Jumaat, 26 Jun 2009

Memelihara & Menyambung Seni Warisan Bangsa..

Keteguhan semangat dan kekuatan jati diri yang cekal menjadi sumber utama anak-anak Pusaka Gayong Pulau Pinang bertekad memelihara,menyambung,menjaga,mewarisi serta mengembangkan ilmu seni kependekaran melayu ini agar tidak hilang ditelan arus kemodenan dunia hari ini.
'
Walau dimana kita berada,walau kemana kita pergi,seharusnya sentiasalah kita mengingati dari mana kita datang dan kemana kita pergi.
Silat Olahraga: Antara Aktiviti Sihat Melalui Silat Yang Cuba Ditunjukkan Oleh Kementerian Pelajaran & PESAKA
(Aksi Silat Olahraga Puteri 25 Jun 2009-SMK Mutiara Impian)
Anak-anak muda sekarang yang kurang ditekankan dengan aspek seni beladiri melayu yang sememangnya terkenal dengan displin,sopan santun,adat serta istiadatnya,kelembutan,kekerasan yang dizahirkan dari seni gerak dalam pelbagai kaedah serta aliran.

Tetapi,hari ini adakah kita memberikan penekanan yang betul dalam kesemua aspek itu?
'
Mungkin ia dan tak mustahil juga tidak,tepuk dada tanyalah hati..hanya kita yang mewarisi mengetahui apa yang orang lain kurang faham,hal demikian juga sering kita depatkan walau kadang kala ianya dianggap remeh malahan sebenarnya ia sepatutnya diambil serius agar kita sentiasa bersiap sedia dengan panji-panji,membawa semangat kependekaran melayu agar kita tidak dijajah untuk kali yang kedua.
Penyambung Warisan: Moga-Moga Anak-Anak Muda Ini Akan Terus Memperjuangkan Seni Bangsa Melayu

Pernahkah kita terfikir matlamat asal setiap penubuhan seni silat di Malaysia ini?
mungkin juga kita hanya memikirkan yang mana setiap pertubuhan silat di Malaysia ini ditubuhkan hanya inginkan publisiti atau sekadar pertunjukkan untuk majlis-majlis atau sukan-sukan.
'
Tujuan utama dan antara kesamaan kesemua pertubuhan seni silat yang ditubuhkan di Malaysia adalah untuk bersama memelihara adat,budaya,keselamatan dan kedaulatan negara,menjadi pasukan yang terakhir akan bagun untuk membela andai berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Bakal Pewaris: Aksi Dari Anak-Anak Gayong UiTM P.Pinang

Bila semangat perjuangan ditiupkan ke setiap jasad yang penuh dengan ilmu peperangan,maka akan lahirlah Pendekar-Pendekar Melayu abad ini dengan semangat memeperjuangkan agama,bangsa dan negara.Ini yang kita mahu lahirkan,bukan sekadar hanya mampu bersilat di rumah-rumah kenduri,di kejohanan-kejohanan silat atau sambutan-sambutan hari kebesaran tetapi membela agama,nasib bangsa serta menjaga kedaulatan tanah air.

Berlansung sekarang di Sek.Meng.Keb.Mutiara Impian,Simpang Ampat,
"Kejohanan Silat-Silat Peringkat Sekolah Negeri Pulau Pinang dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan PESAKA Negeri dari 22 hingga 27 Jun 2009
Marilah kita bersama-sama menyokong usaha murni bagi Memartabatkan Seni Silat kepada umum..

Selasa, 23 Jun 2009

Pakaian Seragam Hitam Di Dalam Lipatan Almari Usang.

Ketangkasan dua orang pesilat ini melambangkan keserasian yang tinggi yang terbina di dalam satu siri latihan yang panjang dan penuh dedikasi.

Keletihan selepas habis kerja di warung depan setesen bas pada malam itu membuat aku terfikir. Bagaimana keadaan aku sekarang ini. Dulu bujang sekarang sudah mempunyai anak dan isteri. Dahulu aku ada bengkel memperbaiki kereta tetapi sekarang cuma stall burger sahaja. Sudah beberapa tahun aku begini. Tak senang-senang. Aku pernah berjanji kepada diri ini aku akan kembali aktif dalam silat apabila ekonomi aku pulih dengan baik.

Lama sudah aku tidak turun ke gelanggang, rasa segan dan malu begitu ketara. Rasanya bukan faktor umur tetapi badan ini telah dimanja-manja. Terasa seronok dan bersemangat kembali melihat rakan-rakan seangkatan dengan aku masih aktif ke sana ke sini. Mereka datang ke warungku untuk bertanya khabar dan membeli beberapa burger dan hotdog. Mereka hendak ke gelanggang di Balik Pulau.

Guruku pernah menyarankan, setiap kerja buat hendaklah dibersihkan niat dan perlaksanaannya. Walaupun perkara itu kecil tetapi hasilnya sungguh mulia. Kamu semua sebagai jurulatih silat dan mempunyai kelas atau gelanggang kita sendiri. Tentu ada anak murid yang dibawah kelolaan kamu. Segala ilmu persilatan yang dicurahkan dengan niat yang ikhlas dan bersih akan melahirkan hasil yang baik. Amal jariah katanya. Mereka yang terdidik ini akan diasuh menghormati guru dan orang tua. Mengasih yang muda dan orang lemah. Berdisiplin tinggi dan beradab dengan peradaban seorang pendekar. Siapa yang untung kelak? Bukankah kamu juga. Kata-kata ini membuat aku tidak boleh tidur malam itu.

Aku telah dianugerahkan sandang kebesaran dan bengkong tertinggi tetapi aku khuatir persalinan silatku itu lama tidak aku pakaikan. Wajarkah aku menjadi jurulatih tanpa mempunyai gelanggang aku sendiri. Wajarkah aku berpersatuan tanpa memberi sebarang sumbangan? Wajarkah aku memiliki pakaian seragam hitam dan hanya kemas dalam lipatan tersusun di dalam almari usang bilik aku sahaja?
Ampun kenapa amanat ini tidak aku tunaikan?

Isnin, 15 Jun 2009

Semagat Juang Anak-Anak Gayong!

Takziah: Sama-samalah kita berdoa agar Cikgu Zul cepat sembuh & ini tidak mematahkan semangat beliau untuk terus memperjuangkan Seni Silat Gayong


Assalamualaikum & salam sejahtera,syukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan kesempatan untuk menulis artikel ini bagi sama-sama kita mengetahui perkembangan serta aktiviti terkini PSSPGM bahagian negeri Pulau Pinang.

Pada tanggal 6 Jun 2009,antara tarikh yang mungkin tak dapat kami lupakan yang mana apabila dua persembahan dalam tarikh yang sama & masa yang amat pendek untuk kami bergegas dari satu tempat ke satu tempat yang jaraknya agak jauh.
Penyambung Warisan Bangsa: Mudah-mudahan semangat yang ditunjukkan oleh pesilat cilik ini dapat dijadikan iktibar serta kekuatan untuk menjana kekuatan ummah

Disebabkan semangat & tidak mahu menghampakan jemputan demontrasi silat,kami gagahi juga untuk bersama meraikan pasangan mempelai.
Malang tidak berbaur,apabila apa yang dirancangkan bertukar kepada tragedi yang mana salah seorang jurulatih Pusaka Gayong (Cikgu Zul)cedera teruk kedua jarinya akibat terkena tetakan parang & salah satunya terpaksa diberi jahitan sebanyak lima jarum di hospital bukit mertajam.
Seni Simbat: Pentas Rotan yang dipersembahkan oleh Cikgu Saufi & Cikgu Madi (Remp-it)

Dengan semangat serta pengorbanan,beliau walau dengan keadaan sakit sedikit pun tidak menghiraukan kesakitan yang ditanggungnya dengan berkata “Demo kedua ni kita kena jugak teruskan, tuan rumah amat berharap..saya tak sampai hati nak hampakan dia” Itulah antara kata-kata semangat yang mana setelah dibincangkan kami meneruskan perjalanan ke lokasi persembahan yang kedua.

Setibanya disana,kami disambut dengan senyuman serta ucapan terima kasih yang teramat kerana kami sampai juga akhirnya,memang benar kata Cikgu Zul..Tuan rumah amat berharap agar kami dapat membuat persembahan walau agak lewat,dia tetap bersabar & bersemangat untuk menyaksikan anak-anak muda dari Pusaka Gayong mengadakan persembahan.

Trademark Gayong: Lompatan anak harimau antara displin yang diprotontonkan semasa persembahan tersebut yang mana turut menarik perhatian pasangan pengantin
Setelah selesai persembahan & makan,kami terus bergegas ke hospital bagi memberikan rawatan selanjutnya kepada Cikgu Zul . Alhamdulillah,semuanya masih dalam lindungan Allah,mungkin ini dapat member pengajaran agar pada masa akan datang kita lebih sentiasa ingat,berhati-hati & memberikan latihan yang secukupnya sebelum mempersembahkan seni silat warisan melayu kepada umum..

Ahad, 14 Jun 2009

Kerajaan Iktiraf Silat Sebagai Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan


KUALA TERENGGANU, 10 Jun (Bernama) -- Silat yang sinonim dengan masyarakat Melayu, mendapat pengiktirafan yang besar kerana akan dijadikan sebagai Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan tidak lama lagi.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata sudah sampai masanya kerajaan memberikan pengiktirafan tersebut kepada seni silat yang merupakan warisan negara ini.

"Sebelum ini tiada (pengiktirafan daripada kerajaan). Badan-badan di bawah naungan Pesaka (Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia) bergerak mengikut takwim tahunan mereka sendiri tetapi tiada pengiktirafan khusus daripada kerajaan.

"Jadi dengan cara ini (mengiktiraf silat sebagai seni mempertahankan diri kebangsaan), ia baik dan adil kerana begitu ramai iaitu 4.2 juta rakyat negara ini adalah ahli Pesaka. Kalau kerajaan tidak mengiktirafnya, sia-sia Pesaka mempunyai ahli yang ramai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Festival Silat Seni Kebangsaan yang pertama di Gerbang Sukan Gong Badak, dekat sini Sabtu.

Turut hadir, Pemangku Presiden Pesaka yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Din Adam.

Rais berkata sebagai permulaan, beliau akan memastikan silat didaftarkan sebagai warisan negara di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.

"Sebelum ini, saya memang sudah mempunyai rancangan untuk menjadikan silat sebagai warisan negara di bawah akta baru itu. Kita juga meminta agar silat dijadikan sebagai mata pelajaran warisan kebangsaan.

"Jadi, selepas ini saya akan sediakan kertas kerja untuk dikemukakan kepada kerajaan dan menteri besar supaya mengiktiraf silat sebagai seni mempertahankan diri kebangsaan," katanya.

Beliau berkata pengiktirafan itu hanya diberikan kepada silat kerana ia berasal dari negara ini berbanding seni mempertahankan diri lain.

Rais berkata bagi menjadikan silat terus unggul, relevan dan universal, pihaknya akan bekerjasama dengan beberapa kementerian seperti Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi supaya silat itu antaranya dijadikan sebagai subjek dalam kurikulum di sekolah, kolej serta universiti.

Sementara itu, Mohamad berkata Pesaka akan mengadakan Konvensyen Persilatan di Selangor, Ogos depan bagi membincangkan hala tuju seni silat dalam dunia global, masa kini.







Petikkan Dari-- BERNAMA 10 Jun, 2006 19:40 PM

Rabu, 10 Jun 2009

IKUTLAH RASMI PADI

Ganasnya Tsunami membinasakan tetapi tidak diizinkan Allah SWT untuk menyentuh Masjid Ar Rahman di Aceh ini. Begitulah hebatnya ketentuan Allah. Janganlah kita berlaku sombong.

Apa istimewa silat ini? Tanya seseorang kepada guruku. Kita mahu berkawan jawab guruku ringkas. Sememangnya itu yang kami amalkan. Mementingkan kebajikan dan persahabatan. Ya aku selalu melihat beliau suka meraikan majlis-majlis keraian undangan daripada rakan-rakan perguruan lain samada kecil mahupun besar. Yang pasti beliau menjemput kami beramai-ramai.

Mungkin ramai menyangka silat untuk berkelahi sahaja. Mungkin ramai yang menyangka silat untuk pertandingan siapa yang terbaik. Ramai yang menyangka silat harus kepimpinannya dimonopoli oleh guru-guru tua sahaja. Tetapi sebenarnya silat ialah lebih dari itu. Diperingkat awal penubuhannya silat merupakan suatu kesatuan untuk membela nasib rakyat. Tidak rela dijajah dan dikotak-katikan oleh anasir-anasir yang jahat. Membela maruah agama menjadi agenda utama agar jangan ada yang berani mencemarkannya. Satu izzah yang boleh dibanggakan. Satu gagasan umat yang berani membela keadilan.

Budaya ragut sangat berleluasa, mengapa tidak kita bersama mempelajari beberapa teknik untuk mengatasi peragut ini. Berkongi ilmu menambah tetapi berkongsi wang mengurang.

Silat jangan dipandang dengan sebelah mata sahaja. Ianya bukan permainan kampongan. Ianya sudah menjadi warisan seni secara rasmi oleh Kementerian Kesenian Dan Warisan Negara. Sudah ada Kejohanan Silat Dunia. Tidak seperti bela diri yang lain kerana silat mempunyai adat dan pantang larang yang tersendiri. Adat istiadatnya penuh peraturan dan disiplin. Membina kesusilaan dan akhlak terpuji seorang pendekar sejati.
Tetapi yang penting guruku telah berpesan "Di Mana bumi kau pijak di situ langit kau junjung". "Berpantang Mati Sebelum Ajal". Ikutlah rasmi padi, semakin tunduk semakin berisi. Berkongsi ilmu berkat, kerana ia akan bertambah bukan berkurangan.

Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all