Isnin, 29 Disember 2008

Pusaka Gayong Gegarkan Pesta Pulau Pinang 2008!!!

Alhamdulillah,dengan limpah kurnia Ilahi..anak-anak gayong pulau pinang telah berjaya melakukan demonstrasi silat di tapak pesta sungai nibong pada setiap hari sabtu & ahad sepanjang pesta pulau pinang dijalankan. Dengan bilangan yang tidaklah seramai mana dengan bantuan dari gelanggang kampung terang yang diwakili oleh Abg Anuar,terima kasih kerana sudi menjemput serta memberi peluang untuk kami bersama-sama menyerikan kehadiran Pesta Pulau Pinang kali ini dengan permainan pencak silat. Antara yang terlibat adalah Cikgu Helmi,Cikgu Zul,Cikgu Aliff Afnan,Cikgu Akmal,Cikgu Mon,Cikgu Atan,Cikgu Man Jr. & wakil srikandi Cikgu Wafaa(dari seberang perai),Cikgu Wan,Cikgu Shuhaimie & Madi (dari gelanggang stunami) serta Jurulatih-Jurulatih Gelanggang Kampung Terang,tidak dilupakan juga kepada Ketua Panglima Hitam PSSPGM Pulau Pinang Cikgu Ridzwan(PA) yang sudi datang memberikan semangat serta nasihat sebelum & selepas persembahan dijalankan..Mudah-mudahan dengan berkat syafaat,kami dapat belajar diatas kesilapan yang berlaku disebabkan oleh kelemahan kami serta kekurangan latihan sebelum mempersembahkan kepada umum. Antara aktiviti sepanjang persembahan kali ini,kami mempersembahkan permainan Masal serta tempur berantai yang jarang kalinya dipersembahkan di demo2 sebelum ini diatas ketidakstabilan jurulatih 7 sedikit masalah dalaman,alhamdulillah dengan usaha keenam-enam jurulatih(Cigu Helmi,Cikgu Aliff,Cikgu Mon,Cikgu Akmal,Cikgu Zul & Cikgu Atan Jr.)kami berjaya melakukannya dengan aga sempurna sepertimana yang dirancangkan..Begitu juga seni permainan rotan yang dipersembahkan oleh Cikgu Shuhaimie & pasangannya madi remp-it berjaya menarik pengunjung dengan aksi-aksi spontan mereka,tak kurang juga ikgu Aliff dengan permainan solonya yang sememangnya solo(belum kawin) & masih mencari-cari peganti ******* tetapi tetap bersemangat dengan tapak buka serta tutup gelanggang dengan penuh kesenian. Dengan bersaksikan pengunjung yang semakin ramai,kami mempersembahkan seni pisau,walau pun agak kucar kacir tetapi masih dapat dikawal oleh Cikgu Atan Jr. & pasangannya Cikgu Man Jr.. Apabila keadaan semakin panas,kami mempersembahkan seni parang daripada dua jurulatih gelanggang kampung terang yang memulakan permainan dengan tangan kosong seterunya diikuti permainan parang berjaya membuat penonton terpukau dengan ketangkasan serta kemahiran yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasangan ini sehinggakan ada pelancong yang ternganga(terlopong) melihat aksi kedua jurulatih muda ini,kami tidak berhenti disitu apabila tempur parang sudah selesai dimainkan,kini giliran dua lagenda jurulatih pulau pinang Ckgu Mon (Ahmad Halimi) & Cikgu Akmal menunjukkan kebolehan mereka bermain permainan keris yang memang kita akur akan kepayahan permainannya kerana perlu mengatur gerak serta penuh dengan tari yang berseni bak pendekar yang sedang bertarung bagi mempertahankan maruah negaranya,dengan aksi-aksi yang menarik,kini tibalah masanya satu lagi persembahan tempur oleh pasangan terakhir Cikgu Helmi & Cikgu Zul bagi mempersembahkan permainan parang panjang wakil PSSPGM Pulau Pinang.Dengan aksi-aksi yang menarik serta konsisten,tetapi agak kurang baik parang yang mereka guna melekat & hampir tidak boleh dicabut kerana terlalu dalam..tetapi dengan kesabaran serta pengalaman daripada dua jurulatih senior ini berjaya meneruskan permainan yang agak membanggakan dengan gerak tari yang gagah bak seorang panglima sedang bertarung habis-habisan serta dengan kesungguhan serta keazaman,akhirnya permainan dapat ditamatkan dengan selamat.Setelah selesai semua persembahan pencak,kini tiba masanya anak-anak gayong menunjukkan aksi senaman gayong yang sememangnya terkenal dengan berbagai-bagai cara yang digunakan bagi melepasi halangan.Lompatan yang dipamerkan agak unit serta menarik pengunjung serta peminat pencak silat daripada berganjak..Ini yang dikatakan demo Gayong,sampaikan acara tutup gelanggang sekali pun masih ditunggu oleh penonton serta ada yang sempat mengambil gambar. Sungguh terharu kami anak-anak Gayong. Setelah selesai persembahan,sesi fotografi diambil bagi kenag-kenangan serta rujukkan pihak blogger & web Pusaka Gayong Pulau Pinang. Acara seterusnya,apa lagi bila semua dah selesai & pakaian ditukar,kami sepat menyejukkan tekak dengan singgah minim serta makan disalah satu gerai yang terdapat didalam Pesta,sambil bersembang-sembang sesama datang Cikgu Ridwan(Gelanggang Stunami) dengan Isteri beliau memberikan berita yang agak gembira pada kami kerana beliau sempat merakamkan detik-detik manis kami melakukan persembahan sebentar tadi.


Untuk makluman semua,video tersebut masih dalam proses & pihak blogger akan meletakkan video tersebut apabila sudah mendapatkannya nanti..

Apabila sudah selesai makan,apa lagi? anak muda la katakan...hehehe,pantang masuk pesta free...Kami teruskan ke tapak permainan,ish! memang ramai manusia-manusia yang berbilang aum,keturunan,bangsa,agama,negara & negeri yang terdapat disitu..Banyak permainan-permainan yang menarik disediakan untuk sesiapa saja yang berminat bagi menguji tahap kekuatan jati diri.....!

Mudah-mudahan akan ada lagi pihak-pihak berwajib dapat mengetegahkan seni silat melayu ini untuk tatapan umum.....Mudah-mudahan usaha daripada pihak kebudayaan negeri serta pesta pulau pinang akan diteruskan agar silat tidak dilupakan oleh masyarakat tanah melayu ini...

"Tempana Nipis Nama Asalku,
Besi Tua Ditanah Jawa,
Hidup Kembali Kebudayaan Bangsaku,
Tak Melayu Hilang Didunia"




Sabtu, 6 Disember 2008

Korban & Pengorbanan? Anak Gayong......

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyanyang. Yang Maha Adil dan tidak akan sekali-kali berlaku zalim ke atas makhluk-Nya. Semoga coretan ini menjadi iktibar bagi diri ini dan anda. Aku memohon perlindungan daripada-Nya daripada ilmu yang sia-sia dan tipu daya syaitan dalam beragama. Semoga Allah memelihara kita di dalam perjalan mencari agama-Nya. Apakah pengorbanan yang telah kita berikan demi menegakkan kebenaran serta memartabatkan ilmu Gayong yang telah ditinggalkan kepada kita generasi masa kini untuk kita sama-sama memikul serta memperjuangkan selain mempertahankannya agar tidak pupus dielan zaman & mudah-mudahan dapat dilhat,diwarisi oleh anak-cucu kita nanti bagi menyambung seni warisan melayu tua ini & menyampaikan kepada generasi-generasi akan datang! Ini adalah salah satu pengorbanan yang seamatnya mulia apabila seorang pewaris Gayong iaitu kita menjadikan contoh yang baik bagi dipertontonkan oleh generasi sekarang & aan datang agar ia dapat dinilai serta diikuti seterusnya menjadikannya sebagai salah satu contoh untuk memartabatkan ilmu silat Gayong ini dengan seikhlas-ikhlasnya...
Mari kita menyingkap zaman dimana yang berbahagia ayahda cikgu Abdul Majid mengenal,mempelajari,mengamal,menjaga,mempertahan serta memperjuangkan ilmu silat seni gayong ini sehingga sampai masa ini yang mana ia tidak mengharapkan walau sedikit penghargaan,pangkat atau apa saja bantuan daripada anak-anak Gayong yang pernah diberikan tongkat untuk mereka berpegang takkala kaki mereka tidak lagi mampu untuk menahan bebanan tubuh badan mereka..Apakah yang mereka berikan?selain dari kata fitnah yang tidak putus-putus dari zaman Arwah Dato' Meor Rahman sehingga kini..Dimanakah perginya budi bicara,sopan santun,sahsiah serta adap orang melayu timur yang diagung-agungkan serta yang diwar-warkan pada banga asing!? Apakah dengan kata-kata fitnah,tohmahan serta hasat dengki yang akan mengambarkan latar belakang kita sebagai bangsa melayu?..Sama-samalah kita merenung masa,mudah-mudahan setiap amal kebaikan yang kita taburkan demi menegakkan kebenaran serta menaikkan nama Gayong dikenang serta dihargai pengorbanan yang kita lakukan pada hari ini.....
Pada saudara-saudaraku seahli seGayong denganku generasi baru atau lama walau pun berlainan kepimpinan,pertubuhan,pembawakan atau apa sahaja..tapi kita tetap sedarah,sedaging,sekendi,seperminum,sejalan,sejadi..berpegangkan ilmu Gayong sebagai matapelajaran,Dato Meor Abdul Rahman sebagai Mahaguru..,ingatlah serta marilah kita sama-sama menjaga kesenian imu silat ini agar terus gah dimata dunia sepertimana semasa hayat Dato Meor dahulu..marilah kita sama-sama berkorban sedikit selisih faham guru-guru tua kita,kita buka lembaran baru serta kita bersatu agar kita lebih kuat dari sekarang bak kata pepatah "Bersatu Kita Teguh,Bercerai Kita Roboh".."Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang,Disatu Masa Kembali Bersatu Teguh" satu kata-kata keramat yang selalu kita laung-laungkan bagi menaikkan semangat untuk kita memulakan detik-detik penyatuan,tetapi jika tiada sebarang usaha susulan & pengorbanan dari semua pihak kata-kata ini akan musnah ditelan zaman...Diharapkan pada generasi-generasi muda,janganlah kita berbalah sesama sendiri,marilah kita sama-sama mengengam tangan seGayong,mengangkat martabat silat Gayong,yakin bahawa setiap kesilapan dapat ditebus dengan kesepakatan serta pengorbanan yang kita usahakan dengan fikiran yang waras serta kata-kata semangat yang ngeri menjadikan kita anak-anak Gayong dapat berpegang erat memikirkan cara & bagaimana agar kita dapat bersama walau hanya beberapa ketika sahaja.
Memang tiada noktahnya jika kita hanya berbincang di forum-forum atau kertas atau apa saja tempat serta keaadaan jika tiada kata sepakat,susulan untuk bersama/bersatu & merialisasikan apa yang kita harap-harapkan selama ini.....Mudah-mudahan kita dapat berfikir dengan sebijak-bijaknya,insya'Allah..
'
'
*PATAH TUMBUH,HILANG BERGANTI*

"..Acap-acap di tepi laut,
Buaya ganas melintang kuala,
Sebelum ajal berpantang maut,
Takkan Melayu hilang di dunia.."

Sabtu, 22 November 2008

Pengumuman Untuk Semua Pecinta Seni Silat Melayu!!! Tempur Tangan Kosong(TETAK)~PSSPGM

Setelah sekian lama menyepikan diri dari penerbitan buku,sekali lagi PSSPGM dengan usaha sama pihak sarjana media mengeluarkan sebuah buku yang diberi judul "TETAK",ia adalah variasi atau kesinambungan daripada "Tempur Tanpa Senjata" yang diterbitkan sekitar 90an dahulu.Kini atas usaha Masjlis Guru-Guru Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia yang dipengerusi oleh Cikgu Kasturi diatas persetujuan Ayahda Dato' Raja Abdul Majid Bin Raja Mat Isa serta kesepakatan ahli-ahli majlis guru-guru yang bermesyuarat beberapa kali bagi merealisasikan apa yang dibincangkan dengan bantuan penerbitan dari pihak "Sarjana Media" & pada 17 Ogos 2008 pelancaran buku telah disempurnakan oleh Ayada Cikgu Majid sendiri di Dewan Milenium,Bertam Kepala Batas serentak dengan majlis pertabalan YB Fairus sebagai ketua Imam Khalifah Negeri Pulau Pinang. Tujuan utama buku ini dikeluarkan adalah untuk memberikan gambaran sedikit sebanyak kepada anak-anak gayong bagaimana teknik-teknik yang betul dalam matapelajaran gayong walau pun buku ini bukanlah buku matapelajaran gayong sebenarnya tetapi masih boleh digunakan sebagai bahan rujukan kepada anak-anak gayong,selain dari itu buku ini juga dapat memberi sumbangan kepada pembagunan Pusaka Gayong serta secara tidak lansung ia dapat dijadikan promosi agar mencari serta mempelajari silat pusaka gayong ini kepada semua golongan yang berpegang teguh pada ajaran Islam yang mana ia juga menjadi syarat utama untuk setiap ahli yang ingin berGayong.Dalam buku ini,ditunjukkan teknik atau cara bagaimana berhadapan dengan musuh-musuh kita,selain itu juga diharapkan agar dapat diserapkan nilai-nilai murni kepada pesilat-pesilat & muda mudi kita untuk lebih membanggakan warisan seni silat melayu kita yang mana ia ditinggalkan oleh orang-orang terdahulu untuk diwarisi & dijaga serta mengembangkan ia agar tidak pupus ditelan zaman.Antara aksi-aksi yang dipamerkan dalam buku ini adalah seperti 9 Asas Senaman Gayong,49 Gerakkan Senaman Serangan Anak Harimau,10 Elakkan Serangan & Pukul Balas,21 Pukulan Maut,21 Buah Kunci Mati & 13 Buah Kombat.

Amanat Daripada Dato' Mahaguru Meor Abdul Rahman kepada Anak-Anak Gayong;
Tiang yang paling penting dalam penuntutan ilmu ialah taat setia yang tidak berbelah bahagi.Tamak adalah musuh yang boleh membunuh diri sendiri atau pun mendatangkan kecelakaan kepada diri seseorang itu.





"Jangan Ditepuk Susu Di Dulang,
Anak Harimau Tak Dapat Menyusu,
Janganlah Pecah Rahsia Hulubalang,
Nanti Harimau Hilang Kuku"

"Jangan Tepuk Darah Di Dulang,
Anak Harimau Mencari Ibu,
Jangan Pecah Mentera Hulubalang,
Nanti Harimau Hilang Asu"

"Jikalau Ada Dulang Di Tangan,
Jangan Biar Jatuh Terhempas,
Jikalau Ada Senjata Ditangan,
Jangan Biar Orang Rampas"

Setelah dibincangkan & dengan persetujuan majlis guru-guru pulau pinang dengan kerjasama majlis guru-guru pusat,blog & web pusaka gayong pulau pinang diberikan hak bagi penjualan buku ini untuk semua berkuatkuasa 20 November 2008 dengan harga RM30.00 senaskah.

* Sebarang tempahan atau pertanyaan,sila hubungi wakil-wakil jualan di PSSPGM Pulau Pinang.Untuk keterangan atau tempahan,sila hubungi:

Cikgu Ridzwan(bahagian pulau) 019-4718056 &

Cikgu Helmi(bahagian seberang perai) 012-5633904

atau dengan mengisi borang langganan di http://www.freewebs.com/panglimahitam/tetak.htm

atau hubungi pihak blogger dialamat seri_pelangi_cula_sakti@yahoo.com

Ahad, 16 November 2008

Majlis Perlimau Gayong & Mandi Seni PSSPGM Gelanggang IPTB

Alhamdulillah,setelah sekian lama melalui cabaran serta dugaan & sebelum kesemua anak-anak gayong iptb melangkah pulang bercuti,satu acara penyempurnaan serta penerimaan secara sah menjadi anak gayong bagi para pelapis generasi baru Institut Perguruan Tuanku Bainun,Bukit Mertajam.Mungkin susah bagi sesiapa yang belum pernah menghadapi situasi begini yang mana kita perlu melalui sesuatu yang mungkin terlampau janggal pada kita terutama warga kota.tapi ini semua dapat ditangkis dengan kekuatan fizikal serta kecekalan demi menuntut secebis ilmu yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. untuk dijadikan semangat serta kekuatan hati bagi menempuh hari-hari yang mendatang.Seperti yang selalu ditekankan oleh Dato' Paduka Raja Abdul Majid sendiri bahawa jagalah ilmu silat gayong ini demi memperjuangkan ugama & negara kita yang tercinta,selain dari itubeliau sering menegaskan kepada anak-anak gayong agar sentiasa beramal kepada Allah agar sepanjang perjalanan kita jika berlaku sesuatu Allah akan sentiasa bersama & membantu kita untuk mengharungi musuh-musuh kita. Jangan difikirkan jika kita hebat bergayong kita dapat mengalahkan sesiapa atau seramai mana musuh yang datang,kita tetap akan kecundang melainkan jika kita ebat dalam bergayong serta beramal dengan Allah s.w.t.insya'Allah kita sentiasa disalam lindungan-Nya...









"Lembaganya Bersih Nyawanya Suci,
Berseru Kepada Putera & Puteri,
Agama Yang Mulia Junjunglah Tinggi,
Belalah Bangsa Adat & Negeri.."

Ahad, 26 Oktober 2008

Bibit-Bibit Penyatuan.................................. ~Kesinambungan Warisan Pusaka Melayu~

Persembahan seni silat gabungan antara pertubuhan silat seni gayong malaysia negeri pulau pinang(pssgm),pertubuhan seni silat pusaka gayong malaysia cawangan bandar baharu & pertubuhan seni silat pusaka gayong malaysia cawangan sungai ara,pulau pinang sempena majlis penyatuan raja sehari anakda kesayangan cikgu yaakub(yang dipertua & guru utama pssgm negeri pulau pinang) bertempat dikediaman beliau di pusat latihan tertinggi pertubuhan seni silat gayong malaysia(pssgm),kota permai alma.Antara gelanggang-gelanggang yang terlibat adalah dari gelanggang pusat gayong malaysia sendiri (pssgm negeri pulau pinang),gelanggang sekolah menengah alma,gelanggang kampung jawa perai,gelanggang nyior sebatang & gelanggang bandar baharu.Jutaan setinggi-tinggi penghargaan diatas persembahan yang cukup mantap dari kesemua gelanggang yang terlibat sama ada dari pssgm selaku tuan rumah serta pesilat jemputan dari psspgm bandar baharu & psspgm sg.ara,satu pertunjukkan yang jarang-jarang kita dapat saksikan bagaimana dua pertubuhan yang bersaudara yang berlainan pegangan dapat melakukan persembahan bersama di majlis kenduri.Satu pengitirafan kepada kematangan anak-anak gayong di alaf milenium ini...
Siapa sangka digelanggang inilah saat-saat manis anak-anak gayong bersua serta berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain,walau pun berlainan fahaman serta pertubuhan ia tetap akrab dibawah satu payung 'Anak Gayong'.

Biar apa yang terjadi atau apa orang hendak katakan,kita anak-anak gayong yang semakin hari semakin faham erti kehidupan bagaimana untuk kita sampaikannya kepada generasi yang lama haruslah kita sama-sama fikirkan. "Bersatu kita teguh,bercerai kita roboh" satu kata-kata yang cukup tinggi nilai dari segi pengertiannya untuk kita dalami tafsirannya serta untuk kita rungkai ia agar lebih jelas dimata semua pihak yang mana apa yang kita perjuangkan adalah hak kita sebagai anak gayong untuk kita tegakkan kebenaran serta kedaulatan raja-raja kita.Biarlah ini menjadi titik mula atau garisan permulaan untuk kita semua melangkah maju kedepan dengan lebih gahnya dengan nama penyatuan anak-anak gayong seluruhnya & kita dapat gegarkan dunia persilatan melayu seperti di era kegemilangan gayong dizaman Dato' Mahaguru Meor Rahman yang mana setiap persembahan anak-anak gayong mendapat liputan yang meluas serta menjadi contoh kepada persilatan lain.Sekali lagi saya tekankan disini agar kita sebagai anak-anak gayong ai alaf baru ini agar bangun serta berusaha segigih-gigihnya agar gayong dapat bersatu walau bukan dibawah satu pertubuhan tapi sekurang-kurangnya dibawah satu lembaga adat agar generasi akan datang tidak lagi tertanya-tanya kenapa gayong berpecah. Biarlah ia sebagai sejarah untuk kita ceritakan pada anak-cucu kita kelak.....




"Pecah Gayong Didalam Dulang,

Dulang Hanyut Dilautan Tujuh,
Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang,
Disatu Masa balik Berteguh"

Jumaat, 24 Oktober 2008

Keris Melayu...Kesenian & Kehebatannya


KERIS:- merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu sejak zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800 tahun yang lampau terutamanya pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana. Satu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan. Keris mempunyai dua belah mata, melebar dipangkal dan tirus dihujungnya serta tajam. Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga sarungnya. Sang Guna adalah orang pertama dizaman Sultan Muhammad Syah Melaka telah membuat keris tempa panjang, berukuran tiga jengkal. Unsur logam campuran besi dan tahi bintang adalah bahan utama membuat keris tersebut. Hulu Keris Ulu keris berukuran sepanjang lebih kurang 15sm. berkeadaan membengkok dibahagian tengahnya seperti bentuk kepala tongkat. Diukir dengan tangan sepenuhnya dan mempunyai nilai estetika Melayu yang diperbuat daripada perdu atau tunjang kayu (kemuning, tegor, tempinis, sena,celagi, petai belalang, boai, lebang dan kayu hitam), gading gajah, tanduk, gigi ikan paus, emas, perak, besi dan kemor (sejenis batu karang). Pelbagai nama telah diberikan seperti Anak Ayam Teleng, Anak Ayam Sejuk, Jawa Demam, Kakaktua, Tapak Kuda dan Pekaka. Penjelmaan rekabentuknya menggambarkan kekuatan dan kekuasaan senjata tersebut yang bersifat raksaksa dan garuda. Ragamhias hulu keris kebanyakannya bermotifkan bunga timbul, awan larat, bunga tebuk, ketam guri, bentuk fauna dan juga bentuk dewa Hindu dengan imbasan wajah manusia. Pendongkok Dikenali juga sebagai dokok, pendongkok, dulang-dulang keris atau memendak. Diperbuat dari logam, tembaga, perak atau emas. Berbentuk seperti bunga dan berukiran bunga dawai pintal yang bertatahkan batu permata atau ukiran biasa sahaja. Pendongkok dipasangkan melekap pada pangkal hulu keris dibahagian permukaan ganja. Bilah Keris Keris mempunyai berbagai-bagai bentuk dan ukuran. Kebanyakan keris terdiri dari jenis yang berlok, samada tiga, lima, tujuh atau sembilan dan lurus. Terdapat juga keris yang panjang berukuran 61sm. dengan matanya berbentuk mata pedang seperti Keris Sundang dan ada yang sehingga 29 lok. Tiga aspek penting mata keris adalah rupa awan larat dan corak pamor, bentuknya dan corak berombak yang wujud dari campuran logam dan nikel. Keris juga diibaratkan sebagai insan, sesetengah Empu atau pembuat keris memasukkan unsur magis atau penunggu kepada senjata itu, supaya ianya lebih memberikan kekuasaan. Paksi Ganja Dagu Kepala Cicak Leher Perut Sepit Rotan Ekor Kepit Aring Gandik Kembang kacang Belalai Gajah Bibir Gajah Rigi Janggut Tulang Keris Hujung Keris Tuntung Keris Galeri Keris Hulu Keris Sampir Keris Pandai Besi Sampir dan Batang Sampir adalah sarung dibahagian ganja dan aring keris. Berbentuk seperti sampan melintang pada kedudukan keris. Diperbuat dari jenis kayu sama seperti hulu keris juga dan sesetengah sampir diukir pada kayunya atau disaluti emas, perak atau tidak diukir langsung, hanya corak urat kayu tersebut telah menampakkan keindahannya. Batang merupakan sarung kepada bilah keris ia lurus serta agak meruncing sedikit pada hujungnya. Diperbuat daripada kayu dan diukir dengan ukiran bermotifkan flora, tetapi terdapat juga yang tidak diukir. Kebiasaannya pada hujung batang ini akan disarungkan dengan buntut yang diperbuat dari perak, emas, tanduk atau gading. Jenis Keris Berbagai jenis keris terdapat di Nusantara Melayu dan kegunaannya selain sebagai senjata, regalia terhadap Raja Melayu dan perubatan. Keris Sepukal Keris Sempena Keris Cerita Keris Picit Keris Tajung Keris Sulok Belingkong - lok tiga Keris Apit Liang - lok lima Keris Jenoya - lok tujuh Keris Rantai - mempunyai sembilan hingga 21 lok Keris Andus - mempunyai 23 hingga 29 lok

Ahad, 19 Oktober 2008

Kenapa Melayu Pantang Menderhaka Kepada Rajanya?


Persoalan ini sering bermain di kepala sejak sekian lama. Sekiranya dibandingkan dengan bangsa lain yang sudah menukar corak pemerintahan beraja kepada sistem republik, bangsa Melayu masih menjaga sultan walaupun sejarah merekodkan ada juga sultan pernah berlaku tidak adil kepada rakyatnya.

Persoalan ini terjawab apabila Dato' Seri Wan Hj. Abdul Wahid bin Wan Hassan menerangkan Sejarah Melayu sekaligus mengaitkan hubungan Raja dengan bangsa Melayu. Cerita ini tidak dapat dipastikan kesahihannya, tetapi cukuplah sekadar perkongsian ilmiah supaya difahami dengan logik akal.

Menurut Sejarah Melayu, ia berlaku apabila Raja Suran berketurunan Iskandar Zulkarnain masuk ke dalam laut dan berkahwin dengan Puteri Mahtabul Bahri, puteri raja Aftabul 'Ard kerajaan Basram di bawah laut. Hasil daripada perkahwinan ini, lahir tiga orang anak, Nila Pahlawan, Kerishna Pendita dan Nila Utama. Mereka dikatakan muncul di Bukit Siguntang, di tengah Sungai Melayu yang hulunya di Gunung Maha Miru, dekat padang Penjaringan dalam negeri Palembang (pada waktu itu, negeri ini dikenali sebagai kerajaan Buddha Sriwijaya sebelum kemunculan kerajaan Hindu Majapahit).

Setelah mereka muncul di Bukit Siguntang, Palembang, tiga beradik ini bertemu dua orang wanita, Wan Empok dan Wan Walini yang sedang berladang di sana. Dipendekkan cerita, Wan Empok berkahwin dengan Nila Pahlawan, Wan Malini dengan Kerishna Pendita. Nila Utama pula mendapat gelaran baru sebagai Sang Si Perba.

Menurut Sejarah Melayu, pada masa itu Palembang sedang diperintah oleh seorang raja yang dipanggil Demang Lebar Daun. Apabila mendengar khabar ada anak raja besar keturunan Iskandar Zulkarnain turun di Bukit Siguntang, baginda pun terus ke sana untuk bertemu-muka dan mengambil berkat kebesaran anak raja itu.

Berita ini tersebar jauh ke merata tempat sehingga raja-raja lain pun turut sama bertumpu ke situ. Sesetengah raja datang membawa kaum keluarga mereka. Maka Sang Si Perba pun mengambil mana-mana puteri raja yang elok untuk dibuat isteri dan mereka menerima sahaja kerana rasa bertuah bermenantukan anak cucu Iskandar Zulkarnain. Malangnya, semua puteri ini kedal setelah “dijamah” baginda (Tak pasti 'kedal' penyakit apa. Mengikut ceritanya, ini berlaku disebabkan ketinggian daulat baginda).

Tersebutlah nama Wan Sendari anak Demang Lebar Daun yang cantik paras rupa. Sang Si Perba ingin memperisterikannya tetapi si bapa pula takut puterinya pun akan kedal juga. Maka sembah Demang Lebar Daun, “Jikalau anak patek tuanku peristeri, nescaya kedal ia. Tetapi jikalau tuanku mahu berwa’adat (berjanji sumpah setia) dengan patek, maka patek persembahkan anak patek ke bawah duli Yang di-Pertuan.”

Mengikut Sejarah Melayu, Demang Lebar Daun adalah orang yang pertama menggunakan bahasa “Yang di Pertuan” dan “Patek” apabila bercakap dengan raja, kerana Sang Si Perba itu keturunan raja-raja besar... Maka titah Sang Si Perba: “Apa yang dikehendaki oleh bapaku itu?”

Sembah Demang Lebar Daun: “Adapun tuanku, segala anak cucu patek sedia akan jadi hamba ke bawah duli Yang di-Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhihatkan, dinusta dengan kata-kata jahat. Jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Shara’.”

Sang Si Perba pun bertitah: “Akan minta bapa itu hamba kabulkanlah. Tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba...”“Janji yang mana itu, tuanku?”“Hendaklah akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada anak cucu kita. Jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekali pun”. “Baiklah tuanku. Tetapi jikalau anak buah tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patek pun mengubahkanlah.”Titah Sang Si Perba: “Baiklah, kabullah hamba akan wa’adat itu.”

Mereka pun bersumpah-sumpahan serta berteguh janji, barang siapa yang mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbung rumahnya ke bawah, tiangnya ke atas. Itulah sebabnya anak Melayu tidak boleh derhaka kepada raja walau seburuk-mana sekali pun perangai raja itu... Kalau derhaka, maka tulah dimakan sumpah. Raja pula tidak boleh memberi aib atau malu terhadap anak Melayu walau besar mana sekali pun kesalahannya. Kalau dilakukan juga, raja itu akan jatuh juga nanti.

Selasa, 1 April 2008

Data Gelanggang

Gelanggang-Gelanggang Pusaka Gayong Seluruh Pulau Pinang
Kemaskini Terakhir Pada: 06 Jun 2009
Oleh: Panglima Hitam

Selasa, 11 Mac 2008

Seni Gayong

Assalamualaikum...........Salam sejahtera juga diucapkan kepada semua anak2 gayong tidak mengira mana2 pertubuhan baru lama,tujuan utama diadakan blog ini adalah bagi memberi peluang anak-anak gayong berinteraksi,memberikan pendapat,cadangan selain menilai aspek2 kegayongan yang semakin hari semakin dilupakan sedangkan apa yang kita semua maklum gayong adalah satu nama besar satu ketika dulu yang kita bangga2kan sebagai anak2 gayong yang setia pada mahaguru,pertubuhan,wakil mahaguru,ahli2 gayong.....Disini sama2lah kita berkongsi pendapat,pandangan,cadangan @ apa saja bahan yang dapat kita manfaatkan bersama demi mengembalikan kegemilangan gayong dipersada seni silat melayu agar gah dimata dunia....Sokongan daripada semua pihak sama ada pusaka gayong,gayong malaysia,gayong pasak,gayong warisan,gayong warisan serantau,sundang pusaka,gayong amerika & semua yang lahir daripada satu mahaguru yang amat kita banggakan ianitu Dato' Daeng Meor Abdul Rahman Bin Daeng Uda Mohd Hashim pengasas silat seni gayong malaysia...............Terima Kasih..

Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all