Rabu, 3 Jun 2009

Kita Mendidik Bukan Mendera.

Bersama gombongan Ayahanda Dato' Abdul Majid B Mat Isa dari Pusaka Gayong Pusat menziarahi gelanggang-gelanggang di Kelantan. Kami disambut cukup mesra di sana.

"Cikgu silat di Batu Uban itu mengajar lembut sangat, badannya gemuk-gemuk dan pakai cerminmata." Kata-kata ini masih aku ingati sehingga ke hari ini. Ianya datang dari seorang yang memang lama berkecimpong di dalam selok-belok silat apatah lagi silat Gayong. Dia memang hebat dan handal dan dengar kata ramai anak muridnya lari kerana tidak tahan untuk meneruskan bersilat dengannya. Pukulannaya keras, kunciannya kemas dan ilmunya tinggi. Cuma mereka yang cekal dan berani yang boleh mampu meneruskan bersamanya.

Namun aku diamkan sahaja kerana itu mungkin prinsip aku bila mengajar lembut, maka lembutlah. Mungkin mereka tidak mengetahui aku pernah melihat di depan mata, anak-anak buah yang terkeliat, patah tulang lengan, patah tulang kolar, pengsang, darah keluar dari mulut, hilang ingatan dan sebagainya. Apakah ertinya bila sudah patah-riuk sebegini, tentu masa depan yang mereka hadapi akan lebih sukar dan mengukarkan orang lain. Memang betul ini lumrah dan risiko belajar silat tetapi alangkah baiknya jika kita cuba sedaya upaya mengelakan atau mungkin mengurangkan risiko ini. Malang jangan ditempah musuh jangan di cari.

Tenaga-tenaga baru dan lama yang menjadi tulang belakang perkembangan Pusaka Gayong di Pulau Pinang.

Mungkin beliau handal di sudut ilmu persilatan tetapi pernah pada suatu hari anak buahnya sendiri telah menalipon aku meminta bantuan untuk mereka membuka gelanggang di suatu tempat. Mereka diminta oleh pihak yang berwajib beberapa dokumen seperti Sijil Pendaftran Pertubuhan, surat perakuan, permit atau tauliah mengajar dan sebagainya.

Mereka telah menghubungi Cikgu Majid yang pada masa itu merupakan Setiausaha Agong pertubuhan kami. Cikgu Majid telah meminta mereka untuk menghubungi aku untuk membantu mereka membuka gelanggang baru tersebut dan memperolehi apa yang diminta oleh pihak yang berwajib itu. Aku pun diundang ke rumah mereka untuk berbincang perkara yang mereka hajati itu. Maka itulah kalam yang aku dengar tanpa mereka ketahui akulah cikgu silat yang mengajar lembut di Batu Uban itu.
Cikgu kita ini sedang menunjukan di antara cara dan senaman dari Perguruan Seni Silat Petir. Teknik untuk menguatkan lagi pukulan siku.

Ramai orang bersilat untuk menjadi jaguh. Untuk menilai silat mana yang kuat. Tetapi aku bersilat kerana ingin mencari kawan. Ingin menarik kepada penghayatan Islam secara yang semampu boleh. Mereka yang menjadi murid silat amat taat dan hormat kepada gurunya. Kadang-kadang tangan kita ini dicium mereka setiap kali semasa berjumpa atau di dalam gelanggang. Tetapi yang anehnya tangan ayah dan ibu mereka sendiri langsung tidak pernah dicium. Setidak-tidaknya mungkin setahun dua kali. Itu pun sewaktu pagi Hari Raya sahaja. Jadi ambillah kesempatan ini mendidik anak-anak buah kita ini ke arah yang lebih baik. Mereka taat dan hormat kepada kita maka kita sayangi pula dan memberi sentuhan-sentuhan yang menyenangkan hati mereka.

Senaman latih tubi yang sebegini adakah dikatakan mendera atau memantapkan diri ?

Bukan jaguh silat semata-mata yang kita cari tetapi insan yang jaguh dalam membina modal insan yang lengkap. Rohani, jasmani dan mindanya yang tinggi dengan sikap yang mulia. Menjadi contoh dan senang didampingi. Berkemampuan memimpin rakan-rakan lain.Dalam masyarakat beliau dihormati dan disegani. Menjadi benteng negara. Ini semua memerlukan seni halus yang bijaksana. Mengajar bukan untuk mendera tetapi mengajar untuk mendidik. Kerahlah kemana-mana pasti mereka tidak menolak.

Lain hulu lain parang.
Lain dahulu lain sekarang.

Isnin, 1 Jun 2009

KILUUB 2009(Masjid Al-Huda,Sg.Ara)

Alhamdulillah,dengan berkat kesabaran serta keteguhan semangat juang yang tinggi anak-anak gayong pulau pinang,setelah 3 hari bersusah-payah mengharungi segala pahit getir dalam menjalani kursus yang dianjurkan oleh Majlis Guru-Guru PSSPGM Pulau Pinang 2009(KILUUB atau Khemah Ibadat,Latihan Ulangkaji & Ujian Bengkong) yang dijalankan dengan jayanya hasil usaha sama Majlis Guru-Guru,para Jurulatih dan AJK Masjid Al-Huda Sungai Ara yang bertungkus-lumus bagi menjaya serta merialisasikan impian anak-anak gayong untuk dinaiktaraf serta diuji tahap kemampuan mereka hasil dari tunjuk ajar jurulatih gelanggang masing-masing.

Seramai 160 peserta mengambil bahagian dari Kursus dan Ujian Pra Putih hinggalah ke Ujian Pra Merah yang datang dari gelanggang ,umur dan latar belakang yang berbeza.


Pewaris Srikandi: Semangat Beginilah Yang Harus Kita Tiupkan Agar Generasi Sekarang Mengenal & Mewarisi Seni Silat Melayu

Bermula dari 29 Mei hingga 31 Mei 2009 anak-anak gayong diberi penekanan,tunjuk-ajar serta bimbingan yang tiada berbelah bahagi demi memantapkan serta melahirkan pesilat yang berkualiti tanpa menghiraukan masa tidur serta keletihan.

Sesuatu yang harus kita ingat asal erti pengorbanan yang telah diberikan untuk dijadikan sebagai satu contoh yang terbaik untuk kita peraktikan serta teruskan apabila pulang ke gelanggang masing-masing.

Begini Caranya: Ini Teknik Yang Betul,Mungkin Itu Yang Cuba Diterangkan Oleh Cikgu Meor


Pada hari kedua latihan 30 Mei,anak-anak gayong sekali lagi diberikan pengkhususan kali terakhir sebelum ujian pada sebelah petangnya. Pada jam 5ptg,ujian dmulakan secara berperingkat dari Pra Putih hinggalah ke Pra Merah(Jurulatih Muda).


Dengan kerjasama yang kuat & baik diatara jurulatih,ujian dapat dihabiskan sepenuhnya pada jam 7ptg.

Syukur Alhamdulillah,sepanjang ujian berjalan tiada berlaku perkara-perkara yang tidak diigini dengan keadaan cuaca dalam keadaan sangat baik.

Semangat: Siapa Kata Wanita Tidak Mampu Bersilat Dengan Baik?

Pada sebelah malamnya,acara kemuncak majlis penyampaian sijil dan bengkong pada para peserta kursus serta diakhiri dengan persembahan seni silat para peserta,wakil PSSPGM Negeri & Pusat.

Dengan aksi-aksi menarik serta ketangkasan yang ditunjukkan oleh anak-anak gayong yang mengambil bahagian dalam persembahan pada malam itu berjaya menarik minat para tetamu dari khariah masjid,ibubapa dan para peserta kursus.

Siap Sedia: Mengambil Tempat Dalam Barisan Masing-Masing

Pada hari terakhirnya 31 Mei selepas solat dan kuliah subuh berjemaah,anak-anak gayong beramai-ramai berganding bahu bersama para jurulatih bergotong royong membersihkan masjid sebelum meninggalkan laman bersejarah itu. Disinilah antara nilai-nilai murni yang cuba diterapkan kepada anak-anak muda ini selain dari solat lima waktu berjemaah,menghormati arahan jurulatih,bersua kenal sesama sendiri serta mendisplinkan diri.
Mudah-mudahan ianya akan menjadi kebiasaan dan dapat diterap serta diamalkan apabila pulang ke tempat masing-masing,Insya’Allah. Selepas gotong royong selesai,anak-anak gayong sekali lagi diberikan penerangan penutupan kursus serta sijil penyertaan sebagai tanda mereka telah Berjaya menamatkan program yang juga acara tahunan ini.

Kenangan: Para Jurulatih Bergambar Kenangan Selepas Selesai Majlis Penyampaian Bengkong & Sijil

Segayong,Sekendi,Seperigi,Seminum,
Sejalan,Sejadi,Sedarah,Sedaging,
Sepadu..





*Antara Gambar-Gambar Kenangan Yang Sempat Kami Rakamkan*

“Tanah Melaka Tanah Pusaka,
Tempat Lahir Panglima Negara,
Wahai Pemudi Juga Pemuda,
Bangunlah Kamu Mempertahankan Negara”

Sabtu, 30 Mei 2009

Terungkaplah Satu Sejarah...

Penerangan: Sesuatu Yang Cuba Disampaikan Kepada Peserta Oleh Salah seorang Jurulatih Yang Bertugas

Khemah Ibadat,Latihan Ulangkaji & Ujian Kenaikkan Bengkong (KILUUB) 2009 bermula semalam 29 Mei hingga besok 31 Mei 2009 bertempat di perkarangan Masjid Al-Huda Sungai Ara Negeri Pulau Pinang.

Bermulanya satu era,satu pengalaman,satu ikatan,satu matlamat,satu harapan & satu tujuan iaitu mengharui perubahan,menaiktaraf diri dalam pertubuhan,cuba menyakinkan diri untuk menempuhi ujian setelah sekian lama berpeluh,bersakit menjalani latihan digelanggang masing-masing,kini tibalah masanya segala kesakitan,kesusahan serta kepayahan dinilai dan biberi pengitirafan yang sewajarnya.
Selaras: Bersama Menjalani Sesi Latihan

Apa sebanarnya yang dititikberatkan dalam kursus ini?
Jwapannya adalah membina semangat berpasukan,mengenal saudara segayong yang datang dari pelbagai gelanggang,menyelaraskan segala matapelajaran dari pra puting hingga ke pra merah,membina ikatan ukhwah sesama insan,bermasyarakatan,disiplin,kesedaran,kerohanian dan berbagai-bagai lagi.

Sebagai renungan,panduan dan ingatan kita bersama apa itu Gayong dan apa yang kita ikrarkan semasa hari kita diterima murid atau hari kita diperlimaukan...
Disiplin: Memberi Sepenuh Tumpuan & Arahan Yang Diberikan

IKRAR GAYONG
Aku Mengaku Taat Kepada Allah
Aku mengaku Taat Kepada Rasul
Aku Mengaku Taat Kepada Kedua Ibu & bapaku
Aku Mengaku Taat Kepada Mahaguru
Aku Mengaku Taat kepada Wakil Mahaguru
Aku Mengaku Taat Kepada Seahli SeGayong Denganku

Jumaat, 29 Mei 2009

Pusaka Warisan Bangsa

Assalamualaikum...salam sejahtera,semoga kita semua dilindungi serta diberkati Allah s.w.t. Posting kali ini melibatkan perkembangan Unit Persembahan yang selama ini sangat kabur-kabur setelah sesuatu keputusan yang diambil tanpa usul periksa dan menurutkan kehendak hati tanpa menghiraukan keadaan sebenarnya. Kini penubuhan Skuad Demo yang telah kian lama senyap akan kembali demi membawa Silat terutama Pusaka Gayong ke mata dunia agar ianya segar dalam ingatan serta menjadi tradisi yang kita jaga serta warisi walau kita tidak mampu belajar,mewarisi atau mengembangkan ilmu seni silat ini cukuplah dengan membantu memberikan sokongan dari segi moral dan bagi tujuan promosi kepada anak cucu kita.
Disiplin: Antara Senaman Yang Wajib Dikuasai Oleh Anak-Anak Gayong

Takkala hari ini kita dapati susah atau jarang-jarang sekali kita lihat anak-anak muda bertempur dirumah-rumah kenduri,majlis-majlis rasmi dan sebagainya. Dimanakah sebenarnya pemikiran kita bangsa melayu? Adakah masih kekal dengan
pemikiran KOLOT yang kita tanamkan sedalam-dalamnya dalam hati agar ia tidak dapat diganggu-gugat..

Dengan alasan ini,Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang mengambil inisiatif untuk menggunakan sedikit pengetahuan tentang ilmu bertempur ini agar dapat diperagakan kepada warga Pulau Pinang.
Sebenarnya,dalam keadaan sekarang mungkin bagi sesetengah pihak akan ternampak ini mustahil atau sukar untuk disaihkan kepada pandangan um
um,tetapi hakikat sebaliknya..
Penyambung Warisan: Masih ada Golongan Bangsa Melayu Yang Tidak Mengenali Silat

Walau kita bergerak secara 'low profil' ini tidak bermakna kita lansung tidak mengendahkan keadaan semasa atau menyingkirkan sesiapa,malahan kita b
erusaha sedikit demi sedikit bagi wujudnya kembali ikatan silatulrahim yang kuat demi menjana kekuatan serta dapat bergerak melalui Demo dan Persembahan-persembahan walau kadang kala keadaan sangat-sangat teruji.

Bagi sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan Persembahan Silat di majlis-majlis keraian,perkahwinan,kebudayaan dan lain-lain boleh la menyuarakan hasrat anda melaui kiriman email kepada kami atau menghubungi Admin Panglima Hitam sebagai rujukkan cara atau prosedur yang betul bagi membuat tempahan. Selain itu,pihak PSSPGM sentiasa mengalu-alukan pada sesiapa saja yang berminat bagi membuka Gelanggang di kawasan-kawasan berhampiran anda.
Tanda Kenangan: Bergambar Bersama-Sama Jurulatih Gelanggang

.."Beranyut ke hilir panduan resemi,

Lenggang bertapak seni memandang,

Menjaga air mengawal bumi,

Tegap menapak teguh menjulang"..

Ahad, 24 Mei 2009

B.A.K. 2009

Ish! Betoi ke nie...? Mungkin itu yang sedang difikirkan oleh Jurulatih ini
Benkel Asas Kejurulatihan atau B.A.K. adalah satu program yang seringkali dijalankan oleh PSSPGM Pulau Pinang dari cawangan Sungai Ara.
Uniknya pada kali ini,program tersebut dijalankan sepenuhnya dibawah Majlis Guru-Guru Pusaka Gayong Pulau Pinang sempena menyusun serta menyelaraskan matapelajaran Pusaka Gayong bagi program KILUUB atau Khemah Ibadat,Latihan Ulangkaji & Ujian Bengkong pada 29 hingga 31 Mei ini.
Ini caranya,mungkin itu yang cuba diterangkan oleh Cikgu Rusli

Antara matlamat penting dalam bengkel kali ini adalah memberikan pendedahan serta sama-sama mengulangkaji serta menyelaraskan segala matapelajaran daripada pra putih hingga ke pra merah untuk digunakan pada KILUUB kali ini.

Program B.A.K. ini juga dijalankan di tapak atau lokasi yang sama KILUUB 2009 bagi mendapatkan suasana Kursus atau Program yang bakal dijalankan pada tarikh yang telah ditetapkan.
Bermula pada 16 Mei & berakhir pada 17 Mei,dimana para jurulatih yang terlibat bagi memikul tanggungjawab untuk menjaga latihan bagi peringkat-peringkat bengkong nanti bersama-sama mengulangkaji serta mencari satu keputusan serta ketetapan berkaitan matapelajaran yang akan diguna pakai nanti.
Penerangan diberikan sebelum majlis mandi dimulakan..


Selain daripada menyelaras buah/matapelajaran B.A.K. kali ini juga dijalankan majlis perlimau Gayong serta mandi Seni(Bunga) pada sebelah pagi 17 Mei yang disempurnakan oleh Guru Utama PSSPGM,Ayahda Cikgu Abdul Majid bersama-sama Cikgu Fadhil dari Gelanggang Pusat,Gurun Kedah Darul Aman.

Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all