![]() |
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. |
Tujuan sebenar saya adalah bagi mencari jalan terutama Gelanggang-Gelanggang yang aktif dibawah Cawangan-Cawangan yang berdaftar didalam negeri Pulau Pinang agar dapat dikenali sebagai rujukkan dan informasi peribadi. Disebabkan banyak halangan dan rintangan bila mana hingga ke saat ini anak-anak Gayong Pulau Pinang masih segan silu dan mungkin ada agenda sendiri bila mana permohonan saya untuk mengemaskini Gelanggang-Gelanggang yang aktif di Pulau Pinang tidak diterima atau mungkin cara permintaan saya tidak melalui jalan yang sewajarnya. Mohon maaf kepada semua jika permaslahan begini agak sukar ditempuhi saya seorang kerana hakikatnya mungkin saya terlampau mendesak semua pihak agar dapat bekerjasama seterusnya menerima segala cadangan saya.
![]() |
Sejarah: Bila-Mana Blog Rasmi PSSPGM Pulau Pinang Mendapat Restu Daripada Ayahanda |
![]() |
Sejarah: PSSPGM Pulau Pinang Semasa Perasmian UNESCO |
Saya pernah memberi peluang kepada semua anak-anak Gayong Pulau Pinang yang berhajat untuk memberi info, gambar-gambar, bahan-bahan dan segala bentuk aktiviti dari Cawangan/Gelanggang masing-masing untuk di postkan di dalam blog ini namun setakat hari ini setelah 4 tahun blog ini beroperasi hanya seorang Guru dari Tanjung dan seorang Guru dari Seberang yang sudi memberikan segala informasi tersebut. Dimanakah yang lain? Saya juga pernah memberikan keistimewaan kepada anak-anak Gayong Pulau Pinang tertama para Jurulatih/Gurulatih yang berhajat mengeluarkan artikel dalam cara penulisannya yang tersendiri namun tiada pula yang datang bertandang kecuali seorang wakil dari Pusat.
![]() |
Ziarah: Antara Gelanggang Yang Pernah Dilawati |
Kesimpulannya sekarang tujuan dan harapan saya melakukan semua ini hanya adalah satu, cuba menyatu-padukan semula anak-anak Gayong Pulau Pinang.. Merapatkan semula ikatan ukhwah yang pada pandangan saya makin berkurangan ini, disamping memperkenalkan Gelanganggang-Gelanggang yang wujud di Pulau Pinang serta Guru/Jurulatih yang sentiasa bersemangat. Insya'Allah selagi mana wakil dari Cawangan/Gelanggang/Gurulatih/Jurulatih dapat menerima saya, selagi itu lah saya akan terus bersama membantu dari segi pengiklanan dan apa yang mampu.. Terima kasih atas segala usaha dan bantuan dari pihak yang pernah membantu dan kalau tiada halangan setelah siap kertas kerja saya dalam masa sebulan atau dua lagi saya akan memulakan projek pegembaraan ini.. Tungguuuuu........................ZAATTTTTT!!!

4 ulasan:
Kadang-kadang saya keliru dengan tulisan Panglima Hitam ini. Tetapi setelah membaca buat kedua kali baru saya faham isi tulisan itu.
Saya pohon agar Panglima Hitam jika menulis jangan membuat kenyataan seperti teka-teki. Terus kepada pendirian sebenar.
Saya amat menyokong penyatuan dan rasanya semuanya pun hendak penyatuan. Tetapi kita tidak boleh berlandaskan selain dari Islam.
Nabi saw pernah bersabda; "Berpegang teguh dengan 'tali Allah' dan jangan bercerai-berai. Berpeganglah dengan Al Quran dan Sunnah Nabi saw".
Alhamdulillah...
Pertama sekali saya ucapkan berbanyak2 terima kasih pada saudara Cikgu Jalak Lenteng yang memberi komen agar saya lebih berterus terang..
Sebenarnya ada benda yang kita perlu nerterus terang dan ada benda yang patot kita kiaskan sedikit dan sebaliknya.. Dalam penulisan blog, ini lah yang saya pelajari dari kursus-kursus serta bengkel yang pernah say pergi..
Insya'Allah seperti dalam posting saya, saya akan cuba sedaya yang termampu untuk jalankan aktiviti ini.. bab penerimaan terserah pada wakil atau tuan rumah itu sendiri, jika dia dapat menerima saya sebagai satu badan bebas..saya akan teruskan,namun jika sebaliknya terpaksa la saya akur...
Untuk pengetahuan juga, Pertubuhan Seni Silat Pusaka Pulau Pinang Blog dibagun dan diusahakan agar memperkenal dan mempromosi kegiatan/aktiviti/jadual gelanggang dan perkara2 yang melibatkan gelanggang dan cawangan2 Pusaka Gayong di negeri Pulau Pinang...
Salam alaik. Alhamdulillah dan syabas Panglima Hitam. Satu pendekatan yang baik dengan memberi maklumat terkini dan yang terlepas.
Sekarang Pusaka Gayong Pusat sedang rancak menyusun Majlis Sambutan YAB PM ke Gurun pada 25 Feb 2012. Malam tadi saya hadir mesyuarat gotong-royong bersama penduduk Kg Guar Nenas di rumah Ayahanda Dato' Cikgu Majid. MAsyarakat kampong telah bersetuju akan bersama.
Saya berharap Goyong Pulau Pinang akan beramai-ramai hadir ke majlis ini nanti.
Terima kasih cikgu atas sokongan...
Insya'Allah Pusaka Gayong Pulau Pinang akan turun sebagai tanda sokongan dan arahan dari Dato' Raja Abdul Majid...
Catat Ulasan