Sabtu, 2009 November 14

Gempur Anak Gayong Di Dewan Jubli Perak..

Alhamdulillah, dari semasa ke semasa anak-anak Gayong Pulau Pinang tak henti-henti dijemput bagi bersama-sama menyerikan majlis perkahwinan dan yang terbaru jemputan dari salah seorang jurulatih Pusaka Gayong dari gelanggang Sungai Nibong 'Cikgu Izhar@Guru Borhan' yang tak putus-putus mengingatkan kami akan majlis persandingan adindanya pada 8 November yang lalu. Seperti biasa selepas informasi diterima, setiap jurulatih secara sepontan mengambil inisiatif mengumpulkan anak-anak murid dibawah jagaan mereka bagi bersiap sedia untuk persembahan tersebut. Dengan latihan demi latihan dan segala perancangan dilakukan dengan teliti bagi tidak menghampakan tuan rumah ketika persembahan dijalankan.
Perbincangan: Cikgu Izhar(Kiri) Bersama Cikgu Pa(Pengerusi Majlis Guru-Guru)

Syukur walau tanpa dibawah
'Skuad Demo' dan dengan sokongan penuh Majlis Guru-Guru PSSPGM Pulau Pinang, kami dapat mengumpulkan jurulatih dan para pesilat dari pelbagai gelanggang dan cawangan dari sebelah Pulau juga Seberang Perai dapat bersama bersatu demi meraikan serta menyempurnakan hajat murni daripada Cikgu Izhar yang amat menginginkan persembahan terbaik dapat kami lakukan pada hari tersebut.
Lagak Panglima: Aksi Permainan Parang panjang Oleh Cikgu Zul & Cikgu Helmi

Ketibaan satu buah kereta dan satu mpv dari Seberang Perai yang penuh dengan anak-anak Gayong pada jam 2.00 petang di Dewan Jubli Perak disambut riang oleh anak-anak Gayong, wakil tuan rumah 'Cikgu Izhar' dan beberapa jurulatih cukup menyemarakkan lagi semangat kami untuk sama-sama bergabung menyempurnakan janji-janji kami. Pada jam 2.30 petang dan setelah adat gelanggang di buka kami dijemput masuk ke dewan makan bagi memulakan persembahan pada petang itu.
Bila Seorang Guru Dikepung: Mari Kita Lihat Siapa Yang Kena..

Kegamatan para hadirin dan jemputan yang hadir pada ketika itu diiringi dengan serunai serta gendang silat sedikit sebanyak mempengaruhi jiwa dan semangat kami untuk memulakan persembahan seni silat pada ketika itu. Setelah kesemua pesilat masuk ke dewan makan dan perbincangan kecil dilakukan sementara sesi fotografi pengantin dijalankan kami bersiap-siap dengan kemungkinan yang mungkin berlaku akibat keadaan gelanggang yang agak sempit dan dipenuhi serta dikelilingi oleh para hadirin untuk meyaksikan persembahan daripada kami.

Srikandi: Pose Dari Puteri-Puteri PSSPGM Pulau Pinang

Persembahan dimulakan dengan pembukaan gelanggang oleh 'Cikgu Azizi' dari gelanggang Sungai Ara, asas,gerakkan dan serangan dalam baris oleh pesilat Sungai Nibong, jurus silat dan tempur berantai oleh anak-anak Gayong Tanah Liat dan Srikandi-srikandi PSSPGM dari gelanggang Sungai Nibong dengan tempur berpasangan mengakhiri persembahan tapak Gayong dan seni permainan tangan kosong.
Kenangan: Pesilat Mengambil Kesempatan Bagi Mengabadikan Gambar Sebagai Kenangan

Seterusnya, barisan Jurulatih Pusaka Gayong dari gelanggang Bayan Baru dan Batu Feringhi memperagakan aksi permaianan seni rotan dan parang panjang. Walau agak kekok pada awalnya, namun dengan berbekalkan semangat juang yang tinggi permainan mereka mampu mengamatkan suasana pada petang itu. Persembahan diteruskan lagi dengan permaianan seni cindai dan parang oleg 'Cikgu Atan Jr.' berpasangan dengan 'Cikgu Aliff' yang kedua-duanya dari gelanggang Alma dan Nyior Sebatang di seberang perai. Akhir sekali sekali lagi penonton disajikan dengan permainan seni parang yang kali ini lebih agresif oleh 'Cikgu Helmi' dan 'Cikgu Zul' cukup membuatkan para hadirin tidak lekang dari tempat duduk bagi melihat persembahan seterusnya daripada kami.







Isnin, 2009 November 09

Ujian Kenaikkan Bengkong PSSPGM

Alhamdulillah, sekali lagi bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya satu lagi program dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh PSSPGM Cawangan Nyior Sebatang iaitu Bengkel serta Ujian Kenaikkan Bengkong bagi pesilat-pesilat dari gelanggang-gelanggang dibawah Cawangan ini yang ketinggalan untuk bersama semasa ujian secara besar-besaran oleh PSSPGM Negeri dijalankan pada bulan Mei yang lalu.
Tunjuk Ajar: Guru Borhan Sedang Memberikan Kata-Kata Nasihat & Tunjuk-Ajar Kepada Salah Seorang Peserta


Namun begitu berkat kesepakatan para jurulatih dan setelah mendapat persetujuan daripada Majlis Guru-Gurulatih Negeri Cawangan Nyior Sebatang diberikan kelonggaran dan mandat bagi menjalankan kursus dan ujian bengkong bagi lebihan pesilat yang ketinggalan ini. Dengan kesungguhan serta semangat juang yang tinggi para jurulatih berkumpul dan membincangkan bagi program serta aturcara yang bakal dirancang seterusnya dijalankan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Majlis Guru-Guru PSSPGM Pulau Pinang.
Bukti: Mungkin Itu Yang Dimaksudkan Oleh Cikgu Anuwar..

Walaupun ini hanyalah kursus dan ujian bagi saki baki pesilat yang telah gagal untuk ke ujian yang telah diadakan pada bulan Mei lalu, namun penyertaan amat menggalakkan dengan keseluruhan peserta mencecah hingga ke angka 80 orang dari pelbagai serta gelanggang yang berbeza. Ini dapat memberi serta menyuntik semangat juang remaja ini bagi sama-sama untuk menjalankan latihan ulangkaji sebelum ujian pada sebelah pagi keesokkan harinya. Dari ini kita dapat melihat pergaulan serta suai kenal antara pesilat dari peringkat kanak-kanak hinggalah ke dewasa cukup membanggakan dengan rasa hormat serta rendah diri yang ditunjukkan.

Semangat: Asas Atau Tapak Gayong Yang Wajib Dikuasai Oleh Setiap Ahlinya..

Selain daripada aspek latihan serta ulangkaji yang dijalankan, kursus ini juga menekankan aspek-aspek keagamaan bagi bersama membentuk ilmiah anak-anak Gayong agar sentiasa membawa Islam ke hadapan. Dengan aktiviti serta lokasi yang dijalankan ianitu di perkarangan Masjid Al-Ridwan Nyior Sebatang, anak-anak Gayong diisi dengan program-prrogram serta kuliah-kuliah oleh ustaz-ustaz dan jurulatih-jurulatih yang telah diberi tanggungjawab. Mudah-mudahan dengan usaha kecil ini mereka pulang bukan sahaja membawa kejayaan serta ilmu Gayong malahan sedikit bekalan ilmu keagamaan yang cuba diterapkan melalui program sebegini.

Sokongan: Antara Para Jemputan Yang Hadir Bagi Majlis Penutupan Program

Semoga dengan hasil usaha kecil ini dapat kami melahirkan generasi muda untuk bersama-sama memelihara serta memperkembangkan seni warisan bangsa ini. Insya'Allah jika betul niat dan cara yang kita ambil Allah s.w.t. akan sentiasa merahmati apa yang kita kerjakan. Pada semua peserta yang telah berjaya untuk program kali ini PSSPGM Bahagian Negeri Pulau Pinang mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah, semoga ini akan dapat membantu untuk membakar semangat kesemua para peserta agar akan lebih bersedia untuk ujian yang mendatang....


Antara Gambar-Gambar Kenangan Pada Program Tersebut




Isnin, 2009 November 02

Majlis Penyampaian Sijil Dan Bengkong PSSPGM

Alhamdulillah,setelah sekian lama mengatur bagi menyempurnakan majlis penyampaian sijil dan bengkong bagi pesilat-pesilat dari Gelanggang Institut Perguruan Tuanku Bainun kini masanya telah tiba setelah penilaian dibuat pada bulan Ogos lalu dan pada 28 Oktober 2009 satu majlis secara ringkas tetapi amat dinanti-nantikan apabila para pesilat-pesilat yang telah berjaya melalui ujian bengkong kini akan memiliki apa yang diidam-idamkan.
Bertenaga: Antara Aksi Disiplin Yang Dipamerkan Oleh Pengamal Taekwando

Majlis ini juga disempurnakan lagi dengan acara serentak majlis penyampaian bengkong bagi pesilat-pesilat juga pengamal Taekwondo Islamic dari Gelanggang IPTB. Majlis diserikan dengan para tetamu jemputan dari bahagian IPTB,PSSPGM & TAEKWONDO yang terdiri daripada Jurulatih-Jurulatih juga Pensyarah. Seperti biasa majlis disempurnakan dengan pembarisan dan disiplin dari anak-anak Gayong bersama-sama ahli Taekwondo bagi menghormati para tetamu jemputan pada hari tersebut.
Tangan Kosong: Tempur Bebas Daripada Dua Pengamal Taekwando

Acara dimulakan dengan ucapan daripada Penasihat Seni Mempertahankan Diri IPTB Encik Ismail yang juga Pensyarah IPTB dan Gurulatih Seni Silat dan Taekwondo. Seterusnya majlis penyampaian sijil dan bengkong kepada para peserta yang telah berjaya melalui ujian baik dari pesilat mahu pun ahli taekwondo.
Simbolik: Acara Tujuh Tapak Disempurnakan Oleh Cikgu Helmi Sebagai Ketua Jurulatih Pada Malam Tersebut

Seterusnya antara acara kemuncak pada malam tersebut adalah persembahan Seni Beladiri daripada peserta-peserta dengan mempamerkan aksi-aksi serta disiplin yang cukup bertenaga dengan nilai-nilai murni serta ketangkasan dalam menguasai seni beladiri yang dipelajari masing-masing. Dimulakan dengan persembahan dari pasukan Taekwondo, para tetamu jemputan juga penonton disajikan dengan disiplin asas yang wajib dikuasai ahlinya dan dikhiri dengan tempur bebas serta teknik pecahan papan.
Kemas: Gaya Seorang Pendekar Gayong DipersembahkanOleh Jurulatih IPTB

Memandangkan pesilat melebihi daripada ahli Taekwondo, anak-anak Gayong diberikan masa yang lebih dan persembahan terakahir dilakukan dengan jayanya baik bagi pesilat-pesilat baru, peringkat Putih,Hijau mahu pun Merah.. Dimulakan dengan dengan adat istiadat Silat Gayong, tujuh Jurulatih mengambil tapak bagi memohon keizinan serta restu daripada Waris Beradat sebagai simbolik bagi memperingati tujuh Hulubalang Gayong. Setelah selesai, persembahan dimulakan dengan asas tapak Gayong oleh anak-anak Gayong bagi memperlihatkan disiplin yang telah diterapkan dalam permaianan mereka.

Antara Gambar-Gambar Kenangan Pada Malam Tersebut

Selepas satu demi satu persembahan daripada kesemua peserta yang melebihi 60 orang termasuk jurulatih muda dengan kemantapan bertempur tanpa senjata dan bersenjata cukup memberikan satu kekuatan bawaha Silat Melayu masih dihargai oleh generasi muda sebegini. Inilah yang cuba diterap serta disampaiakn oleh Gurulatih serta Jurulatih-Jurulatih PSSPGM Pulau Pinang bagi menjana,mewarisi seterusnya menjadi penghubung bagi mengembangkan Seni Warisan ini kepada generasi akan datang...



Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Walimatulurus Siti Farhana,Anakda kepada Ayahda Dato' Cikgu Abdul Majid pada 21 November 2009 di Gurun,Kedah Darul Aman.
Info Oleh:Cikgu Abdul Majid
 
Semua Anak-Anak Gayong!
:: Kem Dan Ujian Kenaikkan Bengkong PSSPGM.
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Semua Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Jamuan Aidilfitri Di Pusat Latihan Tertinggi PSSPGM Gurun,Kedah Darul Aman Pada 11 Oktober 2009 jam 2ptg.
Info Oleh:Cikgu Rusli Hashim (Setiausaha Majlis Guru-Guru Pusat)
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Persembahan Pencak Silat kenduri Adik Guru Azhar(Penang) bertempat di Dewan Jubli Perak,Sg.Dua. Get Ready!!!
Info Oleh:Guru Azhar
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Persembahan pencak silat Pada 10.10.2009 di tanah liat(adik ipar cikgu zul). Siap Sedia dengan team demo masing2.
Info Oleh:Cikgu Zul
 
Anak-Anak Gayong!
::Operasi Sayangi Remaja 30 Ogos 2009!
Info Oleh: Saudari Mazlina
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Demontrasi Silat bertempat di stadium PISA Pulau Pinang pada 15 Ogos 2009.
Info Oleh: Cikgu Khohar(Pusat)
 
Anak-Anak Gayong!
::Majlis Ramah Mesra bersama Ketua Imam Khalifah Besar PSSPGM pada 2 Ogos 2009. Layari http://pusakagayongpulaupinang.blogspot.com/2009/07/jemputan-majlis-ramah-mesra-bersama.html
Info Oleh: Cikgu Rusli
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 20 OKTOBER 2009::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

Arkib Blog

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Admin & Authors Pusaka Gayong Pulau Pinang..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all