawab bagi menguruskan segala perbelanjaan bagi menjayakan majlis ini.
Terima kasih pada Dato' Hashim yang sering kali memberikan sumbangan serta buah-buah fikiran bagi membagun serta bersama memartabatkan semula Gayong dimata masyarakat seterusnya dunia.

Perarakkan Keris Pusaka: 7 Panglima Mengambil Langkah Masuk Mengadap

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh tuan rumah Dato' Hashim, Dato' Ckgu Abdul Majid yang juga Guru Utama serta Yang Dipertua Pusaka Gayong Malaysia dan diakhiri dengan ucapan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Imam Khalifah Besar.
Seterusnya perarakkan masuk keris pusaka milik ayahda Dato' Cikgu Abdul Majid untuk diserahkan kepada Ketua Imam Khalifah Besar oleh 7 Panglima-Panglima Hitam dengan diiringi paluan gendang dan serunai mengikut adat istiadat Gayong.

Semangat: Antara Aksi-Aksi Bertenaga Daripada Jurulatih Pusat

Majlis juga diserikan lagi dengan persembahan Pencak Silat Oleh anak-anak Gayong dari gelanggang Pusat dan beberapa gelanggang-gelanggang sekitar Kedah yang diketuai oleh Cikgu Sham Putra selaku Ketua Panglima Hitam dan Gurulatih Tertinggi PSSPGM Pusat.
Persembahan dimulakan dengan seni jurus silat serta tempur tangan kosong berantai oleh jurulatih-jurulatih pusat yang mempamerkan aksi-aksi yang cukup bertenaga serta dengan gaya yang tersendiri cukup menghiburkan para tetamu kehormat serta hadirin yang hadir pada hari tersebut.


Penuh Keyakinan: Salah Seorang Jurulatih Mempamerkan Seni Permainan Keris

Pada majlis tersebut,para hadirin juga dipersembahkan dengan permainan tempur tangan kosong,seni pisau,seni belantan(rotan),seni parang,seni keris,seni tombak dan seni cindai dengan memperagakan kebolehan serta kecekapan bermain senjata yang tinggi oleh anak-anak Gayong dari gelanggang Pusat dan negeri Kedah cukup untuk membuat para hadirin terpaku serta tidak putus-putus mengambil gambar untuk dibawa pulang dan dijadikan kenangan.

Satu-satunya warisan bangsa Melayu yang sangat praktikal dengan adat istiadat,pegangan,disiplin yang tinggi dan memerlukan tahap kesabaran serta kecekalan yang tinggi adalah Seni Silat tidak dapat disempurnakan serta diterjemahkan walau pun ia adalah peninggalan tradisi dan seni warisan bangsa melayu yang sangat memerlukan komitmen serta latihan yang tingggi oleh pengamalnya bagi mempelajari serta menghayatinya seni yang lahir daripada nenek-moyang kita sejak zaman berzaman.

Lagak Pendekar: Gaya Yang Ditunjukkan Oleh Cikgu Din Beruang (Pelakon Drama Semutar Hitam sebagai Gagak Hitam)

Persembahan terakhir daripada Cikgu Din Beruang salah seorang Guru lama yang berpasangan dengan Cikgu Sham Putra dengan permainan mereka.
Uniknya,persembahan mereka sedikit pun tidak dirancang dan pada mulanya hanyalah bagi mempamerkan tapak serta permainan lama yang mana Cikgu Din Beruang cukup terkenal dengan kekasarannya apabila bertempur.


Tapak Panglima: Gaya Yang Cukup Berseni Ditunjukkan Oleh Cikgu Sham Putra

Ia tidak berhenti disitu apabila para jurulatih beramai-ramai masuk menggantikan Cikgu Din bagi mengepung serta menyerang hendap Cikgu Sham Putra. Dengan ketangkasan dan kemahiran yang dipelajarinya digunakan sepenuhnya bagi menagani serangan yang tidak putus-putus dari setiap sudut daripada jurulatih dan satu persatu serangan dapat dipatahkan.

Sembah Laksamana: Antara Tetamu-Tetamu Kehormat

Majlis berakhir sekitar jam 5 petang dengan bacaan doa oleh yang berbahagia Ustaz Ahmad Fahmi Mudir Tahfiz Al-Islah Pulau Pinang dan beliau juga penyandang sandang kehormat Imam Waris Beradat Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.

"Acap-Acap Di Tepi Laut,
Buaya Ganas Melintang Kuala,
Sebelum Ajal Berpantang Maut,
Takkan Melayu Hilang Di Dunia"


*Antara Gambar-Gambar Kenangan Yang Dapat Kami Kongsikan Bersama

Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all