Isnin, 20 Februari 2012

Majlis Himpunan Raksasa PSSPGM

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Salam segayong kami ucapkan buat semua anak-anak gayong dan salam silatulrahim buat semua pecinta seni beladiri  serta para penyokong Pusaka Gayong. Alhamdulillah setelah sekian lama dibincangkan dengan penuh teliti berbekalkan syarat-syarat serta kelayakan akhirnya Majlis Adat Istiadat serta Majlis Guru-Guru Pusaka Gayong Malaysia dengan perkenan Ummi Siti Fadzilah Anakanda Dato' Meor Abdul Rahman dan Dato' Raja Abdul Majid Yang Dipertua PSSPGM bermuafakat bagi menyandangkan Y.A.B. Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia sebagai Imam Khalifah Agong PSSPGM.


Kami juga amat berbesar hati sekiranya kesemua anak-anak Gayong tidak mengira dari Pertubuhan mana, yang lahir dari ilham ADMAR untuk bersama-sama memeriahkan seterusnya mengeratkan lagi ikatan tali persaudaraan sesama kita. Ayuh kita gegarkan dewan modenas sabtu ini.. ZAATTTTTT!!!


Admin

Ahad, 5 Februari 2012

Perarakkan Maulidur Rasul 1433h/2012m

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah setelah satu demi satu permasalahan serta halangan juga rintangan yang dilalui hingga ke hari ini syukur setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dari-Nya Blog Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pusaka Gayong Pulau Pinang masih mampu bergerak aktif dan bangun semula.. Agak sukar sebenarnya bilamana sesuatu medan yang sentiasa aktif dan sesak dengan informasi-informasi serta aktiviti terkini pergerakan Silat Pusaka Gayong ini semakin hari semakin sunyi.
Sejarah: Antara Pejuang-Pejuang Pusaka Gayong
Alhamdulillah sekali lagi saya bersyukur selaku admin, di hari yang penuh makna penuh sejarah ini sekali lagi Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang melalui gelanggang kampung terang telah bersama berganding bahu bagi menjayakan Perarakkan Sambutan Maulidur Rasul 1433hijrah bersamaan 05 Februari 2012. Syukur setinggi-tinggi syukur dengan berkat usaha wakil dari gelanggan kampung terang, saudara Anuar majlis ini dapat disempurnakan dengan kekuatan 50 peserta terdiri dari Guru/Jurulatih dan Anak-Anak Gayong dari gelanggang kampung terang sendiri dan sokongan dari gelanggang flat hijau, sungai nibong serta dari gelanggang seberang perai.
Semangat: Admin & Para Jurulatih PSSPGM
Majlis bermula kira-kira seawal jam 8.00 pagi, perarakkan mula bergerak dari Mahad Al Mashor ke Masjid Daerah Balik Pulau dengan masa berjalan selama lebih kurang 45 minit. Namun 45 minit bukan lah satu masa yang lama bila kita bergerak secara berkumpulan dengan diiringi selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W. dari anak-anak Gayong disamping paluan kompang dari kumpulan Pusaka Anak Rebana yang juga dari anak-anak Gayong cukup untuk melupakan masa dan jarak perarakkan pada masa itu.
Unik: Antara Kelainan Yang Dibawakan Oleh Kontijen PSSPGM
Apa yang menariknya kali ini saya dapati sesuatu yang agak unik dengan kerjasama yang jitu dan sedikit latihan kesemua anak-anak Gayong bukan saja berarak tapi secara spontan membuat beberapa gerakkan ringkas asas dan sedikit pergerakkan yang melibatkan serangan menggunakan senjata parang panjang semasa perarakkan berlansung. Ini dilakukan beberapa kali sepanjang perjalanan itu dan mungkin ia salah satu menyebabkan tertariknya para juri dan menghadiahkan Naib Johan dalam perarakkan tersebut. Tahniah sekali lagi...


Akhir kata dari saya, Salam Maulidur Rasul & Mawlid an-Nabī - 1433h/2012m


Pesanan Rasulullah S.A.W,
"Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku~.. (Hadis Riwayat Imam al-Hakim dari Ibnu ‘Abbas)"
Admin,

Rabu, 1 Februari 2012

Program Penyatuan Ummah & Ziarah Admin Pusaka Gayong Pulau Pinang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Setelah sekian lama berfikir dan berfikir, kini tibalah masanya saya selaku admin dan anak Gayong akan membuka satu ruangan insya'Allah dalam sebulan 1 artikel berkenaan Gelanggang atau Guru-Guru Gayong akan di 'post'kan ke dalam blog ini.


Tujuan sebenar saya adalah bagi mencari jalan terutama Gelanggang-Gelanggang yang aktif dibawah Cawangan-Cawangan yang berdaftar didalam negeri Pulau Pinang agar dapat dikenali sebagai rujukkan dan informasi peribadi. Disebabkan banyak halangan dan rintangan bila mana hingga ke saat ini anak-anak Gayong Pulau Pinang masih segan silu dan mungkin ada agenda sendiri bila mana permohonan saya untuk mengemaskini Gelanggang-Gelanggang yang aktif di Pulau Pinang tidak diterima atau mungkin cara permintaan saya tidak melalui jalan yang sewajarnya. Mohon maaf kepada semua jika permaslahan begini agak sukar ditempuhi saya seorang kerana hakikatnya mungkin saya terlampau mendesak semua pihak agar dapat bekerjasama seterusnya menerima segala cadangan saya.
Sejarah: Bila-Mana Blog Rasmi PSSPGM Pulau Pinang Mendapat Restu Daripada Ayahanda

Disini sekali lagi saya ingin menekankan yang saya tidak akan melebih-lebihkan mana-mana Gelanggang atau Cawangan untuk posting-posting didalam blog rasmi ini. Walau bagaimana pun mungkin sesetengah pihak akan berpendapat sebaliknya oleh kerana posting-posting saya terdahulu banyak ke arah satu-satu Cawangan sahaja. Disini saya ingin terangkan bagaimana sukarnya untuk saya mendapatkan maklumat daripada cemuhan dan rasa kurang puas hati setiap anak-anak Gayong itu sendiri, mujur la Guru-Guru Lama yang lebih Senior memahami saya seterusnya dapat menerima saya seadanya.
Sejarah: PSSPGM Pulau Pinang Semasa Perasmian UNESCO

Saya pernah memberi peluang kepada semua anak-anak Gayong Pulau Pinang yang berhajat untuk memberi info, gambar-gambar, bahan-bahan dan segala bentuk aktiviti dari Cawangan/Gelanggang masing-masing untuk di postkan di dalam blog ini namun setakat hari ini setelah 4 tahun blog ini beroperasi hanya seorang Guru dari Tanjung dan seorang Guru dari Seberang yang sudi memberikan segala informasi tersebut. Dimanakah yang lain? Saya juga pernah memberikan keistimewaan kepada anak-anak Gayong Pulau Pinang tertama para Jurulatih/Gurulatih yang berhajat mengeluarkan artikel dalam cara penulisannya yang tersendiri namun tiada pula yang datang bertandang kecuali seorang wakil dari Pusat.

Ziarah: Antara Gelanggang Yang Pernah Dilawati


Kesimpulannya sekarang tujuan dan harapan saya melakukan semua ini hanya adalah satu, cuba menyatu-padukan semula anak-anak Gayong Pulau Pinang.. Merapatkan semula ikatan ukhwah yang pada pandangan saya makin berkurangan ini, disamping memperkenalkan Gelanganggang-Gelanggang yang wujud di Pulau Pinang serta Guru/Jurulatih yang sentiasa bersemangat. Insya'Allah selagi mana wakil dari Cawangan/Gelanggang/Gurulatih/Jurulatih dapat menerima saya, selagi itu lah saya akan terus bersama membantu dari segi pengiklanan dan apa yang mampu.. Terima kasih atas segala usaha dan bantuan dari pihak yang pernah membantu dan kalau tiada halangan setelah siap kertas kerja saya dalam masa sebulan atau dua lagi saya akan memulakan projek pegembaraan ini.. Tungguuuuu........................ZAATTTTTT!!!





Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all