Sabtu, 24 Januari 2009

Teknik Serta Cara Membaca Gerak Lawan

Ramai pelatih tidak diajar cara membaca gerak lawan. Kalau diajar pun hanyalah selepas beberapa lama dalam seni beladiri ataupun kepada pelatih-pelatih terpilih sahaja. Selain itu, pengalaman yang menyakitkan yang menjadi guru. Di sini saya berikan sedikit tip untuk mengurangkan kesakitan anda.MataPerhatikan mata lawan. Kebanyakan orang akan menumpukan perhatian ke sasaran yang diingini sejenak sebelum menyerang. Contohnya, kalau serangan ingin dibuat ke bahagian bawah badan, matanya akan tertunduk sejurus sebelum menyerang. Kalau serangan ingin dibuat ke bahagian atas badan, matanya akan melihat ke atas. Kalau niatnya untuk bergelut, mata lawan biasanya tertumpu ke tangan atau pinggang anda. Sebagai peraturan, di mana mata melihat, di situ serangan akan disasarkan.TanganSebelum kita dapat bercakap, kita dapat berkomunikasi menggunakan bahasa pergerakan tangan. Penggunaan pergerakan tangan untuk memberi penekanan kepada komunikasi lisan masih merupakan juzuk penting dalam komunikasi hidup kita sehari-hari. Jadi, tidaklah hairan bahawa tangan banyak mendedahkan apa yang kita fikirkan. Salah satu pergerakan paling lazim di kalangan pelatih-pelatih baru adalah menjatuhkan tangan dan juga menarik tangan. Apabila seseorang itu menjatuhkan tangannya, biasanya ia adalah permulaan kepada serangan menggunakan kaki. Ini biasanya adalah hasil latihan yang tidak betul di mana pelatih berasa mereka perlu menggunakan tangan mereka untuk menyeimbangkan badan semasa menendang, dan ada juga seseorang itu menjatuhkan tangan untuk memberi laluan kepada tendangan mereka. Seseorang pelatih yang professional sedar tentang ini dan akan mengekalkan posisitangan bertahan yang bersesuaian semasa melakukan tendangan.Pergerakan paling lazim yang seterusnya adalah menarik tangan. Ramai pelatih menarik tangan mereka sebelum melakukan teknik tangan. Pelatih yang professional akan terus menumbuk, manakala yang amatur akan menarik tangan ke belakang sebelum menumbuk, lalu memberi amaran awal kepada pelatih yang peka.PernafasanSambil memerhatikan mata lawan, gunakan pandangan meluas (peripheral vision) dan juga deria dengar anda untuk mengenal rentak pernafasan lawan. Rentak pernafasan akan memberi amaran waktu ketika serangan boleh dan akan dilakukannya. Sebelum menyerang, kebanyakan orang secara tidak sedar akan melakukan amalan mental "1 - ke garisan, 2 - sedia, 3 - mula". Ini berlaku amat cepat tetapi akan mengikut rentak yang sama, pernafasan biasa semasa tahap "ke garisan", menarik nafas tiba-tiba semasa "sedia", dan menghembus nafas semasa menyerang. (Tetapi ada juga yang menahan nafas semasa menyerang.) Dengar pernafasan lawan anda, apabila anda dengar ada tarikan nafas yang tiba-tiba, perkara berikut yang anda akan lihat adalah serangan. Untuk menggunakan strategi mendahului serangan lawan, seranglah semasa dia mula-mula menarik nafas. Hampir tiada orang yang menyerang semasa menarik nafas.Badan antara bahu ke pinggangPosisi badan antara bahu dan pinggang boleh mendedahkan strategi lawan. Kekuda mengiring dengan pinggang menghadap 90 darjah ke tepi biasanya untuk menyerang dengan tendangan. Kalau pinggang berpusing dan mendedahkan lebih bahagian belakangnya, jangkakan serangan berpusing. Manakala pinggang yang menghadap anda, biasanya akan menyerang dengan teknik tangan atau gelut. Walaupun begitu, ada pengecualian. Kebanyakan aliran dan pertandingan melarang serangan ke bahagian belakang awan. Sesetengah pelatih memalingkan belakang badan mereka ke arah lawan mereka untuk menyorok sasaran sah dan untuk menyebabkan lawan 'foul' sekiranya lawan memukul belakang mereka. Taktik murahan ini boleh memenangkan anda piala tetapi tiada markah untuk kemahiran.KakiMenggunakan pandangan meluas, seseorang itu boleh mengesan tendangan yang bakal dilancarkan samada berdasarkan ketegangan atau kelambatan pada salah satu kaki lawan. Tendangan terkuat datang dari kaki belakang. Jadi, kaki belakang biasanya sedikit tegang sejurus sebelum menendang.Kalau lawan berada di luar jarak tendangan, dia perlu terlebih dulu merapatkan jarak. Apabila dia melangkah ke depan, kaki yang ingin menendang itu menjadi sedikit terseret di belakang.Pemahaman intelektual tentang bahasa badan adalah berguna semasa berlatih tetapi semasa pertarungan sebenar, seseorang itu mesti mengenal bahasa badan secara naluri dan ini hanya boleh dicapai melalui pemerhatian dan latihan berterusan. Lambat-laun anda akan terlupa bagaimana anda boleh nampak. Anda hanya nampak.MENYEMBUNYIKAN KOMUNIKASI BUKAN LISANPeraturan pertama dalam seni perang adalah bahawa semua perkara adalah tipu daya. Untuk berjaya, seorang strategis mesti belajar mengesan tipu daya musuh sambil mencipta tipu daya sendiri. Untuk menyembunyikan niat, matlamat dalaman dan kehendak kita, seseorang itu mestilah menyekat ketirisan komunikasi bukan lisan. Kita tidak dapat memanipulasi dan mengawal setiap suara, air muka dan ekspresi tubuh sepanjang masa. Walaupun mustahil untuk menyekat setiap tingkah laku, kita boleh mengawal sejumlah pergerakan kita secukupnya untuk memperdaya semua orang kecuali mereka yang tinggi kepekaannya. Ada tiga strategi umum untuk menghalang ketirisan dan memanipulasi komunikasi bukan lisan.Strategi Raja Satu cara untuk mencegah ketirisan komunikasi bukan lisan adalah dengan melakukan pergerakan badan seminima mungkin. Wajah menjadi topeng dengan air muka tertentu seperti konsentrasi ataupun bersahaja. Tangan bergerak setakat mana diperlukan untuk menyerang ataupun bertahan. Tubuh diam. Tiada pergerakan dibuat tanpa tujuan. Alasannya untuk meminimakan bahasa badan supaya sesiapapun tidak dapat mengesan apa-apa niat kita. Ini dikenali dengan Strategi Raja yang diambil dari pemerhatian bahawa dalam alam haiwan dan manusia, jantan atau lelaki yang paling dominan menunjukkan pergerakan badan yang paling sedikit. Kemahiaran mencegah ketirisan komunikasi bukan lisan adalah hasil pengawalan badan dan disiplin diri yang tinggi.Strategi BadutStrategi kedua adalah bertentangan dengan Strategi Raja. Ia melibatkan persembahan lakonan dan gerakan tanpa henti. Alasannya adalah untuk menunjukkan seberapa banyak bahasa tubuh yang mana mustahil bagi lawan untuk mengesan niat sebenar di sebalik persembahan luaran. Lawan tidak berupaya membaca gerak kita kerana terlalu banyak tingkah laku untuk ditafsirkan. Terdapat beberapa peranan yang badut boleh mainkan. Sesetengah berlagak marah, sesetengahnya membuat lawak dan usikan. Strategi ini juga mempunyai satu lagi kelebihan iaitu lawan anda akan memandang rendah keupayaan anda. Kata-kata pujangga bahawa jangan menilai buku melalui kulitnya adalah amat tepat dalam pertempuran tetapi bukan semua orang tahu tentang ini. Kalau anda berjaya membuatkan lawan anda mamandang rendah keupayaan anda, mereka cenderung kurang berhati-hati dan tindak balas mereka juga menjadi perlahan. Walaupun begitu, taktik ini menjadi sesekali sahaja.Strategi MusangIni adalah strategi paling susah kerana ia memerlukan kemahiran mengawal komunikasi lisan dan bukan lisan untuk menyadur tanda yang betul dengan tanda yang palsu. Ini adalah peralatan yang bahaya dan memerlukan kebolehan berlakon. Anda memanipulasi persepsi lawan untuk membuatkannya seperti boleh membaca gerak anda tetapi apa yang dia nampak hanyalah apa yang anda benarkannya nampak. Contohnya, anda boleh menjatuhkan tangan semasa menendang. Anda melakukan ini semasa melakukan serangan palsu supaya lawan dengan mudah mengenal pastinya sebagai tanda serangan dan akan bertahan dengan menjangkakan satu tendangan apabila melihat tangan anda jatuh. Apabila anda merapatinya dengan tipu daya ini dan mengetahui bagaimana lawan anda bertindak balas kepada tipudaya ini, anda serangnya di bahagian badan lainnya yang terbuka.Untuk menang anda mesti kenal musuh dan diri anda sendiri. Anda boleh mengenal musuh dengan memerhatikan bahasa tubuhnya. Mengenal diri sendiri adalah untuk mengetahui bahawa anda juga berkomunikasi melalui bahasa tubuh dengan orang lain. Gunakan satu atau lebih strategi di atas untuk menyembunyikan atau mengelirukan komunikasi anda dan kemudian tunggu lawan anda membuat kesilapan.SENI TIPU MUSLIHATTipu muslihat adalah satu strategi yang sudah bertahan lama kerana alasan yang mudah iaitu iaberkesan. Dari medan peperangan sepanjang zaman hinggalah ke lorong-lorong belakang kota-kota metropolitan, pengamal-pengamal seni beladiri telah menggunakannya untuk membantu mereka mengalahkan musuh-musuh yang lebih kuat. Konsep tipu muslihat adalah untuk melakukan teknik-teknik seperti tumbukan, tendangan, pertukaran kekuda atau lain-lain secukup sekadar untuk memperdaya musuh anda untuk beranggapan bahawa anda akan melakukan satu pergerakan penuh. Kemudian, sebaik sahaja dia bertindakbalas kepada teknik anda yang tidak penuh itu, anda lakukan sesuatu yang lain pula untuk memukulnya.Namun terlalu ramai pengamal-pengamal seni beladiri melakukan tipu muslihat yang tidak mungkin dipercayai dan oleh itu gagal mendapat reaksi yang sepatutnya daripada lawan mereka. Untuk mencegah ini, tipu muslihat anda mestilah satu teknik yang benar-benar betul, hanya tidak sepenuhnya.Lakukannya dengan cukup menyakinkan, dengan memasukkan sekali pergerakan badan dan malahan riak muka. Lawan anda akan memberi reaksi yang mana akan menyebabkannya terdedah kepada teknik kedua anda iaitu serangan yang sebenar-benarnya.Satu tipu muslihat yang bagus juga boleh memecahkan penumpuan lawan anda dan menyebabkannya tergamam apabila dia sedar bahawa tiba-tiba teknik yang cuba dia atasi tidak lagi wujud di tempat yang sepatut ia berada. Seseorang pengamal seni beladiri yang hebat tidak semestinya seorang yang pantas, tetapi memiliki kebolehan untuk memukul lawannya bila-bila masa yang diingini, terutama apabila dia memperdaya lawannya dengan tipu muslihat yang boleh dipercayai.Ramai orang samada membuat tipu muslihat yang lemah ataupun membuat tipu muslihat yang tidak sesuai pemasaannya. Di sini adalah beberapa tip yang boleh memajukan kemahiran tipu muslihat anda supaya menjadi sebagus pengamal seni beladiri yang hebat.a. Buat tipu muslihat jika anda ada susulan untuk dilakukan. Amatlah mengarut sekali sesetengah pengamal seni beladiri membuat tipu muslihat yang cantik dan tidak melakukan sesuatupun kemudian. Tipu muslihat itu sendiri adalah tidak berguna dan boleh membuat kamu terdedah kepada bahaya. Tipu muslihat adalah bertujuan untuk mencipta ruang peluang. Kalau anda tidak bertindak selepas membuat tipu muslihat kerana anda tidak pasti apa yang perlu dilakukan, peluang itu akan tersia-sia begitu sahaja dan anda pula mungkin berakhir dengan meludah keluar tanah yang datang dari kasut lawan.b. Beradalah di jarak yang betul untuk apa-apa teknik anda rancang sebagai susulan. Kalau anda terlalu dekat atau terlalu jauh darinya, apa-apa pembukaan yang anda ciptakan akan tertutupsemula sebelum anda sempat memanfaatkannya. Kalau anda ingin melakukan sepak laying, janganlah anda tipu dengan pukulan siku kerana akan menjadi terlalu dekat untuk melakukan sepakan yang sempurna. Begitu juga, janganlah tipu dengan tendangan sisi apabila anda merancang untuk membuat susulan dengan hentaman kepala (headbutt). Juga perlu diingatkan bahawa kalau anda tipu terlalu jauh di luar jarak tempur berkesan anda, lawan anda akan tahu serta-merta bahawa anda hanya sedang menipu dan dia akan lebih berwaspada.c. Tiada dua orang pun yang akan memberi reaksi yang sama kepada sesuatu tipu muslihat.Sesetengahnya kerap terlompat-lompat seperti monyet yang dibaling sesuatu dan sesetengah yang lain pula akan hanya melihat anda seperti lembu merenung kereta yang lalu-lalang. Jumlah pengalaman dalam seni beladiri, keletihan, mabuk, ketagihan dadah dan malahan kelembaman semuanya mempengaruhi cara manusia bereaksi.d. Pengalaman diperlukan untuk mengetahui sebanyak mana pergerakan untuk mencetus tindak balas. Lakukan sedikit sangat dan lawan anda tidak akan sedar apatah lagi bertindakbalas. Lakukan terlalu banyak dan anda pula tidak akan sempat melakukan serangan sebenar. Lakukannya terlalu jauh dari lawan anda dan dia akan hanya akan tertawakan kamu. Lakukan ujikaji untuk mengetahui apa yang paling berkesan dalam situasi yang pelbagai.e. Jangan guna tipu muslihat terlalu banyak semasa tempur jalanan. Pengamal seni beladiri dalam gelanggang sukan tempur ada beberapa pusingan untuk menduga sesama sendiri, uji kaji dengan tipu muslihat dan meneroka teknik-teknik serangan dan belaan. Di jalanan, pertempuran biasanya bertahan beberapa saat sahaja, jadi tiada masa untuk menari-nari atau terlompat-lompat dan melakukan tipu muslihat. Anda tidak mahu memanjangkan tempoh pertempuran dari yang sepatutnya. Terbaik biasanya adalah melakukan tipu muslihat sekali dua sahaja dan tamatkan pertempuran dengan teknik susulan anda.Latihan kemahiran tipu muslihat anda untuk pertempuran jalanan.Berhadapanlah dengan pasangan anda dan lakukan semua tipu muslihat anda menggunakan kepala, tangan, kaki, langkah dan malahan suara. Pasangan anda hendaklah memberi maklum balas yang jujur. Kalau dia rasa tipu muslihat anda tidak cukup menyakinkan, dia harus memberitahu sedemikian. Jangan pula anda ambil hati dengan maklum balasnya dan memarahinya. Belajar dari kritik dan berusaha betulkan masalah itu. Di sini ada beberapa helah yang anda boleh cuba. Helah-helah ini mudah sahaja.Ubah paras serangan. Lakukan serangan olok-olok ke kaki lawan dan apabila dia bergerak untukmenangkis, pukul dia di muka. Semakin luas paras ini, semakin sukar baginya untuk menahan serangan susulan anda. Kalau anda tidak berupaya memukul pada jarak paras yang amat luas, lakukan pada jarak paras yang kurang. Tipu dengan tumbukan lurus ke mukanya dan apabila dia mengelakkan kepalanya, lakukan tumbukan yang keras ke ulu hatinya.Ubah sisi. Lakukan serangan olok-olok ke satu sisi badannya dan apabila dia bergerak untukmelindungi sisi badan itu, pukul sisi badannya yang satu lagi. Sebagai contoh, lakukan tumbukansauk kiri ke mukanya dan apabila dia mengangkat tangan untuk menangkisnya, lakukan pukulan telapak tangan kanan ke sisi lain mukanya. Tipu tumbukan ke kanan badannya dan kemudian tendang ke kiri badannya.Kesimpulannya, dalam mempertahankan diri tiada istilah adil. Mempertahankan diri bukan bermakna kalau musuh menumbuk dan anda juga menumbuk, kalau musuh menendang anda juga menendang. Apa yang penting anda mesti menang dan untuk menang kalau cara biasa tidak berkesan, tipu muslihat adalah penyelesaiannya. Selamat berjaya!



Sumbaangan Ikhlas Dari:

Muhammad Amirul Naim Rosmi(naim_hitamkuning@yahoo.com.my)
p/s:artikel ni bkn sy yg punyatapi dikirim oleh seorng kawan..harap dapat membantu...

Ahad, 4 Januari 2009

Pusaka Gayong At Pesta Pulau Pinang 2008 Video Collection!!!

Training Sebelum Berangkat Ke Pesta Pulau Pinang 27.12.2008


Persembahan Oleh Cikgu Shuhaimie & Madi(Remp-it) 20.12.2008

Seni Keris Oleh Cikgu Mon & Cikgu Akmal 20.12.2008

Permainan Parang Oleh Cikgu Mie & Cikgu Wan 20.12.2008

Last Update: 04 Desember 2008

Sabtu, 3 Januari 2009

Daftar Sebagai Ahli Di Pusaka Gayong Forum Sekarang!!!







Assalamualaikum........


Sukacitanya disini saya ingin menjemput semua pengunjung-pengunjung setia blog ini untuk sama-sama memeriahkan lagi forums yang kami sediakan bagi sama-sama kita membincangkan apa-apa sahaja perkara yang melibatkan silat gayong atau yang difikirkan baik serta berguna untuk kita bersama selain bersua dapat kenal antara satu dengan yang lain. Diingatkan,anda digalakkan untuk membentangkan tajuk-tajuk utama jika terdapat sebarang idea yang memerlukan pendapat dari ahli yang mendaftar. Disini juga saya ingin tekankan,sebarang bentuk ugutan,perkara-perkara yang melampaui batas & yang difikirkan tidak harus dipamerkan oleh webmaster akan dipadam tanpa meminta persetujuan daripa ahli..


Harap maklum,tujuaan forums ini dibagunkan adalah untuk sama-sama kita warga gayong,pelawat-pelawat,pencinta silat & sesiapa sahaja untuk berkongsi maklumat,pendapat serta informasi-informasi terbaru selain dari bertukar-tukar pendapat.

Link Ke Pusaka Gayong:
http://www.freewebs.com/gayong/apps/forums/


Webmaster Pusaka Gayong Pulau Pinang

Panglima Hitam

Isnin, 29 Disember 2008

Pusaka Gayong Gegarkan Pesta Pulau Pinang 2008!!!

Alhamdulillah,dengan limpah kurnia Ilahi..anak-anak gayong pulau pinang telah berjaya melakukan demonstrasi silat di tapak pesta sungai nibong pada setiap hari sabtu & ahad sepanjang pesta pulau pinang dijalankan. Dengan bilangan yang tidaklah seramai mana dengan bantuan dari gelanggang kampung terang yang diwakili oleh Abg Anuar,terima kasih kerana sudi menjemput serta memberi peluang untuk kami bersama-sama menyerikan kehadiran Pesta Pulau Pinang kali ini dengan permainan pencak silat. Antara yang terlibat adalah Cikgu Helmi,Cikgu Zul,Cikgu Aliff Afnan,Cikgu Akmal,Cikgu Mon,Cikgu Atan,Cikgu Man Jr. & wakil srikandi Cikgu Wafaa(dari seberang perai),Cikgu Wan,Cikgu Shuhaimie & Madi (dari gelanggang stunami) serta Jurulatih-Jurulatih Gelanggang Kampung Terang,tidak dilupakan juga kepada Ketua Panglima Hitam PSSPGM Pulau Pinang Cikgu Ridzwan(PA) yang sudi datang memberikan semangat serta nasihat sebelum & selepas persembahan dijalankan..Mudah-mudahan dengan berkat syafaat,kami dapat belajar diatas kesilapan yang berlaku disebabkan oleh kelemahan kami serta kekurangan latihan sebelum mempersembahkan kepada umum. Antara aktiviti sepanjang persembahan kali ini,kami mempersembahkan permainan Masal serta tempur berantai yang jarang kalinya dipersembahkan di demo2 sebelum ini diatas ketidakstabilan jurulatih 7 sedikit masalah dalaman,alhamdulillah dengan usaha keenam-enam jurulatih(Cigu Helmi,Cikgu Aliff,Cikgu Mon,Cikgu Akmal,Cikgu Zul & Cikgu Atan Jr.)kami berjaya melakukannya dengan aga sempurna sepertimana yang dirancangkan..Begitu juga seni permainan rotan yang dipersembahkan oleh Cikgu Shuhaimie & pasangannya madi remp-it berjaya menarik pengunjung dengan aksi-aksi spontan mereka,tak kurang juga ikgu Aliff dengan permainan solonya yang sememangnya solo(belum kawin) & masih mencari-cari peganti ******* tetapi tetap bersemangat dengan tapak buka serta tutup gelanggang dengan penuh kesenian. Dengan bersaksikan pengunjung yang semakin ramai,kami mempersembahkan seni pisau,walau pun agak kucar kacir tetapi masih dapat dikawal oleh Cikgu Atan Jr. & pasangannya Cikgu Man Jr.. Apabila keadaan semakin panas,kami mempersembahkan seni parang daripada dua jurulatih gelanggang kampung terang yang memulakan permainan dengan tangan kosong seterunya diikuti permainan parang berjaya membuat penonton terpukau dengan ketangkasan serta kemahiran yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasangan ini sehinggakan ada pelancong yang ternganga(terlopong) melihat aksi kedua jurulatih muda ini,kami tidak berhenti disitu apabila tempur parang sudah selesai dimainkan,kini giliran dua lagenda jurulatih pulau pinang Ckgu Mon (Ahmad Halimi) & Cikgu Akmal menunjukkan kebolehan mereka bermain permainan keris yang memang kita akur akan kepayahan permainannya kerana perlu mengatur gerak serta penuh dengan tari yang berseni bak pendekar yang sedang bertarung bagi mempertahankan maruah negaranya,dengan aksi-aksi yang menarik,kini tibalah masanya satu lagi persembahan tempur oleh pasangan terakhir Cikgu Helmi & Cikgu Zul bagi mempersembahkan permainan parang panjang wakil PSSPGM Pulau Pinang.Dengan aksi-aksi yang menarik serta konsisten,tetapi agak kurang baik parang yang mereka guna melekat & hampir tidak boleh dicabut kerana terlalu dalam..tetapi dengan kesabaran serta pengalaman daripada dua jurulatih senior ini berjaya meneruskan permainan yang agak membanggakan dengan gerak tari yang gagah bak seorang panglima sedang bertarung habis-habisan serta dengan kesungguhan serta keazaman,akhirnya permainan dapat ditamatkan dengan selamat.Setelah selesai semua persembahan pencak,kini tiba masanya anak-anak gayong menunjukkan aksi senaman gayong yang sememangnya terkenal dengan berbagai-bagai cara yang digunakan bagi melepasi halangan.Lompatan yang dipamerkan agak unit serta menarik pengunjung serta peminat pencak silat daripada berganjak..Ini yang dikatakan demo Gayong,sampaikan acara tutup gelanggang sekali pun masih ditunggu oleh penonton serta ada yang sempat mengambil gambar. Sungguh terharu kami anak-anak Gayong. Setelah selesai persembahan,sesi fotografi diambil bagi kenag-kenangan serta rujukkan pihak blogger & web Pusaka Gayong Pulau Pinang. Acara seterusnya,apa lagi bila semua dah selesai & pakaian ditukar,kami sepat menyejukkan tekak dengan singgah minim serta makan disalah satu gerai yang terdapat didalam Pesta,sambil bersembang-sembang sesama datang Cikgu Ridwan(Gelanggang Stunami) dengan Isteri beliau memberikan berita yang agak gembira pada kami kerana beliau sempat merakamkan detik-detik manis kami melakukan persembahan sebentar tadi.


Untuk makluman semua,video tersebut masih dalam proses & pihak blogger akan meletakkan video tersebut apabila sudah mendapatkannya nanti..

Apabila sudah selesai makan,apa lagi? anak muda la katakan...hehehe,pantang masuk pesta free...Kami teruskan ke tapak permainan,ish! memang ramai manusia-manusia yang berbilang aum,keturunan,bangsa,agama,negara & negeri yang terdapat disitu..Banyak permainan-permainan yang menarik disediakan untuk sesiapa saja yang berminat bagi menguji tahap kekuatan jati diri.....!

Mudah-mudahan akan ada lagi pihak-pihak berwajib dapat mengetegahkan seni silat melayu ini untuk tatapan umum.....Mudah-mudahan usaha daripada pihak kebudayaan negeri serta pesta pulau pinang akan diteruskan agar silat tidak dilupakan oleh masyarakat tanah melayu ini...

"Tempana Nipis Nama Asalku,
Besi Tua Ditanah Jawa,
Hidup Kembali Kebudayaan Bangsaku,
Tak Melayu Hilang Didunia"




Sabtu, 6 Disember 2008

Korban & Pengorbanan? Anak Gayong......

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyanyang. Yang Maha Adil dan tidak akan sekali-kali berlaku zalim ke atas makhluk-Nya. Semoga coretan ini menjadi iktibar bagi diri ini dan anda. Aku memohon perlindungan daripada-Nya daripada ilmu yang sia-sia dan tipu daya syaitan dalam beragama. Semoga Allah memelihara kita di dalam perjalan mencari agama-Nya. Apakah pengorbanan yang telah kita berikan demi menegakkan kebenaran serta memartabatkan ilmu Gayong yang telah ditinggalkan kepada kita generasi masa kini untuk kita sama-sama memikul serta memperjuangkan selain mempertahankannya agar tidak pupus dielan zaman & mudah-mudahan dapat dilhat,diwarisi oleh anak-cucu kita nanti bagi menyambung seni warisan melayu tua ini & menyampaikan kepada generasi-generasi akan datang! Ini adalah salah satu pengorbanan yang seamatnya mulia apabila seorang pewaris Gayong iaitu kita menjadikan contoh yang baik bagi dipertontonkan oleh generasi sekarang & aan datang agar ia dapat dinilai serta diikuti seterusnya menjadikannya sebagai salah satu contoh untuk memartabatkan ilmu silat Gayong ini dengan seikhlas-ikhlasnya...
Mari kita menyingkap zaman dimana yang berbahagia ayahda cikgu Abdul Majid mengenal,mempelajari,mengamal,menjaga,mempertahan serta memperjuangkan ilmu silat seni gayong ini sehingga sampai masa ini yang mana ia tidak mengharapkan walau sedikit penghargaan,pangkat atau apa saja bantuan daripada anak-anak Gayong yang pernah diberikan tongkat untuk mereka berpegang takkala kaki mereka tidak lagi mampu untuk menahan bebanan tubuh badan mereka..Apakah yang mereka berikan?selain dari kata fitnah yang tidak putus-putus dari zaman Arwah Dato' Meor Rahman sehingga kini..Dimanakah perginya budi bicara,sopan santun,sahsiah serta adap orang melayu timur yang diagung-agungkan serta yang diwar-warkan pada banga asing!? Apakah dengan kata-kata fitnah,tohmahan serta hasat dengki yang akan mengambarkan latar belakang kita sebagai bangsa melayu?..Sama-samalah kita merenung masa,mudah-mudahan setiap amal kebaikan yang kita taburkan demi menegakkan kebenaran serta menaikkan nama Gayong dikenang serta dihargai pengorbanan yang kita lakukan pada hari ini.....
Pada saudara-saudaraku seahli seGayong denganku generasi baru atau lama walau pun berlainan kepimpinan,pertubuhan,pembawakan atau apa sahaja..tapi kita tetap sedarah,sedaging,sekendi,seperminum,sejalan,sejadi..berpegangkan ilmu Gayong sebagai matapelajaran,Dato Meor Abdul Rahman sebagai Mahaguru..,ingatlah serta marilah kita sama-sama menjaga kesenian imu silat ini agar terus gah dimata dunia sepertimana semasa hayat Dato Meor dahulu..marilah kita sama-sama berkorban sedikit selisih faham guru-guru tua kita,kita buka lembaran baru serta kita bersatu agar kita lebih kuat dari sekarang bak kata pepatah "Bersatu Kita Teguh,Bercerai Kita Roboh".."Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang,Disatu Masa Kembali Bersatu Teguh" satu kata-kata keramat yang selalu kita laung-laungkan bagi menaikkan semangat untuk kita memulakan detik-detik penyatuan,tetapi jika tiada sebarang usaha susulan & pengorbanan dari semua pihak kata-kata ini akan musnah ditelan zaman...Diharapkan pada generasi-generasi muda,janganlah kita berbalah sesama sendiri,marilah kita sama-sama mengengam tangan seGayong,mengangkat martabat silat Gayong,yakin bahawa setiap kesilapan dapat ditebus dengan kesepakatan serta pengorbanan yang kita usahakan dengan fikiran yang waras serta kata-kata semangat yang ngeri menjadikan kita anak-anak Gayong dapat berpegang erat memikirkan cara & bagaimana agar kita dapat bersama walau hanya beberapa ketika sahaja.
Memang tiada noktahnya jika kita hanya berbincang di forum-forum atau kertas atau apa saja tempat serta keaadaan jika tiada kata sepakat,susulan untuk bersama/bersatu & merialisasikan apa yang kita harap-harapkan selama ini.....Mudah-mudahan kita dapat berfikir dengan sebijak-bijaknya,insya'Allah..
'
'
*PATAH TUMBUH,HILANG BERGANTI*

"..Acap-acap di tepi laut,
Buaya ganas melintang kuala,
Sebelum ajal berpantang maut,
Takkan Melayu hilang di dunia.."

Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all