Ahad, 14 Jun 2009

Kerajaan Iktiraf Silat Sebagai Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan


KUALA TERENGGANU, 10 Jun (Bernama) -- Silat yang sinonim dengan masyarakat Melayu, mendapat pengiktirafan yang besar kerana akan dijadikan sebagai Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan tidak lama lagi.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata sudah sampai masanya kerajaan memberikan pengiktirafan tersebut kepada seni silat yang merupakan warisan negara ini.

"Sebelum ini tiada (pengiktirafan daripada kerajaan). Badan-badan di bawah naungan Pesaka (Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia) bergerak mengikut takwim tahunan mereka sendiri tetapi tiada pengiktirafan khusus daripada kerajaan.

"Jadi dengan cara ini (mengiktiraf silat sebagai seni mempertahankan diri kebangsaan), ia baik dan adil kerana begitu ramai iaitu 4.2 juta rakyat negara ini adalah ahli Pesaka. Kalau kerajaan tidak mengiktirafnya, sia-sia Pesaka mempunyai ahli yang ramai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Festival Silat Seni Kebangsaan yang pertama di Gerbang Sukan Gong Badak, dekat sini Sabtu.

Turut hadir, Pemangku Presiden Pesaka yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Din Adam.

Rais berkata sebagai permulaan, beliau akan memastikan silat didaftarkan sebagai warisan negara di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.

"Sebelum ini, saya memang sudah mempunyai rancangan untuk menjadikan silat sebagai warisan negara di bawah akta baru itu. Kita juga meminta agar silat dijadikan sebagai mata pelajaran warisan kebangsaan.

"Jadi, selepas ini saya akan sediakan kertas kerja untuk dikemukakan kepada kerajaan dan menteri besar supaya mengiktiraf silat sebagai seni mempertahankan diri kebangsaan," katanya.

Beliau berkata pengiktirafan itu hanya diberikan kepada silat kerana ia berasal dari negara ini berbanding seni mempertahankan diri lain.

Rais berkata bagi menjadikan silat terus unggul, relevan dan universal, pihaknya akan bekerjasama dengan beberapa kementerian seperti Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi supaya silat itu antaranya dijadikan sebagai subjek dalam kurikulum di sekolah, kolej serta universiti.

Sementara itu, Mohamad berkata Pesaka akan mengadakan Konvensyen Persilatan di Selangor, Ogos depan bagi membincangkan hala tuju seni silat dalam dunia global, masa kini.







Petikkan Dari-- BERNAMA 10 Jun, 2006 19:40 PM

Tiada ulasan:

Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all