Sabtu, 31 Julai 2010

KILUUB 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Agaknya dah lama laman blog Pusaka Gayong ini tidak memberikan berita serta info-info terkini berkaitan aktiviti dan perjalanan anak-anak Gayong Pusaka Pulau Pinang.. Pertama sekali saya mohon maaf andai ada sebarang masalah yang timbul dan disebabkan itu saya tidak dapat untuk mengemaskini laman rasmi PSSPGM Pulau Pinang ini.


Seni: Setiap Langkah Memerlukan Tunjuk-Ajar Serta Latihan Yang Secukupnya

Sudah hampir sebulan Khemah Ibadah, Latihan Ulangkaji & Ujian Bengkong atau lebih sinonim dan dikenali KILUUB oleh anak-anak Gayong Pulau Pinang. KILUUB 2010 telah dijalankan di perkarangan Masjid Al-Ridzuan Nyior Sebatang pada 2 hingga 4 Julai yang lalu. Walau tidak seperti selalu dan seramai selalu KILUUB kali ini tetap berjalan dengan jayanya walau ada halangan dari sesetengah guru dan jurulatih yang lebih mementingkan ego serta "bodoh sombong" yang ditunjukkan amat nyata dan bukan saja disedari oleh anak-anak Gayong terutama jurulatih malahan pihak Masjid serta anak Khariah Nyior Sebatang sendiri.

Trademark: Lompatan Antara Latihan Asas Yang Wajib Dikuasai Oleh Setiap Pesilat


Inilah hakikatnya pengorbanan dan ungkapan taat setia yang sering dipertikaikan dengan sahsiah atau tingkah laku yang tidak pernah berubah walau dengan faktor umur. Namun segala pahit manis kenangan di KILUUB kali mungkin sedikit sebanyak dapat mengambarkan sesuatu fenomena yang dapat dikaji terutama Majlis Guru-Guru PSSPGM Pulau Pinang untuk mengambil tindakan susulan diatas sikap salah seorang jurulatih yang sama sekali tidak layak untuk mengeluarkan kata-kata yang ianya hanya layak diberikan kepada dirinya sendiri.

Srikandi: Kini Wanita Juga Mampu Berpencak Sehebat Lelaki

Kita tinggalkannya dan berbalik kepada laporan ringkas Khemah Ibadah,Latihan Ulangkaji & Ujian Bengkong kali ini..Seperti yang diutarakan diatas jumlah peserta kali ini amat kurang memuaskan terutamannya dari gelanggang di sebelah seberang perai dengan hanya berwakilkan kurang dari sepuluh orang dari 80 peserta yang selebihnya dari sebelah pulau. Persoalannya,dimanakah anak-anak Gayong ini semua? Kenapa tiada sebarang wakil daripada anak-anak Gayong yang terdekat? Mengapa masih ada masalah untuk menghantar ke kursus yang telah menjadi acara tahunan kita? Mengapa tiada usaha untuk memajukan silat ini pada pandangan masyarakat? tepuk dada tanyalah hati.....

Seni Combat: Cikgu Wan Memperhaluskan Agar Pesilat Kenal Akan Keunikan Serta Kehebatan Buah Gayong


Alhamdulillah dengan berkat kesungguhan 3 Jurulatih yang berusaha sesungguhnya akhirnya dapat juga program ini dijalankan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Atan yang banyak bekorban masa dan tenaga untuk memastikan keselesaan tempat latihan,tempat tidur dan sebagainya walau akhirnya orang lain yang mendapat pujian serta nama! Juga terima kasih kepada Cikgu Ezani @ Abg Long yang banyak memberikan buah fikiran,idea-idea serta pertolongan dari segi masa & tenaga hinggakan sanggup mengambil cuti tanpa gaji demi menjadikan program ini sebagai yang terbaik untuk anak-anak Gayong. Disini saya sebagai wakil pertubuhan ingin juga memberikan sekalung penghargaan kepada anak buah Cikgu Ezani yang tak putus-putus membantu dari segi keselamatan menjadi sukarelawan yang dibentuk dari hati yang suci & ikhlas bukan sebagai hamba.. Terima kasih..jasa kalian hanya Allah saja yang mampu membalasnya...


Antara Gambar-Gambar Kenangan Program


Khamis, 10 Jun 2010

Amukkan Skuad Demo Di Tasek Gelugor!

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya satu gabungan semula team Skuad Demo yang telah sekian lama menyepi dan umpama harimau yang kehilangan taringnya. Disebabkan masalah-masalah dalaman kecil dan ada segelintir jurulatih yang kurang senang dengan kemajuan serta usaha gigih para jurulatih khususnya yang melibatkan pentadbiran dan amnya melibatkan unit skuad demo selama ini. Dengan berkat usaha gigih dan murni dari salah seorang jurulatih yang lebih mesra dengan panggilan "Abg Long", Cikgu Izani merupakan tunjang utama dalam penggerakkan semula unit skuad demo yang telah dicemari dengan pelbagai masalah dari segi pengurusannya..

The Opening: Tari Bunga Tanjung
'
Mungkin itulah yang dikatakan semangat serta kekuatan seorang yang bergelar anak Gayong, dengan sekembalinya Cikgu Izani dari pertapaan selama 3 tahun akhirnya membuahkan hasil dengan perbincangan dalam telefon hingga ke pertemuan bersama-sama Cikgu Helmi, Cikgu Atan, Cikgu Mon, Cikgu Akmal dan Cikgu Zul dengan sokongan Ketua Jurulatih serta Pengerusi Majlis Guru-Guru Pulau Pinang Cikgu Rizduan dan nasihat daripada Cikgu Rusli, Cikgu Fuzi serta Cikgu Nizam akhirnya ianya dapat dilaksakan dengan sesi latihan skuad demo mula dijalankan dan akan terus dijalankan mulai saat ini.

Final Comeback: Aksi Abg Long vs Cikgu Atan Jr.

Persembahan sulong skuad demo yang pertama dan dianggotai oleh 8 pesilat putra dan 1 pesilat putri dilaksanakan dengan jitunya di Kampung Master, Tasek Gelugor pada 5 Jun 2010 jam 2 petang. Mungkin dengan ahli yang kurang dari 10 anggota ini belum cukup kuat, namun kami bertekad akan membuat pembaikkan dari masa ke semasa dari segi mutu permainan, pengelolaan dan seterusnya kepada keseragaman dari semua aspek yang difikirkan perlu.

Persembahan dijalankan dengan dimulai dengan gerakkan masal bunga tanjung serta serangan berantai diikuti gerak tari solo, tempur tangan kosong, seni permainan pisau, seni tempur parang panjang dan seni tempur cindai-parang panjang "comeback form Abg Long". Walau dalam keadaan gelanggang yang tidaklah dikira baik namun dengan keluasan yang minima itu digunakan sepenuhnya bagi meraikan kedua pasangan mempelai.


Kami amat mengharapkan agar ini dapat menyuntik semangat kami untuk terus memerjuang dan menjadi pewaris agar dapat dilihat serta disambung oleh generai akan datang serta masyarakat masa kini... Insya'Allah..

Akhir kata,terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada Syahirah dan suami kerana kerana sudi menjemput kami bagi bersama meraikan hari bahagia mereka.

"Semoga Allah Kurniakan Kebahagian Hingga Akhir Hayat"



Ahad, 23 Mei 2010

KILUUB 2010

Alhamdulillah telah menjadi tradisi kita untuk melahirkan yang terbaik didalam semua tindak-tanduk dan segala aktiviti. Maka dengan itu PSSPGM Bahagian Negeri Pulau Pinang telah mengambil langkah positif dengan menganjurkan Khemah Ibadah, Latihan Ulangkaji Dan Ujian Kenaikkan Bengkong (KILUUB). Dengan ini warga Gayong akan diberi kesempatan membuktikan yang terbaik untuk menghayati tuntutan agama dan juga kemampuan didalam seni mempertahankan diri yang dipraktikan daripada segala tunjuk-ajar dan pelajaran yang telah diberikan, Insya'Allah...

Dengan kerjasama diantara Majlis Gurulatih Negeri P.Pinang dan sokongan yang erat dari Pihak Masjid Al-Ridwan Nyior Sebatang,sekali lagi akan meneruskan kesinambungan acara tahunan ini.
Disini disertakan juga sedikit info berkenaan program yang akan dijalankan.. Mudah-mudahan ia mendatangkan manfaat serta berguna untuk semua selain mendapat keredhaan Allah s.w.t. insya'Allah..

Tarikh: 2 hingga 4 Julai 2010

Tempat: Perkarangan Masjid Al-Ridwan, Nyior Sebatang

Masa Pendaftaran: 5ptg hingga 8mlm

YURAN PENYERTAAN

1. Latihan saja RM 42.00
2. Latihan & Ujian Pra Putih RM 52.00
3. Latihan & Ujian Awan Putih RM 57.00
4. Latihan & Ujian Pelangi Hijau RM 67.00
5. Latihan & Ujian Pra Merah RM 77.00


TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Borang dan Yuran Penyertaan hendaklah sampai kepada urusetia sebelum 25 Jun 2010.
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi :


Cikgu Helmi.........................012-5633904
Cikgu Rezuan.......................019-4090825
Cikgu Ridzuan.....................019-4718056
Cikgu Izani..........................012-5691127



#PENYERTAAN DIBUKA KEPADA SEMUA ANAK-ANAK GAYONG#

DOWNLOAD BORANG PENYERTAAN DISINI

Segayong, Sekendi, Seperigi, Seperminum, Sejalan, Sejadi, Sedarah, Sedaging, Sepadu...


SUMBER INFO DARIPADA

::MAJLIS GURU-GURU PSSPGM PULAU PINANG::




Selasa, 18 Mei 2010

Selamat Hari Guru, Cikgu.....

Assalamualaikum & salam sejahtera…

Dua hari telah berlalu
Email,SMS, MMS masih bertamu
Kad dan nota juga tak jemu
Selamat Hari Guru
Terima Kasih
Cikgu!
Tapi… Layakkah Aku?


Setengah tahun hampir bertemu
Berapa waktu ku biarkan berlalu
Murid di gelanggang tanpa guru
Terima Kasih Cikgu!
Layakkah Aku?


Hari-hari ke gelanggang tak menentu
Kekadang lewat, bukan selalu
Ku biar murid terus menunggu
Terima Kasih Cikgu!
Layakkah Aku?


Kursus demi kursus diberikan aku
Ingin ku marah bimbang akan tersalah laku
Nanti hilang dek saman malu
Terima Kasih Cikgu!
Layakkah Aku?


Murid berkelahi sememangnya permainan ku
Biar luka datang menghinggap ke dada ku
Namun tugas murni mu hanyalah mendidik ku
Terima kasih cikgu!
Layakkah Aku?


Sekian, wassalam
Hanya sekadar nukilan buat musabah diri sendiri…



Rabu, 5 Mei 2010

Lawatan IPTB Ke Gelanggang Pusat

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi dengan berkat serta limpah kurnia-Nya pada 3 Mei 2010 terukir satu sejarah yang mungkin amat bermakna pada setiap pesilat-pesilat dari Gelanggang Institut Perguruan Tuanku Bainun, Bukit Mertajam (IPTB) dengan terjejaknya kaki ke Gelanggang Pusat Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) bertempat di Kampung Guar Nenas, Gurun Kedah Darul Aman... Seramai 40 peserta lawatan putra dan putri dengan dua Gurulatih iringan beserta guru penasihat tiba di Gelanggang Pusat kira-kira jam tujuh malam dan disambut dengan senyuman mesra oleh yang berbahagia Dato' Raja Abdul Majid bersama Datin pabila melihat semangat anak-anak muda ini menuju ke perkarangan rumah mereka.
Semangat: Inilah Gaya Semangat Seorang Pejuang Sejati
'
Selain dari lawatan ke Gelanggang Pusat PSSPGM, 6 penuntut baru PSSPGM dari gelanggang IPTB telah di perlimau sebagai tanda murid baru dan 5 penuntut untuk mandi seni juga menerima pancaindera sebagai satu warisan dari Seni Gayong. Mungkin pada pada pandangan kasar anak-anak muda ini terlalu sibuk dengan pembelajaran sarta taugaas-tugas lain di IBTB namun dengan keinginan untuk melihat sendiri Gelanggang Pusat yang penuh dengan cerita suka dukanya yang juga pusat latihan atau penghasilan jaguh serta pendekar melayu dari dulu hingga kini. Walau dengan kedaifan serta tidaklah semewah mana tempat yang mana telah banyak menabur jasa dan baktinya berbanding gelanggang utama cawangan-cawangan negeri namun ia bukan saja telah melakarkan seribu satu sejarah tetapi semangat bagi menyatukan hati-hati serta menjadi pelantar atau platfom utama anak-anak Gayong mengulangkaji dan menambah pelajaran.

Hebat: Aksi Spontan Yang Ditunjukkan Dari Anak-Anak Gayong Pusat

'

Sesukar penglihatan seindah seni dan semanis kenangan...mungkin itu yang dlapat saya ungkapkan sebagai kata-kata lain yang mana mengambarkan apa yang akan diperolehi dari Gelanggang Pusat, seperti yang saya katakan tadi walau keadaan gelanggang tidak lah sehebat gelanggang-gelanggang ditempat lain dan seindah gelanggang-gelanggang cawangan di setiap negeri namun penghasilan pewaris generasi muda sebagai salah seorang pendekar yang hebat dan kebanyakkan dilahirkan disini.

Lagak Pendekar: Usia Bukan Penghalang

'

Lawatan kami juga bukan saja disambut dengan keramahan serta senyuman yang amat bernilai dari Ayahnda Dato' Raja Cikgu Abdul Majid tetapi diserikan dengan penerangan ringkas sejarah Gayong oleh tokoh-tokoh Gayong lama yang bersama Pusaka Gayong serta persembahan pencak silat oleh anak-anak Gayong pelapis PSSPGM pusat sendiri. Sememangnya setiap kata-kata dan penerangan yang diberikan amat bermakna sebagai penambahan ilmu pengetahuan tentang sejarah, perjalanan dan pengorbanan pejuang-pejuang Gayong lama ini sebagai pedoman untuk generasi muda masa kini memikirkan tentang susah dan payahnya untuk menjaga, mewarisi seterusnya memperjuangkan Gayong sejak zaman Dato' Mahaguru Paduka Meor Abdul Rahman hingga ke hari ini.

Kenangan: Srikandi IPTB Sempat Bergambar Bersama Datin

'

Semoga setiap nasihat dan kata-kata semangat serta harapan yang disampaikan oleh pewaris-pewaris ilmu Gayong ini sedikit sebanyak dapat memberikan satu kekuatan untuk generasi muda ini menyambung, mengekal, mewarisi serta menjadi salah satu dari tunjang utama untuk membawa dan menyatukan kesemua anak-anak Gayong yang dilahirkan oleh Mahaguru Dato' Meor dengan kebijaksanaan serta kewibawaan berbekalkan ilmu pengetahuan serta keterbukaan untuk bersatu bak kata tujuh hulubalang anak raja bugis dengan kata-kata
"Pecah Gayong Didalam Dulang,
Dulang Hanyut Dilautan Tujuh,
Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang,
Disuatu Masa Kembali Bersatu & Teguh.."

semoga ia dapat memberi kita untuk berfikir kenapa dan mengapa kata-kata ini lahir, tepuk dada tanyalah iman....


*Antara Gambar-Gambar Kenangan Yang Sempat Kami Rakamkan*


Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all