Selasa, 31 Mac 2009

Pusaka Gayong Gegarkan Karnival Shell Hentian Rehat Juru Arah Selatan

Pada tanggal 29 march 2009 jam 11:00pagi,Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang sekali lagi dijemput oleh pengurus shell yang sama bagi bersama-sama memeriahkan serta meraikan majlis karnival shell di ISFA Filling Station Hentian Rehat Arah Selatan,Juru,Seberang Perai dengan persembahan seni silat yang beliau anggap unik serta ingikan kelainan yang selalu dibuat oleh pengurus2 shell bahagian lain apabila satu-satu karnival dijalankan. Diwakili seramai 12 orang pesilat tiba di RR Juru pada jam 9.30pagi,sambil ada yang melakukan persediaan akhir sebelum demo berlansung yg pada awalnya dijangkakan pada pukul 10.30pagi tetapi terpaksa ditunda ke 11pagi diatas maslah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa kesyukuran,bacaan surah-surah dari ayat suci Al-Quran bagi mengigatkan kita bahawa setinggi mana pun darjat atau kehebatan kita,Al-Quran jangan dilupakan...
Bergambar kenangan sebelum persembahan bermula

Selain silat,pasukan kompang & superbike dari utara bikers juga dijemput untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Demo kali ini agak menarik & mungkin tidak akan dapat dilupakan oleh pesilat-pesilat dari Institut Perguruan Tuanku Bainun (IPTB) yang pertama kali beraksi diluar IPTB & bukannya didalam dewan,ada juga yang sememangnya pertama kalinya bersilat dihadapan orang ramai. Sesuatu pengalaman yang tidak dijangka sama sekali,mungkin ini akan membangkitkan semangat utuk lebih berusaha gigih lagi demi memartabatkan silat melayu untuk diwarisi serta dikembangkan pada anak cucu bangsa apabila mereka mengajar di sekolah masing-masing nanti.


Aksi dari pesilat-pesilat IPTB


Pada jam 11pagi,ketibaan team motorbike bagi berarak general manager bahagian shell utara dengan paluan kompang mengiringi beliau masuk dari hentian rehat juru ke kawasan shell bagi merasmikan majlis. Selesai majlis perasmian,team silat mengambil tempat bagi acara seterusnya dengan tapak hormat & gerak tari jurus masal serta serangan dalam baris oleh anak-anak gayong IPTB. Dengan aksi-aksi menarik serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka ia dapat menarik perhatian para tetamu yang hadir pada hari tersebut.Persembahan seterusnya masih lagi oleh pelajar-pelajar IPTB dengan seni tempur rotan yang lebih aggresif dipertontonkan & ini lebih menarik perhatian para pengunjung serta para tetamu yang hadir dengan aksi-aksi yang sungguh mengejutkan serta kegarangan anak-anak gayong memang menjadi salah satu trademark bila bertempur mengunakan senjata yang mana ianya akan menjadikan keadaan yang sunyi berukar pada kekecohan yang dikawal oleh para jurulatih sememangnya unik disaksikan oleh sesiapa sahaja yang mengenali silat gayong.


2 pendekar IPTB sedang beraksi dengan permainan tempur rotan


Selesai tempur putra,lahir pula tempur putri seni rotan oleh jurulatih-jurulatih pusaka gayong dari gelanggang Pokok Sena dengan aksi seni rotan yang juga tidak kurang hebatnya. Jangan disangka wanita tidak hebat bila bersilat,inilah yang cuba dipamerkan oleh dua putri gayong dengan aksi-aksi yang sungguh menghiburkan walau pun ada sedikit kesilapan yang berlaku,permainan diteruskan secara sepontan dengan permainan mereka hingga tamat.

Putri dengan gaya yang tersendiri untuk memulakan persembahan


Persembahan terakhir juga oleh jurulatih Pusaka Gayong Negeri Pulau Pinang dengan permainan seni parang panjang yang mana ia menjadikan suasana sekali lagi bertukar tegang dengan aksi penonton yang berteriak apabila parang bertemu parang dengan percikkan api serta kenyaringan bunyi parang. Dengan kemahiran serta kepakaran para jurulatih mengawal setiap pergerakkan dalam permainan senjata,ada juganya kecederaan tidak dapat dielakkan.Sudah lumrah bersilat,jika tidak pernah mengalirkan sedikit darah kepahlawanan melayu itu keluar dari tubuh badan,ia sememangnya tidak sah..mungkin juga ini salah satu kebetulan atau kesan dari kekurangkan daripada latihan yang diambil bagi persediaan bermain senjata tetapi jika sehebat mana pun kita bermain senjata,ingatlah & tanamkan satu niat didalam diri serta semasa doa untuk buka gelanggang yang kita mempamerkan ilmu persilatan melayu ini hanyalah untuk meraikan majlis serta mempersembahkan permainan istana serta kehebatan silat melayu & bukannya untuk menunjuk-nunjuk. Inilah yang selalunya diigatkan oleh guru-guru gayong kepada anak-anak murid gayong apabila bergelanggang. Jadikan kesilapan hari ini sebagai satu cabaran untuk tidak diulangi pada hari esok,itulah kata-kata semnagat yang menaikkan semangat serrta kegigihan berlatih untuk memantapkan serta memahirkan diri dengan permainan masing-masing. Keseluruhannya,pada majlis tersebut persembahan silat melayu yang juga warisan permainan kependekaran melayu tua sangat menghiburkan para tetamu serta penonton yang hadir secara kebetulan atau tidak pada hari tersebut.

Gambar-gambar yang sempat dirakamkan oleh lensa kami untuk tatapan semua
Inilah bukti bahawa silat melayu masih wujud dinegeri Pulau Pinang ini serta masih hebat seperti zaman-zaman kegemilangannya dahulu yang mana ia digunakan sebagai pakaian utama untuk mempertahankan maruah agama,diri,bangsa & negara.

Rabu, 25 Mac 2009

Selamat Menepuh Gerbang Perkahwinan Cikgu Aidi Akhbal & Nurul...

Aksi pengantin bermain silat pulut
Syukur alhamdulillah...tahun 2009 antara tahun yang mana para jurulatih Pusaka Gayong melansungkan perkahwinan agaknya? Mungkin ini yang dikatakan satu rahmat,selepas sorang bersambung kepada sorang...lepas ni apa la pulak yeerrr?
Tapi walau apa sekalipun,bila sesuatu majlis walimatulurus yang melibatkan jurulatih sebagai pengantin atau raja sehari,memang komitmen bagi majlis tersebut dengan persediaan yang terbaik akan difikirkan bagi menyambut para tetamu yang bakal bertandang diikuti dengan debaran yang makin hari makin kencang menanti saat-saat bahagia bersanding serta memikul tanggungjawab sebagai suami.
Pada tarikh 14 March 2009 berlansungnya persandingan kedua mempelai di perkarangan surau taman bayan baru yang mana majlis kenduri dari pihak pengantin perempuan & kakak kepda seorang jurulatih serta srikandi Pusaka Gayong iaitu Cikgu Wafaa. Walau pun permintaan hanya dari pihak perempuan,persembahan silat tetap berlansung denganbaik yang dipersembahkan 100% Jurulatih dari seberang perai yang hadir.

Team demo seberang perai bergambar kenang-kenangan di perkarangan surau bayan baru tempat majlis walimatulurus berlansung

Walau pun pesilat tidak lah ramai,tetapi ini tidak mematahkan semangat kami yang datang dari seberang untuk beraksi dengan seni permainan kami..Syukur tiada berlaku sebarang masalah sepanjang perjalanan kami mempersembahkan seni silat pada petang itu,yang menariknya adat atau tabiat buruk jurulatih Pulau Pinang ni ialah akan menarik atau melamar pengantin lelaki jika dia seorang jurulatih..Apa lagi,dibelasah laaaa,sebagai cenderahati atau kenang-kenangan kepada kami & pengantin untuk dijadikan sejarah.
Pada 15 March 2009 berlansungnya satu lagi majlis walimatulurus yang diadakan di kediaman pangantin lelaki di Balik Pulau,ish! layan corner jugak laa ari tu sebelum nak sampai..hahaha! nasib tak terjun gaung...

Aksi dua bradik dengan aksi seni parang.....
Demonstrasi kali ini lebih ramai dari semalam yang mana gabungan pesilat seberang & pulau dengan persembahan asas,masal,tempur tangan kosong,seni rotan,seni parang & seni keris...Akhir sekali seperti biasa sebelum menamatkan persembahan,para jurulatih dengan buah tangan khas kepada dengan menjemput pengantin untuk bermain keris & diakhiri dengan serangan beramai-ramai bagi memberikan satu kenangan yang tak mungkin beliau lupakan iaitu dibelasah...
Walau apa sekali pun,ia hanyalah sekadar hiburan serta buah tangan dari sahabat-sahabat gayong yang mampu diberikan sebagai penyeri majlis..

Bergambar kenang-kenagan dengan pasangan raja dua hari....






"Tempana Nipis Nama Asalku,

Keris Pusaka Lalu Dewangga,

Niat Derhaka Kepada Rajaku,

Keris Menyerah Taming Pusaka.."

Sabtu, 14 Mac 2009

Sambutan Maulidur Rasul 1430H/2009M Peringkat Negeri Pulau Pinang

Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran serta kepercayaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberikan peluang sekali lagi untuk kami anak-anak Pusaka Gayong Malaysia bahagian Negri Pulau Pinang & umat Muhammad yang lain bersama-sama bagi memperingati serta meraikan hari Keputeraan Baginda Rasullullah s.a.w. pada 12 Rabiul Awal 1430 Hijrah bersamaan 9 March 2009Masihi yang lalu bertempat di padang Kota Lama,Pulau Pinang.Dari sini kami serta secara tidak lansung telah membantu melengkapkan salah satu dari kalendar kerajaan negeri yang mana ia juga telah menjadi acara rasmi tahunan sejak berzaman. Dengan penyertaan sebanyak 49 kontijen daripada agensi kerajaan,NGO & IPT telah bersiap sedia seawal 7:00 pagi lengkap berpakaian seragam masing-masing di perkarangan Dataran Padang Kota Lama. Sambutan Perarakkan Maulidur Rasul pada tahun ini bertemakan "Wahdah Pemangkin Khaira Ummah",satu tema yang penuh dengan seribu makna untuk kita renung-reningkan bersama-sama maksud atau makna disebalik kata-kata itu.

2 Generasi..Lama & Baru Bersama-Sama Bergandingan Bagi Menjayakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang Pada Tahun Ini.


Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang diberikan penghormatan untuk mewakili Pertubuhan-Pertubuhan Silat yang lain bagi sama-sama menjayakan program yang penuh dengan penghayatan Islam serta pengorbanan dari kita ummat Muhammad.
Kira-kira jam 8:30 pagi kami mula bergerak dengan kontijen ke-41 & antara kontijen teramai dalam majlis itu iaitu diwakili seramai 130 pesilat putera puteri dari pelbagai gelanggang,cawangan,gelanggang-gelanggang di seluruh negeri pulau pinang bersama-bersatu hati bagi memberikan pendekatan & pengetahuan kepada seluruh warga Pulau Pinang yang mana Pertubuhan Silat masih wujud serta berkembang pesat di negeri Pulau Mutiara ini yang disertai oleh golongan kanak-kanak,remaja & dewasa yang datang dari pelbagai latar belakang.


2 Sahabat Yang Terpisah Sekian Lama..


Ini menunjukkan semangat silatulrahim serta kekuatan ummah yang diajar serta diterapkan dalam semua seni silat melayu & ianya masih lagi kuat dipegang terutama oleh Pusaka Gayong.
Perarakkan Maulidur Rasul ini juga dapat menjalinkan persaudaraan serta dapat merapatkan ukhwah silatulrahim diantara warga-warga Pulau Mutiara.
Selesai sudah perarakkan,satu program didalam dewan sri pinang diaturkan satu acara penyampaian serta penghargaan kepada mereka yang telah dikenalpasti banyak menabur jasa & bakti tanpa mengira masa.


Ketibaan Tetamu Kehormat...
Acara diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat Tuan Yang Terutama Negeri Pulau Pinang Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas,Ketua Menteri Pulau Pinang Yang Amat Berhormat Tuan Lim Guan Eng & Timbalan ketua Menteri Pulau Pinang 1 Yang Berhormat Tuan Mohammad Fairus. Satu penghargaan dari kami anak-anak gayong pulau pinang diatas kehadiran serta kesudian ketiga-tiga tetamu VVIP kerana dapat meluangkan masa untuk bersama-sama bagi menjayakan majlis ini...Tahniah sekali lagi,diharapkan sikap sebegini dapat diteruskan serta dijadikan satu contoh untuk merialisasikan sepertimana tema kita pada tahun ini "Wahdah Pemangkin Khaira Ummah".




"Lenggang bertapak seni memandang, Memohon tahjud menadah sentiasa, Tegap menapak teguh menjulang,
Hanya sujud ke hadrat yang Esa.."

Rabu, 11 Mac 2009

Pemilihan Silat Seni & Olahraga PSSPGM 2009

Assalamualaikum & salam sejahtera...Alhamdulillah,dengan berkat kesabaran serta kesungguhan PSSPGM sekali lagi mengorak langkah mengambil inisiatif bagi persediaan untuk bersama-sama mengambil bahagian bagi pertandingan silat seni & olahraga. Satu acara pemilihan telah berlansung pada 7 March 2009 bertempat di Pusat Latihan Tertinggi PSSPGM,Gurun Kedah Darul Aman bagi pemilihan silat seni & olahraga untuk mewakili Pertubuhan bagi kejohanan silat yang tidak lama lagi.
Antara pesilat pusaka gayong semasa proses saringan

Acara bermula dari pagi sehingga ke malam dengan penglibatan gurulatih-gurulatih lama mengambil bahagian sebagai wasit juri dengan ragam dari peserta yang bermacam-macam karenah akhirnya pemilihan yang dirancang dalam masa yang sesingkat ini berjaya dilakukan walau dalam keadaan sedikit kelam kabut,tetapi dengan semangat serta kesungguhan gurulatih-gurulatih pusat berusaha merialisasikan acara pemilihan ini dengan penuh tersusun.
Antara acara yang dipertandingan pada hari itu adalah silat olahraga & silat seni kategori remaja,sukma serta kebangsaan.
Peserta mendegar taklimat serta keputusan pertandingan

Tidak semua apa yang kita rancang akan berjalan dengan sempurna,walau pun berlaku kecederaan serius,para pesilat tidak mudah berputus asa serta mengambil ia sebgai pengajaran serta pembelajaran baru bagi ke peringkat yang lebih mencabar lagi.
Bergambar kenang-kenangan sebagai tanda ikatan silatulrahim walau pun dari cawangan yang berbeza...

Inilah semangat yang seharusnya kita contohi agar seni silat melayu tidak tinggal hanya pada namanya sahaja...Setiap yang baik atau pun buruk mesti ada permulaannya.. Kita sebagai generasi sekarang seharusnya memberi contoh yang baik agar generasi akan datang akan lebih mudah mendekati serta mewarisi ilmu persilatan ini.

Antara gambar-gambar yang sempat kami rakamkan semasa program berlansung

Ahad, 1 Mac 2009

Selamat Menepuh Alam Baru Cikgu Jamal & isteri..

Sebagai kenangan,pengantin bergambar bersama para pesilat
Alhamdulillah,dengan berkat kesabaran serta kesungguhan..salah seorang jurulatih PSSPGM iaitu Cikgu Jamal telah menamatkan zaman bujang beliau bersama pilihan hatinya & pada tarikh yang mungkin tidak akan dapat dilupakan beliau tanggal 22 februari 2009 bertempat di Penaga,berlansungnya perkahwinan seorang pendekar muda Pusaka Gayong yang juga menyandang Ketua Adat PSSPGM.

Sebagai tanda kenang-kenagan,para tetamu yang juga guru kepada Cikgu Jamal bergambar bersama

Walau pun keadaan serta cuaca agak suram,dengan hujan yang turun begitu lebat..majlis masih diteruskan dengan gilang gemilang dengan kehadiran para tetamu jemputan yang tidak putus-putus mengujungi demi meraikan kedua-dua pasangan mempelai pada hari itu.
Majlis turut diserikan dengan persembahan pencak silat dengan rombongan pesilat dari gelanggang majdid sungai ara,gelanggang telok bahang,gelanggang nyior sebatang,gelanggang tanah liat,gelanggang alma serta wakil gelanggang yang paling hampir iaitu gelanggang sekolah sri muda,penaga..

Sempat lagi menziarahi kawan-kawan makan...

Persembahan dimulakan dengan sembah hormat raja sehari serta pembukaan gelanggang tari solo bagi menunjukkan bahawa kesenian silat melayu amat halus,berdisplin serta penuh dengan adat & kesopanan. Setiap langkah yang diaturkan memberikan seribu rahsia serta gerak badan yang ditunjukkan adalah suatu yang bukan senang untuk dilakukan jika tidak mendalami sebagai murid.
Acara persembahan diteruskan dengan pesilat-pesilat dari gelanggang masjid al-huda sungai ara mengambil tempat dengan mempersembahkan tapak gayong yang merangkumi teknik-teknik atau cara-cara mengelak,menumbuk & sebagainya.
Persembahan seterusnya dengan anak-anak didik Cikgu Zul dari gelanggang tanah liat,bukit mertajam yang mana mereka menunjukkan seni masal serta tempur berantai.
Persembahan tangan kosong memulakan seri seni tempur berpasangan diatara pesilat dari penaga diikuti sambungan dari dua jurulatih Cikgu Man jr. & Cikgu Aliff Afnan memperagakan seni tangan kosong.
Setelah selesai tempur tangan kosong,kini mulalah aksi yang lebih agresif dengan dimulakan dengan permainan seni keris oleh dua jurulatih dari penaga yang menunjukkan aksi yang sangat bertenaga walau pun dalam keadaan hujan yang makin lama makin lebat pada masa itu.
Seterusnya dua beradik menunjukkan aksi seni parang panjang,Cikgu Wan(yang juga baru melansungkan perkahwinannya pada 27 januari yg lepas) berpasangan dengan adikda beliau yg juga salah seorang jurulatih muda Cikgu Shuhaimie,kedua-dua mereka dari gelanggang Telok Bahang & juga jurulatih gelanggang penempatan stunami di batu feringhi.
Selesai persembahan mereka,satu lagi permainan seni parang panjang daripada Cikgu Zul & Cikgu Mie mengambil tempat untuk menunjukkan kemahiran mereka bertempur bersenjatakan parang panjang.

Aksi pengantin apabila dijemput bergelanggang bersama

Dan persembahna diserikan lagi dengan satu lagi persembahan seni keris oleh dua jurulatih lama Pulau Pinang,Cikgu Ridwan & Cikgu Aidi. Dengan gaya spontan serta ringkas serta tari tangan kosong memulakan persembahan,pengantin ditarik masuk untuk menunjukkan kemahirannya bertari memulakan langkah bak seorang pendekar sedang menantikan serangan musuh,Cikgu Ridwan dengan pantas mengambil alih tapak kedudukan pengantin dengan bertarikan keris untuk mencabar Cikgu Aidi melepasi beliau sebelum menyentuh pengantin.
Dengan aksi-aksi yang mendebarkan serta agresif walau dalam keadaan hujan lebat & ruang yang agak sempit,kedua-dua jurulatih ini dapat mempamerkan permainan yang sunguh menghiburkan para tetamu serta kedua-dua pasangan mempelai pada hari itu.
Dipenghujung persembahan itu,seperti biasa ada acara buka gelanggang dengan persembahan tari solo,ada juga persembahan tutup gelanggang dengan gerak tari yang begitu memukau para pengujung. Tapak diatur memulakan langkah,sambil tangan bertari memberikan seribu satu rahsia kesenian silat melayu.


‘‘Lenggang bertapak seni memandang,

Memohon tahjud menadah sentiasa,

Tegap menapak teguh menjulang,

Hanya sujud ke hadrat yang Esa”

Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all