Salam segayong kami ucapkan buat semua anak-anak gayong dan salam silatulrahim buat semua pecinta seni beladiri serta para penyokong Pusaka Gayong. Alhamdulillah setelah sekian lama dibincangkan dengan penuh teliti berbekalkan syarat-syarat serta kelayakan akhirnya Majlis Adat Istiadat serta Majlis Guru-Guru Pusaka Gayong Malaysia dengan perkenan Ummi Siti Fadzilah Anakanda Dato' Meor Abdul Rahman dan Dato' Raja Abdul Majid Yang Dipertua PSSPGM bermuafakat bagi menyandangkan Y.A.B. Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia sebagai Imam Khalifah Agong PSSPGM.
Kami juga amat berbesar hati sekiranya kesemua anak-anak Gayong tidak mengira dari Pertubuhan mana, yang lahir dari ilham ADMAR untuk bersama-sama memeriahkan seterusnya mengeratkan lagi ikatan tali persaudaraan sesama kita. Ayuh kita gegarkan dewan modenas sabtu ini.. ZAATTTTTT!!!
Admin
