Dengan semangat serta kesungguhan anak-anak muda ini membuatkan kami turut bersemangat untuk meneruskan amanah bagi kami anak-anak gayong untuk sama-sama memberi semangat serta tunjuk ajar bagi meneruskan aktiviti kepada kesemua pelajar MRSM yang dahagakan ilmu Gayong yang unik ini. Pada 13 September 2009 adalah hari terakhir latihan sebelum anak-anak muda ini pulang bercuti hari raya ke negeri masing-masing.
Semangat: Kesungguhan Anak-Anak Muda Begini Seharusnya Dijaga & Digilap Supaya Seni Warisan Ini Akan Kekal Selamanya
Pada pagi itu juga kelihatan mereka cukup bersemangat berlatih walau pun tiada kehadiran jurulatih pada pagi itu,setbanya saya di dewan utama saya disambut dengan senyuman dan harapan yang tinggi untuk bersama menjalankan latihan bagi persiapan diri dan supaya ianya tidak hilang dari ingatan apabila pulang bercuti nanti.
Ini lah contoh yang seharusnya kita sama-sama fikirkan dan memberi sokongan sepenuhnya agar semangat mereka tidak mudah luntur walau dalam suasana bulan ramadhan. Semoga pewaris-pewaris muda ini akan teerus memperjuangkan ilmu Gayong walau dimana mereka berada,dengan setiap displin dan tunjuk ajar yang diterapkan mudah-mudahan ia akan menjdai titik permulaan untuk mereka agar lebih menghargai seni warisan bangsa melayu ini.
"Gayong Bergayut Kata Bersahut,
Biduk Berlalu Kiambang Bertaut"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan