Khamis, 16 September 2010

Majlis Aidil Fitri Di Daratan Raja Sakti, Tasik Beris, Sik, Kedah Darul Aman

Terima panggilan talifon dari Dato' Cikgu Abdul Majid agar dihimpunkan anak-anak Gayong untuk majlis Aidil Fitri dari Kerabat Raja Sakti, YM Ayah Tg Hj Azhar yang juga merupakan Timbalan Khalifah Agung Selat Seni Gayong. Hari Raya ketiga 12 September 2010 di Dataran Raja Sakti, Tasik Beris, Sik Kedah Darul Aman.
Terasa agak berat untuk mencari ahli, apa tah lagi Hari Raya Ketiga itu. Dato' mahu agar 200 orang dapat dihimpunkan kerana hasrat YM Ayah mahu berarak dengan gajah.

Aku cuba hubungi Pak Su (Cikgu Ahmad Daud) agar dapat diurus ahli-ahli dari Seberang Perai dan Cikgu Pa (Redzuan Hashim) untuk uruskan dari Pulau. Alhamdulillah dapatlah dihimpun seramai 15 orang dari Pulau Pinang bakinya dari Kedah dan yang berhampiran.

Berbaris di hadapan ialah Panglima Hitam dari Pulau Pinang dan Negeri Kedah.

Diantara yang hadir ialah Cikgu Hj Fadzil Omar Timbalan Yang Dipertua PSSPGM dan Cikgu Rusli Hashim Penolong Setiausaha Agong PSSPGM.

Segak dari kiri Cikgu Pa Ketua Panglima Hitam, Cikgu Saidin dan Pak Long Lembing bergambar di hadapan seekor gajah.

Tempatnya di pinggir tasik sungguh indah, boleh melalui dengan jalan air menaiki bot atau bagi yang berani boleh cuba jalan darat yang sungguh mencabar. Terima kasih bagi yang sempat hadir bersama. Semoga diberkati usaha kelian.


Aku mendapat wakil bawaha Dato' Cikgu Ayahanda Abdul Majid akan membuat jamuan raya untuk gayong pada 2 Oktober 2010 ini di Gurun insyaAllah. Semoga kita semua boleh berjumpa di sana.

5 ulasan:

Anak Gayong Penang berkata...

Amboi gagah perkasa panglima-panglima kita. Maaf tak dapat bersama raya ke 3 masih di kampong lagi. Syabas saje ucapan saya kerana dapat tunaikan permintaan Ayah Majid

hentian berkata...

rindu menggamit hati. rindu untuk berada di dalam keramaian sebegini.

mungkin satu hari nanti yang entah bila...

Panglima Hitam berkata...

Syukur2,terima kasih untuk posting yg menarik ini....maaf seribu kali maaf kerana tak dapat bersama..

peminatgayong berkata...

minta postkan banyak gambar sepanjang majlis tu teringain sangat nak tgk,,cam pahlawan dulu2 plak

Panglima Hitam berkata...

kepada peminatgayong..
terima kasih diatas komen dan permintaan anda..
untuk maklumat,saudara penulis "Rimau Kumbang" telah mengemaskini gambar2 terbaru dengan slide..harap sedikit sebanyak dapat memenuhi permintaan peminatgayong..
terima kasih,

admin

Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all