Bermulanya dari asal penglibatan setiap individu dalam menempuhi cabaran hidup sebagai anak Gayong adalah dengan ikrar janji taat setianya kepada peraturan dan disiplin yang telah ditetapkan sebelum dia menjadi anak Gayong yang sah. Ini telah diamalkan dan diwarisi dari zaman berzaman sejak dari ujudnya Gayong di Malaysia dibawah pimpinan utamanya iaitu arwah Mahaguru Dato' Paduka Daeng Meor Abdul Rahman.
'
Apakah yang dimaksudkan dengan ikrar atau janji taat setia kita sebagai anak Gayong?
adakah hanya sekadar mewarisi ilmu seni silat Gayong? Jawapannya mungkin berbeza dari setiap individu tetapi mari kita lihat ke asal dimana apabila kita diperlimau, apa ikrar yang kita janji dan pegang sebelum kita dapat duduk dengan gah dan selesa di kedudukan yang kita perolehi pada hari ini.
Wadah Bangsa: Generasi Pelapis Seperti Ini Yang Perlu Kita Didik & Berikan Semangat Untuk Mereka Terus Menyambung Seni Warisan Bangsa
Hari demi hari mungkin kita dapat lihat sedikit pergolakkan, propeganda atau penyalahgunaan dari apa yang kita miliki pada hari ini. Setiap apa yang kita lakukan seharusnya dipersetujui oleh seseorang yang benar-benar faham akan kebenaran apa yang kita inginkan dan bukan hanya untuk memenuhi segala impian atau kepentingan peribadi semata-mata. Dimana pegangan ikrar kita selama ini? adakah ianya hanya sekadar syarat untuk melayakkan kita menjadi anak Gayong? ambil masa,guna akal untuk berfikir dan renung-renungkan moga kita mendapat jawapan yang benar-benar dapat menjawab segala persoalan selama ini.
Antara kasih sayang,amanah & tanggungjawab, dimanakah terletaknya kasih sayang kita kepada Gayong? Ahli seGayong? Wakil Mutlak dan wakil-wakil Mahaguru? Dimanakah terletaknya amanah yang seharusnya kita pegang dan eratkan agar Gayong akan dapat disatukan pada suatu masa nanti seperti petikan dari sajak Gayong yang berbunyi "Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang, Disatu Masa Balik Bersatu & Teguh". Dimanakah perjuangan ini? adakah ianya hanya sekadar sajak atau kata-kata untuk menyatakan bangsa melayu punyai adap dan adatnya?
Pusaka Bangsa: Silat Sebagai Wadah Bagi Mendisiplinkan Diri
Tanggungjawab kita sebagai anak Gayong? Apa tanggungjawab kita yang sebenarnya sebagai pewaris generasi hari ini? adakah kita seronok melihat Gayong makin berpecah? dimana tanggungjawab kita? Dimana Kasih dan Sayang kita kepada Gayong? Dimana Amanah yang kita ambil agar dipikul dan dibawa semoga Gayong akan mendomenasi kekuatan bangsa Melayu melalui cabang SILAT dan melahirkan pelapis serta generasi penyanyang dengan berlandaskan hukum agama dan panduan yang telah digariskan dalam Islam...
Namun semua ini kadangkala hanyalah sekadar ungkapan dan bukan alasan jika kita tidak mampu untuk melaksanakan tugas kita yang sebenar.. Gayong adalah landasan atau platform bagi menyatukan anak-anak bangsa melayu bagi bersama menguatkan bagi bersama menjaga maruah agama islam, bangsa seterusnya negara...
3 ulasan:
Bagus tulisan ini. Satu persoalan yang ditimbulkan.
Seelok-eloknya ramai pembaca patut memberi maklum-balas supaya persoalan ini tidak tinggal persoalan.
Bagi saya buat permulaan kita jemput dan raikan acara atau program Gayong di mana apabila kita dijemput.
Kemudian saling jemput-menjemput samada kenduri kesyukuran atau perkhawinan.
Interaksi ini akan membuahkan suatu jalinan kemesraan dan semoga bertambah erat kemudiannya.
Ada yang menyedihkan kenapa agenda kita hanya ingin menjatuhkan yang lain.
Contoh. Kenapa harus disingkirkan satu cawangan dalam kekuatan kita mempunyai 3 cawangan dalam PESAKA Pulau Pinang?
Kenapa harus diminta pusat membekukan cawangan yang paling aktif pergerakkannya?
Ini mungkin cerita lama yang jika diungkit luka lama akan berdarah kembali. Tetapi hakikatnya sejarah tidak boleh dipadam cuma mari kita ambil iktibar darinya.
Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.
selagimana bertuhankan nafsu dan emosi selagi itu titik pertemuan tidak di temui...
mudah-mudahan setiap apa yang kita dapat lihat di depan mata kita akan menjadi pengajaran untuk kita lebih pea akan keadaan sebenar..
tepuk dada tanyala iman.....
Catat Ulasan