Jumaat, 18 Februari 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432H/2011M Peringkat Negeri Pulau Pinang

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi, dengan berkat serta kesabaran yang tinggi sekali lagi Majlis Agama Islam serta Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi peluang bagi bersama-sama memperingati dan meraikan Hari Keputeraan Baginda Rasulullah S.A.W. pada 12 Rabiul Awal 1432 Hijrah bersamaan 15 Februari 2011 Masihi.
Bersatu: Pejuang-Pejuang Gayong Pulau Pinang

Sambutan Maulidur Rasul kali ini bertempat di Padang Kota Lama dengan penyertaan sebanyak 46 kontijen dari agensi kerajaan, NGO, IPT, Persatuan dan sebagainya berkumpul seawal 7:00 pagi dengan berpakaian seragam bagi melambangkan badan/pertubuhan yang diwakili masing-masing, selain itu secara tidak lansung juga kami telah membantu melengkapkan salah satu dari kalendar Kerajaan Negeri yang mana ianya menjadi satu acara tahunan yang wajib untuk dilaksanakan dengan jayanya..

Bersemangat: Generasi Muda Penggerak Ummah


Tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini adalah "Wasatiyyah Tonggak Kecemerlangan Ummah" , satu tema yang amat bermakna untuk sama-sama kita renungann agar kejayaan serta kecemerlangan ummah dapat dilaksanakan dengan meletakkan Baginda Rasulullah sebagai contoh terbaik untuk diikuti.

Pengorbanan: Generasi Muda Harus Diberi Iktibar & Tauladan Untuk Mencontohi Sunnah Rasulullah

Pada jam 8:30 pagi kesemua kontijen mula bergerak dengan perlepasan satu persatu diikuti dengan gema laungan selawat dan salam keatas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.. Walau pun bagi kontijen Pusaka Gayong Pulau Pinang kali ini tidaklah seramai tahun-tahun sebelum ini namun ianya tidak memudarkan semangat anak-anak Gayong yang hadir dari gelanggang-gelanggang seluruh Pulau Pinang untuk bersama memberikan pendekatan dan pengetahuan kepada seluruh warga Pulau Pinang yang mana Pertubuhan Silat masih wujud serta berkembang pesat di Pulau Mutiara ini.

Pencetus Kekuatan Ummah: Para Jurulatih Pusaka Gayong Pulau Pinang

'

Dari perhimpunan sebegini kita bukan saja dapat memberikan tanda sokongan malahan ianya dapat menyuntik semangat silatulrahim serta kekuatan ummah yang selalu diajar dan diterapkan dalam semua seni silat melayu dan ianya masih lagi kuat dipegang oleh Pusaka Gayong. Perarakkan Maulidur Rasul ini juga dapat menjalinkan persaudaraan serta merapatkan ukhwah silatulrahim dengan para peserta kontijen dan warga Pulau Mutiara.


Akhir kata dari saya hayatilah sirah Baginda Rasullullah, perjuangannya bagi menegakkan keadilan sejagat dan menyebar syiar Islam. Marilah bersama kita mengenali keperibadian beliau, sememangnya Baginda adalah contoh serta ikutan terbaik bagi kita dalam menempuhi liku-liku kehidupan di bumi Allah ini. Perbanyakkan selawat dan salam ke atas Baginda, sesungguhnya Allah dan para malaikat juga turut berselawat ke atas Baginda...

3 ulasan:

Insan Marhaen berkata...

keep on aktif dalam semua aturcara rasmi kerajaan.

keep on mendidik anak bangsa ke arah agama yang mulia melalui wasilah persilatan.

aby berkata...

salam ziarah dari aby ..
baru nampak ada blog pesaka gayung ..

pernah aktif bersama pesaka gayung ketika duduk dipenang..

Cik gu ismail chik,
cikgu Baik dari seberang jaya ..
antara jurulatih saye ..
beberape kali juga buat bersama anak2 cikgu majid yg nama nya Jebat ..
malah ada bergambar bersama cikgu majid juga ..

Tanpa Nama berkata...

Anak Melayu sibuk nak bermaksiat, yang perempuannya sibuk jadi alat seks pendatang tanpa izin, malu lihat anak gadis Melayu diusung ke hulu ke hilir oleh Bangla, Nepal, Myanmar seolah-olah anak gadis Melayu tak ada maruah dan murah sangat boleh diusung ke sana ke mari oleh pendatang asing, sudahlah itu, pendatang asing pun buruh kasar, kerja ladang malahan yang penganggur pun anak gadis Melayu sanggup diusung ke sana ke mari. Renungkanlah semua. Sekian, terima kasih.

Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all