![]() |
| Gambar Ehsan Aku & Gayong: Antara Semangat Pejuang Gayong! |
![]() |
| Gambar Ehsan Aku & Gayong: Detik-Detik Bersejarah |
![]() |
| Kenangan: Antara Perjumapaan Bagi Membincangkan Penyatuan Gayong |
Assalamualaikum...
Kepada semua pengunjung semua,terima kasih kerana sudi menziarahi laman blog kami ini. Harus diingatkan,tujuan utama laman blog ini dibagunkan adalah untuk menyatupadukan anak-anak gayong pulau pinang,memberi ruang/tempat untuk sama-sama bertukar-tukar pandangan,informasi,maklumat,pengetahuan & sebagainya.
Blog ini juga bukan dibina untuk membeza-bezakan sesiapa,bertelagah sesama kita atau berniat meminggirkan sesuatu generasi tetapi PERPADUAN yang di impikan,selain penyatuan anak-anak gayong yang lahir dari 1 Mahaguru,iaitu Dato' Meor Rahman.
Oleh yang demikian,kepada semua para pelawat & anak-anak gayong sekalian..jika terdapat sebarang informasi atau maklumat mahu pun pertayaan yang ingin diajukan,sila email kepada admin melalui seri_pelangi_cula_sakti@yahoo.com atau nilam_puri3036@yahoo.com
Terima kasih sekali lagi kerana menyokong kami selama ini..
Wassalam,
::Panglima Hitam:: (012-5633904) Pusaka Gayong Pulau Pinang Bloggers Admin
seri_pelangi_cula_sakti
helmi.harun83
![]() |
| Gambar Ehsan Aku & Gayong: Antara Semangat Pejuang Gayong! |
![]() |
| Gambar Ehsan Aku & Gayong: Detik-Detik Bersejarah |
![]() |
| Kenangan: Antara Perjumapaan Bagi Membincangkan Penyatuan Gayong |
![]() |
| Sejarah: Antara Pejuang-Pejuang Pusaka Gayong |
![]() |
| Semangat: Admin & Para Jurulatih PSSPGM |
![]() |
| Unik: Antara Kelainan Yang Dibawakan Oleh Kontijen PSSPGM |
"Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku~.. (Hadis Riwayat Imam al-Hakim dari Ibnu ‘Abbas)"
![]() |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera.. |
![]() |
| Sejarah: Bila-Mana Blog Rasmi PSSPGM Pulau Pinang Mendapat Restu Daripada Ayahanda |
![]() |
| Sejarah: PSSPGM Pulau Pinang Semasa Perasmian UNESCO |
![]() |
| Ziarah: Antara Gelanggang Yang Pernah Dilawati |

![]() |
| Bersatu: Bila Jurulatih-Jurulatih Baru/Lama Bersua.. |
![]() |
| Sembah Hormat: Salam Pembuka Bicara.. |
![]() |
| Persediaan: Pertempuran Akan Bermula |
![]() |
| Acara Tutup Gelanggang: Sembah Tari Dari Cikgu Aliff |
![]() |
| Adap Bergelanggang: Disempurnakan Oleh Cikgu Ustaz Malik |
![]() |
| Makan Time: Tuedia, Bila Badan Dah Letih Apa Lagi...Bedal Laaaa.. |
![]() |
| Kenangan Abadi: Selamat Pengantin Baru & Semoga Berbahagia Selamanya |
"...Seni Cendai Pusaka Purba.., Sudah Diukur Baru Dipakai.., Jika Anggota Cacat Dan Cedera.., Tidak Boleh Tuan Memakai.. Seni Cendai Pusaka Purba.., Disandang Mai Dihujung Bahu.., Jangan Menyerang Membabi Buta.., Jerat Maut Sedia Menunggu..."
Ingatlah ketika Tuhanmu mengambil janji dari anak-anak Adam sejak azali mereka dan mempersaksikannya atas diri mereka sendiri. Tidakkah Aku Tuhanmu? Mereka menjawab, betul, kami mempersaksikan atas itu tetapi kamu akan berkata pada hari kiamat, kami telah lalai mengenai hal ini.. ::Surah Al-Araf ayat 172::*Dengan ini saya wakil dari Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang selama ini memberi sokongan dari apa jua demi bersama memartabatkan seni warisan melayu memberi ruang untuk kami anak-anak Gayong cuba menyampaikan apa yang termampu.. Teruskan menyokong, tanpa anda semua siapalah kami..terima kasih, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia...
Salam alaik. Alhamdulillah, saudara-saudara segayong dan pencinta seni silat yang dirahmati Allah SWT. Telah berlalu satu pertiga Ramadhan dan begitu pantas masa ianya berlalu. Allah SWT telah janjikan RahmatNya bagi mereka yang beruntung mengerjakan ibadah dan tekun dan ikhlas. Mungkin ramai yang telah membaca Al Quran, mungkin ramai yang telah bersolat Tarawikh berterusan samada di surau dan masjid atau di rumah dan mungkin ramai yang bersedekah kepada mereka yang memerlukan, teruskanlah. Bagi kita yang masih perlahan dalam mengerjakan ibadah, mari kita pertingkatkannya kerana pada sesi kedua sepuluh Ramadhan ini Allah SWT menjanjikan pula KeampunanNya. Kita banyak membuat dosa di masa silam maka mari kita rebut peluang ini. Allah Maha Pengasih dan Penyayang dan sentiasa menunggu hamba-hamba memohon keampunanNya. 
Seterusnya jangan kita terlepas memacu diri ini dengan sepuluh Ramadhan yang ketiga kerana Allah SWT menjanjikan kebebasan dari Api NerakaNya. Kemudian di celah-celah malamnya diberi peluang BESAR untuk beribadah di Malam Al Qadr. Malam itu satu malam yang terpilih dan adalah lebih baik dari seribu bulan. Rebutlah peluang besar kerana mungkin kita akan bertanya umat dahulu panjang umurnya tetapi umat Nabi Muhammad saw kenapa pendek umurnya. Maka inilah BONUS BESAR yang Allah SWT sediakan bagi mereka yang berkehendak.
Seperti saban tahun ramai yang mengunjungi surau atau masjid di bulan puasa untuk berihat dan beribadah masyaAllah ini satu petanda yang sangat baik. Tetapi alangkah lebih baik kita teruskan budaya ini pada bulan-bulan yang lain. Biar surau dan masjid kita ini penuh sesak dengan jamaah yang sentiasa ingin beribadah. Jadikan Ramadhan sebagai titik-tolak untuk kita terus mengerjakan ibadah-ibadah fardhu dan sunat. Umur kita semakin lanjut tetapi ibadah kita berkurangan, mampukah kita menghadapi siksaan kubur kelak.
Sebagai warga silat sudah tentu amalan dan ibadah merupakan pengukuh seni kebatinan kerana adunan silat dan seni akan memantapkan lagi seseorang pesilat itu. Jadikan bulan Ramadhan ini sebagai peluang meningkatkan ibadat kita. Sekali-sekala kita perlu juga mengasah pedang agar sentiasa tajam.
Semoga dengan kehadiran Ramadhan yang tidak beberapa hari akan berakhir ini kita ambil kesempatan memperbaharui azam untuk untuk menjadi seorang Muslim yang terbaik. Semoga tulisan ini dapat mendamaikan hati kita di bulan yang penuh berkat ini.
Hari berganti hari, masa kian berlalu dan akhirnya masa yang ditunggu-tunggu oleh kedua-dua mempelai yang juga Gurulatih Kanan dari Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang bagi menamatkan zaman bujang mereka dengan digantikan dengan gerbang berumahtangga. Bak kata bila mana sang Khalifah Muda bertemu dengan Srikandinya, maka bersatulah mereka agar dapat melahirkan Pendekar terbilang untuk mewarisi segala ilmu matapelajaran yang diperolehi sejak zaman berzaman.
Kesungguhan: Antara Aksi Pertempuran Yang Menarik Dari Pesilat PSSPGM
Pada tanggal 12 March dan 13 March 2011 merupakan satu tarikh bersejarah bagi kedua-dua Gurulatih ini apabila majlis walimatulurus yang berlansung dalam suasana yang agak tenang di kedua-dua lokasi iaitu pada hari sabtu 12 march di Bayan Baru dan 13 march di Permatang Rambai dengan kehadiran para sahabat hadai, tetamu jemputan, sanak saudara serta yang paling teristimewa adalah apabila kunjungan mesra dari "Skuad Demo PSSPGM Pulau Pinang" juga hadir sama bagi merai pasangan raja sehari ini.
Atas Permintaan: Bila Mana Pengantin Turut Beraksi
'
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi setelah dikumpul-kumpul dan diusahankan oleh yang berbahagia Cikgu Izani @ Abg Long selaku ketua Skuad Demo akhirnya dua persembahan berasingan di kedua-dua majlis dapat dilaksanakan dengan penuh cemerlang dengan dihadiri dari anak-anak Gayong dari gelanggang-gelanggang seperti Sungai Ara, Bakar Kapoor, Tanah Liat, Alma, Kepala Batas, Nyior Sebatang, wakil dari MRSM Bertam dan beberapa gelanggang menyemarakkan lagi persembahan di kedua-dua majlis tersebut.
Kenangan Terindah: Bergambar Bersama Sebagai Tanda Ingatan & Sejarah
Untuk pengetahuan, kedua-dua mempelai bukan sahaja adalah Gurulatih Kanan Pusaka Gayong tetapi yang menariknya kedua-duanya juga adalah ahli Skuad Demo PSSPGM Pulau Pinang yang mana tidak pernah mengeluh dan lokek apabila dijemput serta panggilan Skuad Demo diutuskan. Mungkin ini dapat kami berikan sebagai tanda terima kasih dan boleh juga dianggap sebagai salah satu dari hadiah yang paling istemewa dapat kami persembahkan walau mungkin pada pandangan zahir atau mata kasar sesetengah orang ia tidaklah memberikan apa-apa tanda namun bagi kami inilah satu kenangan serta sejarah dan kami akan pastikan setiap hadiah yang kami berikan ini dapat diingat hingga ke anak cucu,insya'Allah..
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi, dengan berkat serta kesabaran yang tinggi sekali lagi Majlis Agama Islam serta Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi peluang bagi bersama-sama memperingati dan meraikan Hari Keputeraan Baginda Rasulullah S.A.W. pada 12 Rabiul Awal 1432 Hijrah bersamaan 15 Februari 2011 Masihi.
Bersatu: Pejuang-Pejuang Gayong Pulau Pinang
Bersemangat: Generasi Muda Penggerak Ummah
Pengorbanan: Generasi Muda Harus Diberi Iktibar & Tauladan Untuk Mencontohi Sunnah Rasulullah
Pada jam 8:30 pagi kesemua kontijen mula bergerak dengan perlepasan satu persatu diikuti dengan gema laungan selawat dan salam keatas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.. Walau pun bagi kontijen Pusaka Gayong Pulau Pinang kali ini tidaklah seramai tahun-tahun sebelum ini namun ianya tidak memudarkan semangat anak-anak Gayong yang hadir dari gelanggang-gelanggang seluruh Pulau Pinang untuk bersama memberikan pendekatan dan pengetahuan kepada seluruh warga Pulau Pinang yang mana Pertubuhan Silat masih wujud serta berkembang pesat di Pulau Mutiara ini.
Pencetus Kekuatan Ummah: Para Jurulatih Pusaka Gayong Pulau Pinang
'
Dari perhimpunan sebegini kita bukan saja dapat memberikan tanda sokongan malahan ianya dapat menyuntik semangat silatulrahim serta kekuatan ummah yang selalu diajar dan diterapkan dalam semua seni silat melayu dan ianya masih lagi kuat dipegang oleh Pusaka Gayong. Perarakkan Maulidur Rasul ini juga dapat menjalinkan persaudaraan serta merapatkan ukhwah silatulrahim dengan para peserta kontijen dan warga Pulau Mutiara.
Penuh Makna: Setiap Gerak Ada Tari, Dalam Tari Ada Buah..
Disiplin: Permainan Keris Memerlukan Gerak Tari & Langkah Yang Teratur
Kenangan Abadi: Wajah-Wajah Pewaris Kepahlawanan Melayu
'
Antara tetamu kehormat pada majlis tersebut adalah YB Azhar yang juga adun Penaga cukup terpegun dengan mutu permainan tempur dari tangan kosong hinggalah ke permainan senjata. Cukup mengasyikkan dan apa yang menariknya kali ini selain dari Pusaka Gayong, agensi-agensi lain juga turut dijemput antaranya Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Pertahanan Awam, Kolej Kejururawatan Bukit Mertajam, Pejabat Kesihatan Daerah dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Akhir kata saya wakil dari pihak Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang mengucapkan jutaan terima kasih diatas jemputan pihak berwajib...Syukran
Gambar Kenangan Anak-Anak Gayong Sekitar Persembahan Berlansung