Siapa sangka digelanggang inilah saat-saat manis anak-anak gayong bersua serta berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain,walau pun berlainan fahaman serta pertubuhan ia tetap akrab dibawah satu payung 'Anak Gayong'.
Biar apa yang terjadi atau apa orang hendak katakan,kita anak-anak gayong yang semakin hari semakin faham erti kehidupan bagaimana untuk kita sampaikannya kepada generasi yang lama haruslah kita sama-sama fikirkan. "Bersatu kita teguh,bercerai kita roboh" satu kata-kata yang cukup tinggi nilai dari segi pengertiannya untuk kita dalami tafsirannya serta untuk kita rungkai ia agar lebih jelas dimata semua pihak yang mana apa yang kita perjuangkan adalah hak kita sebagai anak gayong untuk kita tegakkan kebenaran serta kedaulatan raja-raja kita.Biarlah ini menjadi titik mula atau garisan permulaan untuk kita semua melangkah maju kedepan dengan lebih gahnya dengan nama penyatuan anak-anak gayong seluruhnya & kita dapat gegarkan dunia persilatan melayu seperti di era kegemilangan gayong dizaman Dato' Mahaguru Meor Rahman yang mana setiap persembahan anak-anak gayong mendapat liputan yang meluas serta menjadi contoh kepada persilatan lain.Sekali lagi saya tekankan disini agar kita sebagai anak-anak gayong ai alaf baru ini agar bangun serta berusaha segigih-gigihnya agar gayong dapat bersatu walau bukan dibawah satu pertubuhan tapi sekurang-kurangnya dibawah satu lembaga adat agar generasi akan datang tidak lagi tertanya-tanya kenapa gayong berpecah. Biarlah ia sebagai sejarah untuk kita ceritakan pada anak-cucu kita kelak.....

"Pecah Gayong Didalam Dulang,
Dulang Hanyut Dilautan Tujuh,
Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang,
Disatu Masa balik Berteguh"
5 ulasan:
Salam cikgu...
pembetulan sikit noo... bibit-bibit penyatuan... bukan bibik-bibik... bibik tu pembantu rumah... :-p
sungguh tu cikgu, nak bersatu tak payah tunggu 2-3 pertubuhan gabung jadi satu, yg penting anak2 Gayong bebas hadir berlatih dan sertai aktiviti mana2 gelanggang merentasi sempadan pertubuhan...
Salam perpaduan anak-anak Gayong...
ZZAAAATTT!!!
Nazrul,
PSSGM Pusat Latihan Kajang Utama (PLKU)
Taman Kajang Utama, Kajang, Selangor
Salam Nazrul hilmi..
terima kasih kerana menegur saya..hehehe,tk perasan tul...maklum la update tgh2 malamm....hehehe
Apa-apa pn terima kasih sekali lagi
wassalam..
Panglima Hitam
Cikgu setuju dengan Nazrul Hilmi. Bebas berlatih dan sertai aktiviti memang satu kehendak dan impian semua namun di situ ada adab dan kesopanannya. Meminta izin adalah salah satu diantara abadnya. Menghormati gurulatih gelanggang tersebut amat perlu dititik-beratkan. Walaupun kita senior atau berbengkong yang lebih tinggi. Merendah sifat yang terpuji.
Penyatuan yang hakiki ialah yang berlandaskan Islam. Jika ianya diatas yang lain, ianya tidak akan bertahan.
Drp Cikgu Rusli Sg Ara Pulau Pinang
salam...ader kabar cikgu Zul x???
Sy bekas nak murid die..
kalau jumpe kirim salam..
hidup gayung..
zattt...
Salam..
xda ke gambar pengantin dan keluarga?
syabas kpd blog anda yg bjaya hidupkan seni silat gayung!
Catat Ulasan