Ahad, 26 Oktober 2008

Bibit-Bibit Penyatuan.................................. ~Kesinambungan Warisan Pusaka Melayu~

Persembahan seni silat gabungan antara pertubuhan silat seni gayong malaysia negeri pulau pinang(pssgm),pertubuhan seni silat pusaka gayong malaysia cawangan bandar baharu & pertubuhan seni silat pusaka gayong malaysia cawangan sungai ara,pulau pinang sempena majlis penyatuan raja sehari anakda kesayangan cikgu yaakub(yang dipertua & guru utama pssgm negeri pulau pinang) bertempat dikediaman beliau di pusat latihan tertinggi pertubuhan seni silat gayong malaysia(pssgm),kota permai alma.Antara gelanggang-gelanggang yang terlibat adalah dari gelanggang pusat gayong malaysia sendiri (pssgm negeri pulau pinang),gelanggang sekolah menengah alma,gelanggang kampung jawa perai,gelanggang nyior sebatang & gelanggang bandar baharu.Jutaan setinggi-tinggi penghargaan diatas persembahan yang cukup mantap dari kesemua gelanggang yang terlibat sama ada dari pssgm selaku tuan rumah serta pesilat jemputan dari psspgm bandar baharu & psspgm sg.ara,satu pertunjukkan yang jarang-jarang kita dapat saksikan bagaimana dua pertubuhan yang bersaudara yang berlainan pegangan dapat melakukan persembahan bersama di majlis kenduri.Satu pengitirafan kepada kematangan anak-anak gayong di alaf milenium ini...
Siapa sangka digelanggang inilah saat-saat manis anak-anak gayong bersua serta berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain,walau pun berlainan fahaman serta pertubuhan ia tetap akrab dibawah satu payung 'Anak Gayong'.

Biar apa yang terjadi atau apa orang hendak katakan,kita anak-anak gayong yang semakin hari semakin faham erti kehidupan bagaimana untuk kita sampaikannya kepada generasi yang lama haruslah kita sama-sama fikirkan. "Bersatu kita teguh,bercerai kita roboh" satu kata-kata yang cukup tinggi nilai dari segi pengertiannya untuk kita dalami tafsirannya serta untuk kita rungkai ia agar lebih jelas dimata semua pihak yang mana apa yang kita perjuangkan adalah hak kita sebagai anak gayong untuk kita tegakkan kebenaran serta kedaulatan raja-raja kita.Biarlah ini menjadi titik mula atau garisan permulaan untuk kita semua melangkah maju kedepan dengan lebih gahnya dengan nama penyatuan anak-anak gayong seluruhnya & kita dapat gegarkan dunia persilatan melayu seperti di era kegemilangan gayong dizaman Dato' Mahaguru Meor Rahman yang mana setiap persembahan anak-anak gayong mendapat liputan yang meluas serta menjadi contoh kepada persilatan lain.Sekali lagi saya tekankan disini agar kita sebagai anak-anak gayong ai alaf baru ini agar bangun serta berusaha segigih-gigihnya agar gayong dapat bersatu walau bukan dibawah satu pertubuhan tapi sekurang-kurangnya dibawah satu lembaga adat agar generasi akan datang tidak lagi tertanya-tanya kenapa gayong berpecah. Biarlah ia sebagai sejarah untuk kita ceritakan pada anak-cucu kita kelak.....




"Pecah Gayong Didalam Dulang,

Dulang Hanyut Dilautan Tujuh,
Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang,
Disatu Masa balik Berteguh"

Jumaat, 24 Oktober 2008

Keris Melayu...Kesenian & Kehebatannya


KERIS:- merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu sejak zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800 tahun yang lampau terutamanya pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana. Satu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan. Keris mempunyai dua belah mata, melebar dipangkal dan tirus dihujungnya serta tajam. Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga sarungnya. Sang Guna adalah orang pertama dizaman Sultan Muhammad Syah Melaka telah membuat keris tempa panjang, berukuran tiga jengkal. Unsur logam campuran besi dan tahi bintang adalah bahan utama membuat keris tersebut. Hulu Keris Ulu keris berukuran sepanjang lebih kurang 15sm. berkeadaan membengkok dibahagian tengahnya seperti bentuk kepala tongkat. Diukir dengan tangan sepenuhnya dan mempunyai nilai estetika Melayu yang diperbuat daripada perdu atau tunjang kayu (kemuning, tegor, tempinis, sena,celagi, petai belalang, boai, lebang dan kayu hitam), gading gajah, tanduk, gigi ikan paus, emas, perak, besi dan kemor (sejenis batu karang). Pelbagai nama telah diberikan seperti Anak Ayam Teleng, Anak Ayam Sejuk, Jawa Demam, Kakaktua, Tapak Kuda dan Pekaka. Penjelmaan rekabentuknya menggambarkan kekuatan dan kekuasaan senjata tersebut yang bersifat raksaksa dan garuda. Ragamhias hulu keris kebanyakannya bermotifkan bunga timbul, awan larat, bunga tebuk, ketam guri, bentuk fauna dan juga bentuk dewa Hindu dengan imbasan wajah manusia. Pendongkok Dikenali juga sebagai dokok, pendongkok, dulang-dulang keris atau memendak. Diperbuat dari logam, tembaga, perak atau emas. Berbentuk seperti bunga dan berukiran bunga dawai pintal yang bertatahkan batu permata atau ukiran biasa sahaja. Pendongkok dipasangkan melekap pada pangkal hulu keris dibahagian permukaan ganja. Bilah Keris Keris mempunyai berbagai-bagai bentuk dan ukuran. Kebanyakan keris terdiri dari jenis yang berlok, samada tiga, lima, tujuh atau sembilan dan lurus. Terdapat juga keris yang panjang berukuran 61sm. dengan matanya berbentuk mata pedang seperti Keris Sundang dan ada yang sehingga 29 lok. Tiga aspek penting mata keris adalah rupa awan larat dan corak pamor, bentuknya dan corak berombak yang wujud dari campuran logam dan nikel. Keris juga diibaratkan sebagai insan, sesetengah Empu atau pembuat keris memasukkan unsur magis atau penunggu kepada senjata itu, supaya ianya lebih memberikan kekuasaan. Paksi Ganja Dagu Kepala Cicak Leher Perut Sepit Rotan Ekor Kepit Aring Gandik Kembang kacang Belalai Gajah Bibir Gajah Rigi Janggut Tulang Keris Hujung Keris Tuntung Keris Galeri Keris Hulu Keris Sampir Keris Pandai Besi Sampir dan Batang Sampir adalah sarung dibahagian ganja dan aring keris. Berbentuk seperti sampan melintang pada kedudukan keris. Diperbuat dari jenis kayu sama seperti hulu keris juga dan sesetengah sampir diukir pada kayunya atau disaluti emas, perak atau tidak diukir langsung, hanya corak urat kayu tersebut telah menampakkan keindahannya. Batang merupakan sarung kepada bilah keris ia lurus serta agak meruncing sedikit pada hujungnya. Diperbuat daripada kayu dan diukir dengan ukiran bermotifkan flora, tetapi terdapat juga yang tidak diukir. Kebiasaannya pada hujung batang ini akan disarungkan dengan buntut yang diperbuat dari perak, emas, tanduk atau gading. Jenis Keris Berbagai jenis keris terdapat di Nusantara Melayu dan kegunaannya selain sebagai senjata, regalia terhadap Raja Melayu dan perubatan. Keris Sepukal Keris Sempena Keris Cerita Keris Picit Keris Tajung Keris Sulok Belingkong - lok tiga Keris Apit Liang - lok lima Keris Jenoya - lok tujuh Keris Rantai - mempunyai sembilan hingga 21 lok Keris Andus - mempunyai 23 hingga 29 lok

Ahad, 19 Oktober 2008

Kenapa Melayu Pantang Menderhaka Kepada Rajanya?


Persoalan ini sering bermain di kepala sejak sekian lama. Sekiranya dibandingkan dengan bangsa lain yang sudah menukar corak pemerintahan beraja kepada sistem republik, bangsa Melayu masih menjaga sultan walaupun sejarah merekodkan ada juga sultan pernah berlaku tidak adil kepada rakyatnya.

Persoalan ini terjawab apabila Dato' Seri Wan Hj. Abdul Wahid bin Wan Hassan menerangkan Sejarah Melayu sekaligus mengaitkan hubungan Raja dengan bangsa Melayu. Cerita ini tidak dapat dipastikan kesahihannya, tetapi cukuplah sekadar perkongsian ilmiah supaya difahami dengan logik akal.

Menurut Sejarah Melayu, ia berlaku apabila Raja Suran berketurunan Iskandar Zulkarnain masuk ke dalam laut dan berkahwin dengan Puteri Mahtabul Bahri, puteri raja Aftabul 'Ard kerajaan Basram di bawah laut. Hasil daripada perkahwinan ini, lahir tiga orang anak, Nila Pahlawan, Kerishna Pendita dan Nila Utama. Mereka dikatakan muncul di Bukit Siguntang, di tengah Sungai Melayu yang hulunya di Gunung Maha Miru, dekat padang Penjaringan dalam negeri Palembang (pada waktu itu, negeri ini dikenali sebagai kerajaan Buddha Sriwijaya sebelum kemunculan kerajaan Hindu Majapahit).

Setelah mereka muncul di Bukit Siguntang, Palembang, tiga beradik ini bertemu dua orang wanita, Wan Empok dan Wan Walini yang sedang berladang di sana. Dipendekkan cerita, Wan Empok berkahwin dengan Nila Pahlawan, Wan Malini dengan Kerishna Pendita. Nila Utama pula mendapat gelaran baru sebagai Sang Si Perba.

Menurut Sejarah Melayu, pada masa itu Palembang sedang diperintah oleh seorang raja yang dipanggil Demang Lebar Daun. Apabila mendengar khabar ada anak raja besar keturunan Iskandar Zulkarnain turun di Bukit Siguntang, baginda pun terus ke sana untuk bertemu-muka dan mengambil berkat kebesaran anak raja itu.

Berita ini tersebar jauh ke merata tempat sehingga raja-raja lain pun turut sama bertumpu ke situ. Sesetengah raja datang membawa kaum keluarga mereka. Maka Sang Si Perba pun mengambil mana-mana puteri raja yang elok untuk dibuat isteri dan mereka menerima sahaja kerana rasa bertuah bermenantukan anak cucu Iskandar Zulkarnain. Malangnya, semua puteri ini kedal setelah “dijamah” baginda (Tak pasti 'kedal' penyakit apa. Mengikut ceritanya, ini berlaku disebabkan ketinggian daulat baginda).

Tersebutlah nama Wan Sendari anak Demang Lebar Daun yang cantik paras rupa. Sang Si Perba ingin memperisterikannya tetapi si bapa pula takut puterinya pun akan kedal juga. Maka sembah Demang Lebar Daun, “Jikalau anak patek tuanku peristeri, nescaya kedal ia. Tetapi jikalau tuanku mahu berwa’adat (berjanji sumpah setia) dengan patek, maka patek persembahkan anak patek ke bawah duli Yang di-Pertuan.”

Mengikut Sejarah Melayu, Demang Lebar Daun adalah orang yang pertama menggunakan bahasa “Yang di Pertuan” dan “Patek” apabila bercakap dengan raja, kerana Sang Si Perba itu keturunan raja-raja besar... Maka titah Sang Si Perba: “Apa yang dikehendaki oleh bapaku itu?”

Sembah Demang Lebar Daun: “Adapun tuanku, segala anak cucu patek sedia akan jadi hamba ke bawah duli Yang di-Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhihatkan, dinusta dengan kata-kata jahat. Jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Shara’.”

Sang Si Perba pun bertitah: “Akan minta bapa itu hamba kabulkanlah. Tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba...”“Janji yang mana itu, tuanku?”“Hendaklah akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada anak cucu kita. Jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekali pun”. “Baiklah tuanku. Tetapi jikalau anak buah tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patek pun mengubahkanlah.”Titah Sang Si Perba: “Baiklah, kabullah hamba akan wa’adat itu.”

Mereka pun bersumpah-sumpahan serta berteguh janji, barang siapa yang mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbung rumahnya ke bawah, tiangnya ke atas. Itulah sebabnya anak Melayu tidak boleh derhaka kepada raja walau seburuk-mana sekali pun perangai raja itu... Kalau derhaka, maka tulah dimakan sumpah. Raja pula tidak boleh memberi aib atau malu terhadap anak Melayu walau besar mana sekali pun kesalahannya. Kalau dilakukan juga, raja itu akan jatuh juga nanti.

Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all