Ahad, 5 Februari 2012

Perarakkan Maulidur Rasul 1433h/2012m

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah setelah satu demi satu permasalahan serta halangan juga rintangan yang dilalui hingga ke hari ini syukur setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dari-Nya Blog Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pusaka Gayong Pulau Pinang masih mampu bergerak aktif dan bangun semula.. Agak sukar sebenarnya bilamana sesuatu medan yang sentiasa aktif dan sesak dengan informasi-informasi serta aktiviti terkini pergerakan Silat Pusaka Gayong ini semakin hari semakin sunyi.
Sejarah: Antara Pejuang-Pejuang Pusaka Gayong
Alhamdulillah sekali lagi saya bersyukur selaku admin, di hari yang penuh makna penuh sejarah ini sekali lagi Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang melalui gelanggang kampung terang telah bersama berganding bahu bagi menjayakan Perarakkan Sambutan Maulidur Rasul 1433hijrah bersamaan 05 Februari 2012. Syukur setinggi-tinggi syukur dengan berkat usaha wakil dari gelanggan kampung terang, saudara Anuar majlis ini dapat disempurnakan dengan kekuatan 50 peserta terdiri dari Guru/Jurulatih dan Anak-Anak Gayong dari gelanggang kampung terang sendiri dan sokongan dari gelanggang flat hijau, sungai nibong serta dari gelanggang seberang perai.
Semangat: Admin & Para Jurulatih PSSPGM
Majlis bermula kira-kira seawal jam 8.00 pagi, perarakkan mula bergerak dari Mahad Al Mashor ke Masjid Daerah Balik Pulau dengan masa berjalan selama lebih kurang 45 minit. Namun 45 minit bukan lah satu masa yang lama bila kita bergerak secara berkumpulan dengan diiringi selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W. dari anak-anak Gayong disamping paluan kompang dari kumpulan Pusaka Anak Rebana yang juga dari anak-anak Gayong cukup untuk melupakan masa dan jarak perarakkan pada masa itu.
Unik: Antara Kelainan Yang Dibawakan Oleh Kontijen PSSPGM
Apa yang menariknya kali ini saya dapati sesuatu yang agak unik dengan kerjasama yang jitu dan sedikit latihan kesemua anak-anak Gayong bukan saja berarak tapi secara spontan membuat beberapa gerakkan ringkas asas dan sedikit pergerakkan yang melibatkan serangan menggunakan senjata parang panjang semasa perarakkan berlansung. Ini dilakukan beberapa kali sepanjang perjalanan itu dan mungkin ia salah satu menyebabkan tertariknya para juri dan menghadiahkan Naib Johan dalam perarakkan tersebut. Tahniah sekali lagi...


Akhir kata dari saya, Salam Maulidur Rasul & Mawlid an-Nabī - 1433h/2012m


Pesanan Rasulullah S.A.W,
"Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku~.. (Hadis Riwayat Imam al-Hakim dari Ibnu ‘Abbas)"
Admin,

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah saudara admin...hidup gayong - salam persaudaraan dari gelanggang dato meor

Panglima Hitam berkata...

Salam saudara, terima kasih kerana sering berkunjung dan meninggalkan komen2 di blog ini.. Maaf jika sebelum2 nie banyak posting2 yang lambat dan adakalanya tak sempat untuk dikemaskini disebabkan beberapa masalah asas yg besar dari laptop saya ni...

insya'Allah,utk masa2 akan datang mulai saat ini saya akan cuba memberikan yang terbaik utk semua..

hidup gayong!

salam ukhwah fillah dari saya buat saudara..
thanks,

Admin

insan marhaen berkata...

tahniah.

perbanyakkan amal ke arah kesejahteraan pertubuhan berbanding perbalahan.

jiwa yang besar ialah jiwa yang sanggup menerima segala cabaran dengan tenang dan dada terbuka.

Panglima Hitam berkata...

Insya'Allah.. terima kasih kerana selalu memberikan semangat dan dorongan kepada kami...

Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all