Pada tanggal 29 march 2009 jam 11:00pagi,Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang sekali lagi dijemput oleh pengurus shell yang sama bagi bersama-sama memeriahkan serta meraikan majlis karnival shell di ISFA Filling Station Hentian Rehat Arah Selatan,Juru,Seberang Perai dengan persembahan seni silat yang beliau anggap unik serta ingikan kelainan yang selalu dibuat oleh pengurus2 shell bahagian lain apabila satu-satu karnival dijalankan. Diwakili seramai 12 orang pesilat tiba di RR Juru pada jam 9.30pagi,sambil ada yang melakukan persediaan akhir sebelum demo berlansung yg pada awalnya dijangkakan pada pukul 10.30pagi tetapi terpaksa ditunda ke 11pagi diatas maslah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa kesyukuran,bacaan surah-surah dari ayat suci Al-Quran bagi mengigatkan kita bahawa setinggi mana pun darjat atau kehebatan kita,Al-Quran jangan dilupakan...
Bergambar kenangan sebelum persembahan bermulaSelain silat,pasukan kompang & superbike dari utara bikers juga dijemput untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Demo kali ini agak menarik & mungkin tidak akan dapat dilupakan oleh pesilat-pesilat dari Institut Perguruan Tuanku Bainun (IPTB) yang pertama kali beraksi diluar IPTB & bukannya didalam dewan,ada juga yang sememangnya pertama kalinya bersilat dihadapan orang ramai. Sesuatu pengalaman yang tidak dijangka sama sekali,mungkin ini akan membangkitkan semangat utuk lebih berusaha gigih lagi demi memartabatkan silat melayu untuk diwarisi serta dikembangkan pada anak cucu bangsa apabila mereka mengajar di sekolah masing-masing nanti.

Aksi dari pesilat-pesilat IPTB
2 pendekar IPTB sedang beraksi dengan permainan tempur rotan
Putri dengan gaya yang tersendiri untuk memulakan persembahan
Persembahan terakhir juga oleh jurulatih Pusaka Gayong Negeri Pulau Pinang dengan permainan seni parang panjang yang mana ia menjadikan suasana sekali lagi bertukar tegang dengan aksi penonton yang berteriak apabila parang bertemu parang dengan percikkan api serta kenyaringan bunyi parang. Dengan kemahiran serta kepakaran para jurulatih mengawal setiap pergerakkan dalam permainan senjata,ada juganya kecederaan tidak dapat dielakkan.Sudah lumrah bersilat,jika tidak pernah mengalirkan sedikit darah kepahlawanan melayu itu keluar dari tubuh badan,ia sememangnya tidak sah..mungkin juga ini salah satu kebetulan atau kesan dari kekurangkan daripada latihan yang diambil bagi persediaan bermain senjata tetapi jika sehebat mana pun kita bermain senjata,ingatlah & tanamkan satu niat didalam diri serta semasa doa untuk buka gelanggang yang kita mempamerkan ilmu persilatan melayu ini hanyalah untuk meraikan majlis serta mempersembahkan permainan istana serta kehebatan silat melayu & bukannya untuk menunjuk-nunjuk. Inilah yang selalunya diigatkan oleh guru-guru gayong kepada anak-anak murid gayong apabila bergelanggang. Jadikan kesilapan hari ini sebagai satu cabaran untuk tidak diulangi pada hari esok,itulah kata-kata semnagat yang menaikkan semangat serrta kegigihan berlatih untuk memantapkan serta memahirkan diri dengan permainan masing-masing. Keseluruhannya,pada majlis tersebut persembahan silat melayu yang juga warisan permainan kependekaran melayu tua sangat menghiburkan para tetamu serta penonton yang hadir secara kebetulan atau tidak pada hari tersebut.
Gambar-gambar yang sempat dirakamkan oleh lensa kami untuk tatapan semua
Inilah bukti bahawa silat melayu masih wujud dinegeri Pulau Pinang ini serta masih hebat seperti zaman-zaman kegemilangannya dahulu yang mana ia digunakan sebagai pakaian utama untuk mempertahankan maruah agama,diri,bangsa & negara.











Tiada ulasan:
Catat Ulasan