Selesai sudah majlis di rumah cikgu wan,pada hari serta tarikh yang sama 27 januari 2009,team dari seberang perai yang diwakili oleh cikgu mie model menerima satu lagi perlawaan oleh Shangri-La Rasa Sayang Hotel,Penang yang mengiginkan kami beraksi dihadapan para pelancong selama 6minit,dengan perbincangan kami setuju & meneruskan perjalanan kami dari teluk bahang ke bat feringhi..dengan latihan kurang dari 10 minit kami berjaya mempersembahkan seni melayu (the malay traditional martial arts) dengan masa yang diperuntukkan 6minit untuk 4 pesilat.Setelah dibincangkan oleh wakil-wakil dari The Dragon Of Mengkuang Dam demo Team,kami menyediakan 5 pesilat yang diwakili oleh cikgu aliff,cikgu mon,cikgu akmal,cikgu mie & cikgu zul. Dimulakan dengan sembah hormat kelima-lima pesilat,gerak seni tari masal bunga tanjung dengan penuh seni serta disiplin menarik para pelancong serta beberapa waratawan untuk lebih mendekati kami,selepas selesai gerak tari bunga tanjung..terus melangkah bak panglima cikgu aliff dengan sembah tari solo sebagai tanda pembuka gelanggang,diikuti seni permainan keris oleh cikgu mon & cikgu akmal dengan penuh gaya serta gah mempamerkan aksi permainan keris laksamana melayu..sekali lagi para pelancong serta wartawan & pihak hotel seperti terpukau dengan gaya akrobatik serta kehalusan permainan keris yg dipamerkan oleh kedua jurulatih ini...Kami tidak habis disitu,permainan terakhir yang jarang-jarang dimainkan di dalam kawasan hotel disebabkan faktor keselamatan,seni permainan parang panjang oleh cikgu mie & cikgu zul dengan aksi-aksi yang lebih mendebarkan sehingga ada para penonton yang kelihatan takut-takut tetapi amat berminat untuk melihat aksi seni melayu yang jarang sekali dipamerkan sedemikian pada umum,akan tetapi dalam permainan silat kita harus ingat masih ada yang kurang sempurna jika kita hanya yakin tetapi tidakmenumpukan perhatian sepenuhnya..parang yang digengam oleh cikgu mie dalam aksi terakhir beliau melibas serta memotong kaki cikgu zul terlepas serta laju berpusing melalui meja makan & para jurugambar..alhamdulillah dengan berkat doa yang diamalkan oleh pesilat gayong,Allah telah melindungi kami,jurukamera & para tetamu dari berlaku sebarang kecederaan akibat parang terbang!Mudah-mudahan ini menjadi pengajaran serta kenagan pahit/manis kami mempersembahkan seni silat pada umum...(Video rakaman yang sempat dirakam oleh cikgu man jr.)
Jika ada yang berkeinginan untuk menempah skuad persembahan silat psspgm pulau pinangbagi majlis-majlis rasmi,sambutan pembesar-pembesar negeri,sambutan pelancong,perkahwinan dan lain-lain majlis,sila hubungi Cikgu Helmi(mie model) ditalian 012-5633904 atau emailkan kepada helmi.harun83@yahoo.com bg perbincangan atau tempahan terus(awal 2 minggu dari tarikh majlis).

















Tiada ulasan:
Catat Ulasan