Khamis, 17 Mac 2011

Selamat Berbahagia Cikgu Mont D♥N Cikgu Wafaa

Hari berganti hari, masa kian berlalu dan akhirnya masa yang ditunggu-tunggu oleh kedua-dua mempelai yang juga Gurulatih Kanan dari Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang bagi menamatkan zaman bujang mereka dengan digantikan dengan gerbang berumahtangga. Bak kata bila mana sang Khalifah Muda bertemu dengan Srikandinya, maka bersatulah mereka agar dapat melahirkan Pendekar terbilang untuk mewarisi segala ilmu matapelajaran yang diperolehi sejak zaman berzaman.

Kesungguhan: Antara Aksi Pertempuran Yang Menarik Dari Pesilat PSSPGM


Pada tanggal 12 March dan 13 March 2011 merupakan satu tarikh bersejarah bagi kedua-dua Gurulatih ini apabila majlis walimatulurus yang berlansung dalam suasana yang agak tenang di kedua-dua lokasi iaitu pada hari sabtu 12 march di Bayan Baru dan 13 march di Permatang Rambai dengan kehadiran para sahabat hadai, tetamu jemputan, sanak saudara serta yang paling teristimewa adalah apabila kunjungan mesra dari "Skuad Demo PSSPGM Pulau Pinang" juga hadir sama bagi merai pasangan raja sehari ini.

Atas Permintaan: Bila Mana Pengantin Turut Beraksi
'

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi setelah dikumpul-kumpul dan diusahankan oleh yang berbahagia Cikgu Izani @ Abg Long selaku ketua Skuad Demo akhirnya dua persembahan berasingan di kedua-dua majlis dapat dilaksanakan dengan penuh cemerlang dengan dihadiri dari anak-anak Gayong dari gelanggang-gelanggang seperti Sungai Ara, Bakar Kapoor, Tanah Liat, Alma, Kepala Batas, Nyior Sebatang, wakil dari MRSM Bertam dan beberapa gelanggang menyemarakkan lagi persembahan di kedua-dua majlis tersebut.

Kenangan Terindah: Bergambar Bersama Sebagai Tanda Ingatan & Sejarah

Untuk pengetahuan, kedua-dua mempelai bukan sahaja adalah Gurulatih Kanan Pusaka Gayong tetapi yang menariknya kedua-duanya juga adalah ahli Skuad Demo PSSPGM Pulau Pinang yang mana tidak pernah mengeluh dan lokek apabila dijemput serta panggilan Skuad Demo diutuskan. Mungkin ini dapat kami berikan sebagai tanda terima kasih dan boleh juga dianggap sebagai salah satu dari hadiah yang paling istemewa dapat kami persembahkan walau mungkin pada pandangan zahir atau mata kasar sesetengah orang ia tidaklah memberikan apa-apa tanda namun bagi kami inilah satu kenangan serta sejarah dan kami akan pastikan setiap hadiah yang kami berikan ini dapat diingat hingga ke anak cucu,insya'Allah..


*Antara Gambar-Gambar Yang Dapat Kami Kongsikan Bersama*





Jumaat, 18 Februari 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432H/2011M Peringkat Negeri Pulau Pinang

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi, dengan berkat serta kesabaran yang tinggi sekali lagi Majlis Agama Islam serta Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi peluang bagi bersama-sama memperingati dan meraikan Hari Keputeraan Baginda Rasulullah S.A.W. pada 12 Rabiul Awal 1432 Hijrah bersamaan 15 Februari 2011 Masihi.
Bersatu: Pejuang-Pejuang Gayong Pulau Pinang

Sambutan Maulidur Rasul kali ini bertempat di Padang Kota Lama dengan penyertaan sebanyak 46 kontijen dari agensi kerajaan, NGO, IPT, Persatuan dan sebagainya berkumpul seawal 7:00 pagi dengan berpakaian seragam bagi melambangkan badan/pertubuhan yang diwakili masing-masing, selain itu secara tidak lansung juga kami telah membantu melengkapkan salah satu dari kalendar Kerajaan Negeri yang mana ianya menjadi satu acara tahunan yang wajib untuk dilaksanakan dengan jayanya..

Bersemangat: Generasi Muda Penggerak Ummah


Tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini adalah "Wasatiyyah Tonggak Kecemerlangan Ummah" , satu tema yang amat bermakna untuk sama-sama kita renungann agar kejayaan serta kecemerlangan ummah dapat dilaksanakan dengan meletakkan Baginda Rasulullah sebagai contoh terbaik untuk diikuti.

Pengorbanan: Generasi Muda Harus Diberi Iktibar & Tauladan Untuk Mencontohi Sunnah Rasulullah

Pada jam 8:30 pagi kesemua kontijen mula bergerak dengan perlepasan satu persatu diikuti dengan gema laungan selawat dan salam keatas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.. Walau pun bagi kontijen Pusaka Gayong Pulau Pinang kali ini tidaklah seramai tahun-tahun sebelum ini namun ianya tidak memudarkan semangat anak-anak Gayong yang hadir dari gelanggang-gelanggang seluruh Pulau Pinang untuk bersama memberikan pendekatan dan pengetahuan kepada seluruh warga Pulau Pinang yang mana Pertubuhan Silat masih wujud serta berkembang pesat di Pulau Mutiara ini.

Pencetus Kekuatan Ummah: Para Jurulatih Pusaka Gayong Pulau Pinang

'

Dari perhimpunan sebegini kita bukan saja dapat memberikan tanda sokongan malahan ianya dapat menyuntik semangat silatulrahim serta kekuatan ummah yang selalu diajar dan diterapkan dalam semua seni silat melayu dan ianya masih lagi kuat dipegang oleh Pusaka Gayong. Perarakkan Maulidur Rasul ini juga dapat menjalinkan persaudaraan serta merapatkan ukhwah silatulrahim dengan para peserta kontijen dan warga Pulau Mutiara.


Akhir kata dari saya hayatilah sirah Baginda Rasullullah, perjuangannya bagi menegakkan keadilan sejagat dan menyebar syiar Islam. Marilah bersama kita mengenali keperibadian beliau, sememangnya Baginda adalah contoh serta ikutan terbaik bagi kita dalam menempuhi liku-liku kehidupan di bumi Allah ini. Perbanyakkan selawat dan salam ke atas Baginda, sesungguhnya Allah dan para malaikat juga turut berselawat ke atas Baginda...

Isnin, 27 Disember 2010

Kursus Kenaikan Bengkong PSSPGM

Ustaz Abdullah sedang menyampaikan amanat sebagai Imam Besar Gayong bahagian Penerangan pada sesi taklimat bersama peserta.

Alhamdulillah, syukur kali ini sekali lagi kita bersama berkampong di gelanggang pusat di Kampong Guar Nenas, Gurun, Kedah. Dengan kehadiran peserta hampir mencecah 100 orang. Datang dari, Kelantan, Selangor, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Kedah sendiri.

Tuan Pengarah pada tahun ini ialah Cikgu Ibrahim yang hampir saban tahun tidak pernah ketinggalan membantu memberi tunjuk-ajar dengan bersemangat sekali. Walaupun beliau tidaklah berapa sihat namun kehadirannya sentiasa menceriakan latihan. Pembantu Pengarah pula ialah Cikgu Hadreed, memang tegas dan bersemangat tinggi.


Sebahagian daripada peserta yang hadir begitu sabar mendengar taklimat yang disampaikan.

Sehingga saat ini 4 orang latihan Pelangi Hitan, 7 orang latihan Pelanggi Kuning, 15 Penggi merah, 5 orang Pra Merah, 12 orang Pelanggi Hijau, 47 Awan Puteh dan 11 orang Pra Puteh. Selainnya hanya datang untuk kursus ulangkaji sahaja.

Latihan jasmani amat dititik-berat dan semua peserta tidak terkecuali.

Mula pada 26 Disember 2010 dan majlis penutupnya pada 30 Disember 2010 jam 8.30 malam di Dewan Sek Jenis Kebangsaan Gurun, Kedah. Semoga semuanya berjalan lancar dan membuahkan hasil untuk persiapan generasi akan datang.

Sabtu, 25 Disember 2010

Aturcara Kursus PSSGM Pusat 26~30 Disember 2010

Jadual Aturcara Keseluruhan :
26 Disember 2010 hari Ahad
05.30 ptg - Pendaftaran Perserta Kursus.
06.30 ptg - Persiapan diri
07. 15 mlm - Solat Maghrib berjemaah dan makam malam
08.30 mlm - Solat Isyak berjemaah dan Kuliah Isyak
09.30 mlm - Taklimat, Majlis Perasmian & Taaruf
11.59mlm - Minum, rihat & tidur

27 Disember 2010 hari Isnin
05.00 pagi - Persiapan, Solat Subuh & Kuliah
06.30 pagi - Latihan jasmani & senaman .
07.30 pagi - Sarapan pagi & persiapan diri
08.00 pagi - Latihan 1
12.00 t/h - Makan tengahari, persiapan diri, Solat Dzohor berjemaah.
03.00 ptg - Latihan 2
04.30 ptg - Solat Asar & minum petang
05.30 ptg - Riadah petang
06.30 ptg - Persiapan diri
07. 00 mlm - Solat Maghrib berjemaah dan makam malam
8.30 mlm - Solat Isyak berjemaah dan Kuliah Isyak
10.00 mlm - Latihan 3
11.59 mlm - Minum, rihat & tidur

28 Disember 2010 hari Selasa
05.00 pagi - Persiapan, Solat Subuh & Kuliah
06.30 pagi - Latihan Jasmani & senaman .
07.30 pagi - Sarapan pagi
08.00 pagi - Latihan 4
12.00 t/h - Makan tengahari, persiapan diri, Solat Dzohor berjemaah.
02.00 ptg - Latihan 5
04.30 ptg - Solat Asar & minum petang
05.30 ptg - Riadah petang
07.00 mlm - Persiapan diri & Solat Maghrib berjemaah dan makam malam
08.30 mlm - Solat Isyak berjemaah dan Kuliah Isyak
10.00 mlm - Latihan 6
11.59 mlm - Minum, rihat & tidur

29 Disember 2010 hari Rabu
05.00 pagi - Persiapan, Solat Subuh & Kuliah
06.30 pagi - Latihan jasmani & senaman .
07.30 pagi - Sarapan pagi & persiapan diri
08.00 pagi - Latihan 7
12.00 t/h - Makan tengahari, persiapan diri dan Solat Dzohor berjemaah.
03.00 ptg - Latihan 8
04.30 ptg - Solat Asar & minum petang
05.30 ptg - Riadah petang
07.00 mlm - Persiapan diri & Solat Maghrib berjemaah dan makam malam
08.30 mlm - Solat Isyak berjemaah dan Kuliah Isyak
10.00 mlm - Latihan 9
11.59 mlm - Minum, rihat & tidur

30 Disember 2010 hari Khamis
05.00 pagi - Persiapan, Solat Subuh & Kuliah
06.30 pagi - Latihan jasmani & senaman .
07.30 pagi - Sarapan pagi & persiapan diri
08.00 pagi - Latihan 10
12.00 t/h - Makan tengahari, persiapan diri dan Solat Dzohor berjemaah.
03.00 ptg - Taklimat dan Ujian Bengkong
04.30 ptg - Solat Asar & minum petang
05.30 ptg - Sambungan Ujian Bengkong
06.30 ptg - Persiapan diri
07. 15 mlm - Solat Maghrib berjemaah dan makam malam
8.30 mlm - Penyampaian Sijil, Bengkong, Sandang & Perasmian Penutup
Rumusan bersama Gurulatih dan peserta.
Bersurai

(Semua aturcara adalah tertakluk kepada pindaan)

Selasa, 14 Disember 2010

Watikah Jemputan Pusaka Gayong Malaysia

Kepada :
Yang Dipertua, Pengerusi, AJK Pusat, Negeri & Cawangan,
Lembaga Beradat Pusat & Negeri,
Majlis Gurulatih Pusat & Negeri,
Gurulatih/Jurulatih Pusat, Negeri & Cawangan,
Imam-imam Gelanggang
Ahli, murid, warga dan rakan Gayong

Assalamualaikum.

Jemputan ke Program; Kursus Kemantapan, Kenaikan Bengkong & Penyampaian Sandang PSSPGM 2010.

Adalah saya dengan hormatnya ingin menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas, bahawa Majlis Gurulatih Pusat dengan sukacitanya ingin menjemput pihak tuan ke program berikut:

Program : Kursus Kemantapan, Kenaikan Bengkong & Penyampaian Sandang PSSPGM 2010
(Tahap Bengkong Awan Putih sehingga Bengkong Pelangi Hitam)

Pada 26 Disember 2010 hingga 31 Disember 2010

Bertempat : Pusat Latihan Tertinggi PSSPGM, Kampong Guar Nenas, Gurun, Kedah Darul Aman.

Majlis Perasmiaan Penutup, Penyampaian Bengkong dan Sandang akan diadakan pada 30 Disember 2010, 8.30 malam di Dewan Zhong Hua SJK(C) Choong Hwa, Gurun, Kedah Darul Aman

2. Oleh yang demikian pihak kami amat mengharapkan bantuan dan sokongan pihak tuan untuk bersama menjayakan program ini. Sila hantarkan penyertaan kursus dari negeri, cawangan atau gelanggang tuan dengan secepat mungkin sebelum 19 Disember 2010 untuk memudahkan persiapan kursus dengan menghantar borang pendaftaran yang disediakan. Tempahan awal boleh dibuat dengan SMS atau panggilan talipon kepada Cikgu Abinoridzuadin Abdullah di talian 013-4881475 dan Cikgu Rusli Hashim 019-5900449 atau e-mail hrusli61@tm.net.my.

3. Untuk pencalonan sandang sila hantar borang pencalonan kepada Cikgu Kasturi Abdul Majid sebelum 15 Disember 2010. Dilampirkan bersama keterangan dan borang-borang mengenai program tersebut.

Adalah menjadi harapan yang sangat tinggi agar dapat kita bersama tingkatkan bukan sekadar matapelajaran dan latihan tetapi kefahaman dan penghayatan adat-istidat, peraturan dan perjuangan Gayong didalam kursus ini. Demi perkembangan dan kemajuan Gayong di masa hadapan marilah kita sumbangkan segala yang terbaik dan termampu.

Diatas segala sokongan dan kerjasama pihak tuan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian terima kasih.

Wassalam.

* HIDUP MULIA MATI SYAHID *

Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all