Rabu, 25 Februari 2009

Derhakakah Jebat..???Atau Seorang Pahlawan Yang Harus Disanjungi Kerana Membela Serta Menegakkan Kebenaran...

Derhakakah Jebat??? Satu persoalan & tandatanya yang mungkin boleh membawa kepada perbalahan sesama kita dari segi fahaman atau pengetahuan yang kurang berbanding jika dapat berfikir serta mengkaji mengikut logik akal manusia yang hebat ini..

Menurut Hikayat Hang Tuah
, Hang Jebat merupakan seorang pahlawan yang telah dibunuh oleh Hang Tuah kerana derhaka dalam pertarungan yang memakan masa 3 hari 3 malam.

Hang Jebat pada masa pertarungan itu menggunakan keris Taming Sari yang dianugerahkan oleh Sultan Melaka semasa melantiknya menjadi Laksamana. Keris itu dikatakan menjadikan Hang Jebat kebal tidak lut senjata. Hang Tuah telah berjaya merampas semula keris
Taming Sari dalam pergelutan dan menikam Hang Jebat.

Selepas menikam Hang Jebat, Hang Tuah yang baru kembali dari buangan, kembali kerumahnya.

Hang Jebat tidak terus mati, tetapi telah membalut lukanya dengan kain cindai dan kemudiannya memasuki kampung-kampung untuk mengamuk membunuh siapa sahaja yang melintas dihadapannya. Dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir di pangkuan Hang Tuah.

Hang Jebat dikatakan telah membuat perhubungan sulit dengan seorang dayang istana bernama
Dang Wangi. Ada kisah yang menyebut bahawa sebenarnya Hang Jebat telah bernikah dengan Dang Wangi dan semasa Hang Jebat terbunuh, Dang Wangi sedang hamil anak Hang Jebat.

Hang Tuah kemudiannya menghantar Dang Wangi tinggal di Singapura untuk melahirkan dan membela anak Hang Jebat yang dikatakan bernama Hang Nadim.

Dalam kisah
Singapura Di Langgar Todak, budak bijak yang memberi pendapat supaya berkubukan batang pisang dari serangan todak dikatakan adalah Hang Nadim anak kepada Hang Jebat.

Keberanian dan ketegasan Hang Jebat untuk mencari keadilan sehingga sanggup menderhaka kepada Sultan adalah satu-satunya persoalan yang menjadikan Nama Hang Jebat begitu harum sehingga ke zaman ini.

Ungkapan katanya 'Raja adil raja disembah,raja zalim raja disanggah,' menjadi kata-kata hikmat setiap kali memperkatakan perjuangan untuk menuntut keadilan atau bila hendak memperkatakan kezaliman raja yang memerintah. Kesetiaan Hang Tuah yang membuta tuli sebaliknya menjadi cemuhan orang-orang di generasi ini.

Perbalahan di antara dua wira Melaka telah menimbulkan tanda tanya tentang moral Hang Jebat yang bertindak membunuh rakyat yang tidak berdosa dan mengenai sejauh mana Hang Tuah bertindak mematuhi perintah
Sultan. Penilaian Cerita

Bagaimanapun, seseorang perlu melihat tindakan tersebut dalam konteks sezaman. Oleh itu adalah tidak menusahabah bagi seseorang yang hidup di abad ke 21 mempersoalkan nilai moral mereka yang hidup dalam abad ke 15.

Patuh kepada pemerintah adalah nilai yang kekal sepanjang zaman, walaupun gelaran seseorang pemerintah itu dari sultan berubah kepada Presiden, atau Perdana Menteri. Mengingkari sesuatu perintah tanpa sebab yang baik merupakan jenayah yang besar.

Selain itu membunuh mereka yang tidak berdosa merupakan satu kesalahan, satu nilai moral yang kekal sepanjang zaman. Walaupun terdapat mereka yang mengagung-agungkan Hang Jebat dan sebaliknya, ianya bukanlah sesuatu yang diterima secara keseluruhan, cuma sebahagian masyarakat. Seseorang itu perlu menimbangkan sebanyak mungkin fakta sebelum membuat keputusan.

Disebabkan oleh itu, Hang Jebat merupakan wira bagi sesetengah orang dan pembunuh bagi sesetengah yang lain. Keputusan akhirnya adalah bagi masing-masing yang memutuskannya.


"Tanah Melaka tanah purba,
Tempat berbagai aneka sejarah;
Kalau kata sudah dikota,
PANTANG MELAYU MENYERAH KALAH"

Isnin, 23 Februari 2009

Pengisytiharan UNESCO Georgetown-Melaka Sebagai Bandar Warisan pada 22 Nov 2008

Dengan bismillah mula dikata,mengigatkan kebesaran Allah yang Esa,kerana Wajib telah ternyata,segala perbuatan mahulah diserta.....


Alhamdulillah,kini gayong Pulau Pinang sekali lagi mengorak langkah & mengukir sejarah yang amat membanggakan kesemua warga atau anak-anak gayong seluruhnya,pada tarikh bersejarah 22 November 2008Pusaka Gayong Pulau Pinang dapat mempersembahkan seni silat warisan bangsa kepada tetamu yang kehormat lagi dimuliakan iaitu DYMM Tuanku Mizan.
antara aksi para pendekar pusaka gayong memulakan langkah


Dengan ini,terciptalah satu lagi peristiwa yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh wakil-wakil dari PSSPGM Pulau Pinang yang pada pandangan saya adalah teramat nertuah kerana dapat membuat persembahan di depan DYMM Sultan,satu peristiwa dan detik manis yg boleh di ceritakan kepada anak cucu di masa hadapan...

bergambar kenang-kenangan bersama seorang Guru yang telah banyak berjasa kepada anak-anak gayong pulau pinang,Cikgu Ismail Chik


"Matahari terbit di Palembang Siguntang,
Tanahnya subur ditanam padi,
Keris dihunus dipegang dijulang,
Kesatriaan pahlawan timbul kembali"


*Info serta gambar adalah sumbangan daripada Cikgu Dicky Zulkarnean.

Jumaat, 20 Februari 2009

Majlis Persandingan Anakda Dr.Danial

Persembahan anak-anak gayong sempena bagi meraikan pasangan raja sehari yang juga anakda kepada Dr.Danial Zainal Abidin pada 8 Februari 2009 bertempat di Dewan Jubli Perak,Sungai Dua Pulau Pinang.Antara gelanggang-gelanggang yang terlibat adalah seperti gelanggang sungai ara,gelanggang flat hijau sungai nibong,gelanggang sekolah sungai nibong & Institut Perguruan Tuanku Bainun,Nyior Sebatang,Tanah Liat(wakil gelanggang dari seberang perai).Antara orang-orang di belakang tabir yang turut sama membantu melancarkan majlis tersebut
Seperti demo-demo yang sebelumnya,kami bergabung bagi mewujudkan kesinambungan serta ikatan silatulrahim sesama anak gayong walau mungkin ada yang berlain fahaman serta pembawakkan..
Lebih kurang pada jam 2.30ptg,ketibaan raja sehari disambung dengan paluan kompang selawat serta iringan menandakan satu angatan yang membawa raja sehari daripada pasukan Kompang Anak Rebana PSSPGM Balik Pulau.Kiran-kira 20 minit selepas itu,persembahan seni silat bermula dengan diketuai oleh Cikgu Meor dari Gelanggang Sungai Ara membuka tirai persembahan dengan sembah tari solo pembukaan gelanggang,diikuti persemgahan asas pelajaran gayong,masal,serangan dalam barisan,tangan kosong,rotan & parang panjang.

persembahan masal & tempur berantai oleh psspgm iptb
Penutupan gelanggang dilakukan oleh Cikgu Shuhada yang sangat memukau para penoton dengan gayanya yang selamba serta gerak tarinya yang halus,cukup membuktikan yang silat melayu amat halus seninya yang bukan mana dapat dilakukan oleh semua orang tanpa belajar..inilah yang harus kita jaga,warisi seterusnya mengembangkan pada anak cucu bangsa kita yang berlandaskan ajaran Islam untuk menerusi memperjuangkan serta memperlihatkan kepada generasi akan datang salah satu dari kekayaan orang melayu.

Tempur Parang Panjang Pusaka Gayong Pulau Pinang

Acap-acap di tepi laut,

Buaya ganas melintang kuala,

Sebelum ajal berpantang maut,

Takkan Melayu hilang di dunia.

*Dikemaskini semula pada 21 Februari 2009 Jam 02:30 Oleh:Panglima Hitam

Khamis, 5 Februari 2009

Skuad Demo At Shangri-La Rasa Sayang Hotel

Selesai sudah majlis di rumah cikgu wan,pada hari serta tarikh yang sama 27 januari 2009,team dari seberang perai yang diwakili oleh cikgu mie model menerima satu lagi perlawaan oleh Shangri-La Rasa Sayang Hotel,Penang yang mengiginkan kami beraksi dihadapan para pelancong selama 6minit,dengan perbincangan kami setuju & meneruskan perjalanan kami dari teluk bahang ke bat feringhi..dengan latihan kurang dari 10 minit kami berjaya mempersembahkan seni melayu (the malay traditional martial arts) dengan masa yang diperuntukkan 6minit untuk 4 pesilat.Setelah dibincangkan oleh wakil-wakil dari The Dragon Of Mengkuang Dam demo Team,kami menyediakan 5 pesilat yang diwakili oleh cikgu aliff,cikgu mon,cikgu akmal,cikgu mie & cikgu zul. Dimulakan dengan sembah hormat kelima-lima pesilat,gerak seni tari masal bunga tanjung dengan penuh seni serta disiplin menarik para pelancong serta beberapa waratawan untuk lebih mendekati kami,selepas selesai gerak tari bunga tanjung..terus melangkah bak panglima cikgu aliff dengan sembah tari solo sebagai tanda pembuka gelanggang,diikuti seni permainan keris oleh cikgu mon & cikgu akmal dengan penuh gaya serta gah mempamerkan aksi permainan keris laksamana melayu..sekali lagi para pelancong serta wartawan & pihak hotel seperti terpukau dengan gaya akrobatik serta kehalusan permainan keris yg dipamerkan oleh kedua jurulatih ini...Kami tidak habis disitu,permainan terakhir yang jarang-jarang dimainkan di dalam kawasan hotel disebabkan faktor keselamatan,seni permainan parang panjang oleh cikgu mie & cikgu zul dengan aksi-aksi yang lebih mendebarkan sehingga ada para penonton yang kelihatan takut-takut tetapi amat berminat untuk melihat aksi seni melayu yang jarang sekali dipamerkan sedemikian pada umum,akan tetapi dalam permainan silat kita harus ingat masih ada yang kurang sempurna jika kita hanya yakin tetapi tidakmenumpukan perhatian sepenuhnya..parang yang digengam oleh cikgu mie dalam aksi terakhir beliau melibas serta memotong kaki cikgu zul terlepas serta laju berpusing melalui meja makan & para jurugambar..alhamdulillah dengan berkat doa yang diamalkan oleh pesilat gayong,Allah telah melindungi kami,jurukamera & para tetamu dari berlaku sebarang kecederaan akibat parang terbang!Mudah-mudahan ini menjadi pengajaran serta kenagan pahit/manis kami mempersembahkan seni silat pada umum...

(Video rakaman yang sempat dirakam oleh cikgu man jr.)

Jika ada yang berkeinginan untuk menempah skuad persembahan silat psspgm pulau pinangbagi majlis-majlis rasmi,sambutan pembesar-pembesar negeri,sambutan pelancong,perkahwinan dan lain-lain majlis,sila hubungi Cikgu Helmi(mie model) ditalian 012-5633904 atau emailkan kepada helmi.harun83@yahoo.com bg perbincangan atau tempahan terus(awal 2 minggu dari tarikh majlis).

Ahad, 1 Februari 2009

Selamat Pengantin Baru Cikgu Wan!!!

Tanggal 27 Januari 2009 satu detik sejarah bagi salah seorang dari jurulatih psspgm pulau pinang,cikgu Ridwan(Wan) kerana tarikh keramat inilah akan menjadi satu tanda kenangan terindah beliau apabila berlansungnya majlis perkahwinan bersama-sama pasangan pilihan hati.. Majlis diserikan lagi dengan persembahan seni silat oleh saudara-saudara dari aliran pusaka gayong yang mana ia menjadi nadi pada beliau untuk menyambung serta mewarisi ilmu seni melayu tua ini..Antara gelanggang2-gelanggang yang terlibat adalah dari gelanggang beliau sendiri iaitu gelanggang penempatan stunami,batu feringhi,sungai ara,sungai nibong,bagi sebelah seberang pula 15 orang mewakili seberang perai oleh gelanggang-gelanggang bersatu aman demo team(The Dragon Of Mengkuang Dam) oleh jurulatih-jurulatih serta beberapa pesilat berjumlah seramai 15 orang kesemuanya dari gelanggang nyior sebatang,penaga,tanah liat & alma. Alhamdulillah,kami semua berjaya mempersembahkan seni silat bersama walau ada sedikit ketidaksamaan dari segi fahaman & pembawakan tapi kami tetap bersama dibawah payung pusaka gayong..
Dimulakan dengan pembukaan gelanggang oleh cikgu aliff afnan dari seberang perai dengan tari sembah pembuka tirai gelanggang,diikuti persembahan tapak gerak sepadu oleh gelanggang stunami,disambung oleh gelanggang tanah liat dengan masal serta tempur berangkai mereka dibawah kelolaan cikgu zul sepenuhnya...Apabila selesai sudah kesemua persembahan berkumpulan,kini tiba masanya tempur para jurulatih mengambil tempat bagi meneruskan persembahan pada petang itu yang dimulakan dengan pentas kosong oleh cikgu aliff afnan & cikgu emi shahril,diikuti tempur rotan oleh adinda pengantin kita sendiri cikgu shuhaimie dengan pasangannya madi,tempur parang & rotan panjang oleh cikgu atan jr. & cikgu man jr,cikgu ahmad halimi(mon) & cikgu akmal(mamu) dengan permainan seni kerisnya,cikgu helmi(mie model) & cikgu zulkifli(zul taiyo @ pck) dengan permainan parang panjangnya..Selesai sudah,kesinambungan seni silat tidak habis disitu saja..dengan keperihatinan para jurulatih-jurulatih senior yang diwakili cikgu cikgu meor & pasangan beliau cikgu nizam(along) dengan permaina rotan & diakhiri dengan cikgu aidi akbar(paktam) & cikgu rindwan(PA@ Ketua Panglima Hitam) mempersembahkan seni keris orang tua-tua....tapi,harap maklum antara permainan yang mendapat perhatian para penonton adalah permainan keris yang terakhir ini....mungkin juga la,pengalaman mengajar erti berdemo..cara penarikkan orang sudah masak,jadi tak heranlah ini adalah yang sangat menjadi perhatian dengan gaya yang spontan serta tanpa rasa gentar beraksi bagaikan seorang hulubalang melayu! Agak menarik pada persembahan kanli ini,serta persembahan-persembahan yang sebelum ini..para pesilat/jurulatih akan menarik pengantin untuk sama-sama menunjukkan kebolehan bersilat pada tetamu-tetamu yang hadir yang dimulakan dengan sembah hormat serta bunga penyambut tamu oleh adinda beliau cikgu mie mengumpan serta menarik & dengan sepantas dikepong oleh jurulatih yang ada disegenap penjuru bagi menguji sejauhmana ketangkasan pengantin yang sememangnya seorang jurulatih..Dengan aksi-aksi spontan serta ketangkasan mengawal gerak tubuh,cikgu wan dapat mematahkan setiap serangan dari pelbagai pihak,keadaa dari tangan kosong hingga ke senjata...Apabila selesai sesi gurau senda para jurulatih dengan pengantin,paktam mengambil alih bagi sembah tari tutup gelanggang yang sangat menghibur serta penuh berseni dengan gerak langkah yang diatur amat tertip,sopan gaya sang pendekar.

Pesilat & Jurulatih Bergambar Kenangan Bersama Raja Sehari,Cikgu Wan & isteri

Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all