Rabu, 18 Januari 2012

Kemana Hala Tuju Kita Yang Sebenar?

Assalamualaiikum & salam sejahtera..
Agaknya sudah lama blog Pusaka Gayong Pulau Pinang ini tidak dikemaskinikan dengan informasi-informasi dan aktiviti Pertubuhan. Namun walau pun demikian sebenarnya aktiviti Pusaka Gayong Pulau Pinang sebenarnya terlampau padat dengan aktiviti-aktiviti bersama Pusat dan sebagainya. Syukur alhamdulillah sekarang kita semua sudah melangkah di tahun baru dan dikesempatan yang ada ini walau agak terlewat saya ingin mengucapkan selamat tahun baru Masihi 2012.


Insya'Allah mulai hari ini saya akan menyambung semula akktiviti bagi mengemaskini sedaya yang termampu agar blog Pusaka Gayong Pulau Pinang ini akan terus mendapat perhatian dan sokongan dari seluruh anak-anak Gayong. Walau yang demikian selama pencarian saya untuk mencari rakan-rakan atau wakil-wakil cawangan bagi bersama untuk menyumbangkan sedikit buah tangan atau maklumat dengan menjadi penulis undangan bagi blog ini masih menemui jalan buntu.


Namun cuba sama-sama kita fikir dan renungkan sejenak, kemana sebenarnya arah hala tuju kita sebagai anak Gayong yang kini berada dizaman alaf baru serta arus kemodenan ini. Adadakah kita menjalankan tanggungjawab yang sebetulnya sebagai anak Gayong? Dari sudut lain mungkin kita lihat ramai yang sangat berminat dengan Gayong walau hakikatnya mereka sebenarnya lansung tidak mengenali dan memahami asas perjuangan Gayong yang sebenar.


Hari demi hari kita sering lihat Gayong semakin lama semakin jauh dan bertelagah sesama sendiri.. Apakah ini yang kita mahukan selama ini? Cuba banyangkan apa akan terjadi jika suatu hari nanti jika Gayong akan kehilangan ngaumannya? Tiada lagi pewaris yang sanggup memikul tanggungjawab ini dan Gayong diletakkan jauh ke belakang seterusnya dilupakan oleh generasi akan datang? Mungkin ini hanyalah satu pandangan peribadi dan tak mustahil ia juga adalah satu pandangan satu sama lain.. Siapa sebenarnya yang harus dipersalahkan? Tiada siapa yang salah, hanya sedikit salah faham dan ego masing-masing yang kadang kala lansung tidak masuk akal dan bila dibiarkan boleh memudaratkan pemikiran generasi baru masa kini.


Apakah harapan dan matlamat kita melakukan perkara-perkara sedemikian? Adakah kita tidak lagi sayang akan saudara seGayong dengan kita? Amanah yang diwarisi oleh Mahaguru kita.. Kemana perginya nilai-nilai kemurnian seorang bangsa melayu yang penuh dengan adat adab serta tata tertibnya bila menyusun kata.. Satu persoalan yang sukar untuk kita bentangkan pada masa akan datang jika kita tidak sama-sama memikirkannya dimasa sekarang. Oleh itu marilah kita bersama bersatu hati dengan satu asas "Aku Anak Gayong" dan jangan difikirkan dari pertubuhan mana kita bernaung asal kita tahu kita adalah saudara dan saling memerlukan diantara satu dengan yang lain.




7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syabas kerana masih mahu meneruskan penulisan ini. Kekadangan saya amat keliru kerana rata-rata saya pergi dan bergaul dengan orang-orang Gayong ini mereka memang gemar mengeluh tentang kepincangan orang-orang Gayong yang lain. Tetapi saya perhatikan mereka sendiri tidak berbuat apa-apa. Adakah dengan mengeluh ini dapat menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi?

Panglima Hitam berkata...

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen...

hrusli61 berkata...

Salam alaik. Betul juga komen 'Tanpa Nama' nanum kami di Pulau Pinang alhamdulillah gabungan beberapa cawangan masih bersatu dan sering bermesyuarat untuk mengatur aktiviti Gayong samada peringkat pusat dan lain-lain.

Mesyuarat yang akan datang akan diadakan di cawangan Nibong Tebal 5 Feb 2012 ini 9.30 malam.

insan_marhaen berkata...

Teruslah berusaha untuk penyatuan Gayong. Kalau sesama sendiri bertelagah, bagaimana hendak mempertahan agama dan negara? Silap-silap haribulan, sendirilah yang meruntuhkannya.

Azhar Manjoi berkata...

salam,

dijemput ke blog http://cikgumatjepun.blogspot.com/

Panglima Hitam berkata...

Insya'Allah segala kata2 nasihat dan dorongan anda semua akan saya jadikan sebagai rujukkan utama..
terima kasih sekali lg....

Silat_teras_Melayu berkata...

Salam,
Saya bukanlah ahli gayong (pernah belajar tapi tak sempat habis) tetapi saya amat sayangkan Gayong dan juga SILAT itu sendiri. Persoalan tuan sebenarnya bukan setakat GAYONG sahaja tetapi harus ditujukan kepada semua Persatuan Silat di Malaysia ini. Kemana hala tuju kita sekarang. Kita perlu ada strategi tersusun untuk kedepan. Tarik balik minat anak muda terhadap silat itu.

Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all