Selasa, 30 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432h

Alhamdulillah setelah sebulan kita berpuasa, menahan lapar dahaga mengawal hawa nafsu zahir dan batin kini tibalah masanya semua umat Islam meraikan hari kemenangan iaitu Aidilfitri atau fitrah sesungguhnya menjanjikan limpahan nikmat yang besar dan harus disyukuri oleh setiap umat Islam..
'
Aidilfitri itu juga disebut sebagai suatu nikmat perundangan Ilahi. Suatu nikmat besar yang menjadi asas kepada ciri-ciri pembinaan kemanusiaan dan sifat bersatu padu. Malah ia merangkumi asas yang satu iaitu kemurnian rohani, kebenaran dan keadilan, ilmu dan kebijaksanaan serta kebahagiaan dunia dan akhirat.
Hari Raya Fitrah adalah hari kemerdekaan iaitu hari pertama selepas Ramadan di mana orang-orang beriman memperoleh kembali kebebasan diri dan kembali menikmati limpahan rezeki Ilahi selepas sebulan menyerahkan jiwa raga mereka kepada Allah. Ia adalah hari kegembiraan kerana dapat melaksanakan kewajipan dan berkeyakinan memperoleh pahala yang besar di sisi Allah.
Aidilfitri juga puncak kemenangan manusia dalam pertentangan antara akal dan nafsunya, kerana puasa adalah keupayaan manusia untuk menundukkan dorongan nafsu yang sentiasa cenderung kepada pelanggaran ajaran Islam.
Berhari raya juga bererti kembali kepada jati diri manusia sebagai hamba Allah, kepada fitrah kejadian manusia. Di alam azali lagi iaitu sebelum wujud sebagai manusia, kita telah mengakui keesaan Allah s.w.t. dan berjanji untuk mentaati perintahnya. Allah menegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:
Ingatlah ketika Tuhanmu mengambil janji dari anak-anak Adam sejak azali mereka dan mempersaksikannya atas diri mereka sendiri. Tidakkah Aku Tuhanmu? Mereka menjawab, betul, kami mempersaksikan atas itu tetapi kamu akan berkata pada hari kiamat, kami telah lalai mengenai hal ini.. ::Surah Al-Araf ayat 172::
 *Dengan ini saya wakil dari Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang selama ini memberi sokongan dari apa jua demi bersama memartabatkan seni warisan melayu memberi ruang untuk kami anak-anak Gayong cuba menyampaikan apa yang termampu.. Teruskan menyokong, tanpa anda semua siapalah kami..terima kasih, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia...


Ikhlas Dari;

Admin
Blog Rasmi Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang
30 Ogos 2011M/1432H

Ahad, 21 Ogos 2011

Cikgu Rahman Hassan Nibong Tebal meninggal dunia.

Al Fatihah.

Subhanallah dimaklumkan Cikgu Rahman Hassan dari Nibong Tebal meninggal dunia kemarin 20 Ogos 2011 lebih kurang 3.00 ptg. Kemalangan jalan raya. InsyaAllah akan dikebumikan jam 11.00 pagi hari ini di Nibong Tebal.

Mari kita doakan agar rohnya dirahmati dan diampuni, apatah lagi pada bulan yang penuh berkat ini.

Wassalam.

Selasa, 16 Ogos 2011

Tazkirah untuk Renungan Bersama.


Salam alaik. Alhamdulillah, saudara-saudara segayong dan pencinta seni silat yang dirahmati Allah SWT. Telah berlalu satu pertiga Ramadhan dan begitu pantas masa ianya berlalu. Allah SWT telah janjikan RahmatNya bagi mereka yang beruntung mengerjakan ibadah dan tekun dan ikhlas. Mungkin ramai yang telah membaca Al Quran, mungkin ramai yang telah bersolat Tarawikh berterusan samada di surau dan masjid atau di rumah dan mungkin ramai yang bersedekah kepada mereka yang memerlukan, teruskanlah.

Bagi kita yang masih perlahan dalam mengerjakan ibadah, mari kita pertingkatkannya kerana pada sesi kedua sepuluh Ramadhan ini Allah SWT menjanjikan pula KeampunanNya. Kita banyak membuat dosa di masa silam maka mari kita rebut peluang ini. Allah Maha Pengasih dan Penyayang dan sentiasa menunggu hamba-hamba memohon keampunanNya.

Seterusnya jangan kita terlepas memacu diri ini dengan sepuluh Ramadhan yang ketiga kerana Allah SWT menjanjikan kebebasan dari Api NerakaNya. Kemudian di celah-celah malamnya diberi peluang BESAR untuk beribadah di Malam Al Qadr. Malam itu satu malam yang terpilih dan adalah lebih baik dari seribu bulan. Rebutlah peluang besar kerana mungkin kita akan bertanya umat dahulu panjang umurnya tetapi umat Nabi Muhammad saw kenapa pendek umurnya. Maka inilah BONUS BESAR yang Allah SWT sediakan bagi mereka yang berkehendak.

Seperti saban tahun ramai yang mengunjungi surau atau masjid di bulan puasa untuk berihat dan beribadah masyaAllah ini satu petanda yang sangat baik. Tetapi alangkah lebih baik kita teruskan budaya ini pada bulan-bulan yang lain. Biar surau dan masjid kita ini penuh sesak dengan jamaah yang sentiasa ingin beribadah. Jadikan Ramadhan sebagai titik-tolak untuk kita terus mengerjakan ibadah-ibadah fardhu dan sunat. Umur kita semakin lanjut tetapi ibadah kita berkurangan, mampukah kita menghadapi siksaan kubur kelak.

Sebagai warga silat sudah tentu amalan dan ibadah merupakan pengukuh seni kebatinan kerana adunan silat dan seni akan memantapkan lagi seseorang pesilat itu. Jadikan bulan Ramadhan ini sebagai peluang meningkatkan ibadat kita. Sekali-sekala kita perlu juga mengasah pedang agar sentiasa tajam.

Semoga dengan kehadiran Ramadhan yang tidak beberapa hari akan berakhir ini kita ambil kesempatan memperbaharui azam untuk untuk menjadi seorang Muslim yang terbaik. Semoga tulisan ini dapat mendamaikan hati kita di bulan yang penuh berkat ini.

Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all