- Beerti Mengenggam perintah Allah tanpa berbelah bahagi kepada ajaran Islam dengan hati yang suci serta penuh keimanan dan kepercayaan atas kuasa-Nya.
- Ia juga membawa maksud,mengenggam amanah yang diberi dalam Gayong.
ANGKAT::
- Membawa maksud kewajipan untuk menjunjung kedaulatan Al-Quran denganmenjadikan ia sebagai sumber panduan dan undang-undang dalam segenap aspek kehidupan.
- Ia juga membawa maksud,kesemua ahli Gayong mestilah memelihara segala amanah yang digenggam agar ia terus dihormati dan dipatuhi.
- Ialah beriman dan bertauhidkan hanya kepada Allah s.w.t.
- Ia juga mengajar kita agar yakin dengan kelebihan dak keberkatan ilmu yang dituntut sehingga dapat menghadapi musuh-musuh dengan pertolongan serta bantuan dari Allah s.w.t.
WARAS::
- Bermaksud,sedar bahawa segala perbuatan yang hendak dilakukan perlulah dengan akal fikiran yang waras dengan berpaksikan keimanan kepada Allah supaya perbuatan itu mendapat restu serta keredhaan-Nya.
- Ia juga bermaksud segala tindakkan yang kita putuskan dengan mengambilkira baik dan buruk kesan daripada langkah serta gerak hasil yang diambil.
- Membawa erti takut hanya kepada Allah dengan azab dan siksaan yang dasyat buat hamba-hamba-Nya yang ingkar.
- Juga membawa maksud permainan dan pergerakkan Gayong yang membawa kesan ngeri apabila dipamerkan dengan cara yang benar.
Dalam Kenangan: Pengisytiharan UNESCO Georgetown-Melaka Sebagai Bandar Warisan pada 22 Nov 2008
Apa akan jadi sekiranya kita anak-anak Gayong tidak betul-betul memahami serta menilai selain menerapkan ia sebagai sesuatu yang dapat dipegang dalam menegakkan perjuangan Gayong serta mengekalkan tali silatulrahim diantara kita anak-anak Gayong. Dan ini yang terjadi apabila sesama kita mula bermasam muka,bertengkar,tidak menghormati keputusan mesyuarat,tidak dapat menerima idea-idea baru,teguran serta berbagai-bagai lagi yang mana akhirnya ia membawa kepada perpecahan. Adakah kita mampu untuk merialisasikan pantun atau kata-kata Daeng Kuning kepada saudara-saudaranya ketika mahu berpisah yang berbunyi "Pecah Gayong Di Dalam Dulang, Dulang Hanyut Di Lautan Tujuh, Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang, Di Satu Masa Balik Berteguh"..
Dalam Kenangan: Semasa majlis perjumaan & ramah mesra anak-anak Gayong di Taiping 2008
Adakah kita generasi kini mahukan ia menjadi satu kenyataan atau lebih kepada membawa ia kearah yang lebih teruk?? Fikir-fikirkanlah wahai anak-anak Gayong sekelian,adakah salah faham diantara Guru-Guru lama kita wajar diberikan sesuatu yang mana ia dapat mengembalikan kemashuran GAYONG pada saat dahulu yang juga merupakan satu nama besar dalam dunia seni beladiri melayu yang cukup dikenali dan digeruni. Tepuk dada,berfikirlah sejenak...
2 ulasan:
Ke mana pergi ye ? Nanti sy pikir2kan.... :D
Ianya tidak ke mana. Ianya masih ada di dalam hati ini. Cuma kita ego hendak keluarkannya. Ego kerana kita orang lama. Ego kerana kita bengkong hitam. Ego kerana kita lebih senior. Ego untuk mengucapkan maafkan cikgu. Ego meminta maaf dari cikgu.
Maka sanggup dibiarkan masa berlalu dan meninggalkan kesah sejarah keegoan masing-masing.
Siapa yang berani mula dahulu dialah yang benar-benar gagah. Siapa yang berani memecahkan keegoan ini dia pendekar.
Siapa yang mahu bersatu padu dialah ank Gayong.
Catat Ulasan