Jumaat, 21 Ogos 2009

Ujian Kenaikkan Bengkong Peringkat IPTB

Pada tanggal 14 Ogos 2009 bertempat di Gimnazium Intitut Perguruan Tuanku Bainun (IPTB),satu majlis ringkas ujian kenaikkan bengkong telah diadakan bagi menguji dan mengukur tahap kemampuan anak-anak gayong yang terdiri daripada pelatih-pelatih IPTB. Seramai 26 peserta putra dan putri telah mengambil bahagian dalam ujian di peringkat Pra Putih, Awan Putih serta Pelangi Hijau yang dijalankan pada sebelah malam. Para pelatih telah diuji mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Majlis Guru-Guru PSSPGM Pulau Pinang yang mana ianya dinilai berpandukan silibus matapelajaran Pusaka Gayong dan diadili oleh gurulatih-gurulatih tertinggi Pusaka Gayong Pulau Pinang yang ditauliahkan dari gelangang pusat PSSPGM.
Disiplin: Pengawasan Diberikan Dalam Membentuk Dan Melahirkan Generasi Pelapis Yang Berkualiti

'Acara dimulakan pada pukul 9.30 malam dengan pembukaan gelanggang dan adat isiadat Gayong oleh guru penasihat Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong IPTB Cikgu Ismail yang juga salah seorang gurulatih tertinggi dan ketua adat PSSPGM. Selepas selesai majlis pembukaan gelanggang,seperti latihan biasa senaman pemanasan badan dijalankan bagi merengangkan otot-otot agar lebih bersedia untuk melakukan segala aktiviti lasak dalam ujian nanti. Seterusnya sesi penerangan,taklimat ringkas dan tip-tip bagi menghadapi ujian oleh jurulatih gelanggang Cikgu Helmi dan diakhiri dengan bacaan doa.

Sebelum ujian dijalankan,penerangan dan pesanan serta adap dan aturcara ujian dijelaskan dengan lebih terpeinci oleh Cikgu Aidi dan Cikgu Meor yang ditugaskan sebagai juri pada malam itu. Para peserta dibahagi mengikut bengkong dan dimulakan dengan asas serta gerakkan mengikut kumpulan masing-masing. Alhamdulillah,dengan berbekalkan semangat serta kecekalan yang tinggi kesemua peserta telah lulus dan layak menerima bengkong mengikut kategori masing-masing.

Kemahiran: Tahap Kemahiran & Kekuatan Mental Menjadi Tunjang Utama Kepada Anak Gayong

Senarai penuh keputusan ujian bengkong peringkat IPTB 2009;

Pra Putih
  • Nur Afiqah Bt. Khairazmy
  • Habiba Nabihah Bt. Mustafa
  • Nurfatin Azlina Bt. Hamzah
  • Nurul Hidayah Bt. Ahmad Shahbudin
Awan Putih
  • Muhammad Khairuddin Bin Abdul Aziz - Cula Tiga (3)
  • Muhammad Atif Bin Mohamad Arshad - Cula Tiga (3)
  • Shikh Muhammad Nur Hashim Bin Shikh Hassan - Cula Tiga (3)
  • Mohd Asyraq Bin Mohd Yusoff - Cula Tiga (3)
  • Mohammad Azlan Bin Azilani - Cula Dua (2)
  • Mohd Hanafie Bin Mohd Junaidi - Cula Dua (2)
  • Nursyakira Bt. Akmal - Cula Dua (2)
  • Noor Syamimi Bt. Roslan - Cula Dua (2)
  • Nurul Afiqah Bt. Muhamad - Cula Dua (2)
  • Nor Aqilah Bt. Kamarudin - Cula Dua (2)
Pelangi Hijau
  • Muhammad Noh Hilmi Bin Che Hussin - Cula Tiga (3)
  • Mohamad Faizuldin Bin Md. Lasim - Cula Tiga (3)
  • Muhammad Syahmi Bin Shaffei - Cula Tiga (3)
  • Mahzan Bin Abd. Mutalib - Cula Tiga (3)
  • Norizan Bt. Zakaria - Cula Dua (2)
  • Siti Jamilah Bt. Mat Isa - Cula Dua (2)
  • Nor Atikah Bt. Zulkifli - Cula Dua (2)
  • Nur Farhana Bt. ismail - Cula Dua (2)
  • Intan Zarith Diana Bt. Yahya - Cula Satu (1)
  • Siti Nazirah Bt. Jaafar - Cula Satu (1)
  • Anis Bt. Abd. Rahim - Cula Satu (1)
  • Aqilah Najwa Bt. Mohd Khalid - Cula Satu (1)

* Antara Gambar-Gambar Kenangan Yang Sempat Kami Rakamkan Untuk Tatapan Semua

4 ulasan:

Sincera berkata...

ingatkan de kptusan gn markah2 skali..huk2..tp never mind..bengkung xpenting..u teach me that kan..yg penting ilmu..insyaAllah. trimakasih pada cikgu yang dah berusaha keras demi kami.

Panglima Hitam berkata...

sajer saya tknak ltak markah..
nanti der yg kecil ati laaakk..
kalau nak sy leh edit je nanti ehh...

naz berkata...

salam..thanks cikgu.wpun dapt cula satu, 2 jer the best effort dr saya.hu3..pape trm kasih tuk cikgu mie yg mengajar.eh,xlupa cikgu atan,cikgu isa, anam..cikgu cikgi..

Panglima Hitam berkata...

ermmm,...tkper,yg penting utk ase akan datang pertingkatkan lg mutu permainan,rajin turun latihan & selalu ulangkaji serta jgn malu bertanya...insya'Allah anda akan berjaya...wassalam

Mahaguru Silat Seni Gayong/Serantau

Dato'Paduka Daeng Meor Rahman

Pusaka Gayong Pulau Pinang Time Zone..!

Anda Adalah Tetamu Kami Yang Ke.....

Panglima Hitam At Silat TV..

Maklumat/Info Terkini Dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

SELAMAT DATANG

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang

 
Semua Anak-Anak Gayong + Skuad Demo!
:: Jemputan Majlis Hari Pencak Warisan Pada 19 Februari Dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang
Info Oleh:Cikgu Helmi
 
Anak-Anak Gayong!
::Lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Ke Gelanggang Pusat PSSPGM,Gurun Kedah pada 25 Februari 2012.
Info Oleh: Cikgu Izani
 
Anak-Anak Gayong!
::Jemputan Ke Majlis Perasmian Anugerah Sandang & Perasmian Gelanggang Pusaka Warisan Di Batang Kali,Selangor Pada 28 Januari 2012 Jam 7.00ptg.
Info Oleh: Cikgu Helmi/Cikgu Ismail IPTB
 
::SEBARANG MAKLUMAT/INFO TERKINI,SILA SMSKAN KEPADA CIKGU HELMI(PANGLIMA HITAM) DITALIAN 012-5633904,
TERIMA KASIH.
 
SALAM UKHUWAH FILLAH BUAT SAHABAT-SAHABAT SEGAYONG SEMUA...
::DIKEMASKINI KALI TERAKHIR PADA 18 JANUARI 2012::

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Bloggers Malaysia

1st Malaysian MPV...

5 Catatan Terbaik Pusaka Gayong Blog...

Kopi Gayong Kini Di Pulau Pinang...

Sebarang pertanyaan atau tempahan kopi gayong sila hubungi Pengedar Tunggal Kopi Gayong Bahagian Negeri Pulau Pinang Cikgu Redzuan di talian 0194090825

Doa Anak-Anak Gayong Di Pusara Mahaguru..

Panglima Hitam

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all