Sabtu, 30 Mei 2009

Terungkaplah Satu Sejarah...

Penerangan: Sesuatu Yang Cuba Disampaikan Kepada Peserta Oleh Salah seorang Jurulatih Yang Bertugas

Khemah Ibadat,Latihan Ulangkaji & Ujian Kenaikkan Bengkong (KILUUB) 2009 bermula semalam 29 Mei hingga besok 31 Mei 2009 bertempat di perkarangan Masjid Al-Huda Sungai Ara Negeri Pulau Pinang.

Bermulanya satu era,satu pengalaman,satu ikatan,satu matlamat,satu harapan & satu tujuan iaitu mengharui perubahan,menaiktaraf diri dalam pertubuhan,cuba menyakinkan diri untuk menempuhi ujian setelah sekian lama berpeluh,bersakit menjalani latihan digelanggang masing-masing,kini tibalah masanya segala kesakitan,kesusahan serta kepayahan dinilai dan biberi pengitirafan yang sewajarnya.
Selaras: Bersama Menjalani Sesi Latihan

Apa sebanarnya yang dititikberatkan dalam kursus ini?
Jwapannya adalah membina semangat berpasukan,mengenal saudara segayong yang datang dari pelbagai gelanggang,menyelaraskan segala matapelajaran dari pra puting hingga ke pra merah,membina ikatan ukhwah sesama insan,bermasyarakatan,disiplin,kesedaran,kerohanian dan berbagai-bagai lagi.

Sebagai renungan,panduan dan ingatan kita bersama apa itu Gayong dan apa yang kita ikrarkan semasa hari kita diterima murid atau hari kita diperlimaukan...
Disiplin: Memberi Sepenuh Tumpuan & Arahan Yang Diberikan

IKRAR GAYONG
Aku Mengaku Taat Kepada Allah
Aku mengaku Taat Kepada Rasul
Aku Mengaku Taat Kepada Kedua Ibu & bapaku
Aku Mengaku Taat Kepada Mahaguru
Aku Mengaku Taat kepada Wakil Mahaguru
Aku Mengaku Taat Kepada Seahli SeGayong Denganku

Jumaat, 29 Mei 2009

Pusaka Warisan Bangsa

Assalamualaikum...salam sejahtera,semoga kita semua dilindungi serta diberkati Allah s.w.t. Posting kali ini melibatkan perkembangan Unit Persembahan yang selama ini sangat kabur-kabur setelah sesuatu keputusan yang diambil tanpa usul periksa dan menurutkan kehendak hati tanpa menghiraukan keadaan sebenarnya. Kini penubuhan Skuad Demo yang telah kian lama senyap akan kembali demi membawa Silat terutama Pusaka Gayong ke mata dunia agar ianya segar dalam ingatan serta menjadi tradisi yang kita jaga serta warisi walau kita tidak mampu belajar,mewarisi atau mengembangkan ilmu seni silat ini cukuplah dengan membantu memberikan sokongan dari segi moral dan bagi tujuan promosi kepada anak cucu kita.
Disiplin: Antara Senaman Yang Wajib Dikuasai Oleh Anak-Anak Gayong

Takkala hari ini kita dapati susah atau jarang-jarang sekali kita lihat anak-anak muda bertempur dirumah-rumah kenduri,majlis-majlis rasmi dan sebagainya. Dimanakah sebenarnya pemikiran kita bangsa melayu? Adakah masih kekal dengan
pemikiran KOLOT yang kita tanamkan sedalam-dalamnya dalam hati agar ia tidak dapat diganggu-gugat..

Dengan alasan ini,Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang mengambil inisiatif untuk menggunakan sedikit pengetahuan tentang ilmu bertempur ini agar dapat diperagakan kepada warga Pulau Pinang.
Sebenarnya,dalam keadaan sekarang mungkin bagi sesetengah pihak akan ternampak ini mustahil atau sukar untuk disaihkan kepada pandangan um
um,tetapi hakikat sebaliknya..
Penyambung Warisan: Masih ada Golongan Bangsa Melayu Yang Tidak Mengenali Silat

Walau kita bergerak secara 'low profil' ini tidak bermakna kita lansung tidak mengendahkan keadaan semasa atau menyingkirkan sesiapa,malahan kita b
erusaha sedikit demi sedikit bagi wujudnya kembali ikatan silatulrahim yang kuat demi menjana kekuatan serta dapat bergerak melalui Demo dan Persembahan-persembahan walau kadang kala keadaan sangat-sangat teruji.

Bagi sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan Persembahan Silat di majlis-majlis keraian,perkahwinan,kebudayaan dan lain-lain boleh la menyuarakan hasrat anda melaui kiriman email kepada kami atau menghubungi Admin Panglima Hitam sebagai rujukkan cara atau prosedur yang betul bagi membuat tempahan. Selain itu,pihak PSSPGM sentiasa mengalu-alukan pada sesiapa saja yang berminat bagi membuka Gelanggang di kawasan-kawasan berhampiran anda.
Tanda Kenangan: Bergambar Bersama-Sama Jurulatih Gelanggang

.."Beranyut ke hilir panduan resemi,

Lenggang bertapak seni memandang,

Menjaga air mengawal bumi,

Tegap menapak teguh menjulang"..

Ahad, 24 Mei 2009

B.A.K. 2009

Ish! Betoi ke nie...? Mungkin itu yang sedang difikirkan oleh Jurulatih ini
Benkel Asas Kejurulatihan atau B.A.K. adalah satu program yang seringkali dijalankan oleh PSSPGM Pulau Pinang dari cawangan Sungai Ara.
Uniknya pada kali ini,program tersebut dijalankan sepenuhnya dibawah Majlis Guru-Guru Pusaka Gayong Pulau Pinang sempena menyusun serta menyelaraskan matapelajaran Pusaka Gayong bagi program KILUUB atau Khemah Ibadat,Latihan Ulangkaji & Ujian Bengkong pada 29 hingga 31 Mei ini.
Ini caranya,mungkin itu yang cuba diterangkan oleh Cikgu Rusli

Antara matlamat penting dalam bengkel kali ini adalah memberikan pendedahan serta sama-sama mengulangkaji serta menyelaraskan segala matapelajaran daripada pra putih hingga ke pra merah untuk digunakan pada KILUUB kali ini.

Program B.A.K. ini juga dijalankan di tapak atau lokasi yang sama KILUUB 2009 bagi mendapatkan suasana Kursus atau Program yang bakal dijalankan pada tarikh yang telah ditetapkan.
Bermula pada 16 Mei & berakhir pada 17 Mei,dimana para jurulatih yang terlibat bagi memikul tanggungjawab untuk menjaga latihan bagi peringkat-peringkat bengkong nanti bersama-sama mengulangkaji serta mencari satu keputusan serta ketetapan berkaitan matapelajaran yang akan diguna pakai nanti.
Penerangan diberikan sebelum majlis mandi dimulakan..


Selain daripada menyelaras buah/matapelajaran B.A.K. kali ini juga dijalankan majlis perlimau Gayong serta mandi Seni(Bunga) pada sebelah pagi 17 Mei yang disempurnakan oleh Guru Utama PSSPGM,Ayahda Cikgu Abdul Majid bersama-sama Cikgu Fadhil dari Gelanggang Pusat,Gurun Kedah Darul Aman.

Sabtu, 23 Mei 2009

Amant Bonda Cikgu Hjh Siti Fadzillah Bt Dato’ Meor Abd Rahman

Dari kiri, Dato' Cikgu Abdul Majid, Ustaz Abdullah Saidi, Bonda Cikgu Hajjah Siti Fadzillah Dato Mior Abd Rahman dan Cikgu Ismail Chik

Tuan-tuan dan puan-puan
Terima kasih dan selamat datang diucapkan kepada sidang hadirin yang sudi datang ke majlis ini. Ingin saya mengambil kesempatan dihari yang bertuah dan bersejarah ini untuk memperkenalkan diri saya. Nama saya Siti Fadzillah Bt Dato’ Meor Abdul Rahman. Waris Mutlak kepada Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman B Meor Uda Mohammad Hashim.

Sebelum saya teruskan ucapan ini ingin saya memperjelaskan marilah kita menggangap perjumpaan ini sebagai perjumpaan ramah mesra di kalangan kita. Namun janganlah kita jangkakan ianya adalah perjumpaan kosong semata-mata. Saya berharap ini merupakan langkah pertama untuk mencapai seribu makna dimasa hadapan demi agama, bangsa dan negera. Tuan-tuan sekalian saya anggap sebagai pendukung Gayong yang sejati. Walaupun diantara kita berlainan pendapat, berlainan matlamat dan sebagainya, tetapi apa yang paling penting tuan-tuan telah meneruskan usaha-usaha Allahyarham ayahanda saya tanpa kenal erti penat dan jemu.
"Aku terima amanat ini dengan berkat syafaat Baginda Rasulullah saw". Ingatkah kita ikrar ini?

Tuan-tuan dan puan-puan.
Saya tidak berhajat bercerita tentang perjuangan Gayong. Saya yakin tuan-tuan lebih arif dan telah mendengarnya dibeberapa majlis seumpama ini. Malah saya sendiri masih ingat di majlis-majlis dan seminar-seminar yang saya hadir, kita telah banyak membincangkan tentang perjuangan Gayong. Tuan-tuan adalah pejuang dan pendukung Gayong yang telah melalui banyak pengalaman dan terdiri dari kalangan yang saya anggap bijak pandai. Bijak pandai bukan hanya bermaksud dari segi pelajaran tapi lebih dari itu. Tuan-tuan mungkin bijak dari bermacam-macam cara dan mempunyai keistimewaan tersendiri yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT.

Tidakkah kita ingin melihat Gayong ini berkembang maju dan bersatu di bawah satu payung? Jika persoalan itu ditanya kepada saya, jawaban saya ialah ‘Ya’, kerana demi agama, bangsa dan Negara. Itu sahaja cukup mudah! Kita semua tidak kira dari mana harus bersatu di bawah satu payong. Hanya dengan cara itu kita akan dihormati dan tidak diambil kesempatan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan peribadi. Mari kita memulakan langkah pertama ini sekarang, sebelum kita tidak boleh bergerak langsung. Saya harap tuan-tuan memahami maksud saya ini. Perjalanan yang jauh bermula dengan satu langkah, biarpun kecil. Tetapi sekiranya kita tidak memulakannya saya yakin Gayong tidak akan ke mana. Gayong hanya akan dikongkong oleh segelintir golongan yang mempunyai kepentingan peribadi. Ia hanya akan terkongkong sampai bila-bila dan akhirnya akan menjadi serpihan kecil yang tidak akan bermakna. Adakah ini yang kita mahu?

Alhamdulillah, bangga menjadi anak gayong kerana mempunyai barisan kepimpinan yang tersusun semoga berkembang maju Gayong. Beduk berlalu kiambang bertaut.

Saya mahu melihat pentadbiran Gayong lebih tersusun dan teratur dari pelbagai segi. Saya bercakap daripada pengalaman saya sendiri. Ramai yang datang kepada saya dan tidak berpuashati serta memarahi saya. Saya kehairanan dan tidak mengetahui apa-apa. Saya sendiri tidak pernah melihat sebarang laporan samada laporan aktiviti, laporan kewangan, pentadbiran Gayong atau sebarang yang berkaitan dengan Gayong.

Dari komen-komen yang saya terima perkara-perkara ini dipersoalkan oleh segelintir pengikut Gayong. Saya paling kesal ialah komen-komen yang negatif berkaitan Gayong. Ianya secara tidak langsung mencemarkan warisan perjuangan ayah saya. Oleh itu saya memohon tuan-tuan yang berada di pihak pengurusan tertinggi mestilah berperanan sejajar dengan pergerakan masa. Tuan-tuan haruslah mempunyai satu sistem yang diyakini ramai agar mereka yang berada diluar sana berasa hormat dan selamat terhadap pertubuhan kita.

Saya amat berterima kasih kepada Cikgu Majid kerana beliau telah melibatkan saya dalam setiap aktiviti yang dianjurkan atas nama Gayong. Baru-baru ini saya ada mendengar khabar angin yang mengatakan saya tidak mahu terlibat lagi dengan Gayong. Saya dengan sekeras-kerasnya membantah dan menafikan khabar angin tersebut. Walau bagaimanapun saya harapkan selepas ini nanti sekiranya masih ada yang sudi dan ingin menjemput saya, saya amat mengalu-alukannya. Walau bagaimanapun saya juga mempunyai tanggung-jawab terhadap keluarga dan sekiranya saya menolak sesuatu jemputan hanyalah atas alasan keluarga. Harapan saya tuan-tuan tidak berkecil hati.

Oleh itu didalam pejumpaan ini saya telah menyenaraikan beberapa permintaaan agar dihalusi dan dibincangkan bersama antara kita. Tuan-tuan adalah pengurusan tertinggi dan dihormati di dalam arena Gayong di negara ini. Oleh itu saya sebagai Waris Mutlak sekali lagi meminta tuan-tuan agar membincangkan permintaan saya iaitu:

1. Membaik pulih pusara Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman dan Datin Kalsum . Tujuannya adalah untuk membolehkan dan menyenangkan sesiapa sahaja yang ingin melawat pusara tersebut, kerana melihat kepada keadaan sekarang ia tidak terurus.

2. Menyatukan kembali Silat Gayong Malaysia dan Silat Gayong Pusaka. Saya ingin melihat suatu usaha dijalankan, agar Silat Gayong yang ada sekarang bersatu di bawah satu payong. Walaupun ia agak sukar dilaksanakan namun ia bukanlah suatu yang mustahil. Kita haruslah mengutamakan penyatuan bangsa dan saya minta pentadbiran yang sedia ada sekarang memulakan satu langkah ke arah itu. Walaupun saya tahu ia akan memakan masa tetapi sekiranya kita tidak langsung memulakan apa-apa usaha, kita tidak akan bersatu sampai bila-bila. Akhirnya bangsa kita sendiri akan rugi. Saya menyeru tuan-tuan agar dapat memberi keutamaan kepada Silat Gayong melebihi keutamaan kepada kepentingan peribadi sekiranya ada. Walaupun saya tahu setiap dari kita mempunyai fahaman, perjuangan dan tujuan yang mungkin berbeza. Saya memohon agar tuan-tuan dapat bersatu di bawah satu nama perjuangan. Sekali lagi saya meminta agar perkara ini diberikan perhatian demi kemajuan Silat Gayong.

3. Menyusun pentadbiran silat Gayong Pusaka dan Gayong Malaysia. Saya hendak melihat pentadbiran Silat Gayong ini dikemas-kini agar memudahkan sesuatu urusan. Saya mahu sumber-sumber kewangan ditadbir dengan sebaiknya. Saya tahu isu kewangan merupakan suatu isu yang sensitif. Walaupun begitu kita harus mempunyai satu sistem akaun yang baik agar dapat meyakinkan semua pihak. Namun itu tidak bermakna apa yang ada sekarang tidak baik. Cuma saya secara peribadi tidak tahu siapa yang bertanggungjawab terhadap laporan akaun dan setiap hasil aktiviti disalurkan kearah mana.

Oleh itu saya berharap agar diwujudkan tabung-tabung untuk tujuan tertentu. Pada hemat saya ini amat penting agar setiap aktiviti yang dijalankan dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Selain daripada perkara tersebut, perkara lain yang harus diberi perhatian ialah kedudukan setiap orang yang ada di dalam Silat Gayong ini diperjelaskan. Contohnya siapa yang menduduki jawatan tertinggi bagi peringkat pusat, negeri dan juga cawangan. Oleh itu pentadbiran perlu menyediakan suatu carta organisasi untuk menunjukkan perkara tersebut.

4. Seperkara lagi ialah saya hendak mengingatkan amanat Gayong yang telah diamanahkan oleh ayah saya iaitu agar diadakan tabung-tabung Gayong yang mana ia terdiri daripada:
a. Tabung untuk guru Gayong yang memandikan
b. Tabung untuk gurulatih
c. Tabung untuk Waris
d. Tabung Kebajikan untuk tujuan kecemasan dan kebajikan.

Ini adalah kerana Gayong mempunyai adat-istiadat dan sumpahnya sejak dari dahulu. Ini amat penting kepada orang-orang Gayong. Janganlah hendaknya dilanggar kerana takut nanti memakan diri sendiri dan menjadi kucar-kacir kelak. Saya yakin orang-orang lama dalam Gayong tentu tahu akan hal ini.

Sebelum saya mengundur diri saya memohon berbanyak kemaafan sekiranya kata-kata saya terkasar bahasa dan tersilap. Marilah kita sama-sama buangkan yang keruh dan ambil yang jernih. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.


Wassalam.
Yang benar :
Hjh Siti Fadzillah Bt Dato’ Meor Abd Rahman

Selasa, 19 Mei 2009

Pusaka Gayong New Upgrading Blog..!

DULU::Tinggal Kenangan::

KINI ::Berwajah Baru::
Alhamdulillah,dengan berkat kesabaran daripada keinginan yang membuak-buak untuk mengemas semula template Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang (PSSPGM-Pulau Pinang) akhirnya tercapai juga. Walau pun mengambil yang agak lama untuk menukar serta mengemas semula segala widget/aksesori yang sebelum nie terdapat pada blog ini ia amatlah memenatkan,malahan seperti saya seorang budak yang baru belajar berjinak-jinak dengan dunia penulisan maya ini ia menjadikan agak sukar untukmemenuhi citarasa saya sendiri yang sememangnya cerewet. Syukur,setelah penantian 5 bulan mencari untuk menukar latar belakang template yang sesuai,akhirnya berjumpa juga.. Mudah-mudahan dengan wajah baru ini sedikit sebanyak dapat menarik minat para pengunjung untuk terus serta bersama membantu mempromosi Pusaka Gayong dimata dunia...
::Bersama-samalah kita Memartabatkan Seni Warisan Bangsa::


Wassalam,
'
::Hidup Mulia Mati Shahid::
Panglima Hitam
Admin PSSPGM Pulau Pinang

Ahad, 17 Mei 2009

Kem Interaksi Teori Dan Aplikasi (K.I.T.A)

Majlis Perlimau Gayong Yang Disempurnakan Oleh Cikgu Abdul Majid Mat Isa
Alhamdulillah..berkat kesyukuran dengan segala usaha yang gigih para jurulatih,satu program telah dipersetujui bagi menjana aktiviti pesilat Gayong agar lebih mengenali serta memahami aspek-aspek yang ditekankan serta merialisasikan harapan untuk membagunkan Gayong dimata Dunia.
Program anjuran Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Cawangan Bagan,Negeri Pulau Pinang (PSSPGMCBPP) ini bagi memupuk semangat para pesilat selain dapat mengenali diantara satu dengan yang lain selain daripada secara tidak lansung ia dapat mengeratkan lagi tali silatulrahim diantara warga Gayong khususnya. Program seumpama ini juga bagi memberikan penekanan teori dan aplikasi asas senaman yang diterapkan dalam permainan Gayong. Ia juga dapat menjana idea-idea baru diantara jurulatih dengan anak-anak Gayong yangh lain melalui sesi sumbangan Idea dan perkembangan semasa gelanggang,cawangan,negeri dan pusat.
'
'
Program: KEM INTERAKSI TEORI DAN APLIKASI (K.I.T.A.)
Tarikh: 23 hingga 24 Mei 2009
Tempat: PREMIS DARUL HIDAYAH ,PERMATANG TOK GELAM.
Yuran Penyertaan: RM15.00 (Sijil Disediakan)
'
ATURCARA PROGRAM
'
'
SABTU-23 MEI 2009
'
'
5.30~7.00pm: Pendaftaran Peserta
'
7.00~9.00pm: Solat & Kuliah Magrib & Solat Isyak.
'
9.00~9.30pm: Makan Malam
'
9.30~10.30pm: SLOT SATU- INTERAKSI PERWIRA
'
10.30~11.30pm: SLOT DUA- ASAS SENAMAN
'
11.30~12.30pm: SLOT TIGA- BRAIN STORMING
'
12.30pm: Minum & Selamat Malam.
'
'
AHAD-24 MEI 2009
5.30~7.30am: Persiapan Diri,Solat Subuh,Sesi Taaruf
'
7.30~8.30am: Aplikasi Senaman
'
8.30~9.00am: Sarapan Pagi
'
9.00~10.00am: Berkemas & Bersurai
'
*Segala Perubahan Tertakluk Kepada Pindaan Jika Perlu
'
'
Untuk Maklumat Lanjut,Sila Hubungi:
Cikgu Akmal: 019-4935547
Cikgu Halimi: 013-5242693

Jumaat, 8 Mei 2009

Khemah Ibadah,Latihan Ulangkaji & Ujian Bengkong (KILUUB) 2009

Syukur ke hadrat Ilahi,dengan limpah kurnianya, pihak Majlis Gurulatih Negeri P.Pinang dengan kerjasama erat dari Pihak Masjid Al-Huda Sg Ara,sekali lagi akan meneruskan kesinambungan Khemah Ibadah,Latihan ulangkaji dan Ujian Bengkong (KILUUB) untuk kesekian kalinya.Diharap program seperti ini akan dapat melahirkan lebih ramai pesilat yang luhur dan mukhlisin dalam semua aspek, INSYAALLAH.
Disini disertakan juga aturcara program dan sedikit info berkenaan program yang akan dijalankan.. Mudah-mudahan ia mendatangkan manfaat serta berguna untuk semua selain mendapat keredhaan Allah s.w.t.
TARIKH: 29 hingga 31 Mei 2009
TEMPAT: Perkarangan Masjid Al-Huda,Sungai Ara
MASA PENDAFTARAN: 5ptg hingga 7mlm


AHLI JAWATANKUASA KILUUB 2009

PENASIHAT PROGRAM/DISIPLIN : Cg Rusli Hashim
PENGARAH : Cg Ramzan
TIMB PENGARAH/KETUA UJIAN : Cg Ridzuan
KETUA JURULATIH : Cg Meor Shafirul
SETIAUSAHA : Pak tam
BENDAHARI : Cg Rosmarizan
AJK
Pendaftaran : Cg Rosmarizan
Makanan : Cg Ros / Pak Tam
Penginapan /kebersihan/ keselamatan : Cg Sofi / Cg Azhar
Cenderamata : Cg Ros
Jurulatih Latihan:
Pra putih: Cg Sofi, Cg
Azhar, Cg Redza
Putih: Cg Suhaimi,Cg Halimi(moon),Cg Affendi Abdul,Cg Zul(tanah liat),Cg Man Nyiur Sebatang
Hijau:Cg Wan Sunami,Cg Ramzan,Cg Izani,Cg Aliff,Cg Amy Shahril
Pra Merah: Cg Meor, Cg Along, Cg Helmi

ATURCARA PROGRAM

Jumaat 29/05/2009
1700-1900 : Pendaftaran, Taklimat
1930-2045 : Solat Maghrib, Kuliah Maghrib, Solat Isya’
2045-2130 : Makan malam
2130-2330 : Latihan 1
2330 : Minum, Tidur

Sabtu 30/05/2009
0541-0630 : Solat Subuh, Kuliah Subuh
0630-0730 : senaman pagi
0730-0800 : sarapan pagi
0800-1000 : Latihan 2
1000-1030 : Minum Pagi
1030-1300 : Latihan 3
1300-1430 : Solat Zohor, Makan Tengahari
1430-1630 : Latihan 4
1630-1700 : Solat Asar,Minum Petang
1700-1900 : UJIAN
1900-2030 : Solat Maghrib, Makan Malam
2030-2100 : Solat Isya’
2100-2330 : Majlis Perasmian Penutup, Penyampaian Bengkong
2330 : Jamuan, tidur

Ahad 31/05/2009
0541-0630 : solat subuh,kuliah subuh
0630-0730 : senaman pagi
0730-0830 : sarapan pagi
0830-1030 : GOTONG ROYONG
1030 : Majlis Bersurai


*Ya Allah,berkatilah program hambamu ini,moga diberikan keselamatan dan kelancaran sepanjang berjalannya program ini. Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa hambamu ini Ya Allah, Amin...

* SEMUA ATURCARA TERTAKLUK KEPADA PINDAAN,JIKA PERLU*

YURAN PENYERTAAN

1. Latihan saja RM 40.00
2. Latihan & Ujian Pra Putih RM 50.00
3. Latihan & Ujian Awan Putih RM 55.00
4. Latihan & Ujian Pelangi Hijau RM 65.00
5. Latihan & Ujian Pra Merah RM 75.00



TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Borang dan Yuran Penyertaan hendaklah sampai kepada urusetia sebelum 15 Mei 2009.
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi :

Cikgu Ramzan.....................012-4920350
Cikgu Ridzuan.....................019-4718056
Cikgu Helmi........................012-5633904


#PENYERTAAN DIBUKA KEPADA SEMUA ANAK-ANAK GAYONG#

DOWNLOAD BORANG PENYERTAAN & SURAT KEBENARAN WARIS DISINI...!


''
'
Segayong, Sekendi, Seperigi, Seperminum, Sejalan, Sejadi, Sedarah, Sedaging, Sepadu...
'
SUMBER INFO DARIPADA
::MAJLIS GURU-GURU PSSPGM PULAU PINANG::

Isnin, 4 Mei 2009

Kemana Perginya Ikatan Ukwah Tali Silatulrahim Yang Kita Ucapkan Sebagai Anak Gayong...

Kemana Perginya Ikatan Ukwah Tali Silatulrahim Yang Kita Ucapkan Sebagai Anak Gayong? Satu ungkapan atau kata-kata yang penuh dengan maksud yang terirat.. Secara sedar atau pun tidak,tahukah kita dari mana asal-usul kita,melalui siapa kita dapat mengenal Gayong & dengan teguran serta tunjuk ajar siapakah yang membolehkan kita berdiri gah sebagai seorang anak Gayong/Jurulatih yang asalnya dilahirkan bagi mengenal erti perjuangan,sebagai kesinambungan dalam mengembangkan ilmu Seni Silat Gayong kepada anak-cucu bangsa Melayu juga menghormati Guru-Guru serta seahli SeGayong dengan berlandaskan Al-Quran & As-Sunnah,Islam sebagai tunjang kepada kekuatan ummah melalui ikatan ukhwah yang cukup kuat serta perjalanan hidup dijadikan sebagai paksi untuk sama-sama kita mengenal erti sebenar apa yang dikatakan GAYONG..

Dalam Kenangan: Antara guru yang telah banyak berjasa memgembangkan Pusaka Gayong di negeri Pulau Pinang,Cikgu Ismail Chik

Genggam,Angkat,Yakin,Waras & Ngeri,satu gabungan yang mana ia melahirkan perkataan GAYONG bagi merialisasikan matlamat yang dibawa serta diperjuangkan.

Apakah yang dimaksudkan daripada gabungan perkataan itu?

GENGGAM::
  • Beerti Mengenggam perintah Allah tanpa berbelah bahagi kepada ajaran Islam dengan hati yang suci serta penuh keimanan dan kepercayaan atas kuasa-Nya.
  • Ia juga membawa maksud,mengenggam amanah yang diberi dalam Gayong.

ANGKAT::

  • Membawa maksud kewajipan untuk menjunjung kedaulatan Al-Quran denganmenjadikan ia sebagai sumber panduan dan undang-undang dalam segenap aspek kehidupan.
  • Ia juga membawa maksud,kesemua ahli Gayong mestilah memelihara segala amanah yang digenggam agar ia terus dihormati dan dipatuhi.
YAKIN::
  • Ialah beriman dan bertauhidkan hanya kepada Allah s.w.t.
  • Ia juga mengajar kita agar yakin dengan kelebihan dak keberkatan ilmu yang dituntut sehingga dapat menghadapi musuh-musuh dengan pertolongan serta bantuan dari Allah s.w.t.

WARAS::

  • Bermaksud,sedar bahawa segala perbuatan yang hendak dilakukan perlulah dengan akal fikiran yang waras dengan berpaksikan keimanan kepada Allah supaya perbuatan itu mendapat restu serta keredhaan-Nya.
  • Ia juga bermaksud segala tindakkan yang kita putuskan dengan mengambilkira baik dan buruk kesan daripada langkah serta gerak hasil yang diambil.
NGERI::

  • Membawa erti takut hanya kepada Allah dengan azab dan siksaan yang dasyat buat hamba-hamba-Nya yang ingkar.
  • Juga membawa maksud permainan dan pergerakkan Gayong yang membawa kesan ngeri apabila dipamerkan dengan cara yang benar.

Dalam Kenangan: Pengisytiharan UNESCO Georgetown-Melaka Sebagai Bandar Warisan pada 22 Nov 2008


Apa akan jadi sekiranya kita anak-anak Gayong tidak betul-betul memahami serta menilai selain menerapkan ia sebagai sesuatu yang dapat dipegang dalam menegakkan perjuangan Gayong serta mengekalkan tali silatulrahim diantara kita anak-anak Gayong. Dan ini yang terjadi apabila sesama kita mula bermasam muka,bertengkar,tidak menghormati keputusan mesyuarat,tidak dapat menerima idea-idea baru,teguran serta berbagai-bagai lagi yang mana akhirnya ia membawa kepada perpecahan. Adakah kita mampu untuk merialisasikan pantun atau kata-kata Daeng Kuning kepada saudara-saudaranya ketika mahu berpisah yang berbunyi "Pecah Gayong Di Dalam Dulang, Dulang Hanyut Di Lautan Tujuh, Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang, Di Satu Masa Balik Berteguh"..

Dalam Kenangan: Semasa majlis perjumaan & ramah mesra anak-anak Gayong di Taiping 2008

Adakah kita generasi kini mahukan ia menjadi satu kenyataan atau lebih kepada membawa ia kearah yang lebih teruk?? Fikir-fikirkanlah wahai anak-anak Gayong sekelian,adakah salah faham diantara Guru-Guru lama kita wajar diberikan sesuatu yang mana ia dapat mengembalikan kemashuran GAYONG pada saat dahulu yang juga merupakan satu nama besar dalam dunia seni beladiri melayu yang cukup dikenali dan digeruni. Tepuk dada,berfikirlah sejenak...

Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all