Jumaat, 25 September 2009

Jika Mahu Bersilat.

Dato' Cikgu Abdul Majid bin Mat Isa, guru utama Silat Seni Gayong. Mempunyai talian keluarga dengan Allayarham Tok Kenali di Kelantan dan juga susur jalur dengan Kerabat Di Raja Jembal.

Sebagai seorang pencinta silat yang agak berusia, saya suka berkongsi dan berbincangan dengan semua yang sudi, yang berlapang dada dan tidak kira guru lama atau baru. Tidak kira silat dari perguruan mana. Malah jika kita murid yang baru masuk silat sekali pun segala pandangan atau komentar kita harus dihormati.

Sesebuah organisasi silat pertama mesti mempunyai sejarah dan salasilahnya yang tersendiri dan tidak mungkin ianya ujud begitu sahaja. Maka perkara ini harus diketahui terlebih dahulu jika kita berminat menyertai silat tersebut. Cuba fahami tujuan dan objektif silat itu ditubuhkan. Asal-usul gurunya dan perwatakan beliau.


Dato' Cikgu Abdul Majid Mat Isa menyampaikan amanat kepada anak-anak Gayong di dalam lawatan beliau ke Negeri Kelantan.

Kebanyakan silat ini akan bertunjangkan kepada landasan Islam. Bacaan doa dan ayat-ayat suci Al Quran sebagai asas permulaan dan seterusnya hingga ke peringkat tertinggi. Pengamalan menutup aurat dan batas-batas latihan dan pergaulan sesama sendiri dan yang lain sentiasa perhatikan.

Tidak dapat dinafikan di dalam pelajaran silat ini, di samping latihan jasmani ada unsur-unsur kebatinan dan saya suka istilahkannya sebagai amalan rohani. Pastikan kita faham apa itu adat-adat yang boleh kita raikan dan apa pula amalan kurafat yang wajib kita tolak. Jika kita terima sesuatu amalan rohani ini tertanya-tanyalah dahulu kepada yang arif mengenainya dan mereka yang tahu selok-belok agama.
Berpakat anak-anak Pusaka Gayong sedang mengisi borang untuk ujian bengkong di Sek Men Alma, di Pulau Pinang.

Berlatih silat tiada jalan pintas. Kita mesti bermula dari asas-asasnya dan kemudian bertahap mengikut pelajaran yang telah disusun. Kebanyakan pertubuhan silat samada yang berdaftar atau tidak telah mempunyai tahap-tahap latihan mengikut warna bengkong atau tali pinggang. Ada pula yang perlu melalui ujian-ujian tertentu untuk memperolehi bengkong tersebut.

Silat mempunyai banyak unsur-unsur yang sihat dan terpuji. Sudut berpakaian, latihan mantap dan berdisiplin. Menghormati guru, orang yang lebih tua dan sesama sendiri mempamerkan suatu budaya baik dan pergaulan yang berakhlak.

Disamping mempertahankan diri, keluarga dan watan, silat mempunyai kaitan dengan kesihatan diri, pergaulan dan bermasyarakat. Tidaklah kita sekadar menjadi jaguh kampong sahaja. Silat boleh melonjak kita ke tahap yang lebih tinggi tidak kira aspek sukan, kerjaya atau status seseorang dalam masyarakat.

Silat jika diamal dengan baik akan menghasilkan banyak kebaikan. Tidak semua silat itu sama dan tidak semua yang sama itu baik. Semoga berfaedah dan berilah pandangan, nasihat dan pembetulan agar perkongsian ini lebih bermanfaat.

Salam Syawal dari saya.

Jumaat, 18 September 2009

Kejaran Mencari Taqwa

Mereka yang paling cerdik di kalangan kamu ialah mereka yang paling mengingati mati.

Agama Islam merupakan satu agama yang lengkap lagi komprehensif. Ia mempunyai tiga sistem yang mantap, iaitu, sistem kepercayaan (berdasarkan rukun-rukun Iman), sistem amalan (berdasarkan rukun-rukun Islam), dan sistem kualiti (berdasarkan konsep Ihsan).

Puasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang ketiga. Kewajipan ini adalah berdasarkan perintah Allah yang terdapat dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud, “Wahai mereka yang beriman, diwajibkan ke atasmu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang sebelummu semoga kamu bertakwa.” Ayat ini menjelaskan tentang tujuan umat Islam berpuasa. Ia bukannya untuk menguruskan badan, bukan juga untuk mengurangkan paras gula, kolesterol keji serta lemak dalam badan, sebaliknya tujuan utamanya ialah membina ketakwaan kepada Allah. Puasa di bulan Ramadan boleh dianggap sebagai satu ‘karnival kerohanian’ yang mampu membina ‘empayar hati’ yang hebat dipimpin oleh takwa. Takwa merupakan kekuatan dalaman yang hebat lagi unik. Ledakannya mampu mengukir sejarah baru di dunia. Apakah maksud takwa? Sahabat Omar al-Khattab pernah bertanya kepada sahabat Ubai bin Kaab tentang maksud takwa. Ubai berkata, ‘Pernahkah kamu berjalan di sebatang jalan yang dipenuhi onak dan duri?’ Jawab Omar, ‘Ya, pernah.’ Ubai bertanya lagi, ‘Apa yang kamu lakukan ketika itu?’ Omar berkata, ‘Aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh (syammartu wajtahadtu).’ Berkata Ubai, ‘Itulah takwa.’ Dari jawapan Ubai bin Kaab ini dapatlah difahami bahawa takwa bermaksud berhati-hati dalam hidup agar tidak melakukan sesuatu yang haram serta bersungguh-sungguh dalam melaksanakan setiap amal ibadah yang dituntut. Dialog ini diriwayatkan Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-Azim.
Dari kiri Cikgu Rusli Hashim, Ust Ahmad Fahmi Abu Bakar, Dato' Cikgu Abd Majid Mat Isa dan Dr Danial Hj Zainal Abidin.

Tidak kesemua mereka yang beriman bertakwa kepada Allah. Justeru, dalam surah Ali Imran ayat 102-103, Allah mengarahkan mereka yang beriman agar bertakwa melalui firmannya yang bermaksud, “Wahai mereka yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. Berpegang teguhlah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai..” Sahabat Abdullah ibn Masud mentafsirkan ‘sebenar-benar takwa’ sebagai melaksanakan taat jangan bermaksiat, sentiasa mengingatinya jangan alpa dan sentiasa bersyukur jangan kufur. Maksudnya, apabila kita masuki Syawal, kita kembali bergelumang melakukan maksiat dan dosa, ia adalah pertanda bahawa kita tidak memperoleh apa-apa pun daripada puasa Ramadan kita kecuali lapar dan dahaga.

Kemuncak kepada takwa ialah berhati-hati terhadap perkara yang harus kerana kadangkala apabila seseorang tenggelam dalam kelazatan yang diharuskan, dia lupa daratan. Ketika itu berkemungkinan dia akan terjebak dalam kemaksiatan. Sebagai contoh, jika seseorang bercakap terlalu banyak walaupun tentang perkara yang harus, dikhuatiri akhirnya dia mengatakan sesuatu yang haram seperti mengumpat. Demikian juga jika seseorang asyik berbelanja walaupun pada perkara yang harus, dia akhirnya akan mengabaikan hak mereka yang memerlukan. Berhubung dengan ini Nabi bersabda, ‘Seseorang tidak akan sampai ke makam takwa sehingga dia meninggalkan sesuatu yang harus kerana ingin menjaga dirinya dari sesuatu yang dilarang.’ Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Ibn Majah dan mengikut Tirmizi, hadis ini bertaraf hasan gharib.

Begitulah kekuatan takwa dan itulah yang kita kejar di musim Ramadan ini. Semoga Allah membantu kita.

Oleh : Dr Danial Hj Zainal Abidin Imam Waris Beradat

Khamis, 17 September 2009

Latihan Di Bulan Puasa..

Syukur alhamdulillah,walau pun dalam keadaan puasa tidak semestinya latihan silat tidak dapat dijalankan dan dengan ini PSSPGM dari Gelanggang Maktab rendah Sains Mara,Bertam mengambil inisiatif bagi meneruskan latihan seperti biasa cuma perbezaannya latihan untuk bulan puasa telah ditukar dari hari khamis petang kepada ahad pagi dari jam 9 pagi hingga 12 tengahhari.

Dengan semangat serta kesungguhan anak-anak muda ini membuatkan kami turut bersemangat untuk meneruskan amanah bagi kami anak-anak gayong untuk sama-sama memberi semangat serta tunjuk ajar bagi meneruskan aktiviti kepada kesemua pelajar MRSM yang dahagakan ilmu Gayong yang unik ini. Pada 13 September 2009 adalah hari terakhir latihan sebelum anak-anak muda ini pulang bercuti hari raya ke negeri masing-masing.

Semangat: Kesungguhan Anak-Anak Muda Begini Seharusnya Dijaga & Digilap Supaya Seni Warisan Ini Akan Kekal Selamanya

Pada pagi itu juga kelihatan mereka cukup bersemangat berlatih walau pun tiada kehadiran jurulatih pada pagi itu,setbanya saya di dewan utama saya disambut dengan senyuman dan harapan yang tinggi untuk bersama menjalankan latihan bagi persiapan diri dan supaya ianya tidak hilang dari ingatan apabila pulang bercuti nanti.
Teliti: Bersama-Sama Menjalankan Latihan Walau Tiada Tenaga Pengajar

Ini lah contoh yang seharusnya kita sama-sama fikirkan dan memberi sokongan sepenuhnya agar semangat mereka tidak mudah luntur walau dalam suasana bulan ramadhan. Semoga pewaris-pewaris muda ini akan teerus memperjuangkan ilmu Gayong walau dimana mereka berada,dengan setiap displin dan tunjuk ajar yang diterapkan mudah-mudahan ia akan menjdai titik permulaan untuk mereka agar lebih menghargai seni warisan bangsa melayu ini.

"Gayong Bergayut Kata Bersahut,
Biduk Berlalu Kiambang Bertaut"



Rabu, 9 September 2009

Antara Kekuatan Dan Ikatan Sebenar...

Gengam,Angkat,Yakin,Waras,Ngeri..Satu konsonan yang mana mengabung dan melahirkan GAYONG untuk kita anak-anak Gayong mewarisi,mempertahan serta memartabatkannya di seluruh alam semesta ini. Satu-satu yang begitu berat apabila dilihat dan dihalusi secara terpeinci akan tugas serta tanggungjawab sebenar anak-anak Gayong.

Dari zaman Arwahyarham Dato' Paduka Mahaguru Daeng Meor Abdul Rahman masih ada hinggakan ke hari ini,sengketa dan perbalahan tetap berlaku..sifat dengki,khianat,iri hati dan tamakkan kuasa terus-terusan berlaku entah sampai bila masanya ianya akan dapat dihapuskan dalam arus perkembangan dan perjalanan Gayong selama ini.

Dalam Kenangan: Anak-Anak Gayong Bersama Arwahyarhamah Balu Kedua Dato' Meor,Puan Paridah Pada Majlis Perjumpaan & Perbincangan Hala Tuju Gayong Pada 12 Januari 2008 Bertempat Di Dewan Tertutup Muzium Taiping,Perak Darul Ridzuan

Harus bagaimana jika kita generasi hari ini tidak sedikit pun mengendah serta mencari jalan penyelesaian dengan masalah yang berlaku hari ini,luka lama harus kita ubati,sejarah lampau harus kita perbaiki agar ikatan ukhwah yang kita bangga serta megah iini akan dapat kita satukan supaya kita menjadi lebih kuat..lebih kuat daripada sekarang demi mengembalikan sejarah Gayong yang pernah tercatat di suatu ketika dulu.

Janganlah kita terlampau membeza-bezakan diantara kita,sedangkan kita serumpun, seminum serta ikrar dan ilmu yang sama yang kita bawa serta pegang.
Sebagai generasi muda,saya amat harapkan perpaduan..penyatuan yang utuh dan tidak dapat di ganggu-gugat oleh mana-mana pihak,ini lah harapan..harapan yang belum pasti dapat dilihat dalam hidup ini.
Dalam bulan yang penuh kerahmatan ini,marilah sama-sama untuk kita berdoa agar kesinambungan Gayong akan kekal abadi....


Ikhlas daripada:

Panglima Hitam
Admin PSSPGM
Bahagian Negeri Pulau Pinang

seri_pelangi_cula_sakti@yahoo.com



"Gayong Bergayut Kata Bersahut,
Biduk Berlalu Kiambang Bertaut"

Ahad, 6 September 2009

Mencari Rezeki Bulan Ramadhan

Cikgu Ahmad Daud dari Gelanggang Nyior Sebatang di warung pasar Ramadhan Taman Guar Perahu. Berusaha berniaga sendiri sebagai mata pencarian hariannya disamping aktif mengajar silat di beberapa gelanggang di sebelah Seberang Perai ini.

Ramai yang mungkin kerap lalu-lalang di hadapan gerai pasar Ramadhan di Taman Guar Perahu tentu perasan Cikgu Ahmad Daud berniaga air minuman di sana. Pak Su gelaran mesranya telah lama dan berpengalaman berniaga makanan seperti bihun sup, burger, kacang dan air minuman. Ini merupakan mata pencarian beliau.

Pak Su seorang yang murah hati kerap buat kenduri kecil-kecilan apabila ada rezeki lebih sedikit. Tinggal di hadapan Masjid Nyior Sebatang dan beliau juga membuka gelanggang silat di belakang rumahnya. Berbengkong hitam dan telah di anugerahkan Sandang Ketua Beradat Silat Seni Gayong. Mengajar silat di beberapa gelanggang di sekitar Seberang Perai di antaranya Sek Men Pokok Sena, Sek Agama Pokok Sena, Sek Takfiz Al Islah Tok Bedu dan beberapa gelanggang lain.

Semoga Pak Su dikurniakan Allah murah rezeki lagi di bulan Ramadhan Al Mubarak. Bila nak buat kenduri sambut raya pula? Selamat Berpuasa semoga kita dirahmati, diampuni dan dibebaskan dari Api Neraka. Amin

Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all