Ahad, 19 April 2009

Bersama Memartabatkan Silat Melayu Dimata Dunia..Siapa & Mengapa...?

Dalam perjalanan seharian,adakah kita terfikir kemana arahnya silat melayu selepas ini? Adakah ianya akan kekal sebagai satu cabang seni warisan atau hanya akan tinggal warisan yang hanya dikenali oleh generasi akan datang melalui buku=buku sejarah & cerita orang-orang tua.. Apa tugas kita sebagai pengamal seni beladiri yang berlandaskan silat? Apa peranan kita sebagai bangsa melayu yang terkenal dengan adab sopannya,budi pekertinya,sejarah kependekarannya & warisan yang diwarisi turun temurun yang mana ia dipelihara setiap waktu bagi memperlihat atau memperkenalkan serta mengembangkan kepada generasi masa kini dengan usaha-usaha tanpa mengira penat lelah,pahit getir,pengorbanan masa serta wang ringgit demi menjaga apa yang diamanahkan untuk diperturunkan kepada para pelapis masa kini,kerana mereka satu-satunya harapan untuk kita harapkan agar ilmu kependekaran melayu yang diagung-agungkan selama ini tidak hilang begitu saja. Apa peranan kita sebagai pewaris ilmu silat melayu ini? Apa peranan kita sebagai bangsa melayu untuk memperkenalkan silat melayu ini pada generasi akan datang?
Adakah Ini Antara Wajah Pewaris Yang Bakal Menggalas Tanggungjawab Membawa Silat Melayu Untuk Diperturunksn Kepada Generasi Akan Datang? Fikirkanlah..

Apa peranan kita sebagai salah seorang yang berkedudukan untuk sama-sama memartabatkan siat melayu dimata dunia.. Apa yang kita saksikan hari ini,kesedaran ini kian berkurangan dari penglihatan masyarakat kita amnya yang mana ia meletakkan silat ditempat yang tidak sepatutnya. Pandangan serong pada pengamal-pengamal silat semakin menebal oleh siapa?bangsanya sendiri,bangsa melayu dengan beranggapan silat melayu boleh merosakkan anak-anak muda generasi hari ini dengan amalan-amalan yang kurafat,merosakkan minda anak-anak muda dengan beraggapan anadai mempelajari silat & tidak menamatkannya dengan sempurna seseorang itu akan jadi hilang arah,gila & sebagainya. Disini bukti kekolotan bangsa melayu hari ini,waris-waris pelajar lebih rela anak-anak mereka mempelajari seni beladiri luar walau dengan kadar yuran dua kali ganda dengan yuran yang diletakkan oleh silat di sekolah-sekolah..
Antara Aksi Displin Yang Perlu Diberikan Penekatan Serta Kawalan Dari Jurulatih Yang Bertauliah
Hakikatnya pihak kerajaan sudah memberikan sokongan kepada silat melayu untuk mengembangkan ilmu warisan bangsa ini melalui program-program yang dianjurkan,melalui jabatan pendidikan silat sudah mula diutamakan dalam kokurikulum pelajaran dengan bersyaratkan setiap pertubuhan yang ingin membuka gelanggang di sekolah,IPT,IPTS atau kolej-kolej diseluruh Malaysia perlu mendaftarkan diri dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (R.O.S) serta Persekutuan Silat-Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) agar setiap pergerakkan pertubuhan silat tidak menyeleweng & tidak melanggari hukum syarak. Jadi,apa lagi yang patut kita pertikaikan dengan kehadiran gelanggang-gelanggang silat di sekolah-sekolah rendah & menengah,kolej,IPT,TPTS,badan-badan kerajaan,NGO,kampung-kampung,taman-taman serta banyak lagi. Tetapi,sedarkah kita hari ini yang mana masih ada segelintir masyarakat yang tetap memandang serong dengan kewujudan silat yang pada asalnya ia adalah sah disisi undang-undang tetapi mereka tetap menghukum kesemua jenis silat melayu dengan bermodalkan cerita-cerita dongeng yang disampaikan dari orang-orang atau hanya dengan dengan melihat sesuatu pertubuhan melakukan kesilapan.
Adakah patut kita menghukum kesemua atas dasar kesilapan satu pertubuhan sahaja? Logiknya,pada hari ini kenapa silat melayu masih tidak dapat difilemkan seperti senibeladiri asing yang mana China dengan Kungfunya,Thailand dengan Tomoi,Hollywood yang banyak menggunakan teknik Karate-Do serta Teck Kwan Do,Jepun dengan teknik Samurai.. Kenapa bila sampai ke Malaysia serta negara-negara yang serumpun dengannya tiada senibeladiri sendiri yang difilemkan untuk diperkenalkan pada orang luar? Adakah Malaysia hanya mampu mengeluarkan filem yang berkisarkan cinta,rempit,bohsia,hantu,pontianak,jenayah remaja.......Hanya ini???
Aksi Pencak Silat Oleh PSSPGM Pada Satu Majlis Walimatulurus

Dimana perginya seni beladiri kita? Adakah tiada komitmen& kerjasama dari Guru-Guru Tua atau pertubuhan-pertubuhan silat? Kenapa pada era 80an kita boleh berbangga dengan Filem aksi kependekaran seperti Loceng Maut,drama-drama bersiri pada 90an sperti Keris Hitam Bersepuh Emas,Cangkat Buana,Semutar Hitam,Pendekar Kundur,Pedang Berdarah,Pendekar Larut & sebagainya.. Adakah dengan alasan filem-filem atau drama-drama sebegini tidak mendatangkan keuntungan? Kenapa P.Ramlie dapat memfilemkan cerita Hang Tuah,Pendekar Bujang Lapok,Enam Jahanam,Semerah Padi & banyak lagi filem-filem dahulu yang menggondol anugerah dengan berteraskan silat melayu sebagai bahan utama dalam cerita yang diilhamkan mereka??? Kenapa tidak pada masa kini? Adakah pengarah serta penerbit drama & filem hari ini tidak berani mengambil risiko untuk memperjuangkan silat didalam drama & filem mereka..Tepuk dada tanyalah pada diri kita sendiri,dimanakah tempat yang seharusnya kita letakkan silat ini. Disini kita sebagai masyarakat harus mengambil kesedaran,inisiatif untuk sama-sama bagi memajukan silat dengan apa cara sekali pun degan kemampuan atau kuasa yang kita ada sebagai warga Malaysia selagi ia tidak melanggari hukum Islam & menyalahi undang-undang negara Malaysia..
Kenangan Pesilat Dari Gelanggang Taman Semilang,Seberang Jaya Bersama Jurulatih-Jurulatih Pusaka Gayong

*Harapan kami kepada para pelawat yang berkunjung ke laman blog ini,dapat bersama-sama memberikan sedikit komen atau ulasan berkenaan posting kali ini agar sama-sama kita dapat berfikir tentang arah tuju silat melayu pada masa kini & akan datang demi Memartabatkan Silat Melayu Dimata Dunia..

4 ulasan:

dianaliza788 berkata...

mmg betol generasi skrg disogokkan dan dimomokkan cerita dogeng kalau x teruskan pembelajaran silat blh jadi gila dan mcm2 lagilah. Even my father tahu silat pon dia xprnh izinkan utk belajar silat smpailah sekarang dan xde jwpan pon.

normal la manusia lebih suka dgr gosip tanpa selidik betol atau x. Sbnrnya byk jgk adegan silat tp bkn dlm filem tp drama cth drama ank bulh betong cuma produser takut nk kuar budget buat filem2 berunsurkan seni beladiri ni disebabkan mentaliti penonton tp x salah kalau penulis blog ni buat skrip and hantar ke erma fatima ke.. mana tau dia nak buat.

Mata Hati berkata...

Bagi yang faham dan inginkan pembaikan mari kita sokong usaha-usaha murni untuk memperkasakan agenda silat ini.

Jangan dicetuskan masalah dan bibit perpecahan. Banyak bertolak ansur di dalam perkara yang tidak disepakati.Cari titik-titik persamaan yang boleh dijadikan modal untuk perpaduan.

Mari kembali dengan formula yang Islam hidangkan. Bersama dalam bidang yang disepakati dan berlapang dada di dalam perkara cabang.

Siapa yang makan garam dan sindrom setahun jagung bukan wajar diketengahankan.

Adi Putra berkata...

Assalamualaikum...
Salam sejahter,terima kasih pada yang sudi beri pandangan..
sememangnya kita tahu akan status silat pada pandangan umun masyarakat hari ini..Akan tetapi,masih ada yang memiliki hati cintakan silat ini.Tetapi sampai bila mereka mampu bertahan? jika kita tidak mewarisi ini sebagai satu amanah yang harus dipikul demi menegakkan apa yang hak...

Ms.Lulu berkata...

betol3 cikgu helmi.hehe
kucing hitam..

Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all