Dulang Hanyut Di Lautan Tujuh,
Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang,
Di Satu Masa Balik Bersatu & Teguh"
Antara kata-kata keramat yang sememangnya harus dan wajib untuk semua anak-anak gayong tahu serta faham isi kandungan serta maksud tersirat dan tersurat.. Itulah antara kelebihan ADMAR, setiap apa yang berlaku dan mungkin akan berlaku sudah dapat dirasainya. Perpecahan Gayong dari segumpal darah yang membeku terpisah dek sifat ketamakan kuasa, pangkat, hasat juga dengki memisahkan kita dari segala-galanya.
Gambar Ehsan Aku & Gayong: Antara Semangat Pejuang Gayong! |
Namun dengan kekuatan ikrar Gayong yang kita pegang selama ini tidak pernah luntur dan mampu memusnahkan segala bentuk niat dan usaha anak-anak gayong hari ini. Alhamdulillah, walau berat dan sukar namun tidak salah jika kita berusaha kerana usaha adalah amat dituntut dalam Islam dengan diiringi doa agar segala apa yang direncanakan dapat dikabulkan dengan kesempurnaan.
Mungkin pada pandangan segenap anak-anak gayong ada yang kurang senang jika semua pewaris-pewaris gayong bersatu dan tak kurang juga yang menyokong.. Namun apa pun pandangan orang, saya secara peribadinya sudah tiba masanya anak-anak gayong baik yang senior mahu pun yang junior bersama berfikir arah tuju kita.. Adakah dengan berterusan begini dengan memperkecilkan sesuatu dari pihak lain yang sebenarnya bukan orang lain, adik-beradik kita juga..lahir dari satu iaitu ADMAR.
Gambar Ehsan Aku & Gayong: Detik-Detik Bersejarah |
Oleh yang demikian, ayuh anak-anak gayong sekalian tidak kiralah sama ada kita dari Gayong Malaysia, Pusaka Gayong, Gayong Warisan, Gayong Serantau, Gayong Pasak atau pun Sundang Pusaka..marilah sama-sama kita bercantum, bersatu dan bergabung agar kita dapat melestarikan impian dan harapan bak baris terakhir sajak dari ADMAR "..Di Satu Masa Balik Bersatu & Teguh".
"Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh" satu kata-kata yang cukup tinggi nilai pengertiannya jika dikaji dan dalami tafsiran maksud kata-kata tersebut agar lebih jelas dimata semua pihak apa yang kita perjuangkan adalah ISLAM dan menghormati kedaulatan Raja-Raja Melayu . Biarlah ini menjadi titik permulaan untuk kita melangkah dan maju kedepan dengan penyatuan gayong agar kita dapat menggegarkan dunia persilatan seperti mana apa yang pernah dinikmati oleh anak-anak gayong terdahulu disamping tunjuk ajar dan disiplin yang diterapkan dalam gayong oleh ADMAR yang sering menjadi buruan dan liputan meluas oleh setiap pecinta seni silat melayu.
Kenangan: Antara Perjumapaan Bagi Membincangkan Penyatuan Gayong |
Dikesempatan ini saya memohon maaf jika nukilan saya ini sedikit menyentuh atau kurang disenangi oleh para pembaca semua. Niat saya hanyalah satu, inginkan penyatuan..walau kita berlainan ideologi, berlainan fahaman politik dan sebagainya namun kita tetap SATU.. oleh yang demikian ayuh kita teruskan berusaha, bersatu walau bukan didalam satu pertubuhan tapi sekurang-kurangnya dibawah satu lembaga adat. Selebihnya, biarlah ia kekal dalam lipatan sejarah untuk kita sama-sama pelihara agar anak cucu kita faham kenapa dan mengapa gayong berpecah..insya'Allah!
Gayong..Genggam, Angkat, Yakin, Waras & Ngeri.
Satu Nukilan Peribadi Dari Saya,
Admin PSSPGPP