Isnin, 27 Disember 2010

Kursus Kenaikan Bengkong PSSPGM

Ustaz Abdullah sedang menyampaikan amanat sebagai Imam Besar Gayong bahagian Penerangan pada sesi taklimat bersama peserta.

Alhamdulillah, syukur kali ini sekali lagi kita bersama berkampong di gelanggang pusat di Kampong Guar Nenas, Gurun, Kedah. Dengan kehadiran peserta hampir mencecah 100 orang. Datang dari, Kelantan, Selangor, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Kedah sendiri.

Tuan Pengarah pada tahun ini ialah Cikgu Ibrahim yang hampir saban tahun tidak pernah ketinggalan membantu memberi tunjuk-ajar dengan bersemangat sekali. Walaupun beliau tidaklah berapa sihat namun kehadirannya sentiasa menceriakan latihan. Pembantu Pengarah pula ialah Cikgu Hadreed, memang tegas dan bersemangat tinggi.


Sebahagian daripada peserta yang hadir begitu sabar mendengar taklimat yang disampaikan.

Sehingga saat ini 4 orang latihan Pelangi Hitan, 7 orang latihan Pelanggi Kuning, 15 Penggi merah, 5 orang Pra Merah, 12 orang Pelanggi Hijau, 47 Awan Puteh dan 11 orang Pra Puteh. Selainnya hanya datang untuk kursus ulangkaji sahaja.

Latihan jasmani amat dititik-berat dan semua peserta tidak terkecuali.

Mula pada 26 Disember 2010 dan majlis penutupnya pada 30 Disember 2010 jam 8.30 malam di Dewan Sek Jenis Kebangsaan Gurun, Kedah. Semoga semuanya berjalan lancar dan membuahkan hasil untuk persiapan generasi akan datang.

Sabtu, 25 Disember 2010

Aturcara Kursus PSSGM Pusat 26~30 Disember 2010

Jadual Aturcara Keseluruhan :
26 Disember 2010 hari Ahad
05.30 ptg - Pendaftaran Perserta Kursus.
06.30 ptg - Persiapan diri
07. 15 mlm - Solat Maghrib berjemaah dan makam malam
08.30 mlm - Solat Isyak berjemaah dan Kuliah Isyak
09.30 mlm - Taklimat, Majlis Perasmian & Taaruf
11.59mlm - Minum, rihat & tidur

27 Disember 2010 hari Isnin
05.00 pagi - Persiapan, Solat Subuh & Kuliah
06.30 pagi - Latihan jasmani & senaman .
07.30 pagi - Sarapan pagi & persiapan diri
08.00 pagi - Latihan 1
12.00 t/h - Makan tengahari, persiapan diri, Solat Dzohor berjemaah.
03.00 ptg - Latihan 2
04.30 ptg - Solat Asar & minum petang
05.30 ptg - Riadah petang
06.30 ptg - Persiapan diri
07. 00 mlm - Solat Maghrib berjemaah dan makam malam
8.30 mlm - Solat Isyak berjemaah dan Kuliah Isyak
10.00 mlm - Latihan 3
11.59 mlm - Minum, rihat & tidur

28 Disember 2010 hari Selasa
05.00 pagi - Persiapan, Solat Subuh & Kuliah
06.30 pagi - Latihan Jasmani & senaman .
07.30 pagi - Sarapan pagi
08.00 pagi - Latihan 4
12.00 t/h - Makan tengahari, persiapan diri, Solat Dzohor berjemaah.
02.00 ptg - Latihan 5
04.30 ptg - Solat Asar & minum petang
05.30 ptg - Riadah petang
07.00 mlm - Persiapan diri & Solat Maghrib berjemaah dan makam malam
08.30 mlm - Solat Isyak berjemaah dan Kuliah Isyak
10.00 mlm - Latihan 6
11.59 mlm - Minum, rihat & tidur

29 Disember 2010 hari Rabu
05.00 pagi - Persiapan, Solat Subuh & Kuliah
06.30 pagi - Latihan jasmani & senaman .
07.30 pagi - Sarapan pagi & persiapan diri
08.00 pagi - Latihan 7
12.00 t/h - Makan tengahari, persiapan diri dan Solat Dzohor berjemaah.
03.00 ptg - Latihan 8
04.30 ptg - Solat Asar & minum petang
05.30 ptg - Riadah petang
07.00 mlm - Persiapan diri & Solat Maghrib berjemaah dan makam malam
08.30 mlm - Solat Isyak berjemaah dan Kuliah Isyak
10.00 mlm - Latihan 9
11.59 mlm - Minum, rihat & tidur

30 Disember 2010 hari Khamis
05.00 pagi - Persiapan, Solat Subuh & Kuliah
06.30 pagi - Latihan jasmani & senaman .
07.30 pagi - Sarapan pagi & persiapan diri
08.00 pagi - Latihan 10
12.00 t/h - Makan tengahari, persiapan diri dan Solat Dzohor berjemaah.
03.00 ptg - Taklimat dan Ujian Bengkong
04.30 ptg - Solat Asar & minum petang
05.30 ptg - Sambungan Ujian Bengkong
06.30 ptg - Persiapan diri
07. 15 mlm - Solat Maghrib berjemaah dan makam malam
8.30 mlm - Penyampaian Sijil, Bengkong, Sandang & Perasmian Penutup
Rumusan bersama Gurulatih dan peserta.
Bersurai

(Semua aturcara adalah tertakluk kepada pindaan)

Selasa, 14 Disember 2010

Watikah Jemputan Pusaka Gayong Malaysia

Kepada :
Yang Dipertua, Pengerusi, AJK Pusat, Negeri & Cawangan,
Lembaga Beradat Pusat & Negeri,
Majlis Gurulatih Pusat & Negeri,
Gurulatih/Jurulatih Pusat, Negeri & Cawangan,
Imam-imam Gelanggang
Ahli, murid, warga dan rakan Gayong

Assalamualaikum.

Jemputan ke Program; Kursus Kemantapan, Kenaikan Bengkong & Penyampaian Sandang PSSPGM 2010.

Adalah saya dengan hormatnya ingin menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas, bahawa Majlis Gurulatih Pusat dengan sukacitanya ingin menjemput pihak tuan ke program berikut:

Program : Kursus Kemantapan, Kenaikan Bengkong & Penyampaian Sandang PSSPGM 2010
(Tahap Bengkong Awan Putih sehingga Bengkong Pelangi Hitam)

Pada 26 Disember 2010 hingga 31 Disember 2010

Bertempat : Pusat Latihan Tertinggi PSSPGM, Kampong Guar Nenas, Gurun, Kedah Darul Aman.

Majlis Perasmiaan Penutup, Penyampaian Bengkong dan Sandang akan diadakan pada 30 Disember 2010, 8.30 malam di Dewan Zhong Hua SJK(C) Choong Hwa, Gurun, Kedah Darul Aman

2. Oleh yang demikian pihak kami amat mengharapkan bantuan dan sokongan pihak tuan untuk bersama menjayakan program ini. Sila hantarkan penyertaan kursus dari negeri, cawangan atau gelanggang tuan dengan secepat mungkin sebelum 19 Disember 2010 untuk memudahkan persiapan kursus dengan menghantar borang pendaftaran yang disediakan. Tempahan awal boleh dibuat dengan SMS atau panggilan talipon kepada Cikgu Abinoridzuadin Abdullah di talian 013-4881475 dan Cikgu Rusli Hashim 019-5900449 atau e-mail hrusli61@tm.net.my.

3. Untuk pencalonan sandang sila hantar borang pencalonan kepada Cikgu Kasturi Abdul Majid sebelum 15 Disember 2010. Dilampirkan bersama keterangan dan borang-borang mengenai program tersebut.

Adalah menjadi harapan yang sangat tinggi agar dapat kita bersama tingkatkan bukan sekadar matapelajaran dan latihan tetapi kefahaman dan penghayatan adat-istidat, peraturan dan perjuangan Gayong didalam kursus ini. Demi perkembangan dan kemajuan Gayong di masa hadapan marilah kita sumbangkan segala yang terbaik dan termampu.

Diatas segala sokongan dan kerjasama pihak tuan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian terima kasih.

Wassalam.

* HIDUP MULIA MATI SYAHID *

Rabu, 8 Disember 2010

Anak Gayong Di Program Saya Suka Sihat

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurni dari-Nya semakin hari Pusaka Gayong Pulau Pinang terus dan terus menjadi pilihan masyarakat umum bagi bersama memeriahkan majlis-majlis sama-ada dari NGO,Persatuan,Badan-Badan Kerajaan,Orang persendirian dan dari pelbagai lagi aspek dan sudut...
Penuh Makna: Setiap Gerak Ada Tari, Dalam Tari Ada Buah..
'
Kali ini satu program yang telah dijalankan dan Pusaka Gayong dijemput untuk mengadakan persembahan bagi Program Saya Suka Sihat bertempat di Dewan Bakar Kapor,Penaga pada 7 Disember 2010 jam 11:00 pagi dan kali ini anak-anak Gayong terutama dari Gelanggang sekitar Penaga dan Gelanggang Tuan Rumah Sendiri bersama bergabung bagi menjana satu demonstrasi silat yang cukup hebat dan memukau para penonton dan hadirin pada pagi itu.
Disiplin: Permainan Keris Memerlukan Gerak Tari & Langkah Yang Teratur
'
Demonstrasi yang diketuai oleh Cikgu Akmal, Cikgu Mont dan Cikgu Zul amat-amat meenarik perhatian sehinggakan setiap pergerakkan dan aksi dirakam dan ditonton dengan penuh teliti agar setiap pergerakkan dan aksi yang dipersembahkan dapat dilihat dengan lebih dekat. Ini adalah satu peningkatan tentang penerimaan masyarakat yang dapat saya saksikan sendiri walau pun hampir 70% dari pesilat yang membuat persembahan adalah dari lapisan anak-anak muda dan remaja dengan tanpa menghiraukan keadaan tapak gelanggang yang sedikit becak terus melakukan apa yang telah dirancangkan.

Kenangan Abadi: Wajah-Wajah Pewaris Kepahlawanan Melayu
'

Antara tetamu kehormat pada majlis tersebut adalah YB Azhar yang juga adun Penaga cukup terpegun dengan mutu permainan tempur dari tangan kosong hinggalah ke permainan senjata. Cukup mengasyikkan dan apa yang menariknya kali ini selain dari Pusaka Gayong, agensi-agensi lain juga turut dijemput antaranya Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Pertahanan Awam, Kolej Kejururawatan Bukit Mertajam, Pejabat Kesihatan Daerah dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Akhir kata saya wakil dari pihak Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang mengucapkan jutaan terima kasih diatas jemputan pihak berwajib...Syukran


Gambar Kenangan Anak-Anak Gayong Sekitar Persembahan Berlansung



Rabu, 17 November 2010

Pusaka Gayong Gegarkan Karnival Sribu 2010!

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua... Alhamdulillah sedar tak sedar dan baru saja terasa kemeriahan Aidilfitri berlalu kini Aidiladha muncul bagi memberi satu lagi peluang untuk kita umat Muhammad menambahkan amal ibadah kita selain dari yang sering kita lakukan..

Training: Sempat Lagi Tu Cikgu Mont & Abu

'

Dalam keghairahan umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha pada hari ini, Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang sekali lagi diberi kepercayaan dan bagi bersama memeriahkan Karnival Sribu 2010 yang diadakan dari 12 hingga 14 November 2010 di Tapak Ekspo Seberang Jaya dan dengan sedikit persediaan ringkas dari pihak Pertubuhan akhirnya berjaya dilaksanakan dengan kehadiran sokongan dari Tujuh Gelanggang yang bernaung di bawah Tiga Cawangan seramai Tiga Puluh (30) Pesilat dapat dikumpulkan persembahan pada sebelah malam 13 November yang lalu.

Disiplin: Antara Aksi-Aksi Menarik Dari Anak-Anak Gayong

'

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi walau tanpa orang kuat atau Ketua Skuad Demo iaitu Cikgu Mohd Izani yang tidak dapat hadir bersama bagi menjayakan persembahan pada malam itu atas alasan kerja namun dengan kepercayaannya kepada saya dan para jurulatih bagi memberikan persembahan yang terbaik pada malam itu berjalan dengan lancar.

Kenangan: Pesilat Bergambar Sebagai Tanda Kenang-Kenangan

'

Terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi menjemput kami kerana tanpa sokongan mereka sukar bagi kami terutama Unit Skuad Demo untuk mempromosi Silat Pusaka Gayong kepada masyarakat umum.. Ampun dan maaf sekiranya sepanjang persembahan kami ada kekurangan yang berlaku disebabkan kelekaan jurulatih atau anak-anak didik kami.. Apa yang kami haapkan agar dimasa-masa akan datang masih ada pihak yng sudi untuk memberi ruang dan tempat bagi kami berksi demi menjga kesenian melayu tua ini..terima kasih


Selasa, 19 Oktober 2010

Antara Kasih,Sayang,Amanah & Tanggungjawab

Bermulanya dari asal penglibatan setiap individu dalam menempuhi cabaran hidup sebagai anak Gayong adalah dengan ikrar janji taat setianya kepada peraturan dan disiplin yang telah ditetapkan sebelum dia menjadi anak Gayong yang sah. Ini telah diamalkan dan diwarisi dari zaman berzaman sejak dari ujudnya Gayong di Malaysia dibawah pimpinan utamanya iaitu arwah Mahaguru Dato' Paduka Daeng Meor Abdul Rahman.
'
Apakah yang dimaksudkan dengan ikrar atau janji taat setia kita sebagai anak Gayong?
adakah hanya sekadar mewarisi ilmu seni silat Gayong? Jawapannya mungkin berbeza dari setiap individu tetapi mari kita lihat ke asal dimana apabila kita diperlimau, apa ikrar yang kita janji dan pegang sebelum kita dapat duduk dengan gah dan selesa di kedudukan yang kita perolehi pada hari ini.

Wadah Bangsa: Generasi Pelapis Seperti Ini Yang Perlu Kita Didik & Berikan Semangat Untuk Mereka Terus Menyambung Seni Warisan Bangsa


Hari demi hari mungkin kita dapat lihat sedikit pergolakkan, propeganda atau penyalahgunaan dari apa yang kita miliki pada hari ini. Setiap apa yang kita lakukan seharusnya dipersetujui oleh seseorang yang benar-benar faham akan kebenaran apa yang kita inginkan dan bukan hanya untuk memenuhi segala impian atau kepentingan peribadi semata-mata. Dimana pegangan ikrar kita selama ini? adakah ianya hanya sekadar syarat untuk melayakkan kita menjadi anak Gayong? ambil masa,guna akal untuk berfikir dan renung-renungkan moga kita mendapat jawapan yang benar-benar dapat menjawab segala persoalan selama ini.

Antara kasih sayang,amanah & tanggungjawab, dimanakah terletaknya kasih sayang kita kepada Gayong? Ahli seGayong? Wakil Mutlak dan wakil-wakil Mahaguru? Dimanakah terletaknya amanah yang seharusnya kita pegang dan eratkan agar Gayong akan dapat disatukan pada suatu masa nanti seperti petikan dari sajak Gayong yang berbunyi "Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang, Disatu Masa Balik Bersatu & Teguh". Dimanakah perjuangan ini? adakah ianya hanya sekadar sajak atau kata-kata untuk menyatakan bangsa melayu punyai adap dan adatnya?

Pusaka Bangsa: Silat Sebagai Wadah Bagi Mendisiplinkan Diri

Tanggungjawab kita sebagai anak Gayong? Apa tanggungjawab kita yang sebenarnya sebagai pewaris generasi hari ini? adakah kita seronok melihat Gayong makin berpecah? dimana tanggungjawab kita? Dimana Kasih dan Sayang kita kepada Gayong? Dimana Amanah yang kita ambil agar dipikul dan dibawa semoga Gayong akan mendomenasi kekuatan bangsa Melayu melalui cabang SILAT dan melahirkan pelapis serta generasi penyanyang dengan berlandaskan hukum agama dan panduan yang telah digariskan dalam Islam...

Namun semua ini kadangkala hanyalah sekadar ungkapan dan bukan alasan jika kita tidak mampu untuk melaksanakan tugas kita yang sebenar.. Gayong adalah landasan atau platform bagi menyatukan anak-anak bangsa melayu bagi bersama menguatkan bagi bersama menjaga maruah agama islam, bangsa seterusnya negara...


Isnin, 20 September 2010

Khamis, 16 September 2010

Majlis Aidil Fitri Di Daratan Raja Sakti, Tasik Beris, Sik, Kedah Darul Aman

Terima panggilan talifon dari Dato' Cikgu Abdul Majid agar dihimpunkan anak-anak Gayong untuk majlis Aidil Fitri dari Kerabat Raja Sakti, YM Ayah Tg Hj Azhar yang juga merupakan Timbalan Khalifah Agung Selat Seni Gayong. Hari Raya ketiga 12 September 2010 di Dataran Raja Sakti, Tasik Beris, Sik Kedah Darul Aman.
Terasa agak berat untuk mencari ahli, apa tah lagi Hari Raya Ketiga itu. Dato' mahu agar 200 orang dapat dihimpunkan kerana hasrat YM Ayah mahu berarak dengan gajah.

Aku cuba hubungi Pak Su (Cikgu Ahmad Daud) agar dapat diurus ahli-ahli dari Seberang Perai dan Cikgu Pa (Redzuan Hashim) untuk uruskan dari Pulau. Alhamdulillah dapatlah dihimpun seramai 15 orang dari Pulau Pinang bakinya dari Kedah dan yang berhampiran.

Berbaris di hadapan ialah Panglima Hitam dari Pulau Pinang dan Negeri Kedah.

Diantara yang hadir ialah Cikgu Hj Fadzil Omar Timbalan Yang Dipertua PSSPGM dan Cikgu Rusli Hashim Penolong Setiausaha Agong PSSPGM.

Segak dari kiri Cikgu Pa Ketua Panglima Hitam, Cikgu Saidin dan Pak Long Lembing bergambar di hadapan seekor gajah.

Tempatnya di pinggir tasik sungguh indah, boleh melalui dengan jalan air menaiki bot atau bagi yang berani boleh cuba jalan darat yang sungguh mencabar. Terima kasih bagi yang sempat hadir bersama. Semoga diberkati usaha kelian.


Aku mendapat wakil bawaha Dato' Cikgu Ayahanda Abdul Majid akan membuat jamuan raya untuk gayong pada 2 Oktober 2010 ini di Gurun insyaAllah. Semoga kita semua boleh berjumpa di sana.

Isnin, 9 Ogos 2010

Pusaka Gayong Di Hari Pencak Warisan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
Alhamdulillah bersempena dengan jemputan Perhimpunan Silat Melayu sempena Hari Pencak Warisan anjuran SPSGP yang bertempat di Padang Bola Sepak Dewan JKKK Bandar Perda Jalan Kampung Masjid, Teluk Kumbar pada 8 Ogos 2010. Antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk merapatkan silatulrahim diantara ahli perguruan-perguruan yang berlainan aliran tetapi dapat bersama-sama mempersembahkan seni permainan masing-masing bagi tatapan para tetamu yang hadir.

Pembukaan: Persembahan Yang Cukup Mantap Daripada Anak-Anak Gayung Penggerak


Majlis dimulakan dengan penerangan berkenaan pentingnya seni mempertahankan diri kepada bangsa melayu terutamanya seni warisan bangsa melayu itu sendiri iaitu seni pencak silat. Memang silat terkenal dengan kehalusan seni serta permainannya dan bukan hanya semata-mata untuk tatapan tetapi lebih kepada mempertahankan diri dengan gaya dan disiplin yang telah diamalkan sejak turun temurun. Silat juga tidak lengkap andai para pengamalnya tidak memasukkan elemen keagamaan seperti amalan-amalan serta tanggungjawab sebagai muslim yang menyerahkan diri seluruhnya kepada Allah s.w.t.

Bunga Tanjung: Tapak Seni Oleh Anak-Anak Gayong Sebelum Bertempur


Persembahan dimulakan dengan persembahan dari tuan rumah dengan asas-asas dari perguruan tersebut serta seni tempur yang cukup membuatkan para tetamu yang hadir tidak beralih tempat. Sememangnya seni silat adalah seni yang cukup halus dan teliti, ini lah yang cuba ditunjukkan dan dipersembahkan oleh Seni Perguruan Gayung Penggerak kepada masyarakat agar mereka sedar yang bangsa melayu mempunyai mutiara yang amat bernilai untuk diwarisi oleh anak-anak melayu. Dari permainan tangan kosong hinggalah ke permainan senjata persembahan yang ditunjukkan adalah cukup berdisiplin dengan mutu permainan yang baik merancakkan lagi majlis pada petang tersebut.

Aksi Mendebarkan: Pertempuran Seni Parang Panjang & Cindai (Rantai)

'
Kini persembahan kedua dan persembahan yang ditunggu-tunggukan dari kami anak-anak Gayong dengan kekuatan 20 pesilat yang digabungkan dari lima gelanggang turun bagi mewakili Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang. Walau pun tidak kesemua ahli Skuad Demo yang baru tetapi dengan bantuan dari angkatan dan Skuad Demo Jr. dari Sungai Ara memperkuatkan lagi jentera serta keyakinan kami untuk memberikan persembahan yang terbaik pada petang tersebut. Alhamdulillah, syukur setiap apa yang dirancang berjalan lancar walau dalam keadaan padang yang agak licin disebabkan hujan yang lebat pada sebelah malam sebelum dan pagi hari persembahan.

Seni Parang Panjang: Tempur Penutup Daripada Cikgu Zul & Cikgu Helmi


Persembahan diteruskan dengan persembahan Seni Silat Cekak Malaysia dengan aksi-aksi permainan serta gaya perguruan tersebut sekali lagi membuatkan para penonton tidak berganjak dari kerusi masing-masing bagi melihat persembahan yang dipersembahkan. Cukup gah dengan aksi-aksi menarik dari kesemua perguruan yang mengambil bahagian. Semoga acara sebegini akan dapat diteruskan dan menjadi acara tahunan bagi mengumpulkan dan memberikan peluang masyarakat mengenali seni warisan melayu ini dengan lebih dekat...

Dengan ini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Seni Perguruan gayung Penggerak Teluk Kumbar kerana sudi menjemput kami Pusaka Gayong Pulau Pinang dan kepada semua muslimin serta muslimat kami ucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa & Bersama-samalah kita memperbanyakan amalan & Ibadah dibulan yang mulia ini..


*Gambar Ihsan Daripada Izan & Cikgu Muda Dari Gelanggang IPTB



Selasa, 3 Ogos 2010

Hari Pencak Warisan


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Satu jemputan rasmi telah diemailkan kepada admin daripada wakil silat Gayung Penggerak Pulau Pinang dengan usaha-sama Rukun Tetangga Teluk Kumbar, Belia 4b dan Seni Perguruan Gaying Penggerak Teluk Kumbar menjemput Pusaka Gayong Pulau Pinang bagi bersama merai serta memeriahkan seterusnya menjadikan ia sebagai satu platform untuk lebih mengeratkan lagi diantara Perguruan-Perguruan lain.

Berikut adalah butiran Hari Pencak Warisan,

Hari: Ahad

Tarikh: 08 Ogos 2010

Tempat: Padang Bola Sepak Dewan JKKK Bandar Perda,

Jalan Kampung Masjid, Teluk Kumbar.

Masa: 2:00 hingga 6:00 petang


*Masuk Adalah Percuma...


Antara perguruan-perguruan yang akan turut sama membuat persembahan adalah;

  • Seni Silat Gayung Penggerak (Tuan Rumah)

  • Seni Silat Gayong Patani

  • Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia

  • Seni Silat Pulut Melayu Asli

  • Seni Silat Cekak Malaysia

  • Seni Silat Lincah Malaysia

  • Seni Silat Laksamana Laut

Dengan ini saya menjemput kesemua pecinta,pejuang beladiri serta orang ramai bagi bersama memberi sokongan dengan hadir di hari tersebut.



Sabtu, 31 Julai 2010

KILUUB 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Agaknya dah lama laman blog Pusaka Gayong ini tidak memberikan berita serta info-info terkini berkaitan aktiviti dan perjalanan anak-anak Gayong Pusaka Pulau Pinang.. Pertama sekali saya mohon maaf andai ada sebarang masalah yang timbul dan disebabkan itu saya tidak dapat untuk mengemaskini laman rasmi PSSPGM Pulau Pinang ini.


Seni: Setiap Langkah Memerlukan Tunjuk-Ajar Serta Latihan Yang Secukupnya

Sudah hampir sebulan Khemah Ibadah, Latihan Ulangkaji & Ujian Bengkong atau lebih sinonim dan dikenali KILUUB oleh anak-anak Gayong Pulau Pinang. KILUUB 2010 telah dijalankan di perkarangan Masjid Al-Ridzuan Nyior Sebatang pada 2 hingga 4 Julai yang lalu. Walau tidak seperti selalu dan seramai selalu KILUUB kali ini tetap berjalan dengan jayanya walau ada halangan dari sesetengah guru dan jurulatih yang lebih mementingkan ego serta "bodoh sombong" yang ditunjukkan amat nyata dan bukan saja disedari oleh anak-anak Gayong terutama jurulatih malahan pihak Masjid serta anak Khariah Nyior Sebatang sendiri.

Trademark: Lompatan Antara Latihan Asas Yang Wajib Dikuasai Oleh Setiap Pesilat


Inilah hakikatnya pengorbanan dan ungkapan taat setia yang sering dipertikaikan dengan sahsiah atau tingkah laku yang tidak pernah berubah walau dengan faktor umur. Namun segala pahit manis kenangan di KILUUB kali mungkin sedikit sebanyak dapat mengambarkan sesuatu fenomena yang dapat dikaji terutama Majlis Guru-Guru PSSPGM Pulau Pinang untuk mengambil tindakan susulan diatas sikap salah seorang jurulatih yang sama sekali tidak layak untuk mengeluarkan kata-kata yang ianya hanya layak diberikan kepada dirinya sendiri.

Srikandi: Kini Wanita Juga Mampu Berpencak Sehebat Lelaki

Kita tinggalkannya dan berbalik kepada laporan ringkas Khemah Ibadah,Latihan Ulangkaji & Ujian Bengkong kali ini..Seperti yang diutarakan diatas jumlah peserta kali ini amat kurang memuaskan terutamannya dari gelanggang di sebelah seberang perai dengan hanya berwakilkan kurang dari sepuluh orang dari 80 peserta yang selebihnya dari sebelah pulau. Persoalannya,dimanakah anak-anak Gayong ini semua? Kenapa tiada sebarang wakil daripada anak-anak Gayong yang terdekat? Mengapa masih ada masalah untuk menghantar ke kursus yang telah menjadi acara tahunan kita? Mengapa tiada usaha untuk memajukan silat ini pada pandangan masyarakat? tepuk dada tanyalah hati.....

Seni Combat: Cikgu Wan Memperhaluskan Agar Pesilat Kenal Akan Keunikan Serta Kehebatan Buah Gayong


Alhamdulillah dengan berkat kesungguhan 3 Jurulatih yang berusaha sesungguhnya akhirnya dapat juga program ini dijalankan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Atan yang banyak bekorban masa dan tenaga untuk memastikan keselesaan tempat latihan,tempat tidur dan sebagainya walau akhirnya orang lain yang mendapat pujian serta nama! Juga terima kasih kepada Cikgu Ezani @ Abg Long yang banyak memberikan buah fikiran,idea-idea serta pertolongan dari segi masa & tenaga hinggakan sanggup mengambil cuti tanpa gaji demi menjadikan program ini sebagai yang terbaik untuk anak-anak Gayong. Disini saya sebagai wakil pertubuhan ingin juga memberikan sekalung penghargaan kepada anak buah Cikgu Ezani yang tak putus-putus membantu dari segi keselamatan menjadi sukarelawan yang dibentuk dari hati yang suci & ikhlas bukan sebagai hamba.. Terima kasih..jasa kalian hanya Allah saja yang mampu membalasnya...


Antara Gambar-Gambar Kenangan Program


Khamis, 10 Jun 2010

Amukkan Skuad Demo Di Tasek Gelugor!

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya satu gabungan semula team Skuad Demo yang telah sekian lama menyepi dan umpama harimau yang kehilangan taringnya. Disebabkan masalah-masalah dalaman kecil dan ada segelintir jurulatih yang kurang senang dengan kemajuan serta usaha gigih para jurulatih khususnya yang melibatkan pentadbiran dan amnya melibatkan unit skuad demo selama ini. Dengan berkat usaha gigih dan murni dari salah seorang jurulatih yang lebih mesra dengan panggilan "Abg Long", Cikgu Izani merupakan tunjang utama dalam penggerakkan semula unit skuad demo yang telah dicemari dengan pelbagai masalah dari segi pengurusannya..

The Opening: Tari Bunga Tanjung
'
Mungkin itulah yang dikatakan semangat serta kekuatan seorang yang bergelar anak Gayong, dengan sekembalinya Cikgu Izani dari pertapaan selama 3 tahun akhirnya membuahkan hasil dengan perbincangan dalam telefon hingga ke pertemuan bersama-sama Cikgu Helmi, Cikgu Atan, Cikgu Mon, Cikgu Akmal dan Cikgu Zul dengan sokongan Ketua Jurulatih serta Pengerusi Majlis Guru-Guru Pulau Pinang Cikgu Rizduan dan nasihat daripada Cikgu Rusli, Cikgu Fuzi serta Cikgu Nizam akhirnya ianya dapat dilaksakan dengan sesi latihan skuad demo mula dijalankan dan akan terus dijalankan mulai saat ini.

Final Comeback: Aksi Abg Long vs Cikgu Atan Jr.

Persembahan sulong skuad demo yang pertama dan dianggotai oleh 8 pesilat putra dan 1 pesilat putri dilaksanakan dengan jitunya di Kampung Master, Tasek Gelugor pada 5 Jun 2010 jam 2 petang. Mungkin dengan ahli yang kurang dari 10 anggota ini belum cukup kuat, namun kami bertekad akan membuat pembaikkan dari masa ke semasa dari segi mutu permainan, pengelolaan dan seterusnya kepada keseragaman dari semua aspek yang difikirkan perlu.

Persembahan dijalankan dengan dimulai dengan gerakkan masal bunga tanjung serta serangan berantai diikuti gerak tari solo, tempur tangan kosong, seni permainan pisau, seni tempur parang panjang dan seni tempur cindai-parang panjang "comeback form Abg Long". Walau dalam keadaan gelanggang yang tidaklah dikira baik namun dengan keluasan yang minima itu digunakan sepenuhnya bagi meraikan kedua pasangan mempelai.


Kami amat mengharapkan agar ini dapat menyuntik semangat kami untuk terus memerjuang dan menjadi pewaris agar dapat dilihat serta disambung oleh generai akan datang serta masyarakat masa kini... Insya'Allah..

Akhir kata,terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada Syahirah dan suami kerana kerana sudi menjemput kami bagi bersama meraikan hari bahagia mereka.

"Semoga Allah Kurniakan Kebahagian Hingga Akhir Hayat"



Ahad, 23 Mei 2010

KILUUB 2010

Alhamdulillah telah menjadi tradisi kita untuk melahirkan yang terbaik didalam semua tindak-tanduk dan segala aktiviti. Maka dengan itu PSSPGM Bahagian Negeri Pulau Pinang telah mengambil langkah positif dengan menganjurkan Khemah Ibadah, Latihan Ulangkaji Dan Ujian Kenaikkan Bengkong (KILUUB). Dengan ini warga Gayong akan diberi kesempatan membuktikan yang terbaik untuk menghayati tuntutan agama dan juga kemampuan didalam seni mempertahankan diri yang dipraktikan daripada segala tunjuk-ajar dan pelajaran yang telah diberikan, Insya'Allah...

Dengan kerjasama diantara Majlis Gurulatih Negeri P.Pinang dan sokongan yang erat dari Pihak Masjid Al-Ridwan Nyior Sebatang,sekali lagi akan meneruskan kesinambungan acara tahunan ini.
Disini disertakan juga sedikit info berkenaan program yang akan dijalankan.. Mudah-mudahan ia mendatangkan manfaat serta berguna untuk semua selain mendapat keredhaan Allah s.w.t. insya'Allah..

Tarikh: 2 hingga 4 Julai 2010

Tempat: Perkarangan Masjid Al-Ridwan, Nyior Sebatang

Masa Pendaftaran: 5ptg hingga 8mlm

YURAN PENYERTAAN

1. Latihan saja RM 42.00
2. Latihan & Ujian Pra Putih RM 52.00
3. Latihan & Ujian Awan Putih RM 57.00
4. Latihan & Ujian Pelangi Hijau RM 67.00
5. Latihan & Ujian Pra Merah RM 77.00


TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Borang dan Yuran Penyertaan hendaklah sampai kepada urusetia sebelum 25 Jun 2010.
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi :


Cikgu Helmi.........................012-5633904
Cikgu Rezuan.......................019-4090825
Cikgu Ridzuan.....................019-4718056
Cikgu Izani..........................012-5691127



#PENYERTAAN DIBUKA KEPADA SEMUA ANAK-ANAK GAYONG#

DOWNLOAD BORANG PENYERTAAN DISINI

Segayong, Sekendi, Seperigi, Seperminum, Sejalan, Sejadi, Sedarah, Sedaging, Sepadu...


SUMBER INFO DARIPADA

::MAJLIS GURU-GURU PSSPGM PULAU PINANG::




Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all