Alhamdulillah,setelah sekian lama melalui cabaran serta dugaan & sebelum kesemua anak-anak gayong iptb melangkah pulang bercuti,satu acara penyempurnaan serta penerimaan secara sah menjadi anak gayong bagi para pelapis generasi baru Institut Perguruan Tuanku Bainun,Bukit Mertajam.Mungkin susah bagi sesiapa yang belum pernah menghadapi situasi begini yang mana kita perlu melalui sesuatu yang mungkin terlampau janggal pada kita terutama warga kota.tapi ini semua dapat ditangkis dengan kekuatan fizikal serta kecekalan demi menuntut secebis ilmu yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. untuk dijadikan semangat serta kekuatan hati bagi menempuh hari-hari yang mendatang.Seperti yang selalu ditekankan oleh Dato' Paduka Raja Abdul Majid sendiri bahawa jagalah ilmu silat gayong ini demi memperjuangkan ugama & negara kita yang tercinta,selain dari itubeliau sering menegaskan kepada anak-anak gayong agar sentiasa beramal kepada Allah agar sepanjang perjalanan kita jika berlaku sesuatu Allah akan sentiasa bersama & membantu kita untuk mengharungi musuh-musuh kita. Jangan difikirkan jika kita hebat bergayong kita dapat mengalahkan sesiapa atau seramai mana musuh yang datang,kita tetap akan kecundang melainkan jika kita ebat dalam bergayong serta beramal dengan Allah s.w.t.insya'Allah kita sentiasa disalam lindungan-Nya...
"Lembaganya Bersih Nyawanya Suci,
Berseru Kepada Putera & Puteri,
Agama Yang Mulia Junjunglah Tinggi,
Belalah Bangsa Adat & Negeri.."
1 ulasan:
Salam. Alhamdulillah. Syabas sekali lagi kepada Cikgu Mie diatas usaha-usaha murni ini. Kita di cawangan Sg Ara khususnya telah bersetuju pengedaran buku ini dibuat untuk ahli dan juga kepada umum.
Ianya merupakan wadah untuk kita ulangkaji dan juga merupakan promosi (iklan) & pemberi maklumat yang rasmi kepada umum. Di dalam buku ini ada beberapa adat yang dihuraikan secara tepat sekali. Harap manfaatkannya sebaik mungkin. Drp : Cikgu Rusli
Catat Ulasan