Rabu, 5 Ogos 2009

Himpunan Anak Gayong Di Denai Dato'Hashim 2 Ogos 2009

Alhamdulillah dan syukur kehadrat Ilahi,dengan berkat syafaat-Nya serta kesabaran akhirnya program yang dirancangkan pada 2 Ogos 2009 bertempat di Denai Dato' Hashim Titi Hayun,Yan Kecil Kedah Darul Aman berjalan dengan baik dalam keadaan yang damai walau pun dengan cuaca yang agak panas,anak-anak Gayong bersama-sama tetamu-tetamu jemputan dapat hadir bagi memeriahkan majlis Penerangan Ringkas dan Ramah Mesra bersama Ketua Imam Khalifah Besar Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Majlis yang bermula pada sekitar jam 3 petang selepas sedikit majlis penerangan dan solat zohor berjemaah. Para hadirin dan tetamu disajikan dengan jamuan nasi dengan masakan ala kampung yang di sangat sedap disajikan khas oleh Dato' Hashim selaku tuan rumah dan orang yang bertanggungjawab bagi menguruskan segala perbelanjaan bagi menjayakan majlis ini.
Terima kasih pada Dato' Hashim yang sering kali memberikan sumbangan serta buah-buah fikiran bagi membagun serta bersama memartabatkan semula Gayong dimata masyarakat seterusnya dunia.

Perarakkan Keris Pusaka: 7 Panglima Mengambil Langkah Masuk Mengadap

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh tuan rumah Dato' Hashim, Dato' Ckgu Abdul Majid yang juga Guru Utama serta Yang Dipertua Pusaka Gayong Malaysia dan diakhiri dengan ucapan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Imam Khalifah Besar.
Seterusnya perarakkan masuk keris pusaka milik ayahda Dato' Cikgu Abdul Majid untuk diserahkan kepada Ketua Imam Khalifah Besar oleh 7 Panglima-Panglima Hitam dengan diiringi paluan gendang dan serunai mengikut adat istiadat Gayong.

Semangat: Antara Aksi-Aksi Bertenaga Daripada Jurulatih Pusat

Majlis juga diserikan lagi dengan persembahan Pencak Silat Oleh anak-anak Gayong dari gelanggang Pusat dan beberapa gelanggang-gelanggang sekitar Kedah yang diketuai oleh Cikgu Sham Putra selaku Ketua Panglima Hitam dan Gurulatih Tertinggi PSSPGM Pusat.
Persembahan dimulakan dengan seni jurus silat serta tempur tangan kosong berantai oleh jurulatih-jurulatih pusat yang mempamerkan aksi-aksi yang cukup bertenaga serta dengan gaya yang tersendiri cukup menghiburkan para tetamu kehormat serta hadirin yang hadir pada hari tersebut.


Penuh Keyakinan: Salah Seorang Jurulatih Mempamerkan Seni Permainan Keris

Pada majlis tersebut,para hadirin juga dipersembahkan dengan permainan tempur tangan kosong,seni pisau,seni belantan(rotan),seni parang,seni keris,seni tombak dan seni cindai dengan memperagakan kebolehan serta kecekapan bermain senjata yang tinggi oleh anak-anak Gayong dari gelanggang Pusat dan negeri Kedah cukup untuk membuat para hadirin terpaku serta tidak putus-putus mengambil gambar untuk dibawa pulang dan dijadikan kenangan.

Satu-satunya warisan bangsa Melayu yang sangat praktikal dengan adat istiadat,pegangan,disiplin yang tinggi dan memerlukan tahap kesabaran serta kecekalan yang tinggi adalah Seni Silat tidak dapat disempurnakan serta diterjemahkan walau pun ia adalah peninggalan tradisi dan seni warisan bangsa melayu yang sangat memerlukan komitmen serta latihan yang tingggi oleh pengamalnya bagi mempelajari serta menghayatinya seni yang lahir daripada nenek-moyang kita sejak zaman berzaman.

Lagak Pendekar: Gaya Yang Ditunjukkan Oleh Cikgu Din Beruang (Pelakon Drama Semutar Hitam sebagai Gagak Hitam)

Persembahan terakhir daripada Cikgu Din Beruang salah seorang Guru lama yang berpasangan dengan Cikgu Sham Putra dengan permainan mereka.
Uniknya,persembahan mereka sedikit pun tidak dirancang dan pada mulanya hanyalah bagi mempamerkan tapak serta permainan lama yang mana Cikgu Din Beruang cukup terkenal dengan kekasarannya apabila bertempur.


Tapak Panglima: Gaya Yang Cukup Berseni Ditunjukkan Oleh Cikgu Sham Putra

Ia tidak berhenti disitu apabila para jurulatih beramai-ramai masuk menggantikan Cikgu Din bagi mengepung serta menyerang hendap Cikgu Sham Putra. Dengan ketangkasan dan kemahiran yang dipelajarinya digunakan sepenuhnya bagi menagani serangan yang tidak putus-putus dari setiap sudut daripada jurulatih dan satu persatu serangan dapat dipatahkan.

Sembah Laksamana: Antara Tetamu-Tetamu Kehormat

Majlis berakhir sekitar jam 5 petang dengan bacaan doa oleh yang berbahagia Ustaz Ahmad Fahmi Mudir Tahfiz Al-Islah Pulau Pinang dan beliau juga penyandang sandang kehormat Imam Waris Beradat Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.

"Acap-Acap Di Tepi Laut,
Buaya Ganas Melintang Kuala,
Sebelum Ajal Berpantang Maut,
Takkan Melayu Hilang Di Dunia"


*Antara Gambar-Gambar Kenangan Yang Dapat Kami Kongsikan Bersama

Tiada ulasan:

Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all