Setelah sekian lama penat berlatih,kini tibalah masanya para pengamal Pusaka Gayong dari gelanggang Institut Perguruan Tuanku Bainun merencanakan tugasan yang diberi dengan menganjurkan satu majlis "Pertunjukkan Seni Mempertahankan Diri" anjuran 2PPSIMP PJ/PI/PM pada tanggal 20 April 2009 bermula pada pukul 8:30 pagi hingga 10:30pg. Antara Pertubuhan yang dijemput bagi bersama untuk mempersembahkan kemahiran dalam seni masing-masing adalah:1. Pertubuhan Seni Silat Pulut.
2. Muay Thai.
3. Pertubuhan Silat Teralak Asli,Kelantan.
4. Islamic Tae Kwan-Do.
5. Pertubuhan Seni Slat Pusaka Gayong Malaysia.
*Aksi Daripada Pengamal Muay Thai Yang Dipersembahkan Sendiri Oleh Penuntut IPTB.
Objektif utama program ini dianjurkan adalah bagi:
1. Memberi pendedahan awal kepada para pelatih dalam aspek kepengelolaan pertunjukkan seni mempertahankan diri.
2. Memupuk semangat kerjasama yang tinggi diantara pelatih melalui penganjuran pertunjukkan seni mempertahankan diri seumpama ini yang amat jarang ditekankan di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam mahu pun Swasta.
3. Mengeratkan tali silatulrahim diantara guru-guru pelatih itu sendiri.
4. Mengenalpasti kebolehan & mengilap bakat-bakat baru dalam bidang ini.
Majis dimulakan dengan paluan kompang mengiringi Timbalan Pengarah IPTB sebagai tetamu kehormat ke Padang Astaka IPGM Kampus Tuanku Bainun pada jam 8:00pagi. Acara seterusnya majlis pembukaan dengan nyayian lagu & bacaan doa,ucapan dari Timb. Pengarah IPGM Kampus Tuanku Bainun.
Persembahan seni mempertahankan diri dimulakan dengan Pertubuhan Seni Silat Pulut yang mana ia dipersembahkan sendiri oleh penuntut-penuntut IPGM ini dengan tari sembah. Selesai Silat Pulut,muncul pula satu lagi seni mempertahankan diri Thailand yang kita kenali dengan nama Tomoi atau Muay Thai,juga diperagakan daripada penuntut-penuntut IPGM sendiri dengan aksi.aksi yang agak menarik,menarik perhatian dari kalangan para tetamu,pensyarah serta pelajar-pelajar sendiri.
Aksi Daripada Pengamal Take Kwan-Do
Persembahan ke tiga daripada Pertubuhan Silat Teralak Asli,Kelantan juga daripada para penuntut yang mana ia mempamerkan aksi-aksi menarik serta sepontan yang amat menghiburkan para tetamu. Satu persembahan khas juga daripada penuntut IPGM,satu sketsa atau drama pendek dilakonkan bagi memupuk agar setiap masyarakat memilih serta mempelajari ilmu mempertahankan diri agar ia dapat menjadi salah satu daripada kekuatan untuk kita mempertahankan diri apabila berada didalam saat-saat getir yang memerlukan kebolehan serta teknik bagi menangkis serangan serta mempertahankan diri sendiri.Selesai sudah sketsa atau drama itu,kini tiba giliran persatuan Taek Kwan-Do dibawah pimpinan Ustaz Mansoor yang juga jurulatih kepada penuntut-penuntut IPGM ini memulakan persembahan,dengan aksi dislpin yang dipamerkan daripada jurulatih-jurulatih dibawah beliau. Persembahan semakin panas apabila sepasang jurulatih beliau menunjukkan teknik-teknik yang betul untuk digunakan dalam "free fighter" dengan kaedah & teknik yang diaplikasikan daripada pelajaran Taek Kwan Do itu sendiri. Dan persembahan terakhir adalah daripada Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia gelanggang IPGM sendiri dibawah pengawasan Cikgu Helmi & Cikgu Ismail mempersembahkan seni atau kebolehan yang mereka miliki.Dimulakan dengan pembukaan gelanggang yang dibawakan khas daripada PSSPGM Caw.Sg.Ara Cikgu Syuhadah yang juga anakda Cikgu Rusli Hashim(Pengerusi PSSPGM Caw.Sg.Ara). Cenderamata Kenang-Kenangan Disampaikan Oleh Timb.Pengarah IPTB
Berikutnya persembahan asas daripada anak-anak gayong IPGM sendiri,solo,masal oleh putra,putri & penutup oleh tempur rotan yang amat baik serta bertenaga ditunjukkan oleh anak-anak Pusaka Gayong ini...Syabas dari kami di PSSPGM Bahagian Negeri Pulau Pinang.Akhir sekali,sebelum bersurai satu penghargaan kepada wakil-wakil Pertubuhan/persatuan jemputan daripada pihak IPGM sebagai cenderahati kenang-kenangan yang disampaikan sendiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Institut Perguruan Tuanku Bainun.
Wakil-Wakil Daripada Pertubuhan/Persatuan Seni Beladiri
Semoga program seumpama ini dapat diteruskan dari masa ke semasa bagi bersama-sama menaikkan Pertubuhan-Pertubuhan Seni Beladiri Malaysia agar ia tidak dipinggir atau dianak-tirikan & dapat dilihat serta diwarisi oleh belia-belia muda hari ini untuk generasi yang akan datang...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan