
terima kasih,
Assalamualaikum...
Kepada semua pengunjung semua,terima kasih kerana sudi menziarahi laman blog kami ini. Harus diingatkan,tujuan utama laman blog ini dibagunkan adalah untuk menyatupadukan anak-anak gayong pulau pinang,memberi ruang/tempat untuk sama-sama bertukar-tukar pandangan,informasi,maklumat,pengetahuan & sebagainya.
Blog ini juga bukan dibina untuk membeza-bezakan sesiapa,bertelagah sesama kita atau berniat meminggirkan sesuatu generasi tetapi PERPADUAN yang di impikan,selain penyatuan anak-anak gayong yang lahir dari 1 Mahaguru,iaitu Dato' Meor Rahman.
Oleh yang demikian,kepada semua para pelawat & anak-anak gayong sekalian..jika terdapat sebarang informasi atau maklumat mahu pun pertayaan yang ingin diajukan,sila email kepada admin melalui seri_pelangi_cula_sakti@yahoo.com atau nilam_puri3036@yahoo.com
Terima kasih sekali lagi kerana menyokong kami selama ini..
Wassalam,
::Panglima Hitam:: (012-5633904) Pusaka Gayong Pulau Pinang Bloggers Admin
seri_pelangi_cula_sakti
helmi.harun83

Assalamualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan kepada semua pelawat serta pengunjung setia laman blog Pusaka Gayong Negeri Pulau Pinang ini.. Kami memohon maaf sekiranya blog ini sudah sekian lama tidak dikemaskini disebabkan kesibukkan admin serta penulis-penulis jemputan dari kalangan Jurulatih Pusaka Gayong Negeri dan Pusat.


Persembahan kami dimulakan dengan tapak sembah satau tari solo oleh Cikgu Aliff dan diteruskan dengan persembahan dari anak-anak Gayong Nyior Sebatang dengan tari sembah berkumpulan serta serangan bertali arus yang disajikan oleh anak-anak kecil yang lincah dengan gaya dan gelagat yang kadang kala mencuit pandangan tetamu pada hari tersebut. Seterusnya satu persembahan yang tak dirancang iaitu persembahan asas dan serangan dalam baris oleh jurulatih-jurulatih yang ditangkap muat dalam sedar dan separuh sedar..lawak tul, apa-apa pun syukur tiada berlaku sebarang kecelakaan dan benda-benda yang tak diingini berlaku.
Bersemangat: Cikgu Spark & Cikgu Madie Dari Gelanggang Batu Feringhi
'
Seterusnya pesembahan kembali kepada anak-anak Gayong, kali ini dari gelanggang Bakar Kapor Penaga dengan persembahan masal da juga tempur berantai yang cukup menarik dengan gaya serta mutu permainan yang semakin hari semakin baik. Mudah-mudahan ini akan menjadi titik mula dan berterusan hingga selama-lamanya agar menjadi punca serta pembakar semangat untuk meneruskan warisan ini pada generasi akan datang insya'Allah... Selepas selesai seni tangan kosong, satu permainan dari tiga puteri dengan gaya dan cara yang tersendiri mempersembahakan permainan mereka. Cukup bertenaga dan memukau perhatian para hadirin dan pengunjung pada petang tersebut, semoga dengan ini akan menaikkan semangat melayu untuk meneruskan selain menjaga khazanah yang tidak ternilai ini.
Hebat: Kepantasan Mengawal Gerak Badan Diiringi Kemahiran Yang Tinggi
'
Persembahan yang seterusnya pengunjung disajikan dengan lompatan asas dan berhalangan dengan teknik serta gaya-gaya yang memerlukan latihan secukupnya bagi melakukan aksi-aksi sebegini. Setelah selesai, kini bermulalah persembahan seni senjata yang dimulakan dengan seni rotan sebagai pembukaan dari gelanggang bakar kapor dan di ikuti dari gelanggang pangsapuri stunami oleh Cikgu Madie dan Cikgu Spark cukup membuatkan keadaan menjadi agak kelam kabut dengan ketangkasan serta kelincahan mereka yang sangat menarik perhatian. 
Mempersona: Siapa Kata Silat Melayu Tidak Hebat?
Selesai permaianan senjata tumpul, kini bermulalah permaianan seni pisau oleh anak-anak gayong dari gelanggang bakar kapor cukup merisaukan dengan senjata yang digunakan bukanlah senjata tiruan tetapi adalah pisau sebenar. Inilah yang selalu dipraktikkan oleh anak-anak Gayong dan dididik agar tidak pernah takut menggunakan senjata sebenar untuk latihan, persembahan mahu pun keadaan sebenar.. Semoga ia berguna untuk mereka pada suatu hari nanti.
Bertenaga: Aksi Permainan Tempur Parang Panjang
'
Seterusnya permainan parang dan cindai oleh Cikgu Atan Jr. dan Cikgu Aliff Afnan yang semakin hari semakin serasi dan menunjukkan mutu serta gaya yang amat baik. Dengan teknik serta kelincahan yang bukan mudah untuk dilakukan jika tidak mempelajarinya. Semoga ianya akan terus diwarisi dan dijaga hingga ke akhir hayat mereka. Selepas itu, kini tiba pula giliran Cikgu Mon dan Abu mempersembahkan permainan tempur rotan dan parang yang mana ia cukup memukau perhatian dan ada yang sudah mula berganjak dari tempat asal kerana bimbangkan parang yang digunakan terlucut ke arah mereka. Inilah yang dikatakan permainan anak-anak Gayong, dalam kelembutan tari ada kerasnya..ada garangnya,inilah yang diwarisi dan dipeturunkan oleh guru-guru Gayong lama kepada kami bagi menyambung dan mewarisinya.
Akrap: Walau Dari 3 Cawangan Yang Berbeza,Namun Dengan Ikatan Serta Ukhwah Yang Tinggi Anak-Anak Gayong Mampu Mengadakan Persembahan Bersama...
'
Kini tiba pula seni permainan senjata melayu, seni keris yang sememangnya bangsa melayu terkenal dengan senjata perang yang dikenali keris yang menyimpan seribu satu rahsia didalamnya yang masih belum dapat dibongkarkan sepenuhnya. Seni permaianan keris dipersembahkan oleh Cikgu Akmal dan Abu meneruskan kesinambungan kesenian serta kegarangan permainan Gayong. Detik-detik cemas dengan tikaman bertubi-tubi dan elakkan spontan yang ditunjukkan cukup merisaukan para hadirin dan tetamu yang berada di sekitar kawasan itu ditambah pula dengan persembahan terakhir seni parang panjang oleh Cikgu Helmi dan Cikgu Zul jua turut mengundang untuk penonton terus menyaksikan persembahan dengan penuh sabar dan tekun. Syabas semua..! terima kasih sekali lagi kepada Nisa Pulau Pinang Diatas Jemputan ini....wassalam,
Bersyukur kehadrat Ilahi dengan berkat syafaat-Nya satu lagi program dibawah anjuran Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Bahagian Negeri Pulau Pinang di bawah kelolaan sepenuhnya Cawangan Bagan satu Kursus Insetif serta Ujian Kenaikkan bengkong telah dijadualkan berlansung pada 5 dan 6 Desember 2009 bertempat di Surau bayu Mutiara,Bukit Minyak.

Alhamdulillah pada tanggal 21 dan 22 November lalu, satu program riadah telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Teluk Duyung (monkey Beach) dan Rumah Api Muka Head, Taman Negara Pulau Pinang. Seramai 20 orang peserta dan jurulatih daripada gelanggang Institut Perguruan Tuanku Bainun dan Flat Hijau sungai Nibong bersama membelah pantai dan mengharungi hutan belantara mencari dan menambahkan pengalaman dengan aktiviti-aktiviti lasak serta pemandangan yang cantik, cukup untuk mengembira dan menghilangkan segala keletihan yang ada..
Pengalaman: Peserta Berpeluang Melihat Keindahan Hutan Semasa Dalam Perjalanan Ke Rumah Api Muka Head
Latihan: Peserta Diberi Ruang Untuk Mengilhamkan Sendiri Pentas Dengan Gaya Serta Cara Mereka Sendiri
Peserta Termuda Kursus: Adik Murshid Dari Kulim Bergambar Bersama Cikgu Fuzi Semasa Perjalanan Pulang
Keindahan: Bergambar Sebagai Tanda Kenangan Semasa Berada Diatas Rumah Api Muka Head Berlatarbelakangkan Selat Melaka
Rumah Api Muka Head: Rumah Api Pertama Yang Akan Ditemui Kapal-Kapal Yang Memasuki Perairan Selat Melaka
Alhamdulillah, dari semasa ke semasa anak-anak Gayong Pulau Pinang tak henti-henti dijemput bagi bersama-sama menyerikan majlis perkahwinan dan yang terbaru jemputan dari salah seorang jurulatih Pusaka Gayong dari gelanggang Sungai Nibong 'Cikgu Izhar@Guru Borhan' yang tak putus-putus mengingatkan kami akan majlis persandingan adindanya pada 8 November yang lalu. Seperti biasa selepas informasi diterima, setiap jurulatih secara sepontan mengambil inisiatif mengumpulkan anak-anak murid dibawah jagaan mereka bagi bersiap sedia untuk persembahan tersebut. Dengan latihan demi latihan dan segala perancangan dilakukan dengan teliti bagi tidak menghampakan tuan rumah ketika persembahan dijalankan.