

Sudah hampir sebulan Khemah Ibadah, Latihan Ulangkaji & Ujian Bengkong atau lebih sinonim dan dikenali KILUUB oleh anak-anak Gayong Pulau Pinang. KILUUB 2010 telah dijalankan di perkarangan Masjid Al-Ridzuan Nyior Sebatang pada 2 hingga 4 Julai yang lalu. Walau tidak seperti selalu dan seramai selalu KILUUB kali ini tetap berjalan dengan jayanya walau ada halangan dari sesetengah guru dan jurulatih yang lebih mementingkan ego serta "bodoh sombong" yang ditunjukkan amat nyata dan bukan saja disedari oleh anak-anak Gayong terutama jurulatih malahan pihak Masjid serta anak Khariah Nyior Sebatang sendiri.

Inilah hakikatnya pengorbanan dan ungkapan taat setia yang sering dipertikaikan dengan sahsiah atau tingkah laku yang tidak pernah berubah walau dengan faktor umur. Namun segala pahit manis kenangan di KILUUB kali mungkin sedikit sebanyak dapat mengambarkan sesuatu fenomena yang dapat dikaji terutama Majlis Guru-Guru PSSPGM Pulau Pinang untuk mengambil tindakan susulan diatas sikap salah seorang jurulatih yang sama sekali tidak layak untuk mengeluarkan kata-kata yang ianya hanya layak diberikan kepada dirinya sendiri.

Kita tinggalkannya dan berbalik kepada laporan ringkas Khemah Ibadah,Latihan Ulangkaji & Ujian Bengkong kali ini..Seperti yang diutarakan diatas jumlah peserta kali ini amat kurang memuaskan terutamannya dari gelanggang di sebelah seberang perai dengan hanya berwakilkan kurang dari sepuluh orang dari 80 peserta yang selebihnya dari sebelah pulau. Persoalannya,dimanakah anak-anak Gayong ini semua? Kenapa tiada sebarang wakil daripada anak-anak Gayong yang terdekat? Mengapa masih ada masalah untuk menghantar ke kursus yang telah menjadi acara tahunan kita? Mengapa tiada usaha untuk memajukan silat ini pada pandangan masyarakat? tepuk dada tanyalah hati.....
Seni Combat: Cikgu Wan Memperhaluskan Agar Pesilat Kenal Akan Keunikan Serta Kehebatan Buah Gayong
Alhamdulillah dengan berkat kesungguhan 3 Jurulatih yang berusaha sesungguhnya akhirnya dapat juga program ini dijalankan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Atan yang banyak bekorban masa dan tenaga untuk memastikan keselesaan tempat latihan,tempat tidur dan sebagainya walau akhirnya orang lain yang mendapat pujian serta nama! Juga terima kasih kepada Cikgu Ezani @ Abg Long yang banyak memberikan buah fikiran,idea-idea serta pertolongan dari segi masa & tenaga hinggakan sanggup mengambil cuti tanpa gaji demi menjadikan program ini sebagai yang terbaik untuk anak-anak Gayong. Disini saya sebagai wakil pertubuhan ingin juga memberikan sekalung penghargaan kepada anak buah Cikgu Ezani yang tak putus-putus membantu dari segi keselamatan menjadi sukarelawan yang dibentuk dari hati yang suci & ikhlas bukan sebagai hamba.. Terima kasih..jasa kalian hanya Allah saja yang mampu membalasnya...
