Sabtu, 24 Oktober 2009

Gempur Anak-Anak Gayong Batu Feringhi

Alhamdulillah dari satu ke satu majlis yang mana antara acara atau slot wajib yang ditunjukkan adalah pertunjukkan seni mempertahankan diri dari warisan pusaka bangsa melayu. Pada 18 Oktober yang lalu,bertempat di Pangsapuri Masjid Terapung,Batu Feringhi sempena majlis sambutan dan jamuan makan Hari Raya Aidilfitri. Dengan inisiatif ini,pihak pengurusan pangsapuri telah bersetuju bagi bersama-sama dengan Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Gelanggang Pangsapuri Masjid Terapung dibawah kelolaan Cikgu Ridzuan bagi membuat persembahan silat pada mala tersebut.
Aksi Sepontan: Dua Jurulatih Muda PSSPGM Sedang Membuat Persembahan Mereka

2Pada kira-kira jam 8.00 malam,anak-anak Gayong terutama dari gelanggang tuan rumah sudah bersiap sedia bagi persembahan yang bakal dijalankan pada jam 9.00 malam. Dengan semangat serta kesungguhan daripada pesilat-pesilat kecil cukup membuatkan saya terharu. Dengan telatah serta gaya mereka cukup membuatkan para hadirin untuk tersenyum riang dan kadangkala mencemaskan dengan aksi spontan dan adakalanya yang secara tidak disengajakan.
Disiplin: Hormat Persilatan Dari Anak-Anak Gayong..

3Namun apa yang penting adalah kekuatan serta semangat dari anak-anak muda ini,cukup untuk memberikan keyakinan yang mana seni silat ini masih boleh diterima seterusnya diwarisi oleh generasi hari ini untuk dikembangkan pada masa akan datang. Bagi kita generasi sekarang adalah seharusnya memberikan sepenuh sokongan serta ruang untuk mereka mempelajari serta memahami erti sebenar akan rahsia kekuatan orang melayu dulu untuk cuba dipraktikkan agar dapat membela agama,bangsa dan negara pada suatu hari nanti..Insya'Allah....


Selasa, 20 Oktober 2009

Kem & Ujian Bengkong PSSPGM

Alhamdulillah,sekali lagi dengan persetujuan Majlis Guru-Guru PSSPGM Negeri Pulau Pinang, satu kem khas akan dijalankan bagi melatih seterusnya menguji serta menilai tahap prestasi anak-anak Gayong terutama dari gelanggang-gelanggang dibawah Cawangan Nyior Sebatang Seberang Perai Utara.

Mudah-mudahan dengan adanya kem yang jarang-jarang dilakukan ini dapat anak-anak Gayong yang ketinggalan bagi menyertai ujian yang telah dijalankan pada bulan May lepas bagi mengambil kesempatan peluang yang ada ini untuk mempertingkatkan mutu permainan serta silibus matapelajaran PSSPGM dan ujian bagi kenaikkan bengkong insya'Allah. Jesteru dengan ini, kami mempelawa mana-mana anak-anak Gayong yang ingin bersama untuk menyertai kem yang telah dijadualkan pada penghujung bulan Oktober ini.

Tarikh: 30 & 31 Oktober 2009
Tempat:
Perkarangan Masjid Al-Ridwan, Nyior Sebatang

Masa:
5.00ptg hingga 8.00mlm (Pendaftaran)

Tarikh Tutup Penyertaan:
27 Oktober 2009


Yuran Penyertaan:

Latihan Sahaja
~ RM30.00

Latihan & Ujian Pra Putih
~ RM40.00

Latihan & Ujian Awan Putih
~ RM 45.00

latihan & Ujian Pelangi Hijau ~ RM50.00


Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi;

Cikgu Ahmad Daud@Paksu: 016-4982326

Cikgu Aliff Afnan: 017-4547986

Cikgu Helmi: 012-5633904



'


Muat Turun Borang Kursus




Rabu, 14 Oktober 2009

Persembahan Anak-Anak Gayong Yang Pertama Selepas Bulan Ramadhan..

Assalamualaikum.... Alhamdulillah,bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat kami meneruskan tradisi jiga kesinambungan daripada apa yang kami warisi. Pada tanggal 10.10.2009 bertempat di Kampung Tanah Liat,satu majlis walimatul urus yang mana melibatkan pasukan kami bagi bersama memeriah dan meraikan kedua-dua pasangan mempelai dengan persembahan Pencak Silat. Sebagai tanda terima kasih, kami menerima jemputan dengan hati terbuka serta berusaha bagi memberikan satu persembahan yang terbaik agar tidak mengecewakan pihak tuan rumah serta para hadirin yang datang pada hari tersebut.

Dengan kerjasama serta kesepakatan beberapa jurulatih dari Pulau Pinang,kami telah berjaya mengumpulkan seramai 30 pesilat termasuk jurulatih dari Gelanggang Institut Perguruan Tuanku Bainun (IPTB), Gelanggang Tanah Liat (Tuan Rumah), Gelanggang Alma, Gelanggang Nyior Sebatang dan Gelanggang Stunami (Batu Feringhi).

Tempur Rotan: Aksi Dari Pesilat Batu Feringhi

Walau pada awalnya keadaan agak cemas kerana hujan turun secara mengejut, namun ia sedikit pun tidak melunturkan semangat anak-anak Gayong untuk beraksi seperti yang dirancangkan. Lebih kurang sepuluh minit sebelum persembahan dimulakan, keadaan sudah semakin baik dengan perubahan cuaca dari keadaan yang suram kepada tenang dengan kelibat cahaya matahari menerangi suasana pada petang tersebut.

Pewaris: Generasi Muda Sebegini Yang Harus Kita Jaga & Didik Untuk Kembangkan Ilmu Gayong Pada Generasi Akan Datang

Dimulakan dengan persediaan kali terakhir dan kata-kata serta nasihat terakhir dari Cikgu Helmi sebagai jurulatih yang mengetuai persembahan pada petang tersebut. Seterusnya acara pembukaan gelanggang diiringi dengan doa memohon pada yang Maha Esa lagi Berkuasa untuk memohon perlindungan serta kawalan semasa dan dalam permainan pada petang tersebut.
Persembahan dimulakan dengan tapak hormat pengantin dan solo pembukaan gelanggang oleh Cikgu Aliff Afnan dari gelanggang Alma.
Tari Solo: Ni Nak Bersilat Ke Nak Berenang?

Persembahan diteruskan dengan gerakkan seni jurus silat dan tempur oleh anak-anak Gayong dari Gelanggang Tanah Liat pimpinan Cikgu Zul yang juga wakil waris dan tuan rumah dengan persembahan yang cukup menghiburkan serta mantap walau dalam keadaan gelanggang yang agak becak. Ini membuatkan para penonton semakin ramai mendekat hinggakan pada satu-satu masa ia memenuhi keseluruhan kawasan yang mengelilingi gelanggang.

Aksi: Jurulatih-Jurulatih Muda Memperagakan Tapak Permainan Mereka

Berikutnya adalah persembahan dari anak-anak muda dari Gelanggang Nyior Sebatang pimpinan Paksu dengan persembahan gerakkan dengan serangan bertubi-tubi. Cukup mengasyikkan apabila anak-anak muda ini beraksi dengan gaya serta aksi yang bersahaja diikuti dengan keyakinan diri yang tinggi, mereka berjaya merialisasikan impian Jurulatih mereka untuk membawa serta memberikan pendedahan agar merka dapat belajar bagaimana untuk beraksi untuk majlis-majlis perkahwinan atau pun jemputan-jemputan lain. Sesungguhnya semakin hari mutu permainan anak-anak muda ini semakin baik dan ini yang kita inginkan, selain pendedahan ianya juga dapat dijadikan semangat untuk anak-anak muda serta remaja di luar yang menyaksikan persembahan mereka bagi sama-sama untuk mempelajari ilmu Gayong ini.
Gaya Pendekar: Aksi Daripada Cikgu Shuhaimie (Spark)

Persembahan berikut dari Gelanggang Institut Perguruan Tuanku Bainun (IPTB) pimpinan Cikgu Helmi, syukur walau pun baru beberapa minggu memulakan latihan dan antara persilat terbaru dari gelanggang tersebut juga mampu untuk menyumbangkan sedikit permainan dalam majlis walimatul urus pada petang tersebut. Dengan gaya yang boleh dikatakan baik selari dengan pencapaian mereka sebagai ahli baru PSSPGM Gelangang IPTB cukup memberikan impak yang tinggi agar bakal-bakal Guru ini mengetahui serta mewarisi ilmu turunan wali kesakti serta kehebatan bangsanya sendiri iaitu bangsa Melayu. Mudah-mudahan ianya dapat terus dan terus bersama mempelajari, mewarisi dan hingga dapat mengembangkan ilmu ini pada generasi akan datang,insya'Allah.
Komitmen: Sampai Terlena Cikgu Kita Ni..

Selepas selesai semua persembahan asas oleh anak-anak Gayong, kini tiba giliran para jurulatih yang tinggi, para jurulatih muda yang diwakili oleh Cikgu Atan Jr., Cikgu Man Jr., Cikgu Shuhaimie @ Spark dan Cikgu Madi dari gelanggang Nyior Sebatang dan Gelanggang Stunami,Batu Feringhi. Selesai sudah kesemua asas dan persembahan tapak Gayong, kini tibalah masanya pula anak-anak Gayong bagi memulakan persembahan seni tempur. Persembahan dimulakan oleh anak-anak muda dari gelanggang Nyior Sebatang dengan permaianan tapak Gayong seni tangan kosong.
Seni Parang: Kesinambungan Seni Warisan Bangsa

Dengan permainan sepak terajang, pukul memukul, lompat melompat bertempur cukup mengasyikkan para penonton dengan telatah yang kadang kala melucukan dipamerkan oleh anak-anak muda ini.
Seterusnya persembahan permainan senjata oleh jurulatih dan pembantu jurulatih Pusaka Gayong Pulau Pinang yang dimulakan dengan persembahan Seni Simbat oleh anak-anak Gayong dari gelanggang Sekolah Menengah Alma dan gelanggang Batu feringhi oleh Cikgu Shuhaimie dan Madi dibawah pimpinan Cikgu Redzuan. Sejauh perjalanan mereka, sejauh itu juga permainan mereka.
Pewaris Gayong: Pesilat Bergambar Tanda Kenang-Kenangan

Dengan kemantapan yang semakin hari semakin maju dengan teknik-teknik serta kemahiran yang tinggi mereka mampu memberikan satu persembahan yang cukup memberansangkan. Setelah selesai permainan seni simbat, kini maju pula Cikgu Atan Jr. berpasangan dengan Cikgu Man Jr. dengan aksi permainan Parang dan Rotan Panjang.
Persembahan terakhir oleh wakil tuan rumah rumah Cikgu Zul yang berpasangan dengan Cikgu Helmi dengan permainanan Seni Parang Panjang.
Madi& Spark: Dalam Rahsia Ada Rahsia

Walau masih dalam keadaan lembab dan dipenuhi air, namun dengan keserasian yang ditunjukkan oleh kedua-dua jurulatih ini berjaya mempamerkan aksi yang cukup baik walau sudah 5 bulan berehat akibat kecederaan yang dialami oleh Cikgu Zul pada persembahan kali terakhir pada bulan Mei lepas. Akhir sekali pertunjukkan seni lompatan daripada pesilat dan jurulatih yang menjadi trademark Gayong.... Sama-samalah menghayatilah pantun seruan ini..


"Tanah Melaka Tanah Pusaka,
Tempat Lahir Panglima Negara,

Wahai Pemudi Juga Pemuda,

Bangunlah Kamu Mempertahankan Negara.."



Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all