Isnin, 9 Ogos 2010

Pusaka Gayong Di Hari Pencak Warisan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
Alhamdulillah bersempena dengan jemputan Perhimpunan Silat Melayu sempena Hari Pencak Warisan anjuran SPSGP yang bertempat di Padang Bola Sepak Dewan JKKK Bandar Perda Jalan Kampung Masjid, Teluk Kumbar pada 8 Ogos 2010. Antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk merapatkan silatulrahim diantara ahli perguruan-perguruan yang berlainan aliran tetapi dapat bersama-sama mempersembahkan seni permainan masing-masing bagi tatapan para tetamu yang hadir.

Pembukaan: Persembahan Yang Cukup Mantap Daripada Anak-Anak Gayung Penggerak


Majlis dimulakan dengan penerangan berkenaan pentingnya seni mempertahankan diri kepada bangsa melayu terutamanya seni warisan bangsa melayu itu sendiri iaitu seni pencak silat. Memang silat terkenal dengan kehalusan seni serta permainannya dan bukan hanya semata-mata untuk tatapan tetapi lebih kepada mempertahankan diri dengan gaya dan disiplin yang telah diamalkan sejak turun temurun. Silat juga tidak lengkap andai para pengamalnya tidak memasukkan elemen keagamaan seperti amalan-amalan serta tanggungjawab sebagai muslim yang menyerahkan diri seluruhnya kepada Allah s.w.t.

Bunga Tanjung: Tapak Seni Oleh Anak-Anak Gayong Sebelum Bertempur


Persembahan dimulakan dengan persembahan dari tuan rumah dengan asas-asas dari perguruan tersebut serta seni tempur yang cukup membuatkan para tetamu yang hadir tidak beralih tempat. Sememangnya seni silat adalah seni yang cukup halus dan teliti, ini lah yang cuba ditunjukkan dan dipersembahkan oleh Seni Perguruan Gayung Penggerak kepada masyarakat agar mereka sedar yang bangsa melayu mempunyai mutiara yang amat bernilai untuk diwarisi oleh anak-anak melayu. Dari permainan tangan kosong hinggalah ke permainan senjata persembahan yang ditunjukkan adalah cukup berdisiplin dengan mutu permainan yang baik merancakkan lagi majlis pada petang tersebut.

Aksi Mendebarkan: Pertempuran Seni Parang Panjang & Cindai (Rantai)

'
Kini persembahan kedua dan persembahan yang ditunggu-tunggukan dari kami anak-anak Gayong dengan kekuatan 20 pesilat yang digabungkan dari lima gelanggang turun bagi mewakili Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang. Walau pun tidak kesemua ahli Skuad Demo yang baru tetapi dengan bantuan dari angkatan dan Skuad Demo Jr. dari Sungai Ara memperkuatkan lagi jentera serta keyakinan kami untuk memberikan persembahan yang terbaik pada petang tersebut. Alhamdulillah, syukur setiap apa yang dirancang berjalan lancar walau dalam keadaan padang yang agak licin disebabkan hujan yang lebat pada sebelah malam sebelum dan pagi hari persembahan.

Seni Parang Panjang: Tempur Penutup Daripada Cikgu Zul & Cikgu Helmi


Persembahan diteruskan dengan persembahan Seni Silat Cekak Malaysia dengan aksi-aksi permainan serta gaya perguruan tersebut sekali lagi membuatkan para penonton tidak berganjak dari kerusi masing-masing bagi melihat persembahan yang dipersembahkan. Cukup gah dengan aksi-aksi menarik dari kesemua perguruan yang mengambil bahagian. Semoga acara sebegini akan dapat diteruskan dan menjadi acara tahunan bagi mengumpulkan dan memberikan peluang masyarakat mengenali seni warisan melayu ini dengan lebih dekat...

Dengan ini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Seni Perguruan gayung Penggerak Teluk Kumbar kerana sudi menjemput kami Pusaka Gayong Pulau Pinang dan kepada semua muslimin serta muslimat kami ucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa & Bersama-samalah kita memperbanyakan amalan & Ibadah dibulan yang mulia ini..


*Gambar Ihsan Daripada Izan & Cikgu Muda Dari Gelanggang IPTB



Selasa, 3 Ogos 2010

Hari Pencak Warisan


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Satu jemputan rasmi telah diemailkan kepada admin daripada wakil silat Gayung Penggerak Pulau Pinang dengan usaha-sama Rukun Tetangga Teluk Kumbar, Belia 4b dan Seni Perguruan Gaying Penggerak Teluk Kumbar menjemput Pusaka Gayong Pulau Pinang bagi bersama merai serta memeriahkan seterusnya menjadikan ia sebagai satu platform untuk lebih mengeratkan lagi diantara Perguruan-Perguruan lain.

Berikut adalah butiran Hari Pencak Warisan,

Hari: Ahad

Tarikh: 08 Ogos 2010

Tempat: Padang Bola Sepak Dewan JKKK Bandar Perda,

Jalan Kampung Masjid, Teluk Kumbar.

Masa: 2:00 hingga 6:00 petang


*Masuk Adalah Percuma...


Antara perguruan-perguruan yang akan turut sama membuat persembahan adalah;

  • Seni Silat Gayung Penggerak (Tuan Rumah)

  • Seni Silat Gayong Patani

  • Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia

  • Seni Silat Pulut Melayu Asli

  • Seni Silat Cekak Malaysia

  • Seni Silat Lincah Malaysia

  • Seni Silat Laksamana Laut

Dengan ini saya menjemput kesemua pecinta,pejuang beladiri serta orang ramai bagi bersama memberi sokongan dengan hadir di hari tersebut.



Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all