Selasa, 23 Jun 2009

Pakaian Seragam Hitam Di Dalam Lipatan Almari Usang.

Ketangkasan dua orang pesilat ini melambangkan keserasian yang tinggi yang terbina di dalam satu siri latihan yang panjang dan penuh dedikasi.

Keletihan selepas habis kerja di warung depan setesen bas pada malam itu membuat aku terfikir. Bagaimana keadaan aku sekarang ini. Dulu bujang sekarang sudah mempunyai anak dan isteri. Dahulu aku ada bengkel memperbaiki kereta tetapi sekarang cuma stall burger sahaja. Sudah beberapa tahun aku begini. Tak senang-senang. Aku pernah berjanji kepada diri ini aku akan kembali aktif dalam silat apabila ekonomi aku pulih dengan baik.

Lama sudah aku tidak turun ke gelanggang, rasa segan dan malu begitu ketara. Rasanya bukan faktor umur tetapi badan ini telah dimanja-manja. Terasa seronok dan bersemangat kembali melihat rakan-rakan seangkatan dengan aku masih aktif ke sana ke sini. Mereka datang ke warungku untuk bertanya khabar dan membeli beberapa burger dan hotdog. Mereka hendak ke gelanggang di Balik Pulau.

Guruku pernah menyarankan, setiap kerja buat hendaklah dibersihkan niat dan perlaksanaannya. Walaupun perkara itu kecil tetapi hasilnya sungguh mulia. Kamu semua sebagai jurulatih silat dan mempunyai kelas atau gelanggang kita sendiri. Tentu ada anak murid yang dibawah kelolaan kamu. Segala ilmu persilatan yang dicurahkan dengan niat yang ikhlas dan bersih akan melahirkan hasil yang baik. Amal jariah katanya. Mereka yang terdidik ini akan diasuh menghormati guru dan orang tua. Mengasih yang muda dan orang lemah. Berdisiplin tinggi dan beradab dengan peradaban seorang pendekar. Siapa yang untung kelak? Bukankah kamu juga. Kata-kata ini membuat aku tidak boleh tidur malam itu.

Aku telah dianugerahkan sandang kebesaran dan bengkong tertinggi tetapi aku khuatir persalinan silatku itu lama tidak aku pakaikan. Wajarkah aku menjadi jurulatih tanpa mempunyai gelanggang aku sendiri. Wajarkah aku berpersatuan tanpa memberi sebarang sumbangan? Wajarkah aku memiliki pakaian seragam hitam dan hanya kemas dalam lipatan tersusun di dalam almari usang bilik aku sahaja?
Ampun kenapa amanat ini tidak aku tunaikan?

Isnin, 15 Jun 2009

Semagat Juang Anak-Anak Gayong!

Takziah: Sama-samalah kita berdoa agar Cikgu Zul cepat sembuh & ini tidak mematahkan semangat beliau untuk terus memperjuangkan Seni Silat Gayong


Assalamualaikum & salam sejahtera,syukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan kesempatan untuk menulis artikel ini bagi sama-sama kita mengetahui perkembangan serta aktiviti terkini PSSPGM bahagian negeri Pulau Pinang.

Pada tanggal 6 Jun 2009,antara tarikh yang mungkin tak dapat kami lupakan yang mana apabila dua persembahan dalam tarikh yang sama & masa yang amat pendek untuk kami bergegas dari satu tempat ke satu tempat yang jaraknya agak jauh.
Penyambung Warisan Bangsa: Mudah-mudahan semangat yang ditunjukkan oleh pesilat cilik ini dapat dijadikan iktibar serta kekuatan untuk menjana kekuatan ummah

Disebabkan semangat & tidak mahu menghampakan jemputan demontrasi silat,kami gagahi juga untuk bersama meraikan pasangan mempelai.
Malang tidak berbaur,apabila apa yang dirancangkan bertukar kepada tragedi yang mana salah seorang jurulatih Pusaka Gayong (Cikgu Zul)cedera teruk kedua jarinya akibat terkena tetakan parang & salah satunya terpaksa diberi jahitan sebanyak lima jarum di hospital bukit mertajam.
Seni Simbat: Pentas Rotan yang dipersembahkan oleh Cikgu Saufi & Cikgu Madi (Remp-it)

Dengan semangat serta pengorbanan,beliau walau dengan keadaan sakit sedikit pun tidak menghiraukan kesakitan yang ditanggungnya dengan berkata “Demo kedua ni kita kena jugak teruskan, tuan rumah amat berharap..saya tak sampai hati nak hampakan dia” Itulah antara kata-kata semangat yang mana setelah dibincangkan kami meneruskan perjalanan ke lokasi persembahan yang kedua.

Setibanya disana,kami disambut dengan senyuman serta ucapan terima kasih yang teramat kerana kami sampai juga akhirnya,memang benar kata Cikgu Zul..Tuan rumah amat berharap agar kami dapat membuat persembahan walau agak lewat,dia tetap bersabar & bersemangat untuk menyaksikan anak-anak muda dari Pusaka Gayong mengadakan persembahan.

Trademark Gayong: Lompatan anak harimau antara displin yang diprotontonkan semasa persembahan tersebut yang mana turut menarik perhatian pasangan pengantin
Setelah selesai persembahan & makan,kami terus bergegas ke hospital bagi memberikan rawatan selanjutnya kepada Cikgu Zul . Alhamdulillah,semuanya masih dalam lindungan Allah,mungkin ini dapat member pengajaran agar pada masa akan datang kita lebih sentiasa ingat,berhati-hati & memberikan latihan yang secukupnya sebelum mempersembahkan seni silat warisan melayu kepada umum..

Ahad, 14 Jun 2009

Kerajaan Iktiraf Silat Sebagai Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan


KUALA TERENGGANU, 10 Jun (Bernama) -- Silat yang sinonim dengan masyarakat Melayu, mendapat pengiktirafan yang besar kerana akan dijadikan sebagai Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan tidak lama lagi.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata sudah sampai masanya kerajaan memberikan pengiktirafan tersebut kepada seni silat yang merupakan warisan negara ini.

"Sebelum ini tiada (pengiktirafan daripada kerajaan). Badan-badan di bawah naungan Pesaka (Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia) bergerak mengikut takwim tahunan mereka sendiri tetapi tiada pengiktirafan khusus daripada kerajaan.

"Jadi dengan cara ini (mengiktiraf silat sebagai seni mempertahankan diri kebangsaan), ia baik dan adil kerana begitu ramai iaitu 4.2 juta rakyat negara ini adalah ahli Pesaka. Kalau kerajaan tidak mengiktirafnya, sia-sia Pesaka mempunyai ahli yang ramai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Festival Silat Seni Kebangsaan yang pertama di Gerbang Sukan Gong Badak, dekat sini Sabtu.

Turut hadir, Pemangku Presiden Pesaka yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Din Adam.

Rais berkata sebagai permulaan, beliau akan memastikan silat didaftarkan sebagai warisan negara di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.

"Sebelum ini, saya memang sudah mempunyai rancangan untuk menjadikan silat sebagai warisan negara di bawah akta baru itu. Kita juga meminta agar silat dijadikan sebagai mata pelajaran warisan kebangsaan.

"Jadi, selepas ini saya akan sediakan kertas kerja untuk dikemukakan kepada kerajaan dan menteri besar supaya mengiktiraf silat sebagai seni mempertahankan diri kebangsaan," katanya.

Beliau berkata pengiktirafan itu hanya diberikan kepada silat kerana ia berasal dari negara ini berbanding seni mempertahankan diri lain.

Rais berkata bagi menjadikan silat terus unggul, relevan dan universal, pihaknya akan bekerjasama dengan beberapa kementerian seperti Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi supaya silat itu antaranya dijadikan sebagai subjek dalam kurikulum di sekolah, kolej serta universiti.

Sementara itu, Mohamad berkata Pesaka akan mengadakan Konvensyen Persilatan di Selangor, Ogos depan bagi membincangkan hala tuju seni silat dalam dunia global, masa kini.







Petikkan Dari-- BERNAMA 10 Jun, 2006 19:40 PM

Rabu, 10 Jun 2009

IKUTLAH RASMI PADI

Ganasnya Tsunami membinasakan tetapi tidak diizinkan Allah SWT untuk menyentuh Masjid Ar Rahman di Aceh ini. Begitulah hebatnya ketentuan Allah. Janganlah kita berlaku sombong.

Apa istimewa silat ini? Tanya seseorang kepada guruku. Kita mahu berkawan jawab guruku ringkas. Sememangnya itu yang kami amalkan. Mementingkan kebajikan dan persahabatan. Ya aku selalu melihat beliau suka meraikan majlis-majlis keraian undangan daripada rakan-rakan perguruan lain samada kecil mahupun besar. Yang pasti beliau menjemput kami beramai-ramai.

Mungkin ramai menyangka silat untuk berkelahi sahaja. Mungkin ramai yang menyangka silat untuk pertandingan siapa yang terbaik. Ramai yang menyangka silat harus kepimpinannya dimonopoli oleh guru-guru tua sahaja. Tetapi sebenarnya silat ialah lebih dari itu. Diperingkat awal penubuhannya silat merupakan suatu kesatuan untuk membela nasib rakyat. Tidak rela dijajah dan dikotak-katikan oleh anasir-anasir yang jahat. Membela maruah agama menjadi agenda utama agar jangan ada yang berani mencemarkannya. Satu izzah yang boleh dibanggakan. Satu gagasan umat yang berani membela keadilan.

Budaya ragut sangat berleluasa, mengapa tidak kita bersama mempelajari beberapa teknik untuk mengatasi peragut ini. Berkongi ilmu menambah tetapi berkongsi wang mengurang.

Silat jangan dipandang dengan sebelah mata sahaja. Ianya bukan permainan kampongan. Ianya sudah menjadi warisan seni secara rasmi oleh Kementerian Kesenian Dan Warisan Negara. Sudah ada Kejohanan Silat Dunia. Tidak seperti bela diri yang lain kerana silat mempunyai adat dan pantang larang yang tersendiri. Adat istiadatnya penuh peraturan dan disiplin. Membina kesusilaan dan akhlak terpuji seorang pendekar sejati.
Tetapi yang penting guruku telah berpesan "Di Mana bumi kau pijak di situ langit kau junjung". "Berpantang Mati Sebelum Ajal". Ikutlah rasmi padi, semakin tunduk semakin berisi. Berkongsi ilmu berkat, kerana ia akan bertambah bukan berkurangan.

Khamis, 4 Jun 2009

Amukkan Anak Gayong Di Tanah Liat!

Kenangan: Bergambar Kenagan Setelah Selesai Pesembahan

Setelah selesai program Khemah Ibadat,Latihan Ulangkaji & Ujian Bengkong 2009 (KILUUB) pada 31 Mei yang lalu,anak-anak Gayong dijemput bagi membuat satu persembahan Seni Silat di Tanah Liat,Bukit Mertajam pada pukul 2ptg.

Setelah dibincang-bincang serta dikelas-kelas antara Tanjung dengan Seberang kerana kebetulan pada hari yang sama iaitu 31 mei salah seorang Jurulatih Pusaka Gayong juga menjemput untuk mengadakan persembahan dirumahnya. Nak tak nak kena la ada wakil juga untuk ke sana,akhirnya semua setuju bahagikan kepada 2 team..satu ke seberang & satu ke tanjung...

Setelah semuanya bertolak termasuk la kami yang berangkat ke seberang & tiba di rumah Cikgu Zul di Tanah Liat kira-kira jam 1.40ptg disebabkan kesesakkan lau-lintas dalam perjalanan kami ke sana yang kebetulan pula tarikh 31 mei tersapat satu pilihanraya kecil dun Penanti. Setibanya kami di rumah Cikgu Zul,kelihatan anak-anak murid beliau sedang siap-siap dengan latihan persediaan terakhir sebelum berangkat ke rumah pengantin yang tidak berapa jauh dari situ.

Pada jam 1.50 kami mula berangkat ke rumah pengantin dengan kenderaan masing-masing seramai 14 orang Pesilat yang mengambil bahagian bagi meraikan pasangan pengantin pada hari tersebut.
'
Alhamdulillah...dengan kerjasama yang baik dari anak-anak Gayong serta tuan rumah,kami dapat memulakan persembahan pada kira-kira jam 2.30ptg dihalaman rumah dengan adat istiadat memohon restu/kebenaran atau perkenan dari Raja Sehari sebagai wakil tuan rumah yang juga menjadi satu simbolik bagi anak-anak Gayong sebelum membuka gelanggang di satu-satu tempat baru. Ia juga mengajar anak-anak Gayong agar sentiasa menghormati,berdisplin serta menjaga adab-adab & ukhwahdiantara anak Gayong dengan masyarakat setempat.
'
'
'
Kasih Seorang Guru: Cikgu Zul membetulkan Sampin Yang Dikenakan Oleh Salah Seorang Pesilat..

Persembahan diteruskan dengan asas dalam gerakkan masal & tempur berantai oleh anak-anak muda Gayong dari gelanggang Tanah Liat yang berumur dari 12 tahun hinggalah ke 15 tahun seramai 5 orang dengan aksi serta gelagat spontan mereka,sedikit sebanyak dapat menghiburkan hati serta menceriakan suasana pada hari itu.
'
Persembahan kedua oleh para jurulatih muda PSSPGM yang baru ditauliahkan pada KILUUB 2009 memperagakan seni gerakkan simbat(rotan). Walau pun dalam keadaan penat serta kurang tidur,darah semangat juang Pendekar Gayong yang mengalir dalam tubuh badan mereka dapat mengawal serta mengatasi segala keletihan kesan daripada kekurangan tidur & latihan yang lasak yang mana menggunakan banyak tenaga semasa program KILUUB dijalankan.

Selepas jurulatih muda ini selesai dengan gerakkan seni rotan mereka,anak-anak muda dari gelanggang tanah Liat serta dari Gelanggang Institut Perguruan Tuanku Bainun (IPTB) meneruskan perjuangan dengan kali ini mempamerkan tempur atau serangan dalam baris,meyaksikan antara teknik-teknik asas pukulan Gayong yang sememangnya lasak jika dihalusi betul-betul.

Sebelum Persembahan: Gelagat Pesilat Sebelum Persembahan Dimulakan

Setelah selasai persembahan tangan kosong itu tadi,kini tibalah masanya anak-anak Gayong Pulau Pinang memperagakan kebolehan serta kemahiran yang dipelajari dalam permainan seni senjata iaitu Rotan & Parang Panjang.

Persembahan tempur rotan dimulakan dengan Cikgu Khairul Anam bersama pasangannya Cikgu Isa dari gelanggang IPTB.Persembahan kedua juga memperlihatkan permainan rotan yang dipersembahkan oleh Cikgu Shuhaimie bersama pasangan Cikgu Madi yang kedua-duanya dari Gelanggang penempatan Stunami(Masjid Terapung) Batu Feringhi

Sanding: Sama Cantik & Sama Padan Kedua-Dua Mempelai Apabila Di Pentas Raja Sehari
Persembahan seterusnya,yang juga tempur terakhir senjata yang mana kali ini para hadirin akan menyaksikan tentang teknik-teknik bagaimana permainan sanjata tajam iaitu Parang Panjang. Tempur Seni Parang Panjang ini dipersembahkan oleh Cikgu Helmi dari Gelanggang Nyior Sebatang bersama-sama dengan pasangannya Cikgu Zul dari Gelanggang Tanah Liat.

Berbagai bunyi serta riaksi para penonton apabila tempur parang dibawa masuk,mungkin ada yang pertama kali melihat seni silat dipamerkan secara lansung dihadapan mereka,mungkin juga risau akan senjata yang digunakan & tak kurang juga yang ada awal-awal lagi meyorok di sebalik tiang & ada juga yang memberanikan diri untuk lebih dekat bagi merakamkan aksi seni permaian parang panjang.

Sabar: Pesilat Sebelum Persembahan bermula

Alhamdulillah,setelah selesai kesemuanya dengan sedikit aksi 'hand-spring' asas senaman bebas Gayong yang dilakukan oleh Cikgu Shuhaimie & Cikgu Isa. Syukur juga sepanjang perjalanan kami melakukan persembahan,tiada sebarang malapetaka atau bencana serta kecederaan serius yang kami alami..Mudah-mudahan Allah akan sentiasa melindungi kami dalam permainan Gayong & kami dapat memperbaiki mutu permainan kami dari pengalaman yang kami lalui dari semasa ke semasa...insya'Allah..

*Terima Kasih Yang Tidak Terhingga Kami Kepada Pasangan Pengantin Nur'Aini & Al-Imran Yang Sudi Menjemput Kami Bagi Bersama-Sama Meraikan Hari Bahagia Mereka..
'
"Semoga Allah Kurniakan Kebahagiaan Hingga Ke Akhir Hayat"

Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all