Maklumat Gelanggang Pusaka Gayong Pulau Pinang
Kotak Pencarian..
Komuniti Blogger Kedah
Teman Sejati...
Masa Untuk Bersama ~ Tinggalkan Pesanan/Info Anda Disini...
Gayong Link!!!
-
-
-
KRIM HOLISTIK BIDARA ASSHIFA8 tahun yang lalu
-
-
-
SELAMAT TAHUN BARU 201313 tahun yang lalu
-
-
Positif Dengan Lawan!13 tahun yang lalu
-
KEBAL… Racun Di Minum14 tahun yang lalu
-
-
-
Terengganu15 tahun yang lalu
-
-
-
-
LAGU GAYONG15 tahun yang lalu
-
-
SELAMAT PENGANTIN BARU..16 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Waktu Solat Negeri Pulau Pinang
Kucing Hitam...
Bicara Admin Pusaka Gayong P.Pinang ::Panglima Hitam::
Assalamualaikum...
Kepada semua pengunjung semua,terima kasih kerana sudi menziarahi laman blog kami ini. Harus diingatkan,tujuan utama laman blog ini dibagunkan adalah untuk menyatupadukan anak-anak gayong pulau pinang,memberi ruang/tempat untuk sama-sama bertukar-tukar pandangan,informasi,maklumat,pengetahuan & sebagainya.
Blog ini juga bukan dibina untuk membeza-bezakan sesiapa,bertelagah sesama kita atau berniat meminggirkan sesuatu generasi tetapi PERPADUAN yang di impikan,selain penyatuan anak-anak gayong yang lahir dari 1 Mahaguru,iaitu Dato' Meor Rahman.
Oleh yang demikian,kepada semua para pelawat & anak-anak gayong sekalian..jika terdapat sebarang informasi atau maklumat mahu pun pertayaan yang ingin diajukan,sila email kepada admin melalui seri_pelangi_cula_sakti@yahoo.com atau nilam_puri3036@yahoo.com
Terima kasih sekali lagi kerana menyokong kami selama ini..
Wassalam,
::Panglima Hitam:: (012-5633904) Pusaka Gayong Pulau Pinang Bloggers Admin
Berbual Secara Online Dengan Admin Pusaka Gayong
seri_pelangi_cula_sakti
helmi.harun83
Sabtu, 3 Januari 2009
Daftar Sebagai Ahli Di Pusaka Gayong Forum Sekarang!!!
Isnin, 29 Disember 2008
Pusaka Gayong Gegarkan Pesta Pulau Pinang 2008!!!
Alhamdulillah,dengan limpah kurnia Ilahi..anak-anak gayong pulau pinang telah berjaya melakukan demonstrasi silat di tapak pesta sungai nibong pada setiap hari sabtu & ahad sepanjang pesta pulau pinang dijalankan. Dengan bilangan yang tidaklah seramai mana dengan bantuan dari gelanggang kampung terang yang diwakili oleh Abg Anuar,terima kasih kerana sudi menjemput serta memberi peluang untuk kami bersama-sama menyerikan kehadiran Pesta Pulau Pinang kali ini dengan permainan pencak silat. Antara yang terlibat adalah Cikgu Helmi,Cikgu Zul,Cikgu Aliff Afnan,Cikgu Akmal,Cikgu Mon,Cikgu Atan,Cikgu Man Jr. & wakil srikandi Cikgu Wafaa(dari seberang perai),Cikgu Wan,Cikgu Shuhaimie & Madi (dari gelanggang stunami) serta Jurulatih-Jurulatih Gelanggang Kampung Terang,tidak dilupakan juga kepada Ketua Panglima Hitam PSSPGM Pulau Pinang Cikgu Ridzwan(PA) yang sudi datang memberikan semangat serta nasihat sebelum & selepas persembahan dijalankan..Mudah-mudahan dengan berkat syafaat,kami dapat belajar diatas kesilapan yang berlaku disebabkan oleh kelemahan kami serta kekurangan latihan sebelum mempersembahkan kepada umum. Antara aktiviti sepanjang persembahan kali ini,kami mempersembahkan permainan Masal serta tempur berantai yang jarang kalinya dipersembahkan di demo2 sebelum ini diatas ketidakstabilan jurulatih 7 sedikit masalah dalaman,alhamdulillah dengan usaha keenam-enam jurulatih(Cigu Helmi,Cikgu Aliff,Cikgu Mon,Cikgu Akmal,Cikgu Zul & Cikgu Atan Jr.)kami berjaya melakukannya dengan aga sempurna sepertimana yang dirancangkan..Begitu juga seni permainan rotan yang dipersembahkan oleh Cikgu Shuhaimie & pasangannya madi remp-it berjaya menarik pengunjung dengan aksi-aksi spontan mereka,tak kurang juga ikgu Aliff dengan permainan solonya yang sememangnya solo(belum kawin) & masih mencari-cari peganti ******* tetapi tetap bersemangat dengan tapak buka serta tutup gelanggang dengan penuh kesenian. Dengan bersaksikan pengunjung yang semakin ramai,kami mempersembahkan seni pisau,walau pun agak kucar kacir tetapi masih dapat dikawal oleh Cikgu Atan Jr. & pasangannya Cikgu Man Jr.. Apabila keadaan semakin panas,kami mempersembahkan seni parang daripada dua jurulatih gelanggang kampung terang yang memulakan permainan dengan tangan kosong seterunya diikuti permainan parang berjaya membuat penonton terpukau dengan ketangkasan serta kemahiran yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasangan ini sehinggakan ada pelancong yang ternganga(terlopong) melihat aksi kedua jurulatih muda ini,kami tidak berhenti disitu apabila tempur parang sudah selesai dimainkan,kini giliran dua lagenda jurulatih pulau pinang Ckgu Mon (Ahmad Halimi) & Cikgu Akmal menunjukkan kebolehan mereka bermain permainan keris yang memang kita akur akan kepayahan permainannya kerana perlu mengatur gerak serta penuh dengan tari yang berseni bak pendekar yang sedang bertarung bagi mempertahankan maruah negaranya,dengan aksi-aksi yang menarik,kini tibalah masanya satu lagi persembahan tempur oleh pasangan terakhir Cikgu Helmi & Cikgu Zul bagi mempersembahkan permainan parang panjang wakil PSSPGM Pulau Pinang.Dengan aksi-aksi yang menarik serta konsisten,tetapi agak kurang baik parang yang mereka guna melekat & hampir tidak boleh dicabut kerana terlalu dalam..tetapi dengan kesabaran serta pengalaman daripada dua jurulatih senior ini berjaya meneruskan permainan yang agak membanggakan dengan gerak tari yang gagah bak seorang panglima sedang bertarung habis-habisan serta dengan kesungguhan serta keazaman,akhirnya permainan dapat ditamatkan dengan selamat.Setelah selesai semua persembahan pencak,kini tiba masanya anak-anak gayong menunjukkan aksi senaman gayong yang sememangnya terkenal dengan berbagai-bagai cara yang digunakan bagi melepasi halangan.Lompatan yang dipamerkan agak unit serta menarik pengunjung serta peminat pencak silat daripada berganjak..Ini yang dikatakan demo Gayong,sampaikan acara tutup gelanggang sekali pun masih ditunggu oleh penonton serta ada yang sempat mengambil gambar. Sungguh terharu kami anak-anak Gayong. Setelah selesai persembahan,sesi fotografi diambil bagi kenag-kenangan serta rujukkan pihak blogger & web Pusaka Gayong Pulau Pinang. Acara seterusnya,apa lagi bila semua dah selesai & pakaian ditukar,kami sepat menyejukkan tekak dengan singgah minim serta makan disalah satu gerai yang terdapat didalam Pesta,sambil bersembang-sembang sesama datang Cikgu Ridwan(Gelanggang Stunami) dengan Isteri beliau memberikan berita yang agak gembira pada kami kerana beliau sempat merakamkan detik-detik manis kami melakukan persembahan sebentar tadi.

Apabila sudah selesai makan,apa lagi? anak muda la katakan...hehehe,pantang masuk pesta free...Kami teruskan ke tapak permainan,ish! memang ramai manusia-manusia yang berbilang aum,keturunan,bangsa,agama,negara & negeri yang terdapat disitu..Banyak permainan-permainan yang menarik disediakan untuk sesiapa saja yang berminat bagi menguji tahap kekuatan jati diri.....!Mudah-mudahan akan ada lagi pihak-pihak berwajib dapat mengetegahkan seni silat melayu ini untuk tatapan umum.....Mudah-mudahan usaha daripada pihak kebudayaan negeri serta pesta pulau pinang akan diteruskan agar silat tidak dilupakan oleh masyarakat tanah melayu ini...

Sabtu, 6 Disember 2008
Korban & Pengorbanan? Anak Gayong......
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyanyang. Yang Maha Adil dan tidak akan sekali-kali berlaku zalim ke atas makhluk-Nya. Semoga coretan ini menjadi iktibar bagi diri ini dan anda. Aku memohon perlindungan daripada-Nya daripada ilmu yang sia-sia dan tipu daya syaitan dalam beragama. Semoga Allah memelihara kita di dalam perjalan mencari agama-Nya. Apakah pengorbanan yang telah kita berikan demi menegakkan kebenaran serta memartabatkan ilmu Gayong yang telah ditinggalkan kepada kita generasi masa kini untuk kita sama-sama memikul serta memperjuangkan selain mempertahankannya agar tidak pupus dielan zaman & mudah-mudahan dapat dilhat,diwarisi oleh anak-cucu kita nanti bagi menyambung seni warisan melayu tua ini & menyampaikan kepada generasi-generasi akan datang! Ini adalah salah satu pengorbanan yang seamatnya mulia apabila seorang pewaris Gayong iaitu kita menjadikan contoh yang baik bagi dipertontonkan oleh generasi sekarang & aan datang agar ia dapat dinilai serta diikuti seterusnya menjadikannya sebagai salah satu contoh untuk memartabatkan ilmu silat Gayong ini dengan seikhlas-ikhlasnya... "..Acap-acap di tepi laut,
Sabtu, 22 November 2008
Pengumuman Untuk Semua Pecinta Seni Silat Melayu!!! Tempur Tangan Kosong(TETAK)~PSSPGM
Amanat Daripada Dato' Mahaguru Meor Abdul Rahman kepada Anak-Anak Gayong;
Tiang yang paling penting dalam penuntutan ilmu ialah taat setia yang tidak berbelah bahagi.Tamak adalah musuh yang boleh membunuh diri sendiri atau pun mendatangkan kecelakaan kepada diri seseorang itu.
"Jangan Ditepuk Susu Di Dulang,
Anak Harimau Tak Dapat Menyusu,
Janganlah Pecah Rahsia Hulubalang,
Nanti Harimau Hilang Kuku"
"Jangan Tepuk Darah Di Dulang,
Anak Harimau Mencari Ibu,
Jangan Pecah Mentera Hulubalang,
Nanti Harimau Hilang Asu"
"Jikalau Ada Dulang Di Tangan,
Jangan Biar Jatuh Terhempas,
Jikalau Ada Senjata Ditangan,
Jangan Biar Orang Rampas"
Setelah dibincangkan & dengan persetujuan majlis guru-guru pulau pinang dengan kerjasama majlis guru-guru pusat,blog & web pusaka gayong pulau pinang diberikan hak bagi penjualan buku ini untuk semua berkuatkuasa 20 November 2008 dengan harga RM30.00 senaskah.
* Sebarang tempahan atau pertanyaan,sila hubungi wakil-wakil jualan di PSSPGM Pulau Pinang.Untuk keterangan atau tempahan,sila hubungi:
Cikgu Ridzwan(bahagian pulau) 019-4718056 &
Cikgu Helmi(bahagian seberang perai) 012-5633904
atau dengan mengisi borang langganan di http://www.freewebs.com/panglimahitam/tetak.htm
atau hubungi pihak blogger dialamat seri_pelangi_cula_sakti@yahoo.com
Ahad, 16 November 2008
Majlis Perlimau Gayong & Mandi Seni PSSPGM Gelanggang IPTB
Alhamdulillah,setelah sekian lama melalui cabaran serta dugaan & sebelum kesemua anak-anak gayong iptb melangkah pulang bercuti,satu acara penyempurnaan serta penerimaan secara sah menjadi anak gayong bagi para pelapis generasi baru Institut Perguruan Tuanku Bainun,Bukit Mertajam.Mungkin susah bagi sesiapa yang belum pernah menghadapi situasi begini yang mana kita perlu melalui sesuatu yang mungkin terlampau janggal pada kita terutama warga kota.tapi ini semua dapat ditangkis dengan kekuatan fizikal serta kecekalan demi menuntut secebis ilmu yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. untuk dijadikan semangat serta kekuatan hati bagi menempuh hari-hari yang mendatang.Seperti yang selalu ditekankan oleh Dato' Paduka Raja Abdul Majid sendiri bahawa jagalah ilmu silat gayong ini demi memperjuangkan ugama & negara kita yang tercinta,selain dari itubeliau sering menegaskan kepada anak-anak gayong agar sentiasa beramal kepada Allah agar sepanjang perjalanan kita jika berlaku sesuatu Allah akan sentiasa bersama & membantu kita untuk mengharungi musuh-musuh kita. Jangan difikirkan jika kita hebat bergayong kita dapat mengalahkan sesiapa atau seramai mana musuh yang datang,kita tetap akan kecundang melainkan jika kita ebat dalam bergayong serta beramal dengan Allah s.w.t.insya'Allah kita sentiasa disalam lindungan-Nya...Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!
Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....
Panglima Hitam At Silat TV..
Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang
Bloggers Malaysia
5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...
-
Terima panggilan talifon dari Dato' Cikgu Abdul Majid agar dihimpunkan anak-anak Gayong untuk majlis Aidil Fitri dari Kerabat Raja Sakti...
-
"Pecah Gayong Di Dalam Dulang, Dulang Hanyut Di Lautan Tujuh, Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang, Di Satu Masa Balik Bersatu ...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Salam segayong kami ucapkan buat semua anak-anak gayong dan salam silatulrahim buat semua pecint...
-
Pameran Pedang Nabi Muhammad saw dan Khazanah Tamadun Islam. Juga menampilkan Koleksi Sejarah Seni Silat Pusaka Gayong. PAda 5 hingga 19 Dis...
-
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyanyang. Yang Maha Adil dan tidak akan sekali-kali berlaku zalim ke atas makhluk-Nya. Semoga co...
Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...
Dari Kami Untuk Anda...
Sahabat Silat...
-
-
-
-
Susun Pukul G5 @ 10061511 tahun yang lalu
-
-
Traffic Los Angeles11 tahun yang lalu
-
-
Tari Perguruan oleh Paksu Noor14 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Admin Friends Update...
-
-
Bila Hijab Terbuka8 tahun yang lalu
-
Kalung Bunga (Flower Magenta) Model Terbaru & Murah9 tahun yang lalu
-
-
-
Hello World10 tahun yang lalu
-
-
Kemaskini blog Komuniti Bloggers Penang14 tahun yang lalu
-
-
Nokia N8 Syimbian Belle Update14 tahun yang lalu
-
-
Jika Allah Masih Sayangkan Dia!...315 tahun yang lalu
-
-
-
Tiga Waktu Terbaik Untuk Memancing16 tahun yang lalu
-
-
-
-
Admins Network Sosial!
Labels
- Admin (2)
- aksi anak-anak gayong pada 27 januari 2009 (1)
- Aktiviti Semasa (23)
- Amanat Guru (6)
- Amar Ma'ruf Nahi Mungkar (1)
- Anak gayong (13)
- Anak-Anak Gayong IPTB (5)
- BAK (2)
- Demo Cikgu Eddy (1)
- Detik Bersejarah (1)
- Dewan Bagan Ajam 4 April 2009 (1)
- Forums Gayong (1)
- Georgetown-Melaka Sebagai Bandar Warisan (1)
- Jebat Pahlawan Melayu sejati (1)
- Keris Seni Melayu..... (1)
- KILUUB (5)
- KILUUB 29~31 Mei 2009 (3)
- Kiriman Rimau Kumbang (12)
- KITA (1)
- Langkah Panglima (7)
- Majlis Perkahwinan Anakda Cikgu Yaakub (PSSGM) 25 Oktober 2008 (1)
- Majlis Perkahwinan Cikgu Jamal 22 Feb 2009 (1)
- Pantang Pendekar Menderhaka....... (6)
- Pengenalan... (1)
- Pertunjukkan Seni Mempertahan Diri Peringkat IPGM (1)
- Pesta Pulau Pinang (1)
- Pewaris Gayong (3)
- Program Ziarah Dan Penyatuan Ummah PSSPGM Pulau Pinang (1)
- PSSPGM 2009 Selection (1)
- PSSPGM Pulau Pinang Perfom (5)
- PSSPGM PUSAT (6)
- PSSPGM Special (2)
- pusaka gayong at Dewan Jubli Perak (2)
- Pusaka Gayong at Hentian Rehat Juru (1)
- Pusaka Gayong at Padang Kota Lama (2)
- Selamat Berbahagia Paktam... (1)
- Selamat Hari Guru (1)
- Selamat Hari Raya (1)
- selamat jalan cikgu man (1)
- Selamat Menunaikan Ibadah korban (1)
- Selamat Pengantin Baru (1)
- Selangkah Kearah Penyatuan... (5)
- Semangat Juang Anak Gayong (6)
- Silat Melayu (7)
- Silat Melayu Pencetus Perpaduan Ummah (7)
- Skuad Demo PSSPGM Pulau Pinang (10)
- Sungai Nibong 2008 (1)
- TETAK "Tempur Tangan Kosong" (1)
- Warisan Bangsa (20)
Panglima Hitam









