Persembahan anak-anak gayong sempena bagi meraikan pasangan raja sehari yang juga anakda kepada Dr.Danial Zainal Abidin pada 8 Februari 2009 bertempat di Dewan Jubli Perak,Sungai Dua Pulau Pinang.Antara gelanggang-gelanggang yang terlibat adalah seperti gelanggang sungai ara,gelanggang flat hijau sungai nibong,gelanggang sekolah sungai nibong & Institut Perguruan Tuanku Bainun,Nyior Sebatang,Tanah Liat(wakil gelanggang dari seberang perai).Antara orang-orang di belakang tabir yang turut sama membantu melancarkan majlis tersebut
persembahan masal & tempur berantai oleh psspgm iptb
Seperti demo-demo yang sebelumnya,kami bergabung bagi mewujudkan kesinambungan serta ikatan silatulrahim sesama anak gayong walau mungkin ada yang berlain fahaman serta pembawakkan..
Lebih kurang pada jam 2.30ptg,ketibaan raja sehari disambung dengan paluan kompang selawat serta iringan menandakan satu angatan yang membawa raja sehari daripada pasukan Kompang Anak Rebana PSSPGM Balik Pulau.Kiran-kira 20 minit selepas itu,persembahan seni silat bermula dengan diketuai oleh Cikgu Meor dari Gelanggang Sungai Ara membuka tirai persembahan dengan sembah tari solo pembukaan gelanggang,diikuti persemgahan asas pelajaran gayong,masal,serangan dalam barisan,tangan kosong,rotan & parang panjang.
persembahan masal & tempur berantai oleh psspgm iptb
Penutupan gelanggang dilakukan oleh Cikgu Shuhada yang sangat memukau para penoton dengan gayanya yang selamba serta gerak tarinya yang halus,cukup membuktikan yang silat melayu amat halus seninya yang bukan mana dapat dilakukan oleh semua orang tanpa belajar..inilah yang harus kita jaga,warisi seterusnya mengembangkan pada anak cucu bangsa kita yang berlandaskan ajaran Islam untuk menerusi memperjuangkan serta memperlihatkan kepada generasi akan datang salah satu dari kekayaan orang melayu.
Tempur Parang Panjang Pusaka Gayong Pulau Pinang
Acap-acap di tepi laut,
Buaya ganas melintang kuala,
Sebelum ajal berpantang maut,
Takkan Melayu hilang di dunia.
*Dikemaskini semula pada 21 Februari 2009 Jam 02:30 Oleh:Panglima Hitam
2 ulasan:
Terima kasih di atas posting yang menarik ini. Semoga Gayong Penang bertambah mantap dengan persembahan-persembahan seperti ini.
Saya sungguh respect kepada semua yang terlibat sanggup kurbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk meraikan sesuatu jemputan yang kadang-kala tidak diminta akan upah keringat. Seamoga Allah menganjari pengurbanan kalian Amiin.
Begitu juga dengan saya. Walaupun lama meninggalkan gayung namun tidak bermakna hilang semuanya. Hasrat satu hari nak sparing dengan cikgu rusli boleh ka. Main pisau lagi
Catat Ulasan