Selasa, 18 Mei 2010

Selamat Hari Guru, Cikgu.....

Assalamualaikum & salam sejahtera…

Dua hari telah berlalu
Email,SMS, MMS masih bertamu
Kad dan nota juga tak jemu
Selamat Hari Guru
Terima Kasih
Cikgu!
Tapi… Layakkah Aku?


Setengah tahun hampir bertemu
Berapa waktu ku biarkan berlalu
Murid di gelanggang tanpa guru
Terima Kasih Cikgu!
Layakkah Aku?


Hari-hari ke gelanggang tak menentu
Kekadang lewat, bukan selalu
Ku biar murid terus menunggu
Terima Kasih Cikgu!
Layakkah Aku?


Kursus demi kursus diberikan aku
Ingin ku marah bimbang akan tersalah laku
Nanti hilang dek saman malu
Terima Kasih Cikgu!
Layakkah Aku?


Murid berkelahi sememangnya permainan ku
Biar luka datang menghinggap ke dada ku
Namun tugas murni mu hanyalah mendidik ku
Terima kasih cikgu!
Layakkah Aku?


Sekian, wassalam
Hanya sekadar nukilan buat musabah diri sendiri…



Rabu, 5 Mei 2010

Lawatan IPTB Ke Gelanggang Pusat

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi dengan berkat serta limpah kurnia-Nya pada 3 Mei 2010 terukir satu sejarah yang mungkin amat bermakna pada setiap pesilat-pesilat dari Gelanggang Institut Perguruan Tuanku Bainun, Bukit Mertajam (IPTB) dengan terjejaknya kaki ke Gelanggang Pusat Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) bertempat di Kampung Guar Nenas, Gurun Kedah Darul Aman... Seramai 40 peserta lawatan putra dan putri dengan dua Gurulatih iringan beserta guru penasihat tiba di Gelanggang Pusat kira-kira jam tujuh malam dan disambut dengan senyuman mesra oleh yang berbahagia Dato' Raja Abdul Majid bersama Datin pabila melihat semangat anak-anak muda ini menuju ke perkarangan rumah mereka.
Semangat: Inilah Gaya Semangat Seorang Pejuang Sejati
'
Selain dari lawatan ke Gelanggang Pusat PSSPGM, 6 penuntut baru PSSPGM dari gelanggang IPTB telah di perlimau sebagai tanda murid baru dan 5 penuntut untuk mandi seni juga menerima pancaindera sebagai satu warisan dari Seni Gayong. Mungkin pada pada pandangan kasar anak-anak muda ini terlalu sibuk dengan pembelajaran sarta taugaas-tugas lain di IBTB namun dengan keinginan untuk melihat sendiri Gelanggang Pusat yang penuh dengan cerita suka dukanya yang juga pusat latihan atau penghasilan jaguh serta pendekar melayu dari dulu hingga kini. Walau dengan kedaifan serta tidaklah semewah mana tempat yang mana telah banyak menabur jasa dan baktinya berbanding gelanggang utama cawangan-cawangan negeri namun ia bukan saja telah melakarkan seribu satu sejarah tetapi semangat bagi menyatukan hati-hati serta menjadi pelantar atau platfom utama anak-anak Gayong mengulangkaji dan menambah pelajaran.

Hebat: Aksi Spontan Yang Ditunjukkan Dari Anak-Anak Gayong Pusat

'

Sesukar penglihatan seindah seni dan semanis kenangan...mungkin itu yang dlapat saya ungkapkan sebagai kata-kata lain yang mana mengambarkan apa yang akan diperolehi dari Gelanggang Pusat, seperti yang saya katakan tadi walau keadaan gelanggang tidak lah sehebat gelanggang-gelanggang ditempat lain dan seindah gelanggang-gelanggang cawangan di setiap negeri namun penghasilan pewaris generasi muda sebagai salah seorang pendekar yang hebat dan kebanyakkan dilahirkan disini.

Lagak Pendekar: Usia Bukan Penghalang

'

Lawatan kami juga bukan saja disambut dengan keramahan serta senyuman yang amat bernilai dari Ayahnda Dato' Raja Cikgu Abdul Majid tetapi diserikan dengan penerangan ringkas sejarah Gayong oleh tokoh-tokoh Gayong lama yang bersama Pusaka Gayong serta persembahan pencak silat oleh anak-anak Gayong pelapis PSSPGM pusat sendiri. Sememangnya setiap kata-kata dan penerangan yang diberikan amat bermakna sebagai penambahan ilmu pengetahuan tentang sejarah, perjalanan dan pengorbanan pejuang-pejuang Gayong lama ini sebagai pedoman untuk generasi muda masa kini memikirkan tentang susah dan payahnya untuk menjaga, mewarisi seterusnya memperjuangkan Gayong sejak zaman Dato' Mahaguru Paduka Meor Abdul Rahman hingga ke hari ini.

Kenangan: Srikandi IPTB Sempat Bergambar Bersama Datin

'

Semoga setiap nasihat dan kata-kata semangat serta harapan yang disampaikan oleh pewaris-pewaris ilmu Gayong ini sedikit sebanyak dapat memberikan satu kekuatan untuk generasi muda ini menyambung, mengekal, mewarisi serta menjadi salah satu dari tunjang utama untuk membawa dan menyatukan kesemua anak-anak Gayong yang dilahirkan oleh Mahaguru Dato' Meor dengan kebijaksanaan serta kewibawaan berbekalkan ilmu pengetahuan serta keterbukaan untuk bersatu bak kata tujuh hulubalang anak raja bugis dengan kata-kata
"Pecah Gayong Didalam Dulang,
Dulang Hanyut Dilautan Tujuh,
Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang,
Disuatu Masa Kembali Bersatu & Teguh.."

semoga ia dapat memberi kita untuk berfikir kenapa dan mengapa kata-kata ini lahir, tepuk dada tanyalah iman....


*Antara Gambar-Gambar Kenangan Yang Sempat Kami Rakamkan*


Khamis, 11 Mac 2010

Seminar & perwakilan Agong Kali Ke-23

Assalamualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan kepada saudara-saudaraku yang sealiran segayong,sekendi,seperigi,seperminum,sejalan,sedarah dan sejadi...... Informasi terkini daripada pihak Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) Pusat, Gurun Kedah darul Aman.

Adalah dengan sukacitanya dijemput Dato' Seri/Dato'/Datin/Cikgu/Tuan/Puan ke Seminar Adat dan Halatuju Pusaka Gayong serta Persidangan Perwakilan Agong PSSPGM (Mesyuarat Agong) sesi 2009/2010 kali ke-23 adalah seperti berikut;

Tarikh: 20 Mac 2010 (Hari Sabtu)

Jam: 8:00am hingga 12:00pm
-Seminar Penerangan Adat Dan Halatuju Pusaka Gayong Malaysia.

2:30pm hingga 6:00pm
-Persidangan Perwakilan Agong Sesi 2009/2010

Bertempat: Merdeka Beach Resort, Pantai Merdeka Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
*Untuk tempahan bagi penginapan, sila rujuk dan hubungi pihak resort bagi tindakan susulan ditalian 04-4377555 (Kos Penginapan Adalah Tanggungjawab Anda Sendiri)


Antara Agenda Yang Akan Diperbincangkan adalah seperti berikut;

8:00am~ Pendaftaran Para Peserta Seminar

8:15am~ Tayangan Multimedia Sejarah Dan Perkembangan Pusaka Gayong Malaysia

8:30am~ Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

8:40am~ Ucapan Aluan YDP PSSPGM

9:00am~ Ucap Utama Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim Selaku Ketua Imam Khalifah Besar

9:30am~ Minum Pagi

10:00am~ Pembentangan Kertas Kerja 1 Dan Sesi Soal Jawab

11:15am~ Pembentangan Kertas kerja 2 Dan Sesi Soal Jawab

12:30pm~ Makan Tengahhari Dan Solat Zohor

2:30pm~ Pendaftaran Persidangan Perwakilan Agong PSSPGM Sesi 2009/2010 Kali Yang Ke-23

3:00pm~ Ucapan Aluan YDP
3:15pm~ Ucapan Dan Perasmian Persidangan Perwakilan Agong Sesi 2009/2010 Oleh YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Bin Abdul Razak, Menteri Besar Kedah Darul Aman (tertakluk kepada persetujuan dan pindaan)

3:30pm~ Jamuan Petang

4:00pm~ Pembentangan Laporan Setiausaha Agong

4:15pm~ Pembentangan Dan Pengesahan Laporan Kewangan

4:30pm~ Perbahasan Usul

5:00pm~ Rehat Dan Solat Asar

5:20pm~ Sambungan Perbahasan Usul Dan Sidang terbuka

5:45pm~ Ucapan Penangguhan YDP

6:00pm~ Doa Dan Bersurai



***
Kesemua Agenda Dan Masa Adalah Tertakluk Kepada Pindaan Jika Perlu

  • Semua AJK majlis jawatankuasa agong (AJK Pusat Latihan Tertinggi) diminta memberi maklumbalas kepada Setiausaha Agong atau Penolong Setiausaha Agong Pusat.

  • Sila hantar atau maklumkan senarai pengesahan perwakilan cawangan seramai 5 orang dan perwakilan Bahangian Negeri seramai 8 orang kepada pihak Setiausaha Agong. BAgi yang tidak mewakili cawangan atau negeri, sila hubungi terus kepada pihak Setiausaha Agong untuk pengesahan.

  • Yuran tahunan ahli pertubuhan bagi semua perwakilan berjumlah RM3.00 setiap orang dan akan dikutip pada hari pendaftaran tersebut. Bagi perwakilan yang telah menjelaskan yuran melalui setiausaha masing-masing, sila kemukakan resit atau dokumen yang berkenaan.

  • Sebarang usul atau "usul tergempar" hendaklah dikemukakan bertulis kepada pihak Setiausaha agong untuk pertimbangan atau dibahas semasa persidangan dijalankan. Usul hendaklah ditulis dengan jelas serta mudah difahami dan mempunyai nama pencadang serta penyokong bagi ahli cawangan atau bahagian negeri yang disahkan jawatannya.

  • Pakaian rasmi BAJU MELAYU HITAM adalah DIWAJIBKAN bagi pihak AJK PUSAT. Para perwakilan lain adalah digalakkan berpakaian sedemikian atau berbaju BATIK.

  • Sila sahkan kehadiran para peserta seminar dan perwakilan persidangan agong kepada pihak Setiausaha Agong dengan kadar segera untuk tindakkan susulan seminar, persidangan dan makan minum peserta.

Dengan ini pihak kami amat berharap agar kerjasama serta tindakkan drastik daripada kesemua wakil-wakil cawangan dan negeri bagi penyertaan seminar dan perwakilan persidangan amatlah kami harapkan serta hargai. Semoga segala usaha murni yang kita lakukan ini akan diberkati serta Rahmat dari Allah S.W.T.

Sekian, terima kasih.

Wassalam...

*HIDUP MULIA MATI SHAHID*

Yang Menjalankan Tugas,

CIKGU RUSLI BIN HASHIM
Penolong Setiausaha Agong
Majlis Jawatankuasa Agong Sesi 2008/2009
Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia
No Tel: +6019-59004491 Email:
hrusli61@tm.net.my

sk,
YDP PSSPGM, Setiausaha Agong & Fail




Khamis, 4 Februari 2010

Mesyuarat AJK Pusat,Perjumpaan Guru & Ketua Adat


Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Panggilan ini ditujukan kepada semua anak-anak Pusaka Gayong Malaysia. Mesej daripada Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) Pusat. Kepada semua yang terlibat diminta menghadirkan diri bagi mesyuarat AJK pusat, perjumpaan guru-guru baru dan lama serta Ketua-Ketua Adat PSSPGM pada:


Hari: Ahad
Tarikh: 14 Februari 2010
Tempat: Pusat Latihan Tertinggi PSSPGM, Gurun Kedah
Masa: 2.30 petang




terima kasih,


Khamis, 14 Januari 2010

Demo Ditapak Ekspo Seberang Jaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan kepada semua pelawat serta pengunjung setia laman blog Pusaka Gayong Negeri Pulau Pinang ini.. Kami memohon maaf sekiranya blog ini sudah sekian lama tidak dikemaskini disebabkan kesibukkan admin serta penulis-penulis jemputan dari kalangan Jurulatih Pusaka Gayong Negeri dan Pusat.

Selain kesibukkan adakalannya banyak aktiviti serta program-program yang melibatkan PSSPGM Negeri Pulau Pinang tidak dapat dirakamkan gambar sebagai bahan utama yang selalu kami kongsikan bersama dengan anda. Insya'Allah, kami akan memempertingkatkan mutu dari segi info serta maklumat terkini mulai sekarang sempena tahun baru 2010 ini.
Disebalik Tabir: Camera Man Yang Telah Banyak Berjasa Untuk Demo Kali Ini.. Terima Kasih Bro!

Sesungguhnya, dari awal bulan 12 hinggalah ke 9 Januari 2010 PSSPGM Pulau Pinang tak putus-putus diberi keutamaan bagi mempersembahkan salah satu dari seni warisan melayu yang masih terpelihara keseniannya di negeri Pulau Pinang ini.
Bermulanya dengan jemputan persembahan dirumah-rumah kenduri sekitar seberang perai dan tanjung, majlis-majlis keramaian, kesenian dan tak lupa acara persembahan di tapak Pesta Pulau Pinang Sungai Nibong pada 14 dan 15 Disember tahun lalu. Begitu indah seni melayu sehinggakan satu jemputan eksklusif yang dijemput khas bagi majlis yang dianjurkan oleh kaum cina yang bertempat di Jalan Lebuh Acheh bersama-sama dengan silambam dan lain-lain seni dari warisan yang terdapat di Pulau Pinang lagi.
Apa Nie: Ni Nak Demo Ke Nak Training Nie?..
;
Mungkin jika kita dapat lihat dan kongsikan bersama setiap aktiviti-aktiviti ini adalah cukup indah dan menarik kerana ianya adalah salah satu dari cabang promosi bagi seni silat terutama Pusaka Gayong di Pulau Pinang.
Alhamdulillah, sambutan dari hari ke hari makin meningkat walau pun dalam sedar atau tidak ada sekelompok manusia yang tidang senang dengan semua ini namun kami teruskan jua. Niat kami ikhlas bagi menyambung serta cuba memperketengahkan seni silat di negeri ini sebaik yang kami mampu.

Seni & Disiplin: Para Jurulatih Mempersembahkan Tapak Asas Gayong

Berbalik kepada tajuk asal, kali ini PSSPGPP telah dijemput bagi mengadakan persembahan seni silat oleh NISA Negeri Pulau Pinang melalui Timbalan Ketua Negeri Cik Mazlina Jamaludin yang menghubungi pihak kami dari tahun lepas memohon satu persembahan diadakan bagi bersama-sama memeriah serta meraikan majlis Sambutan Dua Dekad Dewan Muslimat Pas Kawasan Permatang Pauh pada 9 Januari 2010 bertempat di Tapak Ekspo Seberang Jaya.
Disini kami ingin tekankan yang Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia akan memerima sesiapa atau mana-mana pihak, pertubuhan, ngo atau parti politik sekali pun jika benar niat untuk menjemput kami untuk mengadakan persembahan pencak silat dan tidak mengira dari mana datangnya jemputan itu selagi ianya tidak melanggar perlembangaan Gayong dan Agama Islam.

Srikandi Gayong: Pesilat Puteri Tidak Ketinggalan Bersama Dalam Demontrasi Pada Petang Itu..

Persembahan kami kali ini agak menarik kerana kami diminta melakukan dua persembahan dalam satu hari yang mana persembahan pada sebelah paginya bagi menyambut tetamu VIP bagi acara perasmian selama lima minit dan sebelah petangnya pula acara kemuncak persembahan yang dmana diberikan masa selama satu jam lebih. Masya'Allah, memang lama dengan bilangan anggota atau pesilat yang hanya kurang dari 30 orang dan persediaan hanyalah dilakukan bagi persembahan setengah jam, agak mencemaskan juga bila mana pengumuman persembahan seni silat akan dimulakan dan kami masih lagi memikirkan bagaimana untuk sekurang-kurangnya dapat bermain selama satu jam pada persembahan pada petang itu.
Cilik: Aksi Daripada Bakal Pewaris & Penyambung Kesenian Gayong

Alhamdulillah..dengan berkat kesabaran, kesepakatan serta pengalaman kami melakukan persembahan seni silat akhirnya kami berjaya jua bagi mengisi masa lebihan yang sememangnya telah dirancang untuk kami membuat persembahan pada petang tersebut. Terharu dengan pengunjung-pengunjung serta ajk yang terlibat pada petang tersebut dengan sambutan serta penerimaan kami untuk mempersembahkan seni silat melayu cukup kami banggakan. Dengan bersemangat ada yang membawa keluarga siap sedia dengan tikar membanjiri di sekitar hadapan dan sisi kanan kami cukup membuatkan semangat kami berkobar-kobar untuk memulakan persembahan pada hari tersebut.

Trademark: Salah Satu Senaman Gayong Yang Memerlukan Disisplin Serta Keyakinan Diri Yang Tinggi'

Persembahan kami dimulakan dengan tapak sembah satau tari solo oleh Cikgu Aliff dan diteruskan dengan persembahan dari anak-anak Gayong Nyior Sebatang dengan tari sembah berkumpulan serta serangan bertali arus yang disajikan oleh anak-anak kecil yang lincah dengan gaya dan gelagat yang kadang kala mencuit pandangan tetamu pada hari tersebut. Seterusnya satu persembahan yang tak dirancang iaitu persembahan asas dan serangan dalam baris oleh jurulatih-jurulatih yang ditangkap muat dalam sedar dan separuh sedar..lawak tul, apa-apa pun syukur tiada berlaku sebarang kecelakaan dan benda-benda yang tak diingini berlaku.

Bersemangat: Cikgu Spark & Cikgu Madie Dari Gelanggang Batu Feringhi

'

Seterusnya pesembahan kembali kepada anak-anak Gayong, kali ini dari gelanggang Bakar Kapor Penaga dengan persembahan masal da juga tempur berantai yang cukup menarik dengan gaya serta mutu permainan yang semakin hari semakin baik. Mudah-mudahan ini akan menjadi titik mula dan berterusan hingga selama-lamanya agar menjadi punca serta pembakar semangat untuk meneruskan warisan ini pada generasi akan datang insya'Allah... Selepas selesai seni tangan kosong, satu permainan dari tiga puteri dengan gaya dan cara yang tersendiri mempersembahakan permainan mereka. Cukup bertenaga dan memukau perhatian para hadirin dan pengunjung pada petang tersebut, semoga dengan ini akan menaikkan semangat melayu untuk meneruskan selain menjaga khazanah yang tidak ternilai ini.

Hebat: Kepantasan Mengawal Gerak Badan Diiringi Kemahiran Yang Tinggi

'

Persembahan yang seterusnya pengunjung disajikan dengan lompatan asas dan berhalangan dengan teknik serta gaya-gaya yang memerlukan latihan secukupnya bagi melakukan aksi-aksi sebegini. Setelah selesai, kini bermulalah persembahan seni senjata yang dimulakan dengan seni rotan sebagai pembukaan dari gelanggang bakar kapor dan di ikuti dari gelanggang pangsapuri stunami oleh Cikgu Madie dan Cikgu Spark cukup membuatkan keadaan menjadi agak kelam kabut dengan ketangkasan serta kelincahan mereka yang sangat menarik perhatian.

Mempersona: Siapa Kata Silat Melayu Tidak Hebat?


Selesai permaianan senjata tumpul, kini bermulalah permaianan seni pisau oleh anak-anak gayong dari gelanggang bakar kapor cukup merisaukan dengan senjata yang digunakan bukanlah senjata tiruan tetapi adalah pisau sebenar. Inilah yang selalu dipraktikkan oleh anak-anak Gayong dan dididik agar tidak pernah takut menggunakan senjata sebenar untuk latihan, persembahan mahu pun keadaan sebenar.. Semoga ia berguna untuk mereka pada suatu hari nanti.

Bertenaga: Aksi Permainan Tempur Parang Panjang

'

Seterusnya permainan parang dan cindai oleh Cikgu Atan Jr. dan Cikgu Aliff Afnan yang semakin hari semakin serasi dan menunjukkan mutu serta gaya yang amat baik. Dengan teknik serta kelincahan yang bukan mudah untuk dilakukan jika tidak mempelajarinya. Semoga ianya akan terus diwarisi dan dijaga hingga ke akhir hayat mereka. Selepas itu, kini tiba pula giliran Cikgu Mon dan Abu mempersembahkan permainan tempur rotan dan parang yang mana ia cukup memukau perhatian dan ada yang sudah mula berganjak dari tempat asal kerana bimbangkan parang yang digunakan terlucut ke arah mereka. Inilah yang dikatakan permainan anak-anak Gayong, dalam kelembutan tari ada kerasnya..ada garangnya,inilah yang diwarisi dan dipeturunkan oleh guru-guru Gayong lama kepada kami bagi menyambung dan mewarisinya.

Akrap: Walau Dari 3 Cawangan Yang Berbeza,Namun Dengan Ikatan Serta Ukhwah Yang Tinggi Anak-Anak Gayong Mampu Mengadakan Persembahan Bersama...

'

Kini tiba pula seni permainan senjata melayu, seni keris yang sememangnya bangsa melayu terkenal dengan senjata perang yang dikenali keris yang menyimpan seribu satu rahsia didalamnya yang masih belum dapat dibongkarkan sepenuhnya. Seni permaianan keris dipersembahkan oleh Cikgu Akmal dan Abu meneruskan kesinambungan kesenian serta kegarangan permainan Gayong. Detik-detik cemas dengan tikaman bertubi-tubi dan elakkan spontan yang ditunjukkan cukup merisaukan para hadirin dan tetamu yang berada di sekitar kawasan itu ditambah pula dengan persembahan terakhir seni parang panjang oleh Cikgu Helmi dan Cikgu Zul jua turut mengundang untuk penonton terus menyaksikan persembahan dengan penuh sabar dan tekun. Syabas semua..! terima kasih sekali lagi kepada Nisa Pulau Pinang Diatas Jemputan ini....wassalam,

*Antara Gambar-Gambar Kenangan Untuk Tatapan Bersama*






Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all