Selasa, 6 September 2011

Demo Pertama Selepas Sebulan Berpuasa

Bersatu: Bila Jurulatih-Jurulatih Baru/Lama Bersua..
Alhamdulillah..syukur kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia dari-Nya dapat kita menyambut hari kemenangan buat seluruh umat Islam selepas sebulan berpuasa. Sebagai umat Islam, kita wajib menunaikan rukun Islam ketiga iaitu berpuasa dibulan Ramadhan selagi tiada keuzuran yang menghalang kita dari berpuasa, pada pesilat pula bulan puasa bukan beerti semua aktiviti dan latihan akan diberhentikan cuma kita akan menghadkan waktu agar tidak terlepas dari menunaikan solat sunat tarawikh yang sememangnya memeliki sebuah imbuhan yang amat bernilai dari Allah s.w.t.
Sembah Hormat: Salam Pembuka Bicara..
Disamping latihan dan aktiviti biasa, anak-anak Gayong juga senangtiasa bersedia jika terdapat jemputan dari pihak-pihak yang menginginkan anak-anak Gayong bagi memeriahkan sesuatu majlis yang mereka anjurkan. Pada 2 September 2011 bersamaan dengan 4 Syawal selagi lagi anak-anak Gayong berhimpun dan bersama-sama berganding bahu bergabung tenaga untuk menyempurnakan permintaan jemputan majlis walimatul-urus oleh yang berbahagia Ayahanda Cikgu Hj Ismail dari Institut Perguruan Tuanku Bainun (IPTB).
Persediaan: Pertempuran Akan Bermula
Majlis berlansung dengan aman dan sempurna di Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Bertam dengan kekuatan  lebih dari 20 pesilat dari gelanggang-gelanggang cawangan Sungai Ara, Nyior Sebatang dan Bagan bersama bergabung untuk memberikan satu corak persembahan yang menarik dan mantap.
Acara Tutup Gelanggang: Sembah Tari Dari Cikgu Aliff
Syukur dengan berkat latihan dan tolak ansur antara jurulatih-jurulatih bersama bersatu bagi membolehkan segala yang dirancang berjalan dengan lancar dan dijauhi dari segala bentuk kecederaan disamping berdoa mengharap perlindungan dari Yang Maha Esa akhirnya membuahkan sesuatu yang cukup beerti buat pasangan mempelai dan tuan rumah.
Adap Bergelanggang: Disempurnakan Oleh Cikgu Ustaz Malik
Para mempelai dan tetamu disajikan dengan persembahan seni pencak silat yang dimulakan dengan acara buka gelanggang dengan tari solo, asas dan gerakkan serta masal dan tempur berkumpulan yang cukup memukau. Selain dari itu para tetamu jua turut disajikan dengan seni tempur tangan kosong, seni rotan, seni keris, seni parang panjang dan sedikit seni cindai. Kesemua corak permainan diadaptasi dengan baik sekali oleh anak-anak Gayong dalam semua bentuk permainan dengan cara bertempur. Inilah yang sebenarnya yang kita mahukan, bila kesemua anak-anak Gayong bersatu dan mampu memberikan sesuatu yang dapat meninggalkan seribu satu kenangan pada sesebuah majlis yang diraikan.
Makan Time: Tuedia, Bila Badan Dah Letih Apa Lagi...Bedal Laaaa..
Tidak dilupakan, pada penghujung persembahan anak-anak Gayong turut menjemput tuan rumah untuk menunjukkan sedikit tapak (tari) sebagai tanda penghargaan dan kasihnya anak-anak Gayong kepada Guru mereka. Bukan itu saja, anak-anak Gayong turut menguji dalam erti kata lain ialah berseloroh (bergurau) dengan Ayahanda Cikgu Hj Ismail dengan serangan hendap dari setiap pelusuk dan mengepung beliau. Namun bila yang dikatakan Guru Gayong, beliau tenang menghadapi dan mematahkan setiap serangan walau pun ianya hanya sekadar gurauan manja dari kami.
Kenangan Abadi: Selamat Pengantin Baru & Semoga Berbahagia Selamanya
Diakhir persembahan dan seperti biasa adat persembahan ada acara buka ada jugalah acara penutupnya. Penutupan gelanggang disempurnakan oleh yang berbahagia Cikgu Aliff Afnan dengan seni tari dan tapak yang begitu halus cukup untuk sekali lagi membuatkan para penonton terpukau dengan lenggok serta tapak yang disusun rapi melambangkan seni melayu tua ini bukan saja sesuatu seni mempertahankan diri yang lasak tetapi memerukan kelembutan agar ia terus kekal walau zaman kian berubah.
"...Seni Cendai Pusaka Purba..,                                Sudah Diukur Baru Dipakai..,                            Jika Anggota Cacat Dan Cedera..,                               Tidak Boleh Tuan Memakai..                               Seni Cendai Pusaka Purba..,                                             Disandang Mai Dihujung Bahu..,                                      Jangan Menyerang Membabi Buta..,                                        Jerat Maut Sedia Menunggu..." 


4 ulasan:

hrusli61 berkata...

Semoga diberkati atas persembahan yang baik dan tersusun.

Semoga Gayong akan bergerak maju amnya dan khususnya di Pulau Pinang akan menjadi contoh yang baik untuk semua.

Kenduri sambut syawal tak nak buat ke?

Panglima Hitam berkata...

Alhamdulillah... terima kasih,moga2 tercapai segala impian bagi memajukan gayong.
Kenduri syawal? bila & kat mana...
insya'Allah jika ada waktu..

insan_marhaen berkata...

persembahan akan memantapkan lagi pergerakan.

namun, paling penting keikhlasan dalam hati. ikhlas yang tulus!

Panglima Hitam berkata...

Alhamdulillah...terima kasih saudaraku insan_marhaen =)

Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all