

'
Mungkin itulah yang dikatakan semangat serta kekuatan seorang yang bergelar anak Gayong, dengan sekembalinya Cikgu Izani dari pertapaan selama 3 tahun akhirnya membuahkan hasil dengan perbincangan dalam telefon hingga ke pertemuan bersama-sama Cikgu Helmi, Cikgu Atan, Cikgu Mon, Cikgu Akmal dan Cikgu Zul dengan sokongan Ketua Jurulatih serta Pengerusi Majlis Guru-Guru Pulau Pinang Cikgu Rizduan dan nasihat daripada Cikgu Rusli, Cikgu Fuzi serta Cikgu Nizam akhirnya ianya dapat dilaksakan dengan sesi latihan skuad demo mula dijalankan dan akan terus dijalankan mulai saat ini.

Final Comeback: Aksi Abg Long vs Cikgu Atan Jr.
Persembahan sulong skuad demo yang pertama dan dianggotai oleh 8 pesilat putra dan 1 pesilat putri dilaksanakan dengan jitunya di Kampung Master, Tasek Gelugor pada 5 Jun 2010 jam 2 petang. Mungkin dengan ahli yang kurang dari 10 anggota ini belum cukup kuat, namun kami bertekad akan membuat pembaikkan dari masa ke semasa dari segi mutu permainan, pengelolaan dan seterusnya kepada keseragaman dari semua aspek yang difikirkan perlu.
Persembahan dijalankan dengan dimulai dengan gerakkan masal bunga tanjung serta serangan berantai diikuti gerak tari solo, tempur tangan kosong, seni permainan pisau, seni tempur parang panjang dan seni tempur cindai-parang panjang "comeback form Abg Long". Walau dalam keadaan gelanggang yang tidaklah dikira baik namun dengan keluasan yang minima itu digunakan sepenuhnya bagi meraikan kedua pasangan mempelai.
Kami amat mengharapkan agar ini dapat menyuntik semangat kami untuk terus memerjuang dan menjadi pewaris agar dapat dilihat serta disambung oleh generai akan datang serta masyarakat masa kini... Insya'Allah..
Akhir kata,terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada Syahirah dan suami kerana kerana sudi menjemput kami bagi bersama meraikan hari bahagia mereka.
"Semoga Allah Kurniakan Kebahagian Hingga Akhir Hayat"