Dengan bismillah mula dikata,mengigatkan kebesaran Allah yang Esa,kerana Wajib telah ternyata,segala perbuatan mahulah diserta.....
Alhamdulillah,kini gayong Pulau Pinang sekali lagi mengorak langkah & mengukir sejarah yang amat membanggakan kesemua warga atau anak-anak gayong seluruhnya,pada tarikh bersejarah 22 November 2008Pusaka Gayong Pulau Pinang dapat mempersembahkan seni silat warisan bangsa kepada tetamu yang kehormat lagi dimuliakan iaitu DYMM Tuanku Mizan.
antara aksi para pendekar pusaka gayong memulakan langkahDengan ini,terciptalah satu lagi peristiwa yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh wakil-wakil dari PSSPGM Pulau Pinang yang pada pandangan saya adalah teramat nertuah kerana dapat membuat persembahan di depan DYMM Sultan,satu peristiwa dan detik manis yg boleh di ceritakan kepada anak cucu di masa hadapan...
bergambar kenang-kenangan bersama seorang Guru yang telah banyak berjasa kepada anak-anak gayong pulau pinang,Cikgu Ismail Chik
"Matahari terbit di Palembang Siguntang,
Tanahnya subur ditanam padi,
Keris dihunus dipegang dijulang,
Kesatriaan pahlawan timbul kembali"
*Info serta gambar adalah sumbangan daripada Cikgu Dicky Zulkarnean.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan