
Terima panggilan talifon dari Dato' Cikgu Abdul Majid agar dihimpunkan anak-anak Gayong untuk majlis Aidil Fitri dari Kerabat Raja Sakti, YM Ayah Tg Hj Azhar yang juga merupakan Timbalan Khalifah Agung Selat Seni Gayong. Hari Raya ketiga 12 September 2010 di Dataran Raja Sakti, Tasik Beris, Sik Kedah Darul Aman.

Terasa agak berat untuk mencari ahli, apa tah lagi Hari Raya Ketiga itu. Dato' mahu agar 200 orang dapat dihimpunkan kerana hasrat YM Ayah mahu berarak dengan gajah.

Aku cuba hubungi Pak Su (Cikgu Ahmad Daud) agar dapat diurus ahli-ahli dari Seberang Perai dan Cikgu Pa (Redzuan Hashim) untuk uruskan dari Pulau. Alhamdulillah dapatlah dihimpun seramai 15 orang dari Pulau Pinang bakinya dari Kedah dan yang berhampiran.

Berbaris di hadapan ialah Panglima Hitam dari Pulau Pinang dan Negeri Kedah.

Diantara yang hadir ialah Cikgu Hj Fadzil Omar Timbalan Yang Dipertua PSSPGM dan Cikgu Rusli Hashim Penolong Setiausaha Agong PSSPGM.

Segak dari kiri Cikgu Pa Ketua Panglima Hitam, Cikgu Saidin dan Pak Long Lembing bergambar di hadapan seekor gajah.

Tempatnya di pinggir tasik sungguh indah, boleh melalui dengan jalan air menaiki bot atau bagi yang berani boleh cuba jalan darat yang sungguh mencabar. Terima kasih bagi yang sempat hadir bersama. Semoga diberkati usaha kelian.

Aku mendapat wakil bawaha Dato' Cikgu Ayahanda Abdul Majid akan membuat jamuan raya untuk gayong pada 2 Oktober 2010 ini di Gurun insyaAllah. Semoga kita semua boleh berjumpa di sana.