'
Aidilfitri itu juga disebut sebagai suatu nikmat perundangan Ilahi. Suatu nikmat besar yang menjadi asas kepada ciri-ciri pembinaan kemanusiaan dan sifat bersatu padu. Malah ia merangkumi asas yang satu iaitu kemurnian rohani, kebenaran dan keadilan, ilmu dan kebijaksanaan serta kebahagiaan dunia dan akhirat.
Ingatlah ketika Tuhanmu mengambil janji dari anak-anak Adam sejak azali mereka dan mempersaksikannya atas diri mereka sendiri. Tidakkah Aku Tuhanmu? Mereka menjawab, betul, kami mempersaksikan atas itu tetapi kamu akan berkata pada hari kiamat, kami telah lalai mengenai hal ini.. ::Surah Al-Araf ayat 172::*Dengan ini saya wakil dari Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang selama ini memberi sokongan dari apa jua demi bersama memartabatkan seni warisan melayu memberi ruang untuk kami anak-anak Gayong cuba menyampaikan apa yang termampu.. Teruskan menyokong, tanpa anda semua siapalah kami..terima kasih, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia...
Ikhlas Dari;
Admin
Blog Rasmi Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang
30 Ogos 2011M/1432H
3 ulasan:
Tabaraqalallahu wamina waminkum. Syabas Panglima Hitam di atas istiqamah dengan blog ini.
Semoga ianya menjadi wadah penyampai maklumat dan penyatuan untuk semua.
Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batil.
Selamat Hari raya. Muga erat ukhuwwah sesama ahli Gayong.
Ingat kata-kata cikgu Majid semasa memberi respon terhadap perhimpunan BERSIH 2.0 bahawa Gayong hanya akan turun bila ada pasukan yang menentang agama Islam!
Maka kita sesama Islam sepatutnya bersatu di bawah kalimah Thoyyibah!
Alhamdulillah...selamat hari raya, terima kasih diatas komen2 anda yang membina.. Mudah-mudahan ia dapat memberi untuk kita lebih berfikir akan sesuatu apa yang hendak disampaikan..insya'Allah
Catat Ulasan