Sabtu, 23 Mei 2009

Amant Bonda Cikgu Hjh Siti Fadzillah Bt Dato’ Meor Abd Rahman

Dari kiri, Dato' Cikgu Abdul Majid, Ustaz Abdullah Saidi, Bonda Cikgu Hajjah Siti Fadzillah Dato Mior Abd Rahman dan Cikgu Ismail Chik

Tuan-tuan dan puan-puan
Terima kasih dan selamat datang diucapkan kepada sidang hadirin yang sudi datang ke majlis ini. Ingin saya mengambil kesempatan dihari yang bertuah dan bersejarah ini untuk memperkenalkan diri saya. Nama saya Siti Fadzillah Bt Dato’ Meor Abdul Rahman. Waris Mutlak kepada Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman B Meor Uda Mohammad Hashim.

Sebelum saya teruskan ucapan ini ingin saya memperjelaskan marilah kita menggangap perjumpaan ini sebagai perjumpaan ramah mesra di kalangan kita. Namun janganlah kita jangkakan ianya adalah perjumpaan kosong semata-mata. Saya berharap ini merupakan langkah pertama untuk mencapai seribu makna dimasa hadapan demi agama, bangsa dan negera. Tuan-tuan sekalian saya anggap sebagai pendukung Gayong yang sejati. Walaupun diantara kita berlainan pendapat, berlainan matlamat dan sebagainya, tetapi apa yang paling penting tuan-tuan telah meneruskan usaha-usaha Allahyarham ayahanda saya tanpa kenal erti penat dan jemu.
"Aku terima amanat ini dengan berkat syafaat Baginda Rasulullah saw". Ingatkah kita ikrar ini?

Tuan-tuan dan puan-puan.
Saya tidak berhajat bercerita tentang perjuangan Gayong. Saya yakin tuan-tuan lebih arif dan telah mendengarnya dibeberapa majlis seumpama ini. Malah saya sendiri masih ingat di majlis-majlis dan seminar-seminar yang saya hadir, kita telah banyak membincangkan tentang perjuangan Gayong. Tuan-tuan adalah pejuang dan pendukung Gayong yang telah melalui banyak pengalaman dan terdiri dari kalangan yang saya anggap bijak pandai. Bijak pandai bukan hanya bermaksud dari segi pelajaran tapi lebih dari itu. Tuan-tuan mungkin bijak dari bermacam-macam cara dan mempunyai keistimewaan tersendiri yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT.

Tidakkah kita ingin melihat Gayong ini berkembang maju dan bersatu di bawah satu payung? Jika persoalan itu ditanya kepada saya, jawaban saya ialah ‘Ya’, kerana demi agama, bangsa dan Negara. Itu sahaja cukup mudah! Kita semua tidak kira dari mana harus bersatu di bawah satu payong. Hanya dengan cara itu kita akan dihormati dan tidak diambil kesempatan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan peribadi. Mari kita memulakan langkah pertama ini sekarang, sebelum kita tidak boleh bergerak langsung. Saya harap tuan-tuan memahami maksud saya ini. Perjalanan yang jauh bermula dengan satu langkah, biarpun kecil. Tetapi sekiranya kita tidak memulakannya saya yakin Gayong tidak akan ke mana. Gayong hanya akan dikongkong oleh segelintir golongan yang mempunyai kepentingan peribadi. Ia hanya akan terkongkong sampai bila-bila dan akhirnya akan menjadi serpihan kecil yang tidak akan bermakna. Adakah ini yang kita mahu?

Alhamdulillah, bangga menjadi anak gayong kerana mempunyai barisan kepimpinan yang tersusun semoga berkembang maju Gayong. Beduk berlalu kiambang bertaut.

Saya mahu melihat pentadbiran Gayong lebih tersusun dan teratur dari pelbagai segi. Saya bercakap daripada pengalaman saya sendiri. Ramai yang datang kepada saya dan tidak berpuashati serta memarahi saya. Saya kehairanan dan tidak mengetahui apa-apa. Saya sendiri tidak pernah melihat sebarang laporan samada laporan aktiviti, laporan kewangan, pentadbiran Gayong atau sebarang yang berkaitan dengan Gayong.

Dari komen-komen yang saya terima perkara-perkara ini dipersoalkan oleh segelintir pengikut Gayong. Saya paling kesal ialah komen-komen yang negatif berkaitan Gayong. Ianya secara tidak langsung mencemarkan warisan perjuangan ayah saya. Oleh itu saya memohon tuan-tuan yang berada di pihak pengurusan tertinggi mestilah berperanan sejajar dengan pergerakan masa. Tuan-tuan haruslah mempunyai satu sistem yang diyakini ramai agar mereka yang berada diluar sana berasa hormat dan selamat terhadap pertubuhan kita.

Saya amat berterima kasih kepada Cikgu Majid kerana beliau telah melibatkan saya dalam setiap aktiviti yang dianjurkan atas nama Gayong. Baru-baru ini saya ada mendengar khabar angin yang mengatakan saya tidak mahu terlibat lagi dengan Gayong. Saya dengan sekeras-kerasnya membantah dan menafikan khabar angin tersebut. Walau bagaimanapun saya harapkan selepas ini nanti sekiranya masih ada yang sudi dan ingin menjemput saya, saya amat mengalu-alukannya. Walau bagaimanapun saya juga mempunyai tanggung-jawab terhadap keluarga dan sekiranya saya menolak sesuatu jemputan hanyalah atas alasan keluarga. Harapan saya tuan-tuan tidak berkecil hati.

Oleh itu didalam pejumpaan ini saya telah menyenaraikan beberapa permintaaan agar dihalusi dan dibincangkan bersama antara kita. Tuan-tuan adalah pengurusan tertinggi dan dihormati di dalam arena Gayong di negara ini. Oleh itu saya sebagai Waris Mutlak sekali lagi meminta tuan-tuan agar membincangkan permintaan saya iaitu:

1. Membaik pulih pusara Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman dan Datin Kalsum . Tujuannya adalah untuk membolehkan dan menyenangkan sesiapa sahaja yang ingin melawat pusara tersebut, kerana melihat kepada keadaan sekarang ia tidak terurus.

2. Menyatukan kembali Silat Gayong Malaysia dan Silat Gayong Pusaka. Saya ingin melihat suatu usaha dijalankan, agar Silat Gayong yang ada sekarang bersatu di bawah satu payong. Walaupun ia agak sukar dilaksanakan namun ia bukanlah suatu yang mustahil. Kita haruslah mengutamakan penyatuan bangsa dan saya minta pentadbiran yang sedia ada sekarang memulakan satu langkah ke arah itu. Walaupun saya tahu ia akan memakan masa tetapi sekiranya kita tidak langsung memulakan apa-apa usaha, kita tidak akan bersatu sampai bila-bila. Akhirnya bangsa kita sendiri akan rugi. Saya menyeru tuan-tuan agar dapat memberi keutamaan kepada Silat Gayong melebihi keutamaan kepada kepentingan peribadi sekiranya ada. Walaupun saya tahu setiap dari kita mempunyai fahaman, perjuangan dan tujuan yang mungkin berbeza. Saya memohon agar tuan-tuan dapat bersatu di bawah satu nama perjuangan. Sekali lagi saya meminta agar perkara ini diberikan perhatian demi kemajuan Silat Gayong.

3. Menyusun pentadbiran silat Gayong Pusaka dan Gayong Malaysia. Saya hendak melihat pentadbiran Silat Gayong ini dikemas-kini agar memudahkan sesuatu urusan. Saya mahu sumber-sumber kewangan ditadbir dengan sebaiknya. Saya tahu isu kewangan merupakan suatu isu yang sensitif. Walaupun begitu kita harus mempunyai satu sistem akaun yang baik agar dapat meyakinkan semua pihak. Namun itu tidak bermakna apa yang ada sekarang tidak baik. Cuma saya secara peribadi tidak tahu siapa yang bertanggungjawab terhadap laporan akaun dan setiap hasil aktiviti disalurkan kearah mana.

Oleh itu saya berharap agar diwujudkan tabung-tabung untuk tujuan tertentu. Pada hemat saya ini amat penting agar setiap aktiviti yang dijalankan dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Selain daripada perkara tersebut, perkara lain yang harus diberi perhatian ialah kedudukan setiap orang yang ada di dalam Silat Gayong ini diperjelaskan. Contohnya siapa yang menduduki jawatan tertinggi bagi peringkat pusat, negeri dan juga cawangan. Oleh itu pentadbiran perlu menyediakan suatu carta organisasi untuk menunjukkan perkara tersebut.

4. Seperkara lagi ialah saya hendak mengingatkan amanat Gayong yang telah diamanahkan oleh ayah saya iaitu agar diadakan tabung-tabung Gayong yang mana ia terdiri daripada:
a. Tabung untuk guru Gayong yang memandikan
b. Tabung untuk gurulatih
c. Tabung untuk Waris
d. Tabung Kebajikan untuk tujuan kecemasan dan kebajikan.

Ini adalah kerana Gayong mempunyai adat-istiadat dan sumpahnya sejak dari dahulu. Ini amat penting kepada orang-orang Gayong. Janganlah hendaknya dilanggar kerana takut nanti memakan diri sendiri dan menjadi kucar-kacir kelak. Saya yakin orang-orang lama dalam Gayong tentu tahu akan hal ini.

Sebelum saya mengundur diri saya memohon berbanyak kemaafan sekiranya kata-kata saya terkasar bahasa dan tersilap. Marilah kita sama-sama buangkan yang keruh dan ambil yang jernih. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.


Wassalam.
Yang benar :
Hjh Siti Fadzillah Bt Dato’ Meor Abd Rahman

Tiada ulasan:

Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all